" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, July 07, 2008

APA YANG TELAH SAYA BIMBANGI
NYATA BERLAKU

Kini saya dalam perjalanan ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah . Bertalu - talu sms menerjah ke ruangan inbox handphone saya . Rekod ! ya rekod ! hampir 100 sms dalam tempoh sejam. Tidak kurang yang terus melemparkan maki hamun dan tidak kurang pula yang menuduh saya menipu .

Seawalnya saya telah membantah perjalanan aktiviti PROTES 678. Saya diserang oleh rakan - rakan yang menasabkan mereka dari golongan underground. Saya diam membisu sambil mengamati cara mereka berfikir dan cuba menghayati apa rasa dan kemahuan mereka .

Saya sengaja mendiamkan diri dan mengambil sikap tunggu dan lihat hingga ke hari atau tarikh perlaksanaannya.

Pun begitu , saya dan rakan – rakan exco bertindak dan cuba memahami mereka . Ekoran dari itulah Jawatan Kuasa Bertindak Pemuda PAS Pusat berbincang bagaimana menangani PROTES 678 ini dengan mengambil pelbagai sudut pandangan dan kemungkinan.

Pemuda PAS akhirnya bertolak ansur dengan menerima beberapa aktiviti seperti puisi , tarian naga , gendang India , gendang China , dikir barat , pentomen dan satu dua lagu yang berunsur protes tetapi dipersembahkan dalam suasana yang tidak menyinggung perasaan insan yang mukmin .

Wakil Dewan Pemuda PAS ke Mesyuarat Jawatan Kuasa Protes Akhi Kamaruzzaman telah menegaskan perkara berikut dan mendapat persetujuan dari pihak penganjur protes. Ada jaminan bahawa persembahan tidak sampai melanggar etika seorang yang berakhlak dan bermoral .

Bertolak dari keadaan sedemikian , saya boleh menerima dan bertolak ansur walaupun hati saya sangat berat malah tidak bersetuju . Saya sedia korbankan perasaan ini demi menghormati kehendak semua dengan saya merendahkan tahap peratus wajib lulus guna memberi laluan kepada protes.

Saya mengeluarkan kenyataan : PROTES 678 Memerlukan Komitmen Semua . Saya lepaskan kenyataan itu dengan berat hati yang teramat sangat kerana masih menghormati keputusan pimpinan.

Saya jangka , tindakan saya meletakkan keadaan win – win antara pemuda PAS dengan pelbagai pihak yang lain . Lagipun , isu besarnya bukan terletak pada nyanyian itu haram atau halal ? sehingga saya yang tidak bersetuju ini dianggap jumud .

Isu yang saya cuba bawa ialah bagaimana Demontrasi Protes dengan objektifnya untuk mobilisasi kemarahan rakyat , berbekalkan penderitaan dan kesengsaraan mereka diterjemahkan dalam satu bantahan yang serius dan bersungguh.

Tentu sahaja Demontrasi itu pula bermaksud menunjuk perasaan mereka yang sekian lama sebak dan senak di dada kepada masyarakat umum dan kalau boleh biarlah dunia tahu melalui liputan dan sambutan yang diberi .

Namun apa yang malang , musnah dan hilang segala objektif ! malah menghakis prinsip dan matlamat sebuah demontrasi atau bantahan kenaikan harga minyak ! apabila demo bertukar menjadi konsert atau demo bertukar menjadi karnival . Bahkan ada sms yang saya terima mengatakan bahawa ini bukan demo ! tapi ini Jom Heboh !

Apa yang paling aneh apabila demontrasi dibuat dalam stadium yang tertutup sekelilingnya dan sukar pula mencari lokasinya . Lebih ajaib apabila kita kata nak kumpulkan sejuta rakyat tetapi kita memilih untuk berhimpun ditempat tertutup dengan keluasannya hanya untuk muatan sekitar 50 ribu pengunjung .

Apabila Protes 678 memulakan aktivitinya pada hari ini , nyata apa yang saya bimbangi kini menjadi kenyataan .

Inilah yang saya bantah sejak dari awal . Bukan kerana saya memusuhi rakan – rakan dari kumpulan underground dan bukan pula kerana saya anti hiburan . Tetapi , selain daripada isu kesesuaian majlis, saya telah bagaikan boleh membaca apa yang kemungkinan bakal berlaku dalam program protes kali ini berasaskan bagaimana ia disusun dan bagaimana ia diatur serta bagaimana ia dikendalikan .

Ramai ummat Islam yang hadhir seperti memulaukan majlis dengan beredar meninggalkan majlis apabila persembahan memberi aksi “londeh seluar” . Mungkin kerana terlalu marah kerana minyak naik maka mereka mepaparkan aksi demikian sebagai protes . Wallahualam . Pastinya ia bukan satu tindakan yang beradab dan sesuai .

Ramailah yang pulang hampa dan marah . Manakan tidak , setelah mereka taruhkan wang ribuan ringgit untuk membiayai kos pengangkutan mereka , masa dan tenaga mereka juga turut dibazirkan dengan program yang terlalu jauh dengan objektifnya yang asal .

Saya antara tempat mereka melepaskan rasa marah mereka dan saya hanya akur . Saya mohon maaf kepada semua pihak mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat kepada semua di atas apa yang berlaku . Sungguh ia memalukan .

Sahabat ! bermula dari luka tidak berdarah ini , setelah masing masing pulang ke negeri , Ayoh kita bangkit dengan mengadakan Solat Hajat Perdana di padang luas dengan mengumpulkan sekurang – kurangnya 5000 orang dengan dipimpin oleh Ketua Dewan Ulama’ PAS Negeri dan kemudiannya berakhir dengan Pidato Perjuangan

Manafaatkan waktu sepanjang Bulan Rejab ini sebelum kita bermuktamar di Perak nanti . Harap DPP Negeri dapat melaksanakan tindakan segera dan penting ke arah menjayakan Ijtima’ Ruuhiyyah.

52 Comments:

Anonymous Anonymous said...

as'kum ustaz ... memang ada ahli pas yg marah dengan insiden itu tp mereka x balik malahan selepas solat maghrib .. lagi ramai yang membanjiri stadium .. :) btw. vocalist band tersebut x seharus buat aksi itu di tempat begitu just nyanyi je laa dan apa² pn underground is a underground .. mmg x boleh nk mixed up ngan mainstreams show .. mari kita ramai² men'jilat' pemimpin besar supaya dapat pangkat dan habuan kelak ...

- yang berada disana :)


Lyrics lagu : Mari nyanyi menjilat

Wahai pemuda, wahai pemudi
Jadilah kamu rakyat yang berbakti
Kami berjanji akan tepati
Semua impian yang anda hajati

Rumah yang besar, kereta yang mewah
Semuanya ada di tangan anda
Hidup yang senang penuh jaminan
Jangan bertanya, serahkan pada saya

Jilat, jilat, mari semua menjilat
Jilat, jilat, jilat sampai berkilat

(sax)

Jilat, jilat, mari semua menjilat
Jilat, jilat, jilat sampai berkilat

Wahai pemuzik, underground rockers,
Jangan bermimpi, jangan idealistik
Kalau nak kaya, nak jadi rockstar,
Marilah mari, sain kontrak kami,

Nak masuk radio, masuk MTV
Kenalah kamu menari macam kami
Tengoklah saja, Carburetor Dung
Cakapnya besar, tak kaya-kaya
Padan muka!
(stop)

Jilat, jilat, semua nyanyi menjilat
Jilat, jilat, mari semua jilat
Jilat, jilat, jilat jangan tak jilat
Jilat, jilat, jubur korporat sedap!

Carburetor Dung 2005

8:51 AM

 
Anonymous Anonymous said...

dipetik dari :
www.republikkata.blogspot.com

Sebelum itu, kdn meriah ketika grup itu menyampaikan tiga buah lagu - satu dlm Inggeris, & dua lagi Melayu - Tak boleh & Hantu raya di Putrajaya - yg berunsur satira politik. Seramai kira2 2k penontoh hadir menyaksikan persembahan mereka. Penulis Hishammuddin Rais kemudiannya memohon maaf kpd para penonton & berkata beliau bertanggungjawab di atas yg berlaku.

Penonton di Stadium Kelana Jaya bertindak membaling botol air ke arah pentas kerana membantah tindakan penyanyi kumpulan Caburator Dung menunjukkan punggung ke arah mereka.

Peristiwa berlaku ketika penyanyi tersebut menyampaikan lagu terakhir bertajuk Jilat. Selain beberapa kali menunjukkan punggung, penyanyi itu turut menarik-narik seluar dalamnya.

Penonton yang marah dengan tindak tanduk penyanyi tersebut bertindak membaling botol ke arahnya.

Malah, ada penonton yang kelihatan menyerbu ke arah penyanyi tersebut dan terpaksa ditenangkan oleh anggota Skuad AMK.

Ekoran itu, skuad AMK terpaksa membawa anggota kumpulan seramai empat orang itu beredar di situ bagi melindungi keselamatan mereka.

Kejadian tersebut berlaku pada kira-kira 7 malam di hujung persembahan mereka.

Sebelum itu, keadaan meriah ketika kumpulan itu menyampaikan tiga buah lagi - sebuah lagi inggeris, dan dua buah lagi Melayu - Tak boleh dan Hantu raya di Putrajaya - yang berunsur satira politik.

Seramai kira-kira 2,000 penontoh hadir menyaksikan persembahan mereka.

Penulis Hishammuddin Rais kemudiannya memohon maaf kepada para penonton dan berkata beliau bertanggungjawab di atas yang berlaku.

Beliau juga menjelaskan beliau yang membawa kumpulan tersebut dan mereka tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik.

Hishammuddin juga kelihatan terlalu sedih dan mengalirkan air mata.

9:20 AM

 
Blogger xras said...

mari kita men'jilat' pemimpin besar esok senang dapat pangkat dan habuan ..... apa² pon kena pakai kete besar² ke bila dh jadi Ahli Parlimen .. x kira laa YB PAS ke , YB UMNO ke , YB DAP ke .. atau YB PKR ... hmmm 'Politik Kamu Bosan !!' wahai semua politikus di Malaysia .... macam celaka !

9:47 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Akum Ustaz...ana sememangnya berat hati dan tak terasa ada keinginan untuk hadir dlm program protes tersebut..ianya bermula dengan rancangan atucara yg berkonsep hiburan yang akan dilaksanakan walaupun Pemuda PAS Pusat telah menghantar wakil dlm mesy tersebut bagi memastikan btk hiburan yg melalaikan tersebut di keluarkan dlm senarai atucara.....walaubagimanapun akhirnya apa yg diharapkan tidak berlaku....mereka khianat pd keputusan mesyuarat. Ana nak tau apa komen Dr Hatta dlm isu ini.......

11:54 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum..
Ustaz, saya rasa pelik, kenapa org2 keADILan yg menguasai PROTES kali ini. Mana pegi pemuda PAS? Mmg Pemuda ada hantar wakil, tapi Kamarulzaman tak sekuat mana untuk bersikap lebih tegas. Org keADILan pandang sebelah mata je. Sy dimaklumkan, sms mesy awal PROTES, pemuda kita lambat merebut peluang ni. Sbb tu AMK yg lead. So, nak salahkan siapa? Sy berharap sgt, next time PEMUDA PAS bersikap lebih proaktif dan sentiasa bertindak pantas, dan tepat. Jgn sampai PEMUDA kita diperlekehkan... Wallahua'lam..

1:32 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Kepada yg letak lirik lagu Carburator Dung tuh...sudah2 lah nak bagi ustaz fasis ni faham...takkan mau nye ustaz tuh...

Dan yg pasti insiden hari tu adalah lesson pertama dimana juak2 yang hadir ke Protes tu memang kolot, x tahu, x nak amik tau, tak rock langsung, then berperangai macam bagus, sensitif la tu konon sampai nak pukul2 orang lak...ape nih ustaz...fasis siot...Pas n other mmg gangster cm anjing bila beramai2 semua nak tunjuk hero...fukk off kepada yg bertindak samseng semlm...cermin diri tuh dulu cilakak

Cmner pun orang2 yang berlaku samseng semlm tuh mmg aku tak leh terima aa...Ramai2 boleh aa

kanina...

2:05 PM

 
Anonymous Anonymous said...

apa persamaan mereka yang memukul dengan PDRM ??

penindasan dan zalim

apa persamaan mereka yang menghukum dengan kerajaan BN ??

penidasan dan zalim

kalau orang yang memukul dan menghukum itu dari PAS , PKR ataupun DAP -- mereka tidak akan dapat undi aku ..

kiri dan kanan sama aje

ini satu kezaliman dan penindasan ...

tiada cara lain selain dari pukulan macam FRU dan PDRM ..

bodoh dan bodoh !!!

3:00 PM

 
Anonymous Anonymous said...

institusi keagamaan wujud bukan untuk menghalalkan cara

kalau zaman jahiliah - manusia yang ingin memeluk islam di pukul dan di seksa , apa makna nya sekarang ni, atas nama islam - memukul adalah halal

pukul , pukul dan pukul
hukum , hukum dan hukum

mereka semua masuk neraka
dan kamu semua masuk syurga

saya rela masuk neraka dari masuk syurga bersama kamu kamu yang zalim !!!

episod kezaliman sudah bermula bila kuasa berada di tangan.. yang lemah di tindas dan di zalimi ...

3:14 PM

 
Anonymous Anonymous said...

asvakum ustat,

aku sudah dtg dgn satu solusi ustat,
kalau kita memerintah negara ustaz,
kita tangkap budak underground nie,kita tangkap pelacur,pondan,gay semua la susah nk sebut banyak sangat la kan?kita bunuh semua,kita salib kan dan bakar,ini namanya pengorbanan terhadap agama demi agama maka halal untuk kita berlaku kejam terhadap diaorg.
biar mati semua celaka itu dibakar dalam neraka jahanam,
dan kita mulakan dgn malaysia,dgn itu cuma orang islam je berkuasa,pastue kita ambil alih dunia ini.
islam kan satu dunia,dunia bebas dosa,agar semua penghuni dunia ini akan masuk syurga,dan penghuni neraka sudah dibunuh,takan membawa masalah di dunia ini.
dan bdak2 underground korang jgn la reply pasal benda nie ganas.
kan dh mmg jelas,ajaran islam,nasihat dan kaji seledik dulu,
tapi kalau x menjadi solusi nya keganasan laa.
so kt malaysia ni,kerjaan mahupown orang yg nak amik alih kerajaan mlas nk nasihat sebab nasihat bknnya nk dgr pown,dan diaorg nie dh malas nk cari cara nasihat lain,banyak lagi benda nk dikaji,mcm mana nk dpt duit dgn harta untuk diri sendiri,membantu orang2 yg rapat dgn diaorg,
kt sini sudah halal untuk melakukan keganasan,
terhadap bdak underground,kaki minum arak and gi club,pondan,gay,orang yg x selari dgn islam la dikatakan.
bersedia untuk mati.
hahahhahhhh

takbir,
ahli pas.

3:29 PM

 
Anonymous Anonymous said...

sila kan ahli pas ....

semoga Tuhan selalu ada di sisi dan bersama kamu !! apa susah kalau kamu mati pun masuk syurga ...

kenapa tunggu nanti bila sudah memerintah, lakukan aje sekarang ... religion war !!

ahli neraka

4:15 PM

 
Anonymous Anonymous said...

alah, macam la org yang skema and berwatakan baik tu baik.ada perempuan pakai tudung tapi blow job.ada lelaki muka skema gila, sembahyang 5 waktu tapi melancap, tgk web lucah.haha.klaka.

nak bunuh and salib org gay?nak salib budak underground?lagi lawak.please la stop being like a childish.stakat tunjuk punggung aje, itu pun dah takut,haha.bukan terkeluar pun punggung. nmpk boxer aje.itupun nk kecoh.
klaka klaka.

orang islam je la org yg paling suci dan bersih, sbb x makan babi,kan? org yg paling wangi ialah org islam,kan?hahha..

ellis

4:54 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Mr. anonymous.. ko ni org yg sama ke?
style comment ko sama jek. at the end of comment mesti ada signature, ahli neraka la.. ellis la.. kot ye pun nak jadi provocator, tukar la style lain2.. hehe.. nice try provocator!!

8:57 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Ntah betul tu Elis...Bukannya nampak pon...Boxer je...

Ingat ustaz...Keganasan bukan jalan penyelesaian...

10:03 PM

 
Anonymous Anonymous said...

eleh ko pun sama gak...anonymous gak...ko polis ek nak check2 orang?

gang ellis

11:10 PM

 
Anonymous Anonymous said...

PENJELASAN DARI JOE KID-CARBURETOR DUNG

Friends all, kami semua OK (Alak ada benjol sikit kat dahi). kami perlu berterima kasih pada pemuda-pemuda AMK (Angkatan Pemuda Keadilan - t-shirt biru) yang rata-rata marah tapi masih cuba sedaya-upaya menyelamatkan kami dari segerombolan pemuda-pemuda berbaju merah yang memang ready to rip us apart. With the help of AMK, we all managed to sneak out of the stadium (separately) after about 20 minutes being under siege.

The problem here is our song “Mari Nyanyi Menjilat”. Macam biasa, Alak did his exposing his underwear thing and of course dalam situasi panas tentang “liwat-meliwat” sekarang, aku rasa that gesture was misunderstood by the people there.

Some reports I saw also misquoted the title as “Liwat” instead of “Jilat”, so if some bloggers made the mistake, I’m sure a lot of the people in the stadium misunderstood too. So many took umbrage lah, thinking that we were making fun of Anwar. Actually I even explained to the crowd the gist of the song before we played it.

The thing is aku rasa Alak was in his “auto-pilot” mode. We have been playing that song for a long time and to a lot of people for years already and Alak have always been doing that to heighten the “satire”. The kids in the scene would get the joke all the time but we can’t expect the same from the public. That’s our mistake.

Anyways, apart from the guys in AMK, we also must thank Tom (Skitzofrenia) who shielded Alak from a lot blows, and in the process also got some benjol-benjol. Much thanks to Mad Yus (Apparatus), Poodien, Mirdza (Relationsheep), Black and many more who were there and helped out.

BTW; Mari Nyanyi Menjilat (not Mari Belajar Menjilat, as Malay Mail wrote) is about integrity or the lack of it; the mother of corruption…

12:53 AM

 
Anonymous ??? said...

camane nih ustaz? polis,fru dah x nak masuk campur tp org ramai sendiri nak jd polis dan fru. mmg saya setuju bahawa perbuatan penyanyi carburetor dung itu menjijikkan. sepatutnye org ramai lebih open minded,hentikan show dan biarkan je mereka pergi. kenapa ikot budaya polis dan fru sampai nak pukul2 dan timbulkan kekecohan? kenapa band rock lawan tetap lawan dihentikan? mereka ada buat apa-apa kesalahan? bukan ke mereka turut berjuang dlm lirik lagu mereka? mungkin lagu & gaya mereka agak tidak sesuai tp perlulah adil kepade semua pihak. saya bukanlah peminat underground tapi bila difikir secara logic,dimana mereka punya hak bersuara? apa orang2 yg tua2 dan orang yg alim2 je ke dibenarkan protes? bagaimana pula nasib mereka? apabila band lawan tetap lawan dihentikan,saya ternampak beberapa remaja2 underground yg bergerak keluar dari stadium. dari gaya dan raut wajah mereka,saya dpt baca betapa sedih & kecewanya mereka pada saat itu. saya cuba dapatkan mereka supaya mereka utk nasihat supaya terus berada disitu. tp dukacita,mereka hilang dlm org ramai. remaja2 yg bersemangat juang tinggi seperti inilah yg bakal mentadbir negara. disebalik baju hitam,seluar ketat,jacket hitam itu manalah tau mereka berpendidikan tinggi dan bakal mentadbir negara.

1:04 AM

 
Anonymous jimmy said...

wei,korang marah2 ustaz macamla dia yang suruh pukul..atau macamla dewan pemuda yang mengamuk..bangang betul.. kan unit amal dan dewan pemuda blah awal..yang mengamuk tu orang yang meluat tengok poyo.. underground taik kucing..
orang lain ramai lagi otai,takder tunjuk bontot.. mat sabu, mahfuz otai masuk ISA..ini otai taik kucing, berani tunjuk bontot jer.. itu mangkuk bukan otai..

korang yang nak komen, kena faham la beza otai dengan poyo..
poyo orang tak layan..otai demi kebenaran orang sanjung..

Dasar bongok..exco China tu pun sokong la konon..orang pergi protes dia haram tak turun pun..penakut..taik betul..

Takdak PAS,Takdak PAKATAN RAKYAT.. sedar dirila skit..

7:13 AM

 
Anonymous Anonymous said...

BABI SIAL PUNYA PAS!!!MCM TU NAK PERINTAH NEGARA??BAIK DUDUK KAT KELANTAN AJELA!!!!DANCING PAKAI SARBAN!!!!

10:34 AM

 
Anonymous Anonymous said...

anyway, im not mr.anonymous. im miss anonymous.,k.asyik2 nak marah2.biarlah aku nak bg comment.bila marah nk bakar org hidup2.sampai org gay,pondan,kaki arak semua kene bahangnya.tunjuk boxer pun kusr front page newspaper.ramai gak awek2 pakai suar ketat spender terkeluar, skaters pakai suar lodeh boxer terkeluar,takde pape pun?ikut suka diorang lah.

aku rasa org yg suka nak pukul org, menghukum org lain mcm dia tu tuhan, sebenarnya tak cukup kasih sayang..itu yg jadi panas baran.

make love,y'all!

ellis

10:39 AM

 
Anonymous Anonymous said...

PAS is POWER!!!PAKATAN RAKYAT SEMUA DI BAWAH PAS!!WE ARE THE GODS!!PAS IS MUCH BIGGER THAN ALLAH!!!!

11:20 AM

 
Anonymous Anonymous said...

apelah gaduh2 kat sini. nak tunjuk2 depan ustaz? respect la pendapat semua pihak. kalau tak setuju,katakan tak setuju dan kemukakan pendapat lain. ni ada pulak sampai nak bakar,salib org. org kristian sendiri dah tak salib org. sedar la sikit yg awak tuh beragama,ada tuhan,ada kitab. bukan masyarakat jahiliah lagi.

pada pandangan saya,biarlah budak2 underground nih nak berjuang dalam concert. tapi biarlah kena pada tempatnya. event seperti hari ahad yang lepas memang tak sesuai. jadi sebagai solusi,pihak organizer organizelah satu concert yg besar untuk memberi budak2 underground nih kebebasan bersuara. biarlah semua budak2 underground seluruh malaysia keluar dan bersatu berjuang dengan cara mereka sendiri.

kita sepatutnya behave seperti umur yang sepatutnya. berlaku adil kepada semua pihak amatlah penting. protes yang lepas memang untuk mereka yang ditindas tetapi haruslah kita ingat bahawa bukan generasi kita sahaja yg ditindas.

saya juga seorang ibu. anak saya seorang yang digelar punk. saya sendiri tak tahu apa itu punk tapi saya pantau gerak-geri dan aktiviti anak saya. saya bekalkannya dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya dan saya berpuas hati kerana dia tidak menghisap rokok,mengambil dadah dan minum minuman keras. saya juga tahu ada beberapa concert di central market. saya juga difahamkan bahawa pada hari ahad terdapat restoran yang melakukan kerja amal disana. terdapat ramai budak underground yang melibatkan diri dalam kerja amal itu. jadi bukan semua budak underground itu jahat,bunuh orang,merompak,pemabuk dan sebagainya.

4:07 PM

 
Anonymous mark said...

merujuk kepada komen mr anonymous di atas:

yang menyalib itu adalah org YAHUDI yg masi berpegang kuat kepada TAURAT dan bukan KRISTIAN.

apapun saya setuju bahawa agama bukan untuk menghalalkan cara tidak kira mana2 agama sekalipun.

kalau gay, pondan, pelacur, dan manusia yang tidak tunduk kepada kehendak moral masyarakat kita diseksa atau lebih teruk, dibunuh atas nama agama bukankah itu zalim namanya?

ianya juga membuatkan saya teringat kepada fasisme.

4:54 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Uihhh...
terkejut gak..
memula ingat kan semua orang PAS (Polis Agama Semalaya) tu baik2 dan beriman...
taat perintah ALLAH SWT.
tapi ada gak yg ganas2...
lagi ganas dari orang yg x Islam.
aduhhh...
bukan ke menghukum tu hanya layak di jalan kan oleh yg "berhak"?
camni ke nak takbir negara ni kelak???
hahahaha.
PAS, BN, etc semuanya sama je...
rasa nak hukum... korang hukum..
xde nak pikir panjang.
Takkan xde sorang pun cendikiawan PAS (Polis Agama Semalaya) yg paham dengan lirik lagu band tu???
aduhh...
memalukan...
PAS = BN = PDRM = FRU (xde beza nya_

-Dude-










p/s: Apa kata ustaz???

10:05 PM

 
Anonymous Anonymous said...

ehhh...jangan cakap macam tu....PAS BOOOLLEEEHHHH takbir neeegaaraa..Napa plak tak boleh??Kan PAS LAGI POWER DARI ALLAH!!??PAS AHLI TETAP SYURGA!!Sapa tak suka atau sapa2 depa tak suka AKAN DIREJAM!!!!WHY??BECAUSE PAS IS BIGGER THAN ALLAH!!!

12:03 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Yang lucunya,kes tayan sikit boxer pun boleh laung "ALLAH HUAKBAR"!!!!HAHAHAHAHA!!!!'Murtad sangat nampaknya si Alak tu'HAHAHAHAHAHAHA!!!!!BODO DUNGU BEBAL PUNYA PAS!!!!!!SUDAH LA,LEBIH BAIK KOME DUDUK KAT KELATE AJE.

12:07 AM

 
Anonymous Anonymous said...

aku rasa di masa akan datang penganjur akan berhati-hati bila nak buat content program yang besar macam tu. Baguslah penganjur kena tegur dengan PAS, itulah kelainan pakatan rakyat dengan BN. Kalau stail BN, nak tegur takut2, sebab kerana tegur periuk nasik boleh terjejas.

Di masa akan datang, sapa nak tengok konsert, buat program konsert, hah sapa yang suka mengonsert pegila sana. Orang yg tak suka konsert bole duk umah tido.

Kalau nak buat program protes, buat protes betul2, macam yang BERSIH itu hari. Orang2 yang nak datang protes boleh gi, orang yang tak suka protes tapi suka konsert saja, takyah pegi. Kan senang gitu.

"makin lama hidup, kena makin pandai, bukan makin dungu"

wan lembah klang

8:08 AM

 
Anonymous Anonymous said...

masalahnya..adakah konsert itu akan 'dibolehkan' kalau pakatan rakyat yang ambil alih tapuk pemenrintahan nanti??maunya tiap kali ada konsert pemuda PAS kononya 'bejihad' kat sana..KAHKAH

10:45 AM

 
Anonymous Anonymous said...

hahaha!

maen bontot x kene hukum apape...
tunjuk bontot dah kene hukum cam murtad..

ganas x?

1:05 PM

 
Anonymous Anonymous said...

opinion aku la kan, aku rasa baik alak tuh tayang senjata kat depan tuh dari tunjok pungkok. manede renjatan senjata ahad itu hari.

bagi seorang lelaki

"fuck someone is better than being fuck by someone"

erik

1:11 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Main bontot takpee2!!Tayang bontot tak boleh!!HARAM!!!Main musik pun tak boleh!!HARAM JUGAK!!Apa yang tak haram???PAS MENGAMOK TAK TENTU PASAL!!TU TAK HARAM!!!PAS PUKUL ORANG SESUKA HATI!!ITU TAK HARAM!!!!HAHAHA!!!!!BODOHNYA PARTI SARBAN NI!!MEMANG SAH DUDUK DALAM GUA AJE TEMPAT DORANG SO TAKDA NAMPAK APA2 YANG 'HARAM'.HEHEHEHEHE

3:07 PM

 
Anonymous Anonymous said...

dudok dlm gue pon bleh kene hukum haram jgk. bleh gaduh dgn kelawar.

3:35 PM

 
Anonymous Anonymous said...

ek ele!
yg korg pon satu!
g invite band cam tu pahal?
apa daa!
music² la,agama² laa..
mmg perlakuan si alak tu mcm haram.
x di nafi kan pon!
p slh anda semua juga bwk band punk!
so skunk nk slh kan sapa?
band punk?
pengikut music underground?
apa laa.
aku ggi gig.
dieorg ade jgak berehat jap tuk sesapa nk solat,still x ok ke?

3:51 PM

 
Anonymous Anonymous said...

rata2 budak punk suka music (gig/concert) dan juga demonstrasi jalanan...punk is politic. rata-rata punk celik politik. dan music bermesejkan politik. sbb tu la mereka diundang utk main dekat rally ni. bodoh btul freddie fernandez tu. ckp kumpulan underground tak celik politik. artis mainstream celik politik ke? sorilah...mana boleh celik politik...nanti periuk nasik mereka melingkuplah. so, tempat macam tu la amat sesuai utk mereka kalau ade 2-2...hish...tak paham2 la korang ni...

7:47 PM

 
Anonymous Anonymous said...

korang serkap jarang bersepah lah. aku check banyak kali dah, manade yang macam korang cakap tu. Contohnya, ko kata pas pukul orang. Tak semestinya kalau orang yang pukul tu orang pas, maka maksudnya dia mewakili pas untuk pukul orang tu. Takkan orang tu hilang sabar, pas pulak disalahkan.

Dua, ko kata pas hukum dengan pukul orang. Takde pun aku tengok statement kat news camtu. Yang ada, dia punya unit amal blah, tu je. Korang nak tuduh bukan tak boleh, tapi biarla yang betul.

Kalo korang nak anti-pas pun, boleh. kalo dengan fakta, korang masih betul. Tapi Kalau tuduh takde asas, korang salah.

wan

7:31 AM

 
Anonymous binjairian said...

alaa..yg anti pukul org sume ni.
cakap poyo jek. jangan dok layan ustaz.

org2 dah biasa terdedah dgn bende2 camtu, tak tahu hukum hakam biasa la.
tu takde sensitiviti ttg agama. nak komen dok anonymous jek.

kalau islam kene kutuk ke ape pn geng2 ni la yg dok atas pagar, pastu baca paper mainstream dan kene tipu bulat2.

nanti anak2 dieorg jadi tak tentu hala, zina sane sini, minum arak sane sini, buat perangai tak senonoh baru la sedih. baru la nak mintak simpati org.

bagi saya buat jek la ape yg patut, kasi org2 sedar. geng carburatordung tu pn bodoh ke ape, dieorg ingat ideologi underground tu bleh pi mane sangat la. kesian gak tengok. bawak2 la pi masjid dengar org ceramah.

ape2 pn semoga islam di malaysia akan berubah kearah yg lebih baik. semoga kurangkan bala yg menimpa negara ni. semoga tuhan menerima doa dan ampunan sekelian umat MU ini.

assalamualikum

9:31 AM

 
Anonymous Anonymous said...

kami tak anti pukul orang,tapi yang buat kami meluat sbb pas selalu kononnya marah polis/fru/kerajaan pasal takde toleransi..nak pukul pukul aje terus(oh ya...mcm yang kau cakap tu 'buat apa je yang patut')tapi alih2 tengok apa bezanya dengan pas??bagitau aku dulu...apa bezanya?kalau nak cakap aku anti pukul orang memang silap la kau puki!!aku takkan pikir panjang nak jumpa kau dan potong kepala kau tu!!!!kau cakap sama salah keturunan la sarban

4:01 PM

 
Anonymous Anonymous said...

politic sucks...

7:24 PM

 
Blogger matcomot said...

bagaimana pula pendapat anda kalau saya katakan ini adalah hasil daripada kegagalan para iluman islam dan ulamak yang gagal mendidik dan membimbing anak muda.pernahkah pihak anda bermesyuarat dan berfikir bagaimana kah cara utk mendekati anak muda.pernah kah anda menasihati ahli pas dlm tulisan anda selepas insiden ini.bagaimana permohonan maaf hisamuddin rais yg penuh iklas di baling dgn botol dan sebaianya olh golongan yang berkopiah putih.pernah kah golongan ulamak seperti anda memohon maaf kpd rakyat malaysia kerana gagal dlm mendidik dan mentarbiah?

7:41 PM

 
Anonymous Anonymous said...

bagus..org politic telah berjaya menunjuk kn diri sebenar.. sedikit demi sedikit... politic sucks...

-wanie a.k.a eija-
mari kita menjilat

7:49 PM

 
Anonymous Anonymous said...

di mana...kan kucari ganti...

andai kalian tahu apa yang saya tahu...

9:54 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Itulah sebabnya,ahli mahupun orang kuta pas selalu kondem kerajaan pasal bertindak ganas,takde tolenrasi dan macam2 lagi...tapi sekarang tgk??Adakah pas itu juga bertolenrasi?langsung tarak!!!aku rasa dengan memangkah pas semasa pilihanra ke 12 bebaru ni adalah KESILAPAN PALING BESAR pernah aku lakukan!!!Pas memang hanya layak memerintah di negeri pantai timur tu aje..sebab kenape?kat KL pun kita dah tau orang dari negeri mana yang selalunya buat havoc kan?(Tak perlu cakap la nama negeri tu)jadi memang betul lah pas cuma layak memerintah di sana.kalau ya pun PR nak ambil alih tapuk pemerintahan,biarlah PKR aje yang handle tempat lain tapi BUKAN PAS!!!BUKAN PAS!!!!!!!

10:37 PM

 
Anonymous Anonymous said...

adalah bagaimana cara fasis bekerja

-tebas lehernya dahulu kemudian baru mereka bertanya.

dan lepas ni punk/underground bukan setakat tulis lagu2 yang kondem kerajaan je .. tapi boleh start tulis
lagu kondem golongan PAS yang fasis sama cam FRU

11:30 PM

 
Anonymous Anonymous said...

tapi bagaimana mana pula dgn persembahan kumpulan yg pertama? mereka tidak melakukan apa2 aksi yg dilarang? kalau ikut dari gaya persembahan, sama saja spt persembahan kumpulan2 yang selalu keluar di tv/radio. cuma muzik mereka yg lebih rancak sedikit dari gubahan muzik dari kumpulan rock tempatan yg menjadi kegilaan anak2 pakcik2 yang mengamuk di stadium tempoh hari.dan yang lebih penting, mesej yang disampaikan oleh mereka (kumpulan pertama) lebih padat, tidak bias dan lebih kritikal dari laungan2 pihak berkenaan selama setengah hari saya dan keluarga saya berada di stadium.
malangnya, baru saja satu lagu dipersembahkan, sudah disuruh berhenti. mikrofon terus tidak mengeluarkan bunyi.. itu juga penindasan. kenapa tidak pertikaikan insiden itu juga? apa pula salah mereka?

2:46 AM

 
Blogger Mr Belimbing said...

Salam,

saya rasa lirik dan lagu punk band tu okay je. Walaupun saya rasa musik band punk tu mcm sampah tp lirik diaorg bagus jugak w/pun kekadang ada yg mcm xde adab.

Yang silapnya diaorang ni takde tamadun dan akal. Kalau ada tamadun dan akal diaorg akan tahu tertib dan xkan tunjuk punggung diaorg yg berkurap tu. Aksi tak kena masa, tempat, dan pengunjung!

Kalau diaorg tak tunjuk punggung isu ni takkan timbul. Kena suruh band punk tu guna otak skit lain kali.

5:03 AM

 
Anonymous RADIKAL said...

Salam USTAZ saya adalah salah seorang dari peminat muzik bawah tanah.. Saya mengenali POLITIK dari muzik PUNK dengan lirik lirik yang penuh dengan
Message,sarcastic kepada system pemerintahan..Dari situ minat saya untuk mengikuti perkembangan politik semasa tanahair.. Sebelum itu saya langsung tidak peduli dan tidak mengundi.. Tetapi selepas mendengar dan menganalisis lirik dari band band punk saya jadi tertarik dengan perkembangan politik semasa... untuk pengetahuan ustaz dalam scene underground terbahagi kepada 2 golongan. Golongan pertama adalah mereka mereka yang langsung tidak mempercayai orang orang politik dan tidak percaya langsung kepada KERAjaan.. Bagi mereka semua kerajaan sama sahaja PENINDAS.. mereka mereka ini tidak menganggotai mana mana parti politik dan tidak mengundi.. Golongan ini lebih kepada politik ANARCHIST.. Bagi golongan kedua pula.. mereka meraka ini juga kebanyakannya tidak menganggotai mana mana parti politik tetapi mereka condong dan menyokong parti-parti pembangkang dan mereka mengundi untuk pembangkang..ke dua dua golongan ini kebanyakan mereka ini lebih kepada aktivis alam sekitar..aktivis haiwan, food not bomb dan sebagainya.. mereka lebih mengutamakan konsep D.I.Y(Do it ur self) Golongan ini ramai yang menyedarkan golongan muda yang buta dan bodoh berpolitik untuk terus cerdik berpolitik dengan cara mereka tersendiri.. Orang orang UMNO suka anak muda bodoh dan berfikir pasal politik. Filem dokumentari SEPULUH TAHUN SEBELUM MERDEKA itu juga telah di buat oleh seorang anak muda yang bernama FAHMI REZA yang meminati politik dari muzik PUNK.. sebab itu dia meletakan lagu PUNK dalam filemnya..http://10tahun.blogspot.com/
Saya rasa berterima kasih kepada ustaz kerana cuba memahami dan mengkaji anak anak muda seperti kami.. kepada rakan rakan dalam underground scene jangan cepat melatah kerana ustaz tidak mengerti dan belum memahami apa yang kita perjuangkan.. Bagi kami bukan PROJEK, JAWATAN dan sebagainya yang kami mahu.. kami mahu lihat penindasan serta ketidakadilan di hapuskan sama sekali. cukuplah kami di hina dengan berbagai bagai gelaran.. cuma yang kami mahu KERAjaan yang ada sekarang di jatuhkan.. dan di gantikan dengan kerajaan yang mementingkan rakyat.
untuk semua golongan..

SALAM REVOLUSI dari saya
Bekas pelajar pondok madrasah an-najah bukit keledang dan kirim salam pada ustaz DIN.. sepupu ustaz tu..


AWAS USTAZ DALAM BLOG INI ADA AGEN PROVOKASI DARI PARTI RACIST(UMNO) YANG CUBA MEMECAHBELAHKAN SOKONGAN KAMI KEPADA PARTI PAS DAN PARTI RAKAN RAKAN PR..

12:05 PM

 
Anonymous Anonymous said...

pembawaan underground takde tamadun??Hmmmm...mcm mana yang 'ada tamadun' tu eh?????Mengamuk bukak baju tinggal kopiah aje kat kepala??Mcm tu ke baru 'tamadun'??

12:03 AM

 
Anonymous Anonymous said...

kalau da sampai tinggal kopiah je tu dah terlebih tamadun.tamadun sikit2 sudah la.eh kawan2,pernah tak korang semue pergi gig underground? band yg pertama perform itu hari lawan tetap lawan kan? aku rasa2 band lawan tetap lawan dengan band dum dum tak tu sama la.dorang tuka nama kot.tolong bagi info sikit.

1:44 PM

 
Anonymous Seri Serodja said...

Salam , sedih pun ada membaca komentar komentar biadap.

Dan sesungguhnya mereka anak bangsa yang belum mengenali perjuangan.

Dan sesungguhnya mereka alpa.

Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka kelak.

5:11 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,
Apa pun tindakan,
tujuan tidak menghalalkan cara,
benar atau salah sesuatu...syaraklah yg menjadi pengukurnya,

pd hari ini org cenderung utk bersikap pragmatik,
sering atas alasan demi kemaslahatan ,
haram menjadi halal

menyeru kepada Islam bererti menyeru kepada meneggakkan kehidupan berdasarkan aqidah dan syariah,
bererti ia menuntut kepada tegaknya khilafah,
bererti menyeru kepada kehancuran apa jua sistem / ideologi kufur,
samada sekuler, sosialisme, demokrasi, pasaran bebas dan sebagainya,

8:04 AM

 
Blogger Citra said...

Sunday, July 6, 2008
PAS Dan Hubungan InterParti
Dipetik dari http://www.malaysiakini.com/news/85656
700 anggota Unit Amal PAS tarik diri
Jimadie Shah Othman Jul 6, 08 4:22pm
Kesemua 700 anggota Unit Amal PAS yang ditugaskan mengawal perhimpunan membantah kenaikan harga minyak di Stadium Kelana Jaya telah menarik diri kerana tidak puashati dengan persembahan sebuah kumpulan muzik petang tadi.Kumpulan seramai empat anggota itu dikenali sebagai kumpulan muzik 'Lawan Tetap Lawan' yang dijemput membuat persembahan di majlis tersebut.Bagaimanapun, kumpulan tersebut hanya sempat menyampaikan tiga lagu sahaja apabila mereka diminta menghentikan persembahan mereka.
Lagu-lagu tersebut yang berirama Punk, bertajuk Hapuskan penindasan, Demokrasi tanpa ISA dan Nyanyi budaya pembebasan.
Mereka sepatutnya menyampaikan tujuh lagi di majlis tersebut. Mereka memulakan persembahan pada jam 2.30 petang tadi.Menurut seorang anggota kumpulan tersebut, Ahmad Nizamuddin Abdullah, juruacara majlis tersebut menegur persembahan mereka selepas lagu pertama.
Bagaimanapun, mereka meneruskan juga dan lepas lagu ketiga, Hishammudin Rais meminta mereka menghenti persembahan.
Beliau berkata, pihaknya diberitahu yang lagu-lagu yang mereka persembahkan, tidak sesuai dengan majlis tersebut.Sementara itu, Ketua Amal PAS Wilayah Persekutuan, Sharifuddin Mohd Yatim mengesahkan yang pihaknya menarik dari daripada majlis tersebut.
Mereka adalah antara 2,500 anggota Pemuda Pakatan Rakyat ditugaskan untuk mengawal perhimpunan membantah kenaikan harga minyak di Stadium Kelana Jaya hari ini.Yang lainnya terdiri daripada anggota Skuad Angkatan Muda Keadilan (AMK).

----------------------------------------------------------------------------
Saya yakin isu ini akan menjadi modal kepada Utusan Malaysia, TV3 menabur limau fitnah lagi kepada PAS kononnya PAS bersetuju dengan hiburan tayang pungkoq. Atau PAS sudah menggadai Islam kerana bekerjasama dengan DAP dan PKR yang tak kisah dengan adegan tayang pungkor ini. Kalau mereka kisah, tentu mereka tidak membenarkan konsert Ella. Dan PAS pula terpaksa menelan tindakan rakan dalam Pakatan Rakyat.

Bagi saya, PAS bertindak demikian kerana prinsip amar makruf nahi mungkar yang menjadi prinsip PAS sejak sekian lama. Bukan PAS sahaja, tetapi prinsip Islam. Walau bagaimana pun, PAS seharusnya sedar bahawa pemeintahan ini bukanlah pemerintahan PAS. PAS jangan sekali berangan untuk menjadi kepala kepada gabungan ini.

Dalam keadaan negara Malaysia yang berbilang etnik ini, PAS sepatutnya lebih realistik. Prinsip amar makruf nahi mungkar tu prinsip la. Tapi kalau orang tak mahu ikut. kita bukannya berdosa apa-apa. Kalau mereka tetap nak tayang pungkoq atau nak goyang gerudi atau geruda, itu telah menjadi hak mereka. Merekalah yang bertanggungjawab. Tugas PAS hanyalah memberitahu. Wama 'alaina illal balagh. Dan Lau anfaqta maa fil ardz jamii'an, maa allafta baina quluubihim, walaakinna Allah allafa baina quluubihim. Itu PAS kena sedar dan kena realistik.

Pemuda PAS yang berkongres di Kota Sarang Semut pada satu ketika dulu (saya pun pi juga dengar ceramah berapi-api daripada Nasruddin al-Tantawi tu) juga perlu sedar, bahawa memaksa Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh oleh PAS juga bukanlah jalan yang terbaik. Pemuda PAS sepatutnya bertanya, berapakah orangkah Pemuda PAS yang menjadi Hakim yang boleh mengadili kes-kes jenayah Islam? Berapa orang pulakah di kalangan Dewan Ulama PAS yang beleh menjadi hakim di Mahkamah dan berkelayakan menjatuhkan hukuman. Berapa orangkah Pemuda PAS yang menjadi peguam yang boleh membela tertuduh atau menjadi pendakwa? Jangan hanya minta laksanakan hudud tetapi pengisian kepada perlaksanaan hudud itu kosong. Lompang.

Kalau saya bertanya lagi kepada Pemuda PAS dan Ulama PAS, berapa orangkah yang dihukum potong tangan sepanjang sejarah orang-orang Islam dari zaman Nabi hinggalah sebelum Barat menukar undang-undang Islam dengan undang-undang barat, agak-agak mereka dapat memberikan jawapan tak? Siapa mereka yang pernah dipotong tangan, berapa nilaian harta yang mereka curi?

Di dalam kes ini, sepatutnya Pemuda PAS memandang dari perspektif lain. Hudud dinamakan hudud untuk meletakkan had maksima yang boleh dijatuhkan kepada pencuri. Bukan semua pencuri boleh dipotong tangan. Sebabnya pada zaman dahulu, sesiapa yang mencuri dihukum bunuh. Jadi untuk menghalang pencuri dibunuh kerana kesalahan curi tidak layak dibunuh, maka hukuman maksima yang boleh dijatuhkan kepada pencuri adalah memotong tangan. Potong tangan itu adalah had maksima. Potong tangan juga boleh bermaksud menghalang seseorang pencuri itu mencuri lagi. Contohnya seseorang yang suka menampar pungkoq orang lain, maka kalau orang itu melakukan perbuatan menampar pungkoq itu dilihat oleh orang Arab, dia akan mendoakan agar tangan orang itu dipotong oleh Allah yangbermaksud supaya dia tidakmenampar pungkoq orang lagi (Qatta'a Allah yadaka).

Perkara yang kedua ialah kenapa orang sekular takutkan undang-undang Islam ialah kerana mereka melihat hakim dalam undang-undang sekular boleh dibeli sekupang dua. Boleh diugut. Hakim gula-gula hackslah. Hakim yang diugut supaya jangan membuat keputusan yang menyebelahi oposisi. Sekiranya hakim ini yangmenjatuhkan hukuman potong tangan, maka aniayalah pencuri itu walau dia bersalah sekalipun. Sebab itu, hukuman syariah perlu bermula dengan reformasi kehakiman. Kalau rakyat sudah mulai yakin dengan sistem kehakiman, hakim yang adil, yang takutkan Allah bukannya sayangkan jawatan, yang bertakwa bukannya hakim yang melancong bersama secara tidak sengaja, pada masa itu bukan kata potong tangan, potong urat perut pun rakyat boleh terima.

Ish...apa yang saya merapu ni? Bukan merapu. Inilah hakikatnya. PAS jangan sombong kata dia kuat. PAS menang ni kerana rakyat dah meluat sama Be End. Mereka beri Pakatan Rakyat peluang. Tapi kalau pakatan rakyat tidak berpakat sungguh-sungguh, masing-masing nak berjulung keris masing-masing, kita lihatlah PRU13 nanti. DAP dengan asyik nak pertahan kesekularan mereka. PAS dengan prinsip Islam tanpa hikmah mereka. PKR dengan prinsip apatah, saya pun tak tahu. Maka kita lihat apa hukuman rakyat kepada mereka.

Kaum india memberi kepercayaan kepada pakatan rakyat kerana mereka memang terkebelakang. Baik dalam ekonomi, politik, pendidikan dan pekerjaan. Mereka hidup macam filem hindustan. Yang kaya duduk di rumah banglo yang ada tangga melengkung kiri kanan. Yang miskin kutip makanan dari tong sampah. Harap Paddayappa tolong mereka sahaja. Mereka perlu dibantu dan diberi hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Pemimpin mereka perlu menggesa mereka mengubah paradigma hidup. Mengubah beberapa budaya hidup yang tidak hadhari. Pakatan Rakyat harus menjadikan agenda orang India sebagai satu agenda penting juga.

Begitu juga dengan orang Cina. Bukan tidak ada orang cina yang susah. baik di kampung atau di bandar. Ada yang kais pagi makan pagi kais petang simpan untuk dimakan pada pagi esok. Saya hendak mencadangkan pun takut dikata melanggar hukum Islam oleh Pemuda PAS atau Mufti Perlis. Kan mereka tu bisa. Mufti Perlis lagi bisa. Cakap dia laku di mana-mana. Kalau India susah, Cina susah, kenapa Kerajaan tidak memberi zakat kepada mereka? Kutiplah zakat daripada orang ISlam dan berikan kepada Islam, Melayu, India dan Cina. Tidak bolehkah? Pemuda PAS nak kata apa pulak? Barulah nampak negara kebajikan ala PAS. Ini asyik dok menonjolkan hukum hudud sahaja yang mereka pun bukantahu sangat pun. Jangan marah Pemuda PAS!

Kesimpulannya, gunakanlah kesempatan yang Allah berikan ini untuk menonjolkan kebaikan Islam. Tonjolkan aspek Islam yang boleh menjadi world. Ok, saya chow dulu untuk posting yang pertama ini. Lain kali saya masuk lagi kalau tidak sibuk. Saya tidak harap la blog ini terkenal. tetapi catatan ini biarlah kekal di sini. Kalau ada orang komplen, saya delete. Bukan susah. Buat apa gaduh. Buat apa pertahan barang yang orang tidak suka.

Jangan keras kepala dengan kritikan mempertahankan prinsip Islam Syeikh Tantawi tu. Prinsip Isla pegangan syeikh itu pun belum tentu betul. Kekerasan kepala syeikh sudah luput waktunya. Waktu sekarang waktu berlapang dada. Fleksibel dengan Pakatan Rakyat. Jangan hal londeh seluar pun syeikh dah tak keruan. Nak kaji semula sokongan dalam Pakatan Rakyat. Kalau mereka londeh seluar, syeikh dapat dosa banyak mana? Berapa pikul?

11:33 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Kontra budaya Carburetor Dung
Yunus Ali | Jul 17, 08 8:25pm
Dalam realiti sosial, tidak ada satu bangsa yang mempunyai satu budaya. Apatah lagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan yang terbuka kepada pengaruh global, maka berganda-gandalah budaya yang ada.

Masyarakat Melayu lama pun boleh dikenal pasti dengan beberapa budaya yang menghiburkan mereka: budaya istana dengan makyong dan bahasa istananya; budaya rakyat dengan joget dan tukang carutnya.

Justeru, dalam masyarakat mutakhir ini, janganlah hairan dan terkejut pula apabila bersua atau terserempak dengan beberapa budaya pada bangsa Melayu, dan juga pada bangsa-bangsa lain.

Kerana tidak memahami realiti sosial ini, maka ramailah yang pening kepala, berang, panik moral dan ada pula yang mengamuk apabila dihadapkan dengan persembahan kumpulan muzik punk Carburetor Dung, dalam perhimpunan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) pada 6 Julai lalu.

Isu harga minyak naik sudah berubah menjadi "naik minyak".

Sebenarnya, Joe Kid dan kumpulannya itu tidak boleh dipersalahkan, miski menayang punggung sekali pun (atau banyak kali!) kerana apa yang mereka lakukan, itulah jati diri punk.

Punk bukan sahaja sub-budaya, tepatnya ia adalah gejala kontra-budaya daripada budaya remaja. Ia budaya remaja kerana ditaja, didukung serta dihayati oleh remaja belasan tahun.

Tetapi kini ada juga orang tua, seperti Joe Kid, yang masih berpunk dan berhati remaja – kerana dulu, zaman remajanya 1980-an dia seorang punk, sepertilah Mick Jagger yang masih "ber-rock and roll" di hari tuanya sekarang.

Punk adalah sub-budaya kerana ia tidak mengikut arus budaya perdana. Punk bukan sahaja melencong dan tidak mengikut arus, punk sejati bertentangan dengan budaya perdana – kontra budaya.

Jadi apa yang kita lihat dalam konsert di perhimpunan Protes di stadium Kelana Jaya itu tidak lain dan tidak bukan ialah punk sejati yang menampar akal budi awam (perdana).

Tunjuk punggung merupakan perlakuan biadab dalam norma masyarakat kita, apatah lagi dalam suasana hangat isu liwat ketika ini - ia meningkatkan konotasi yang menghentak jiwa.

Tetapi, tidak adakah makna lain pada buntut?

Begitu juga pada lirik kumpulan Carburetor Dung. Dalam lagu punk, sememangnya lirik tidak jelas kedengaran. Dalam perhimpunan lalu, yang kedengaran hanyalah "jilat! jilat! jilat!..."

Inilah perkataan sangat menampar akal budi orang ramai.

Dalam minda normal awam, perkataan jilat itu secara spontan membangkitkan imaginasi aktiviti seks, tidak terbayang pula aksi memakan ais krim yang biasanya dijilat dan dikulum!

Sekarang mari kita cuba meneliti kata-kata yang dinyanyikan, lagu "Mari Nyanyi Menjilat"

Wahai pemuda, wahai pemudi
Jadilah kamu rakyat yang berbakti
Kami berjanji akan tepati
Semua impian yang anda hajati
Rumah yang besar, kereta yang mewah
Semuanya ada di tangan anda
Hidup yang senang penuh jaminan

Jangan bertanya, serahkan pada saya

Jilat, jilat, mari semua menjilat
Jilat, jilat, jilat sampai berkilat

"Macamana? Ada berani ka? Ini tawaran hanya sekali braders and sistas! Apa tunggu lagi, kami tak tipu punya, Ini real, ori punya! Gerenti kaya-raya! Mari, mari!"

Jilat, jilat, mari semua menjilat
Jilat, jilat, jilat sampai berkilat
Wahai pemuzik, underground rockers,
Jangan bermimpi, jangan idealistik
Kalau nak kaya, nak jadi rockstar,

Marilah mari, sain kontrak kami,
Nak masuk radio, masuk MTV
Kenalah kamu menari macam kami
Tengoklah saja, Carburetor Dung
Cakapnya besar, tak kaya-kaya
Jilat, jilat, semua nyanyi menjilat
Jilat, jilat, mari semua jilat
Jilat, jilat, jilat
jangan tak jilat
Jilat, jilat,
jubur korporat sedap!

© 2004 Carburetor Dung

Tidaklah perlulah dihayati lirik lagu ini seperti kuliah kajian puisi di universiti - ia jelas menempelak industri muzik arus perdana.

Intipatinya: kalau hendak kaya harta benda dan hidup mewah senang-lenang, jual jati diri dan ikut sajalah arahan penerbitnya – badan korporat seperti Sony, Warner dan agen-agennya.

Ampulah mereka itu, jilatlah! Ganjarannya lumayan, miskipun produk yang mereka keluarkan itu busuk, sebusuk yang keluar daripada buntut. Inilah konteks perkataan 'jilat' dan tunjuk buntut persembahan punk Carburetor Dung.

Orang yang bukan punk pun selalu guna perkataan jilat dengan maksud yang sama. Di bawah ini diturunkan cebisan respons pembaca dalam sebuah blog seorang pemimpin muda PKR:

Si Ejam ni... dia sokarang... sanggup buek apo sajo... Kasut Pak Lah dia jilat... kasut Najib dio jilat... Kasut KJ pun dio jilat... Almaklum... nak ambik kepocayaan orang2 beso Umno...

Tentang muzik yang hiruk-pikuk pula - bayangkan bunyi saban hari yang menyumbat masuk telinga anak-anak yang membesar di sebuah unit flat di bandar-bandar: terdengar dengusan ibu bapa bersenggama, bayi meraung mahukan susu, kereta lori mengaum dari lebuhraya, ketukan cerucuk berdentum-dentam mendirikan rumah pangsa, jiran bergaduh bertengkar, gelombang bunyi televisyen dan hi-fi tidak tentu irama dan suara datang dari segenap penjuru.

Mana ada Beethovan atau Mozart? Keroncong pun jauh sekali. Tidak ada kedengaran bunyi angin yang menderu.

Jika ada dahan jatuh menimpa batu, ia juga tidak kedengaran. Pokok kelapa tiada, pokok durian tiada – bagi anak-anak ini buah luruh pun tidak tahu bagaimana bunyinya.

Dalam suasana bunyi dan suara yang cacamarba, anak-anak ini dibesarkan.

Jadi, kalau muzik remaja punk hingar-bingar layaknya, itu semua mencerminkan kehidupan mereka, kehidupan masyarakat yang dikonstruksi oleh negara. Ia menepati ungkapan bahawa seni merupakan bayangan masyarakat. Seni kita wajah kita!

Yakni, muzik dan gaya hidup punk itu adalah hasilan sampingan proses pengeluaran kembali masyarakat kita (social re-production).

Alam persekolahan, keluarga, media, budaya (arus perdana) dan tradisi serta institusi sosial lainnya dipandang oleh remaja tidak telus dan phony – menyimpang dan bertentangan dari realiti pengalaman hidup remaja.

Manakala nilai dan norma yang ditunjuk ajar oleh ibu bapa, orang tua, pemimpin masyarakat, ketua agama, ahli politik dan elit masyarakat dirasakan oleh remaja mengongkong serta hipokrit.

Bagi mereka, semua orang itu bercakap tidak serupa bikin: pencegah rasuah mengambil rasuah, polis merogol, pencegah maksiat ditangkap khalwat, ustaz memperkosa dara sunti, hakim menerima sogokan, badan korporat merompak dana negara...

Maka, dalam proses pensosialan generasi baru yang diacuankan masyarakat supaya remaja kononnya untuk menjadi harapan bangsa dan menjadi pemimpin masa hadapan, ada remaja yang nampak akan kepincangan usaha itu. Mereka inilah remaja punk!

Apabila berladang di bukit menanam padi, jangan terkejut ada lalang yang tumbuh.


Yunus Ali adalah seorang aktivis sosial dan pemikir hal-ehwal sosio-ekonomi. Sekarang beliau sebagai pengerusi National Institute for Electoral Integrity (NIEI), sebuah NGO yang menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan reformasi pilihanraya dan pembangunan demokrasi.

6:44 PM

 
Anonymous Anonymous said...

akum citra...
x tau ar nih ko yg tulis or ko paste dr blog org...tp seriusly, ko nih sgt membahayekan...tulis mcm org yg kononye paham agame...siap gune perkataan arab agi... tolong ar jgn nak rosakkan pemahaman org islam kalau ilmu ttg islam pon masih x cukup...

4:00 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home