Insyaallah , buku Feqh Al Haraki bertajuk PERJUANGAN akan dilancar dan menemui semua pencinta Islam pada 13 hb. Ogos . 2008 di geleri Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kelak.
Harapan saya buku setebal 352 muka surat ini akan benar - benar mampu menyumbang ke arah menjernihkan fikrah dan aqidah perjuangan yang mengalami sedikit gelodak mutaakhir ini.
Paling tidak , buku ini sedikit sebanyak memperkayakan khazanah ilmu untuk dimiliki dan dihadam oleh para pencintanya.
Edisinya terhad , saya hanya mampu mencetak 1000 naskah sahaja dengan modal yang ada .
Kepada siapa yang ingin memilikinya bolehlah segera mendapatkannya di Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat yang akan berlangsung di Ipoh kelak . Insyallah , kira di izin oleh Allah dan ada lebihan rezeki Ilahi , saya bercadang untuk mencetaknya dengan kadar yang lebih banyak untuk di perluaskan pasarannya .
Niat hanya satu , agar fikrah yang disebar benar - benar berjaya membina nilai perjuangan yang suci berasaskan Manhaj perjuangan Rasulullah saw. Sementara keuntungan yang diperolehi , selain untuk saya gerakkan Akademi Ar Rasyidin yang kini mula aktif beroperasi dengan kelas - kelas talaqqinya , boleh lah saya buat pusingan untuk menggerakkan aktiviti dakwah dan menerus-aktifkan perjuangan saya selama ini .
Semoga mendapat support dari semua sahabat . Selamat membaca dan berjuang !
Oh Ya ! harga yang ditawarkan untuk semua pembeli atau pengguna ialah RM 25.00 senaskhah , tetapi tentu sahaja ada promosi istemewa bagi siapa yang mendapatkannya di Dewan Muktamar Pemuda kelak dengan harga RM 20.00 sahaja .
2 Comments:
Salam,
Semoga ianya memberi manfaat kepada hamlud dakwah,khususnya di Malaysia,
Semoga Allah memberkati usaha murni ustaz.
TIADA KEMULIAAN TANPA ISLAM
TIADA ISLAM TANPA SYARIAH
TIADA SYARIAH (100%)TANPA KHILAFAH
Bulanmasa
8:17 AM
Salam Ustaz,
Cetak banyak2 yer..simpan kat saya sket..nanti ustaz bawa datang jual kat suran annur bandar baru bangi..
12:35 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home