" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, August 02, 2008

PEMIMPIN
SEWAJARNYA SEDIA DITEGUR

Antara keunikan Syariat Islam , bukan sahaja ahli diwajibkan taat kepada pimpinan , malah pimpinan mestilah telus dan sedia ditegur atau dikritik .

Sekalipun teguran atau kritikan tersebut amat pahit untuk ditelan , namun akhlak seorang pemimpin dan kepentingannya untuk parti / jamaah mengatasi segala – galanya.

Pemimpin yang sukar ditegur atau dikritik dan menampilkan imej elit dalam gaya kepimpinannya , akan melebarkan jurang antara pemimpin dengan ahli dan fenomena ini tidak selayaknya berlaku dalam sebuah organisasi yang berjuang untuk mendaulatkan syariat Islamiyyah.

Pada dasarnya , sikap kepimpinan yang sedemikian (sukar ditegur dan berketerampilan elit) tidak hanya melebarkan jurang antara kepimpinan dengan ahlinya , malah mengundang konflik dan krisis dalaman . Paling minima , ahli akan bersikap dingin dan tiada kerjasama yang baik terhadap pimpinan sedemikian .

Keadaan ini tentunya melemahkan jentera parti / jamaah dan ia melambatkan proses mencapai kemenangan . Mendengar dan menerima teguran bukanlah suatu sikap yang merosakkan imej kepimpinan kita , sebaliknya ia adalah sikap yang terpuji dan ia menjadi tanda bahawa ia menerima hidayah Allah swt. , apatah lagi teguran dan kritikan itu sangat membina . Allah swt. mengajar kita :

الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُوْلَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمْ اللَّهُ وَأُوْلَئِكَ هُمْ أُوْلُوا الأَلْبَابِ

( الزمر 18 )

“ Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah ( petunjuk ) oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.”

Sebagai seorang pemimpin yang dipilih atau dilantik memegang amanah jamaah dan ummah / parti dan ahli sayugianya mempelajari dan menghayati apa yang dilafazkan oleh Saiyidina Abu Bakar rha. dalam khutbahnya sejurus diberi mandat sebagai khalifah .[1]

أَيُّهاَ الناَّسُ : قَدْ وُلِّيْتُ أَمْرُكُمْ وَ لَسْتُ بِخَيْرِكُمْ وَ لكِنْ نُزِلَ القُرْآنُ وَ سَنَّ النَّبِيَُ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمَ السُّنَنَ فَعَلِمْنَا أَنَّ أَكْيَسَ الكَيْسُ التُّقَى وَ أَنَّ أَحْمَقَ الحَمْقَ الفُجُوْرِ وَ أَنَّ أَقْوَاكُمْ عِنْدِي الضَّعِيْفُ حَتَّى آخِذُ لَهُ بِحَقِّهِ وَ أَنَّ أَضْعَفَكُمْ عِنْدِي القَوِيُّ حَتَّى آخِذُ مِنْهُ الحَقّ . أَيُّهاَ النَّاسُ : إِنَّمَا أَناَ مُتَّبِعٌ وَ لَسْتُ بِمُبْتَدِعِ فَإِنْ أَحْسَنْتُ فَأَعِيْنُوْنِيْ وَ إِنْ زِغْتُ فَقَوِّمُوْنِيْ

“ Wahai manusia : Sesungguhnya aku dilantik untuk memimpin kamu sedang aku bukan yang terbaik dikalangan kamu , namun Al quran telah diturunkan dan Nabi saw. telah meninggalkan sunnahnya , justeru itu kita mengetahui bahawa yang paling pintar ialah kepintaran orang yang bertaqwa kepada Allah dan yang paling bodoh pula ialah kebodohan orang yang jahat .

Sesungguhnya orang yang paling kuat dikalangan kamu adalah lemah disisiku sehingga aku mengambil suatu yang menjadi hak ( yang mesti ditunai )bagi dirinya dan sesungguhnya orang paling lemah dikalangan kamu adalah kuat disisiku sehingga aku mengembalikan haknya ( yang mesti dimilikinya ).

Wahai manusia : Aku adalah orang yang mengikut sunnah bukan yang mengada – ngadakan perkara baru . Kiranya aku berlaku adil dan betul dalam pentadbiran, maka bantulah aku dan kiranya aku menyeleweng maka perbetulkanlah aku.”

[1] حياة الصحابة للعلامة الشيخ محمد يوسف الكندهلوي - الجزء الثالث باب خطب الصحابة

3 Comments:

Blogger gopenghagen said...

terima kasih atas artikel ni ust. Menjawab persoalan ana dalam posting sebelum ni. jzkk

ahli bawahan

11:23 AM

 
Anonymous Anonymous said...

benar ustaz, mesti boleh ditegur.. tapi kalau semua teguran hendak dilayan.. tambah pulak yang kurang ajar, sampai bila tak habih.. sebab tu pimpinan kena reserve jugak skit izzah nya (eliteness), supaya smooth perancangan dan perjalanan sesebuah organisasi.. sebab level manusia macam2.. nak layan semua, pakai tak habeh la..
dalilnya ringkas.. ahli tengok dari bawah, dia nampak satu skop saja masalah.. tapi pimpinan tengok dari atas.. lebih luas skopnya..

macamla dalam sebuah syarikat.. kalaulah pengarahnya tak simpan sedikit eliteness.. kompem peon tak respek..
sifirnya mudah, tak perlu disusahkan.. parti islam ka, syarikat kapal ka.. konsep organisasi tetap sama.. cuma matlamat saja berbeza..

geng2 biadab, tak reti bahasa.. campak saja ke laut.. simpan pun buat habeh boreh saja.. makin dilayan tukang2 karut ni, tak lama lagi habihla izzah kepimpinan ulamak..

p/s: terbaru, depa dah start label pimpinan kita sebagai penipu.. agak2 semua, sapa yang syok?

5:56 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam

Pertamanya saya sokong apa jua muzakarah (whatever namanya), antara sesama muslim. Muslim adalah bersaudara, bukan saling mencaci maki. Jadi, pertemuan antara UMNO dan PAS patut disokong oleh seluruh umat Islam.

Org yg tak setuju dgn pertemuan ini, bolehlah dikatakan bodoh atau bangang atau kedua-duanya sekali.

Kedua, semakin hari semakin jelas, agenda semua parti melayu muslim yg ikut bertanding dalam pilihanraya tidak menjadikan agenda penubuhan negara Islam sebagai golnya.

Kalau pun ada yg Islam...tapi malu-malu kucing menyebutnya. Bahkan agenda Islamnya itu juga masih dalam tempurung kelapa ideologi kapitalisme.

Sementara UMNO semakin hanyut dalam polemik dan konflik.

Apalah yg diharapkan kepada PKR yg ideologinya berkiblat kepada ideologi Barat. PKR mahukan keadilan...sedangkan keadilan mana mungkin diperolehi tanpa Islam.

Manusia manusia hari ini memerlukan Islam serta sebuah kuasa yg tegak atas dasar Islam atau Nabi saw menyebutnya khalifah.

Sesungguhnya perkara yg utama dan lebih utama daripada penurunan harga minyak dan apa sahaja adalah pelaksanaan semula syariat Islam oleh selurh kaum muslimin. Pelaksanaan syariat Islam secara total mmenuntut adanya khilafah. Dgn demikian...dalam bahasa yg mudah masalah / persoalan utama umat hari ini adalah berdirinya kembali sebuah negara Khilafah.

1:51 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home