" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, July 06, 2008

SABARLAH MENGHADAPI DUGAAN ILAHI

Agak sibuk membuat persiapan untuk berlepas ke Tanah suci , saya nyata tidak berkesempatan untuk hadhir ke majlis pengebumian jenazah almarhumah Aina Mardhiah anak sulung kepada saudara Shahrial yang masih berada di bawah tahanan ISA .

Namun kesedihan menghadapi situasi ini turut dikongsi oleh semua termasuk rakan - rakan dari EXCO DPP Pusat . Semoga mengurniakan ketabahan jiwa buat Shahrial sekeluarga dalam menghadapi ujian yang sangat perit ini .

Semalam ( hari pengebumian ) saya berada di Kota Bharu Kelantan untuk menguruskan hal keluarga dan tugas rutin sebelum saya berangkat ke Tanah suci jam 4 petang nanti . Saya hanya mengikuti perkembangannya melalui internet.

Sungguh pilu saya mengenangkan nasib mereka sekeluarga yang menjadi mangsa kezaliman kerajaan UMNO dan BN. Tentu sahaja bahu yang memikul lebih terbeban berbanding mata yang memandang .

Al Fatihah buat almarhumah adik Aina Mardhiah , dan sabarlah dalam menginsafi ujian getir ini semoga Allah menetapkan iman untuk terus berada di atas kebenaran.

Dr. Asri Zainal Abidin di IJN

Alhamdulillah , jam 8 pm semalam saya tiba di USJ untuk bermalam di rumah seorang sahabat sebelum saya ke airport jam 12 tgh nanti.

Apa yang memeranjatkan saya apabila saya mendapat berita bahawa Dr. Asri Zainal Abidin dimasukkan ke IJN untuk melalui sedikit proses pembedahan kecil berkait dengan kesihatan jantungnya.

Saya segera menghubungi beberapa rakan rapat beliau untuk menerima kepastian dan saya dimaklumkan bahawa pembedahan kecil itu telah berjaya dan Dr. Asri berada di dalam keadaan sihat , cuma beliau dikehendaki berehat buat beberapa ketika oleh pihak hospital .

Insyaallah , jika tiada apa - apa aral , sebelum ke airport saya bercadang untuk menziarahi beliau . Itu pun bergantung sejauh mana keadaan beliau boleh menerima tetamu / pelawat . Sebentar tadi saya diberitahu oleh pembantunya bahawa beliau akan menghubungi saya seketika nanti untuk mengesahkan keadaannya.

Buat Dr. Asri , saya jua turut mendoakan agar saudara kembali pulih dan sihat sebagaimana biasa guna meneruskan tugas sebagai seorang mufti dan melaksanakan amanah dakwah sehingga Islam dapat dikembangkan malah dilaksanakan dalam negara kita kelak insyaallah .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home