PENDIRIAN SAYA
TERHADAP PAKATAN
Hari ini selesai sudah muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat bagi kali yang ke 49 . Masih terasa penat dan letihnya tubuh selepas mengambil perjalanan yang jauh untuk sampai ke Ipoh. Tambahan pula jadual aktiviti rutin menjadikan waktu tidur agak terabai .
Banyak keputusan dicapai melalui muktamar kali ini meskipun ia bukan lah satu deklarasi yang detail dan rasmi .
Antaranya berkait isu muzakarah yang agak panas perbahasannya di kalangan perwakilan . Nyata muzakarah tidak lagi menjadi isu apabila ia telah disepakati oleh semua perwakilan sesuai pula dengan keputusan rasmi PAS Pusat dan Dewan Pemuda , bahawa PAS akan terus bersikap terbuka untuk bermuzakarah atau muqabalah dengan siapa sahaja demi kepentingan agama dan ummahnya .
Dalam masa yang sama kita menegaskan bahawa kita menolak semua tawaran UMNO dan BN malah kita juga membuat penegasan bahawa PAS tidak akan masuk UMNO atau BN selama mana UMNO dan BN masih kekal sebagai parti yang sarat dengan maksiat dan mungkar ( penyelewengan ).
PAKATAN : PENDIRIAN SAYA .
Beberapa penegasan tersebut sekali gus meletakkan hubungan PAS bersama parti komponen PAKATAN terus utuh . Dewan Pemuda PAS Pusat juga telah membuat komitmen untuk terus bersama PAKATAN berasaskan prinsip Tahalluf Siasi .
Inilah juga pendirian saya . Namun saya sangat bersetuju dengan kenyataan Dato' Seri Presiden Tuan Guru Hj. Abdul Hadi bahawa komitmen ini bukan sahaja diperkukuhkan dengan aqad untuk bersama dan bekerjasama mengharungi serta memikul tanggungjawab perjuangan ini tetapi juga dikemaskini dengan lafaz ta'lik " Jika terbentuk Kerajaan PAKATAN dan Islam tidak berada ditempat yang selayaknya sebagai agama yang diwahyu Allah swt maka PAS menarik diri "
Taklik ini bermaksud jika kerajaan PAKATAN benar - benar dibentuk setelah berjaya meruntuhkan kerajaan UMNO dan BN . Ertinya jika kerajaan itu tidak dapat dibentuk maka batallah taklik tersebut.
Taklik ini jua mengambil kira soal kedudukan Islam dalam kerajaan PAKATAN. Jika Islam terjamin dalam kerajaan PAKATAN malah memimpin atau menerajui PAKATAN sesuai dengan "sifat Islam yang memimpin" maka batallah taklik tersebut .
LAFAZ TAKLIK
Taklik ini adalah bertujuan untuk memperkukuh atau memperteguh kedudukan PAS dalam PAKATAN agar ia benar - benar dapat berfungsi dan berperanan sebagai parti anggota sekali gus memimpin PAKATAN dengan asas yang diwahyukan Ilahi .
Taklik adalah urusan dalaman PAS untuk meletakkan PAS menepati syarat dan prinsip dalam bertahalluf . Ertinya ia sekali - kali tidak bermaksud mempersoalkan kredebiliti keanggotaan parti komponen PAKATAN yang lain .
Hanya untuk menjadi garis sempadan dalam penglibatan agar semua pihak tahu dan sedar batas serta kedudukan masing - masing . Mengisytiharkannya pula adalah satu kejujuran dalam meletak diri bersama tahalluf ini.
Saya percaya rakan - rakan dari parti Keadilan mahupun DAP boleh memahami realiti ini . Harapnya tiadalah pihak yang mengadu domba.
Apabila sang suami selesai aqad nikahnya lalu membaca lafaz taklik , itu tidak bermakna suami tidak menyintai isterinya dan bukanlah pula bermaksud sang suami mahu memisah diri dan membubarkan nikahnya yang baru sahaja diijab qabul dalam satu majlis aqad yang sah . Nikahnya sah dan kasih sayangnya mekar sehinggalah berlaku sebagaimana lafaz takliknya , barulah nikahnya bubar atau jatuh talaknya.
Begitulah realiti PAS bersama parti anggota PAKATAN yang lain . Taklik yang dilafazkan oleh Dato' Seri Presiden PAS bukanlah bermaksud membawa PAS keluar dari PAKATAN dan tidak pula bermaksud PAS mengkhianati anggota PAKATAN yang lain . Sebaliknya kerjasama atau tahalluf antara anggota PAKATAN terus berlangsung sehinggalah berlaku sebagaimana lafaz takliknya barulah tahalluf itu batal dan bubar .
Inilah persoalan yang ingin saya tekankan dalam muktamar pemuda semalam , tetapi memandang masa penggulungan agak terbatas , maka saya mengambil kesempatan disini untuk mempertegaskan pendirian saya .
Saya benar - benar mengharap muktamar pemuda semalam boleh menyelesaikan banyak perkara terutama melalui ucaptama Ketua Dewan Pemuda yang sangat baik dan mantap .
Insyaallah , selepas ini Dewan Pemuda PAS negeri dan kawasan akan terus diskusikan ucaptama tersebut diperingkat masing - masing dan dapat merealisasikan dalam gerakkerja di semua peringkat .
5 Comments:
http://pkrpasdap.blogspot.com
Nampaknya ahli PAS tidak puas dengan layanan yang diberikan oleh Pakatan Rakyat terutamanya DAP dam PKR.
Baharu saja 5 bulan, nampaknya Pakatan ini bukan sahaja TIDAK YAKIN YANG ANWAR IBRAHIM AKAN MENJADI PERDANA MENTERI.
PAS walaupun minoriti dalam Pakatan, mereka juga mahukan PM daripada Ulama dan dalam kata lain mereka juga tidak sukakan Anwar, namun terpaksa berlakon untuk sementara waktu.
Abe MIE hairan kenapa mereka tidak suka kepada 'Umar Abdul Aziz PAS' iaitu Lim Guan Eng. Sebelum ini bukan main mereka beria-ria menyokong Khalifah
Kafir sebagai pemimpin teragung. PAS tidak dapat menilai mana yang kaya dengan permata.
Bagi Abe MIE, kalau orang Cina boleh memperbodohkan PAS, mereka tidak segan akan memperbodohkan Melayu keseluruhan. Mujurlah UMNO masih kuat dan apa yang berlaku telah menyebabkan golongan muda sudah hilang keyakinan dan tidak berminat dengan madah berhelah perjuangan PAS sehingga kini ibarat UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI.
abe MIE hendak tanya, PAS hebat, tersohor dan 'kuat' kerana APA? Adakah kerana pembangunan ekonomi rakyat Kelantan? Perjuangan Islam sekuat Iran melawan Amerika? Membela rakyat yang miskin? Menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat? Berjaya Menarik pelabur terbesar?
atau PAS hanya kaki sorak bila UMNO berpecah? mendapat kemenangan kerana anti-UMNO dan undi protes? Berjaya mengadakan demonstrasi besar-besaran? Mengkafirkan Melayu sebagai ISlam? DAN BANYAK LAGI. Seminggu menulispun tak boleh habis.
APAPUN ABE MIE KAGUM DENGA USTAZ. INI PERTAMA KALI PAS BERKATA- ISLAM PERLU DIUTAMAKAN bukannya Politik perlu diutamakan.
SYABAS
10:04 AM
Taklik dengan kafir..yang menolak Islam terang-terangan?
Langkah mayat saya dulu~Karpal Singh?
Apa cerita ni..taklik dengan kapir..baik taklik dengan UMNO.. ada jugak yang masih solat 5 waktu dalam UMNO tu. Tapi DAP? Inilah politik...
Selamat berjuang.
10:10 AM
salam. 'Ta'lik' itu pada saya telah ada pada kita semua, cuma tidak dizahirkan secara terbuka. Kini baru dizahirkan. Kalau tidak diketengahkan pun perkara ini sudah jelas dalam diri setiap ahli. Contohnya apabila berlaku insiden demo protes baru-baru lalu. Ahli semua bangkit menyatakan 'ta'lik' mereka. Begitu juga isu muzakarah.
Pada saya yang penting bagi pemuda sekarang ialah mencari pendekatan yang paling optimum keberkesanannya dalam masa yg suntuk ini, untuk 'memahamkan' ahli PR yg lain tentang dasar, sikap dan wawasan Islam yg kita perjuangkan. Apa sikap dan pendekatan kita terhadap konsep 'hiburan yg waqi'e' atau 'keadilan syariat kpd non-muslim' dan sebagainya. Memang semua itu sudah ada dalam pelbagai buku atau makalah, tapi rakyat sebenarnyanya ingin melihat paparan realiti perkara tersebut yg diinisaitifkan oleh kita. Bukan membaca dari teks.
10:24 AM
Assalamualaikum..
Taklik Lim Guan Eng, Pakatan Rakyat diasaskan atas Malaysia adalah negara sekular perlu diberi perhatian juga.
11:41 AM
lepas dah tarik diri tu mcm mane dgn negara kite ni?..ade pikir x?..DAP amik cmtu je ke?..ke mase tu baru nak wat pakatn ngan UMNO?..cause n effect ye syg..jgn lupe..
2:24 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home