" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, July 06, 2008

MUBAHALAH
sokong pandangan Dr. Asri

Pagi ini saya berkesempatan menonton Berita Pagi di RTM 1 , ketika menjawab pertanyaan wartawan , Tuan Guru Nik Abd Aziz al Mursyidul Am PAS telah menyokong cadangan Sohibus Samahah Mufti Negeri Perlis Dr. Asri Zainal Abidin agar kedua - dua pihak yang terbabit dalam isu fitnah liwat agar bermubahalah .

" memang ada dalam quran , keluar semua ke padang , bawa semua manusia , lembu kerbau ayam itik dan bermubahalah ini memang ada dalam islam....cadangan agar bermubahalah ni mungkin mufti pun dah serabut dengan puak ni yang saling memfitnah " demikian antara jawapan Tok Guru

Paling tidak sebelum bermubahalah , yang menuduh sila kemukakan bukti dan dituduh andai ia tidak mengaku maka segeralah bersumpah dengan nama Allah swt.

Ianya sangat penting agar segala kekeliruan dan keresahan rakyat dapat di atasi . Mubahalah adalah langkah yang paling akhir setelah semua ikhtiar menemui jalan buntu.

9 Comments:

Blogger Ibnu Ali said...

"Jika benar terdapat tuduhan liwat ke atas Anwar sekalipun, mana-mana pihak yang bersungguh meminta Anwar bersumpah dengan al-Quran sepatutnya perlu menuntut bahawa Anwar diadili dengan hukum al-Quran,"

Saya tidak sokong pendapat mufti dan Tok Guru.

Sepanjang saya belajar dari tingkatan satu sekolah agama hingga sekarang, tidak pernah saya dengar dari mana-mana ulama atau baca dari mana-mana kitab, tertuduh dan penuduh dalam kes liwat/zina bermubahalah "bersumpah". Ini bukan kes li'an, ini kes tuduhan liwat. Dari segi perundangan Islam, hendaklah si pendakwa mempunyai 4 orang saksi lelaki lagi dipercayai untuk mendakwa. Jika gagal gugurlah dakwaan tersebut dan si pendakwa hendaklah dihukum. Kenapa dalam kes liwat Saiful ini tak di bawa ke mahkamah syariah? Dibicarakan mengikut undang-undang Islam. Kerana kedua-keduanya orang Islam.

11:50 AM

 
Anonymous ROSLAN said...

MUFTI PERLIS MERAPU

Aku kesian dengan ‘ahli hadis’ yang nak berlagak menjadi Mufti, selalunya dalam sejarah, kalau orang itu ilmu hadis dia bukan ahli Fiqh, Imam Bukhari sebenarnya ahli hadis terulung namun dia dalam pendirian Fiqh memilih untuk mengambil Mazhab Syafii. Antara kebodohan Mufti Hingusan dan Ayam Tambatan bekas Menteri Besar Perlis ini adalah terserlah dalam rencana di utusan Malaysia. Mubahalah untuk kes Hudud…itulah kebodohan tidak boleh dimaafkan.

Mubahalah agar umat tidak berbalah

Sekarang Mufti Perlis membuat fatwa baru bahawa kalau orang itu mengaku diliwat, maka dia hendaklah melakukan Mubahalah. Sepatutnya dalam Islam bila seseorang itu mengajukan dakwaan maka hendaklah dia mengemukakan bukti bayyinat, kerana itu adalah dakwaan sedangkan tuduhan li’an hanya dikenakan kepada isteri kita atau sebaliknya bila melihat berzina dengan orang lain, tanpa saksi lain. Jadi Mufti Perlis tak boleh nak kais-mengais macam ayam tentang hukum ini. Apa ke jadahnya hukum li’an suami isteri dibawa bincang, bila masa pula Datuk Seri Anwar Ibrahim tu Kahwin dengan si Mangkuk Saiful tu, apa ke bodohnya Mufti macam ini.Bingung tak habis-habis lagi

Oleh kerana perkara ini telah masuk ke balai polis jadi perkara ini dah masuk bab Qadha’ (tahkim) maka hendaklah Saiful Buhari itu membawa bayyinat sama ada bukti DNA dan 4 saksi atau pengakuan Anwar, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditanya sahaja, betul tak hang buat benda tu, sebagaimana Rasulullah sendiri pernah tanya seorang pasangan zina yang satu lagi kalau pasangan itu mengaku maka sama-sama kena hudud, kalau perempuan itu tidak mengaku maka si pengaku zina tadi dikenakan had zina dan had Qazaf. [ Umar al-Khattab menjatuhkan hukuman berganda ini kepada pengaku zina bila orang yg didakwa pasangannya tidak mengaku]

Andaian Bodoh Pertama.
Kalau Datuk Seri kata, “saya meliwat dia” maka Datuk Seri Anwar akan dikenakan had liwat iaitu bunuh, dan Si Saiful pula perlu membuktikan dia diliwat dengan paksa. Setahu aku mustahil Dauk Seri Anwar yang terseliuh pinggang tu ada kederat nak paksa Saiful badan tegap tu, kecuali Saiful tu tadah bontot dia. Maka dua-dua kena bunuhlah, habis karier politik dua-dua.

Andaian Sebenar
Kalau Datuk Seri Anwar kata “tidak”, maka si Saiful tadi akan kena hukuman mengaku hudud diliwat iaitu dibunuh dan hukuman Qazaf sebanyak 80 kali sebatan.

Inilah perbincangan Fiqh yang benar, bukannya perbincangan Fiqh untuk mengelakkan dari Hudud Islam yang tidak ada harapan untuk BN terima dan laksanakannya di Malaysia. Inilah juga kebutaan MAZA dari segi Fiqh hudud.

3:38 PM

 
Blogger Ibnu Ali said...

Mufti Perlis jawab isu kemuka empat orang saksi kes liwat.

Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin jelas bercanggah pendapat dengan Mufti Perak, Dato Harussani Zakaria dalam kes orang yang menuduh dirinya diliwat mesti mengemukakan empat orang saksi dan jika gagal boleh disebat 80 kali.

"Mereka ini keliru antara seseorang yang mendakwa orang lain melakukan zina dengan orang yang mendakwa dirinya dirogol dan diliwat," kata Dr Asri.

"Jika disamakan kaedah ini bererti mangsa-mangsa rogol dan liwat kena datangkan empat orang saksi dan kalau gagal berbuat demikian, mereka akan disebat 80 kali. Inikah Islam yang mereka faham?

"Kesalahan memahami hukum beginilah yang akan mengelirukan umat Islam? Jika ini yang ditonjolkan pada masyarakat, maka orang akan anggap Islam itu zalim," katanya lagi.

Baru-baru ini, Dr. Asri meminta kedua-dua individu yang dikaitkan dalam kes liwat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan supaya 'bermubahalah' atau bersumpah.

Beliau berkata isu liwat itu kini sudah menjadi semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru.

Katanya, Anwar dan Mohd Saiful hendaklah bersumpah laknat iaitu dengan melafazkan sumpah: "Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya, laknat Allah kepada saya."

Cadangan Dr Asri tidak dipersetujui oleh Dr Harussani yang berpendapat Ketua Umum Pakatan Rakyat itu tidak perlu bersumpah atau bermubahalah.

Ini kerana, menurut Dr Harussani, isu liwat itu terletak dalam bab jenayah (kazaf) dan orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan.

Dr Asri pula berkata, "Sebenarnya seseorang yang mendakwa dirogol atau diliwat boleh menguatkan kes dan tidak semestinya mengemukakan empat orang saksi saja. Pendakwa boleh mengemukakan qarinah (bukti atau apa saja yang berkaitan) untuk membantu siasatan," jelasnya.

Dr Asri bertanya, adakah mungkin selepas ini pihak-pihak berkenaan akan mencadangkan supaya wanita-wanita yang membuat aduan menjadi mangsa rogol datuk, bapa, atau orang lain kena membawa empat orang saksi dan disabit 80 sebatan rotan.

"Dapatkah dicari empat orang saksi beriman? Di mana pula di dunia ini ada orang yang dirogol disaksikan empat orang saksi beriman dan saksi-saksi itu pula akan hanya melihat saja tanpa melarang perbuatan itu?," tanyanya lagi.

Cadangan bermubahalah yang pernah disuarakan oleh Dr Asri tempoh hari jelas mengundang pelbagai reaksi dari ulamak dan ahli politik.

Dr Harussani tegas berkata yang Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah kerana katanya ia tidak menepati undang-undang Islam.

Kata beliau lagi, kes isu liwat yang membabitkan Anwar adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah.

Kata Dr Asri, selepas bermubahalah (bersumpah) tidak bermakna orang itu tidak akan dihadap ke mahkamah.

"Mubahalah lain, prosedur mahkamah lain. Mubahalah timbul akibat ada pihak yang tak percaya pada sistem kehakiman, percaya ada komplot, bila masyarakat tidak mempercayai satu sama lain, bila saksi dianggap palsu, mahkamah pula tidak boleh dipercayai.

"Daripada terus berbalah antara satu sama lain dan membiarkan keadaan berterusan dan tuduh menuduh, elok didatangkan bermubahalah. Satu jalan penyelesaian untuk tidak terus berbalah," kata Dr Asri.

Ketika diminta mengulas kenyataan Dr Harussani yang mengatakan cadangan bermubahalah itu datangnya orang yang terlebih pandai, Dr Asri hanya berkata, "hasad itu tidak baik."

1:30 PM

 
Anonymous ainohikari said...

Fatwa Dr Taha Jabir al-'Ulwani mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim
Terjemahan Ustaz Zainuddin Hashim
Wed | Jul 09, 08 | 4:43:07 pm MYT
Soalan
Telah berlaku satu isu yang menggemparkan banyak pihak di Malaysia baru-baru ini, berhubung mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dituduh terlibat dengan perlakuan liwat, pihak berkuasa Malaysia berusaha untuk memanggil kedua-dua individu yang menuduh dan dituduh agar melakukan angkat sumpah untuk membuktikan pihak yang benar dan salah.

Apa pandangan Islam berhubung tindakan angkat sumpah berkenaan, apakah pihak yang dituduh perlu berbuat demikian bagi membersihkan dirinya daripada fitnah atau tuduhan itu seperti sumpahan orang yang terlibat dalam kes pembunuhan?

Jawapan Dr Taha Jabir al-'Ulwani:

Menurut Imam Ibnu al-Qaiyim al-Jauziyah dalam kitabnya at-Turuq al-Hukmiyyah dan beberapa pandangan ulama, mereka menolak dakwaan atau tuduhan yang datang daripada seorang yang dilihat tidak berlaku adil, khususnya daripada setiap tindakan, cara hidup terhadap orang yang mempunyai kedudukan baik dalam masyarakat, di mana dakwaan seumpama itu disifatkan sebagai 'Qazaf' dengan membawa empat orang saksi, ia bersandarkan kepada ayat 4, Surah an-Nur maksudnya:

4. "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;

Firman Allah lagi menerusi ayat 11-19, Surah an-Nur maksudnya:

"11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh siksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab siksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi Kami memperkatakan hal ini! Maha suci Engkau (Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli Rumah Rasulullah)! ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan".

Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)."

Sesungguhnya sejarah gerakan Athisme dan Komunisme di dunia Arab secara khusus melatih perkaderan di peringkat akar umbi untuk menonjolkan akhlak yang songsang yang dilemparkan terhadap pimpinan ahli agama Islam yang komited dengannya, ia adalah cara untuk memburukkan nama baik dan imej mereka kepada umum (kerana mahu meraih kepentingan tertentu) agar umum tidak lagi percaya dan memberi sokongan kepada ahli-ahli agama, inilah yang pernah dilakukan oleh pengikut Komunis di Iraq satu ketika dahulu di kalangan parti Ba�ath (Kebangsaan Arab).

Justeru, kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka dan menyekat kemaraan pengaruh lawan dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun melibatkan harga diri seseorang.

Mereka ini bukanlah pemimpin kerajaan yang baik yang boleh menjaga kebaikan dan kemaslahatan negara, tetapi untuk diri mereka semata-mata, tapi bagaimanapun tindakan mereka itu akan dibalas, kalau pun tidak pada diri mereka, mungkin isteri serta anak-anak mereka.

Apa yang umum hingga di peringkat global mengetahui, bahawa Saudara Anwar Ibrahim sejak masa mudanya dilantik sebagai ketua gerakan belia di Malaysia (ABIM), pernah mengurus kira-kira 25 buah sekolah beraliran agama khusus buat remaja lelaki dan perempuan (sekolah alternatif) di seluruh tanahair, tidak kedengaran pada usia remajanya atau ketika memimpin gerakan belia, sesuatu yang menjatuhkan harga diri atau maruahnya dengan tindakan yang menyalahi ajaran agama Islam. Jika pada usia begitu beliau disenangi, dipercayai dan dihormati sebagai seorang pemimpin yang baik, bagaiman mungkin pada usia yang mencecah 60 akan terlibat dengan perlakuan kaum Lut?.

Beliau sekarang ini terdedah kepada pelbagai ancaman, konspirasi, provokasi, bagi mengekalkan amalan politik kotor sekali gus mengajak manusia seluruhnya untuk menentang Allah SWT.

Isu akuan bersumpah sebenarnya tidak dibahaskan panjang lebar oleh kalangan fuqaha� melainkan pada keadaan bila wujudnya pembunuhan antara dua kampung hingga tidak dapat dikenal pasti siapa pembunuh sebenar, maka menurut sebahagian mereka: Akuan bersumpah hendaklah dilakukan oleh 50 orang ahli setiap kampung bagi membersihkan diri daripada sebarang tuduhan, tetapi ia bukan dalam isu yang sedang dibincangkan iaitu �Qazaf�.

Ini kerana apa yang sedang disaksikan ialah isu antara seorang penuduh fasiq lagi zalim tidak diterima kesaksiaannya dan seorang yang teraniaya dan bersih daripada tuduhan tetapi tidak diberi haknya untuk membebaskan diri daripadanya.

Isu ini serupa apa yang pernah berlaku kepada pemimpin gerakan Islam Iraq al-marhum Syeikh Muhammad Mahmud as-Sowaf dan Syeikh Abdul Aziz al-Badri yang dilemparkan oleh pengikut Komunis dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan hingga kedua-dua mereka tidaK dapat membela diri untuk membersihkan nama baik dan maruah.

Isu Dato' Seri Anwar Ibrahim yang pernah cemerlang dalam kepimpinannya ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno beberapa tahun, tidak kedengaran suara-suara sumbang daripada golongan remaja, belia bersamanya dahulu menyebut tentang perlakuan sumbang beliau, tetapi bagaimana sejak akhir-akhir ini terdapat kecenderungan pihak tertentu dengan rasa tidak malu dan takut kepada Allah melemparkan tuduhan negatif itu.

Saya menyeru pihak terbabit secara jujur, bertakwalah kamu kepada Allah, takutkan akan Dia Yang Maha Bertindak Balas ke atas hamba-hambaNya di akhirat, ingatlah ketegasan Allah dalam al-Quran : Sesungguhnnya hari tersebut (kiamat) tidak akan memberi manfaat harta dan anak-pinak, melainkan mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat (dari sebarang penyakit hati yang merbahaya).

Secara peribadi selaku seorang muslim, harapan dan seruan saya kepada Kerajaan Malaysia, agar bertakwa kepada Allah dalam mengurus negara dan rakyat, khususnya orang Melayu/Islam, berakhlaklah dengan nilai akhlak Islam yang murni, dengan tidak melebihkan politik daripada akhlak, jangan bertindak sesuatu yang boleh melucutkan harga diri seseorang atau rakyat hilang keyakinan para pemimpin yang memerintah negara sekarang ini, kerana setiap sesuatu yang zalim itu adalah jalan kegelapan, yang rosak itu akan membawa kepada neraka yang membakar.

Kita bermohon kepada Allah agar Dia memelihara negara dan rakyat di bawah naungan-Nya.

8:23 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam...

Orang yang mengaku beragama banyak yang nampak tak beragama.
Hari ini orang yang cerdik agama banyak bercakap tidak disusuli tindakan/amalan.
Menggunakan agama yang bersesuaian dgn diri sendiri.

Fikir-fikirkanlah.

Shit ! Shit ! Shit !!!!!

1:11 AM

 
Anonymous Anonymous said...

APABILA ULAMA TIDAK TAKUT ALLAH

PA sudah jadi kepada setengah-setengah ulama kita
Terutama ulama-ulama rasmi
Jika ada orang mengamalkan Islam secara syumul
Untuk melindungi kelemahan diri
Dituduhlah orang itu hendak mencari nama
Kalau ada orang mengamalkan Islam
yang dia tidak ada ilmunya tentang itu
Dituduhlah orang itu membawa ajaran sesat
Apa sudah jadi kepada ulama makan gaji
Jika pemimpin tidak suka sesuatu amalan
yang ada di dalam Islam
Ulamalah yang mencari hujah dan dalilnya
Untuk mengambil hati pemimpin
Dituduhlah orang itu ekstrimis
atau tidak sesuai lagi dengan zaman
Apa sudah jadi dengan ulama kerajaan
Kerana mereka bergondol
Lantaran itu mereka pun anti-serban
Katanya serban bukan pakaian Islam
ia adalah budaya Arab
Apabila sesuatu amalan yang dia tidak amalkan
Ada orang yang mengamalkan
dituduhlah orang itu sesat
Tapi kalau sesuatu amalan itu mereka setuju
Sekalipun nyata sesat, tidak pun dituduh sesat
Begitulah apabila ulama
sudah tidak takut lagi dengan Allah
Mereka pun menuduh sesuka hati

(SAJAK DIPETIK DARI SYEIKH ASHAARI MUHAMMAD)

4:04 PM

 
Anonymous Anonymous said...

KERJA PEJUANG ISLAM

ERJUANG ertinya mengajak orang
mengenal Allah sebagai Tuhan
Kemudian mengajak agar akui Allah
adalah Tuhan yang wajib disembah
Ertinya mengajak orang masuk Islam
Yang sudah Islam, berjuang mengusahakan untuk menyubur-
kan dan meningkatkan Islamnya
Inilah kerja yang sepatutnya dibuat
oleh pejuang-pejuang Islam
Usaha-usaha inilah yang memerlukan pengorbanan
Korban harta, korban tenaga dan korban nyawa
Berjuang bukan ajak orang masuk politik
Tidak juga untuk menyokong kita
menjadi pemimpin
Datuk nenek kita dahulu masuk Islam
bukan kerana masuk politik
Bukan juga kerana melantik seseorang itu
menjadi pemimpin
Datuk nenek kita masuk Islam setelah dikenalkan
Tuhan itu adalah Allah
Tuhan itu wajib disembah,
dicintai dan ditakuti
Menjunjung suruhan dan larangan-Nya
Menerima syariat-Nya sebagai panduan hidup
Kerana itulah datuk nenek kita masuk Islam
Kita hanya sambung sahaja
kemudian memperjuangkannya
Bukan datuk nenek kita terima Islam
kerana politik
Atau kerana melantik seseorang itu
menjadi pemimpin
Hari ini para pejuang Islam telah menyelewengkan
matlamat perjuangannya
Bukan ajak orang masuk Islam
Tidak juga mengajak umat Islam
meningkatkan Islamnya
Tapi ajak orang masuk partinya
Paling tidak mengajak orang ramai
menyokong partinya
Ini satu kesilapan yang paling besar
di dalam perjuangan
Satu penyelewengan telah berlaku
di dalam perjuangan

(SAJAK DIPETIK DARI SYEIKH ASHAARI MUHAMMAD)

4:30 PM

 
Anonymous Anonymous said...

ANWAR VS DR ASRI KAT
http://www.youtube.com/watch?v=uVLJhyW4SOE

4:45 PM

 
Anonymous Anonymous said...

em...nape perlu takut katakan yang benar walaupun tidak diadili...adakah perlu kita takut jika kita tidak bersalah....

memang diakui bermuhabalah bukan jawapannya tetapi kenapa tertuduh terlalu takut bersumpah....prinsip??? atau sebaliknya.

Berbalik kepada sumpah pada tahun 1990an akhbar harakah dalam laporan juga telah menjemput DSAI bersumpah di Masjid Permatang Pasir, DUN PERMATANG PASIR P.PINANG berkaitan isu arak...DSAI tidak berani menyahut cabaran PAS PERMATANG PAUH ketika beliau dlm UMNO..kenapa????

Harap pihak HARAKAH dapat menyiarkan artikel tersebut semula...kebebaran akan timbul jgn dinafikan HAK keadilan dan kebenaran dalam Islam.

Adakah mencari pemimpin baik itu wajib dan tuntutan agama???

Isunya sekarang jika isu ARAK DSAI pun tidak mahu bersumpah..ada sesuatu yang tidak kena dengan DSAI...untuk isu ini..HARAP para ulama PAS dan ahli PAS dapat mencari artikel tersebut.

Kebenaran adalah terlalu pahit..
Jangan lahirkan dajjal di Malaysia.

DR AKU BUKAN ULAMA@USTAZ...

10:49 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home