" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Friday, August 01, 2008

DENGAR DAN TAAT
ARAHAN PIMPINAN

Dengar serta taat kepada arahan pimpinan yang dilantik dan diberi kepercayaan untuk mengemudi parti / jamaah adalah satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh setiap individu selama mana arahan tersebut tidak bercanggah dengan syariat.

Sabda Rasulullah saw :

اِسْمَعُوْا وَ أطِيْعُوْا وَ إِنِ اسْتُعْمِلَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِي َ كأنَّ رَأسهُ زَبِيْبَة

[1] (البخاري )

“ Dengar dan taatlah olehmu sekalipun yang bertanggungjawab mengarah kamu hanyalah seorang hamba Habasyi sementara rambutnya pula berkerinting. ”

عَلَى اْلمَرْءِ اْلمُسْلِمِ السَّمْعُ وَ الطَّاعَةُ فِيْمَا أَحَبَّ وَ كَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَ لاَ طَاعَةَ .

( رواه مسلم )
[2]

“ wajib dengar dan taat bagi setiap individu muslim dalam perkara yang ia suka mahupun tidak ( benci ) selama mana ia tidak diperintah melakukan maksiat , apabila ia diperintah melakukan maksiat maka tiada dengar dan tiada taat .”

Dengar dan taat kepada arahan pimpinan bukanlah satu perhambaan tetapi lambang keutuhan gerakkerja berorganisasi . Ia menjadi suatu arahan rasmi dari Allah swt . dengan firmanNya :


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا


( النساء 59 )


Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu (orang – orang yang beriman). Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.


Setiap anggota parti / jamaah mesti bersedia untuk membasmi keegoan akademik dan keegoan senioriti demi memastikan prinsip “ dengar dan taat ” dapat dilaksanakan dengan baik , seterusnya memulangkan kesan yang sangat positif untuk memastikan kelancaran gerakkerja .
Tanpa dengar dan taat terhadap arahan pimpinan , bukan sahaja ia bercanggah dengan prinsip amal Islami malah ia melambatkan perjalanan parti / jamaah . Sedang musuh bergerak laju ke hadapan untuk merencana dan memerangkap pergerakkan kita . Benarlah apa yang disebut oleh Saiyidina Omar Al Khattab rha.


لا اِسْلامَ إلا بِجَمَاعَةٍ وَ لا جَمَاعَةَ إلا بِإِمَارَةٍ وَ لا إِمَارَةَ إلا بِطَاعَةٍ


“ Tiada Islam tanpa jamaah , tiada jamaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa ketaatan ”


Dengar dan taat menjadi ujian besar kepada anggota parti / jamaah untuk membuktikan wala’ ( kesetiaannya kepada perjuangan ) serta intima’ ( keterikatannya dengan prinsip dan agenda perjuangan ) . Ujian sebegini pernah dilihat dalam rakaman peristiwa Tholut dan tenteranya .


فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِالْجُنُودِ قَالَ إِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُمْ بِنَهَرٍ فَمَنْ شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَنْ لَمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلا مَنْ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ فَشَرِبُوا مِنْهُ إِلا قَلِيلا مِنْهُمْ فَلَمَّا جَاوَزَهُ هُوَ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ قَالُوا لا طَاقَةَ لَنَا الْيَوْمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلاقُو اللَّهِ كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ


( البقرة 249 )


Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka ( yang taat ).


Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar".


Peristiwa ini jelas membawa mesej bahawa dengar serta taat kepada peraturan dan arahan pimpinan adalah syarat turunnya pertolongan atau kemenangan daripada Allah swt. Justeru itu Baginda saw. berwasiat kepada seluruh ummatnya dengan ‘ dengar dan taat ’ kepada pemimpin yang dilantik dikalangan orang yang beriman.


أُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَ جَلَّ وَ السَّمْعِ وَ الطَّاعَةِ وَ إِنْ تََأَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلافًا كَثِيْرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَ سُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ اْلمَهْدِيِّيْنَ عَضُّوْا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَ إِيَّاكُمْ وَ مُحْدَثََاتِ اْلأُمُوْرِ فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٌ .


( رواه أبو داود و الترمذي و قال : حديث حسن صحيح )


“Aku berwasiat kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah Azza Wajalla , dengar dan taat sekalipun yang mengarah kamu hanyalah seorang hamba , maka sesungguhnya sesiapa yang masih hidup dikalangan kamu , ia akan berhadapan dengan konflik yang begitu hebat , dikala itu wajib ke atas kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khulafa’ Ar Rasyidin yang mendapat petunjuk. Genggamlah ia dengan geraham dengan seerat - eratnya dan waspadalah kamu terhadap perkara – perkara yang diada-adakan maka sesungguhnya semua perkara yang diada-adakan ( yang tidak terdapat dalam syariat ) adalah sesat .”
[3]


Tegas dengan prinsip “ dengar dan taat ” ini tidak bermaksud menghalang anggota parti / jamaah mengemukakan pandangan yang berbeza dengan pendapat pimpinan dan juga tidak bermaksud menyempitkan ruang anggota menegur atau mengkritik pimpinan dengan kritikan yang membina .


Hanya suatu sikap yang mesti dijelaskan , bahawa pandangan yang berbeza dan teguran yang diberi , tidak sampai melucutkan ketaatan anggota kepada pemimpin yang dilantik , begitu jua kepada parti / jamaah yang didokong.


Bagaimana menegur pimpinan


Menjadi hak dan tanggungjawab anggota mengemukakan pandangan yang membawa kebaikan kepada parti / jamaah , demikian juga teguran atau kritikan yang membina . Namun wajar diinsafi bahawa parti / jamaah mempunyai tatacara atau adab yang luhur dan saluran yang tepat untuk merealisasikan kritikan yang membina dan mengemukakan pandangan yang bernas .


Jangan menjadikan ‘ kedai kopi ’ sebagai pentas menegur pimpinan kerana fenomena ini tidak memberi keuntungan kepada sesiapa melainkan musuh.


Berbincang atau bersemuka ( muzakarah dan muqabalah ) dengan suasana ukhuwwah yang harmoni dan mengemukakan pandangan melalui mesyuarat yang diadakan , adalah merupakan saluran yang sangat tepat , malah ia mengurangkan kadar masaalah dalaman seperti salah faham dan syak wasangka .


Pemimpin yang ditaati


Demi meraih ketaatan anggota kepada pimpinan, sewajarnya pula pihak pimpinan memelihara thiqah (kepercayaan anggota parti / jamaah kepadanya .) Pemimpin selayaknya pula mengelak diri daripada persekitaran yang merosakkan kewibawaannya sebagai seorang pemimpin .


Akhlak , disiplin dan karisma kepimpinan mesti dipelihara dan dikawal , lantaran hilang salah satu daripadanya mengakibatkan lunturnya ketaatan anggota kepada pimpinan .


Pemimpin sayugianya bijak menyusun arahan dan mengatur titah , sesuai dengan tahap keupayaan anggota yang diarah . Arahan yang tidak bijak akan menyulitkan anggota untuk mentaatinya dan ini menyumbang kepada penghakisan prinsip ‘ dengar dan taat ’ dalam parti / jamaah.


Sementara qudwah yang dipamerkan oleh pimpinan pula mampu meningkatkan kualiti ketaatan anggota kepada arahan pimpinan.Seringkali tercetusnya krisis ketaatan anggota terhadap pimpinan berpunca dari sikap pimpinan yang ‘ cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap ’ . Bukankah Allah telah menempelak golongan seperti ini :


أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلا تَعْقِلُون


( البقرة 55 )


Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?َ


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ


( الصف 2 - 3 )


“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”


Tiada taat dalam perkara bathil/maksiat .


Ketaatan kepada pimpinan bukan bersifat taat membuta tuli . Namun wajib dipastikan ketaatan yang diberi hanyalah untuk urusan taat kepada Allah atau perkara yang makruf sahaja.


حَدِيثُ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ جَيْشًا وَأَمَّرَ عَلَيْهِمْ رَجُلاً فَأَوْقَدَ نَارًا وَقَالَ ادْخُلُوهَا فَأَرَادَ نَاسٌ أَنْ يَدْخُلُوهَا وَقَالَ الآخَرُونَ إِنَّا قَدْ فَرَرْنَا مِنْهَا فَذُكِرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لِلَّذِينَ أَرَادُوا أَنْ يَدْخُلُوهَا لَوْ دَخَلْتُمُوهَا لَمْ تَزَالُوا فِيهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَقَالَ لِلآخَرِينَ قَوْلاً حَسَنًا وَقَالَ لاَ طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةِ اللَّهِ إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ *


( البخاري و مسلم )


Diriwayatkan daripada Saidina Ali k.w katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w telah mengutus satu pasukan tentera dan baginda telah melantik seorang lelaki sebagai pemimpin tentera itu. Lelaki tersebut telah menghidupkan api dan berkata: Kamu semua masuk ke dalam api itu. Maka sebahagian dari tentera ingin memasuki ke dalam api tersebut dan sebahagian dari tentera yang lain berkata: Kami telah melarikan diri daripadanya. Perkara itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w, lalu baginda bersabda kepada orang-orang yang ingin memasuki api tersebut: Sekiranya kamu memasukinya nescaya kamu akan terus berada di dalamnya sehingga Hari Kiamat dan Nabi berkata kepada pihak satu lagi dengan kata-kata yang baik serta bersabda: Jangan mentaati perintah untuk melakukan maksiat kepada Allah tetapi taatilah dalam perkara kebaikan*
[4]


Taat dalam semua keadaan.


Ketaatan terhadap pimpinan bukan suatu pilihan (ikhtiari) sebaliknya suatu kewajipan yang wajib ( ijbari ) ditunai dalam semua situasi .


عن أبي هريرة رضي الله عنه . قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : عَلَيْكَ السَّمْعَُ وَ الطَّاعَةَ في عُسْرِكَ وَ يُسْرِكَ وَ مَنْشَطِكَ وَ مَكْرَهِكَ وَ أَثَرَةٍ عَلَيْكَ .


( رواه مسلم )


Dari Abi Hurairah rha. Ia berkata :” Rasulullah saw bersabda : Kamu wajib mendengar dan taat dalam keadaan sulit , senang , suka dan dukamu malah dalam hal yang kamu tidak berkenan sekalipun .
[5]


[1]Riwayat Al Bukhari dari Anas rha.
[2] النووى على مسلم ج 12 ص 226
[3] رواه أبو داود في السنة باب لزوم السنة و الترمذي في العلم باب ما جاء في الأخذ بالسنة و اجتناب البدع
[4] Shohih bukhari dan Muslim . Kitabul Imarah Bab Wajib mentaati pemimpin dalam perkara yang tidak maksiat dan haram mentaati pemimpin dalam perkara maksiat.
[5] Shohih Muslim dalam kitab dan bab yang sama .

5 Comments:

Anonymous najmi of dublin said...

Salam, saya setuju dengan ustaz.. sudah sampai masanya kita buang tukang2 karut yang memecahbelahkan jemaah kita..

Kita maju setapak lagi, buang politik kedai kopi yang biadab dan kurang ajar.. yang rasa depa saja bekerja untuk jemaah, bukan pimpinan..

Kalau semua keputusan strategik kena share dengan ahli, baik buat live saja setiap kali mesyuarat PAS pusat diadakan..biar semua orang tau apa kita bincangkan..

Laki bini pun tak buat miting strategik depan anak2..inikan pulak pimpinan parti...

Ayuhlah kita kembalikan tsiqah pada pimpinan yang hidup mereka sentiasa berjuang daripada bertsiqahkan ntah sapa2.. sekadar mengaku ahli pas seumur hidup, bukan petanda bahawa dia seorang strategist atau sayang jemaah..

Saya dan kawan2 ulang sekali lagi, gesaan kami kepada tukang2 karut untuk turun kembali ke dalam usrah atau keluar saja dari jemaah.. Jemaah tidak mulia kerana kamu..

10:06 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Najmi, kalau dgn DAP yg anti Islam hang sanggup lembut lidah tapi dgn sesama anggota jamaah ada pandangan sedikit berbeda terus nak bagi talak tiga.

Saya fikir...sikap yg macam nilah salah satu penyakit merbahaya dalam jamaah.

Pemikiran hang ni macam pemikiran org UMNO.....tak leh berbeza pendapat.

Bagi saya, sikap kritikal anggota jamaah menunjukkan jamaah berjaya membina hamlud dakwah yg bukan hanya tahu ucap : Yes boss .....

Cuma yg perlu adalah adanya saluran utk menyampaikan pandangan yg kritikal...bukan dihapuskan. Mungkin pdnya ada kebenaran. Disamping itu...adab dan cara perlulah dijaga. Lagi pula jika ada alasan dan hujjah, apa yg mahu dirisaukan. Pandangan yg lemah lama-lama akan hilang bersama angin lalu. Jadi, jamaah perlulah menghebahkan apakah alasan, sandaran, hujjah dan nas terhadap setiap keputusan dan tindakan yg dilakukan.

Jadi...tak payah buat live meeting tu, tetapi hebahkan kpd ummat kenapa suatu keputusan itu telah diambil.

Saya mencadangkan PAS perlu secara terbuka, berterus terang dan tegas, baik kepada UMNO mahupun parti-parti yg lain seperti PKR dan DAP bahawa PAS mahukan syariat Islam dilaksanakan dan khilafah didirikan di Malaysia.

Kalau PAS sanggup melakukan hal ini, tidak hanya seluruh ahli PAS menyokongnya, tetapi seluruh ummat Islam menyokongnya.

12:33 AM

 
Blogger Malaysia said...

DAP & PKR (Majoriti Hindraf & Cina antimelayu) menindas orang Melayu,Islam dipermainkan,azan subuh dikritik,surau baru dibina diprotes(sehingga bertumbuk),Selangor dijadikan Estet BABY...Orang Melayu dalam Pakatan RAkyat berdiam diri..sanggup ditunggangi demi kuasa..Perpaduan sesama Islam & melayu tidak diendahkan..hanya kerana kuasa,sanggup melihat sahaja apa yg DAP & PKR (Hindraf)lakukan terhadap Islam..Inikah namanya perjuangan..
Perjuangan anda ini semata-mata untuk DAP & PKR(Hindraf).
Ketahuilah dalam PAkatan Rakyat hanya PAS sahaja majoritinya melayu Islam.
DAP- 99% Cina.PKR-20% Melayu & 80% Cina,INdia & lain2 kaum)(Anggaran sahaja)
DAP.. belum memerintah sudah pasang angan-angan membentuk kerajaan yg rata-ratanya bangsa Cina,India..Melayu sekali pandang boleh kira.. Lihat di Kabinet bayangan YB M Kulasegaran Cadangan asal : Sumber: http:/ / kula.blogsome.com/ 2008/ 07/ 29/ lets-see-the-shadow-government/

Fikir-fikirkanlah...

1:08 AM

 
Blogger Sultan Adil said...

Saya kurang setuju dgn pendapat ini,kerana pemimpin skrg ini mempunyai berbagai2 pendapat dalam Islam. Maksud Ustaz pemimpin yg bagai mana ? Ahli Sunnah ? Waahabi ?

10:22 PM

 
Anonymous KMKU said...

Di kala ada yang mempersoalkan DAP dan PKR adalah lupa mempersoalkan Gerakan,Mca dan Mic?

Berbeza pendapat bukan bermaksud tidak taat tetapi saluran menyampaikan khilaf pendapat itu perlu cara yang betul.

Jika ada apa2 perkara berbangkit maka perlunya ia utarakan ketika usrah.

"Hidup dengan memberi dan bukan sekadar menerima"

Wallahua'lam.

1:04 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home