KRONOLOGI UMRAH TARBAWI
DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT KALI PERTAMA
Al Fadhil Ustaz Fadhil Noor Al Yamani memimpin doa musafir dan doa selamat sebelum peserta Umrah Tarbawi berangkat meninggalkan Tanahair untuk menjadi Tetamu Allah ke al Haramain.
Al Fadhilah Ustazah Nuridah Salleh sempat bermesra dengan salah seorang peserta Umrah Tarbawi yang paling veteran , namun tetap gigih dan tabah untuk menunaikan amanah agama ini.
Masjid an Nabawi . Sungguh menenangkan jiwa malah menginsafkan hati yang sering alpa terhadap perjuangan yang pernah di asaskan oleh pengasas Masjid ini. Peserta Umrah Tarbawi sempat berjamaah 10 waktu di Masjid Nabi.
Indah dan syahdu berada di bumi Madinah . Segalanya menggamit nurani agar tekun meningkat prestasi iman dan menambah koleksi ibadah . Kekuatan diri dan keupayaan spiritual dikumpulkan sepenuhnya untuk menghadapi cabaran dalaman mahupun luaran yang sering hadhir menghalang
Mengambil iktibar dari sebuah "pendurhakaan" terhadap Islam . Peserta Umrah Tarbawi di bawa ke kawasan bekas Perkampungan Yahudi ( Rumah Kaab bin Asyraf ) yang telah dilaknat oleh Allah swt. kerana semangat dendam dan permusuhan mereka terhadap Nabi saw. Kini kawasan ini terus gersang sebagaimana gersangnya Yahudi dari petunjuk Allah swt.
Peserta Umrah Tarbawi diuji Allah swt. Bas yang dinaiki pecah tayar di tengah padang pasir. Lebih kurang 5 jam kami tersadai di tengah padang pasir. Bagaimanalah Nabi saw. bersama sahabat Rhm. meredah jarak 500 kilometer , berhijrah dari Makkah al Mukarramah ke Madinah al Munawwarah hanya berjalan kaki .
Biarpun 6 jam terlewat tiba dari jadual asal , nyata kerinduan peserta Umrah Tarbawi terhadap Kaabah al Musyarrafah tidak mampu dibendung lagi . Rombongan peserta ini melangkah yakin untuk menyempurnakan ibadah umrah dengan mengerjakan tawaf , sae'i dan tahallul biarpun jam telah mencecah jam 3.40 am waktu tempatan . ( setengah jam sebelum subuh )
Ustazah Mariam Abd Rashid memberikan tazkirah bersaksikan Kaabah agar peserta Umrah Tarbawi bermotivasi tinggi demi memanafaatkan setiap detik yang bernilai di bumi al Haram ini. Taati segala arahan jamaah dan disiplin ibadah dengan penuh tawadhu' biarpun dikalangan kita adalah berjawatan pemimpin dan lainnya , kerana di saat seperti ini , kita hadhir sebagai hamba yang menagih kemapunan Ilahi bukan lagi seorang pemimpin yang ego dengan karismanya.
Tazkirah ringkas terus dihidupkan dalam ekspidisi Umrah Tarbawi ini. Sekalipun ringkas namun ia bermaksud menghidupkan hati dan mencahayakan sanubari agar setiap aktiviti ibadah mampu dihayati pada tahap yang paling maksimum . Objektifnya ialah keinsafan dan kesedaran , semoga Allah menerima musafir Insan yang memburu redho dan keampunanNya.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home