" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, August 10, 2008

CADANGAN :
JIKA ISLAM TIDAK DOMINAN
PAS WAJIB MENARIK DIRI
Ramai juga yang yakin bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan persekutuan pada 16 september ini . Saya sendiri beberapa kali diajukan pertanyaan apakah benar kerajaan ini akan dibentuk pada 16 september.

Saya hanya menjawab Wallahua'lam ( Allah swt. sahaja yang maha Mengetahui ) . Saya tidak mahu mendahului takdir Ilahi .

Sememangnya hati dan perasaan saya cukup tebal agar Kerajaan Barisan Nasional yang menganut faham sekular ini ditumbangkan bersama dengan koleksi kezaliman dan kekejaman yang mereka lakukan ke atas rakyat negara ini.

Tetapi sebagai seorang anggota gerakan Islam , saya juga tidak mahu kita meruntuhkan kerajaan jahiliyyah dan membina kerajaan jahiliyyah yang baru . Sebaliknya apa yang kita mahu ialah kita meruntuhkan kerajaan Jahiliyyah dan kita menubuhkan Kerajaan Islam yang menepati konsep Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafuur .

Andai benar Pakatan Rakyat berjaya menubuh kerajaan persekutuan pada 16 sept ini , persoalan tertumpu kepada bagaimana bentuk kerajaan tersebut ?

Apakah kerajaan tersebut terdiri daripada majoriti ahli parlimen dikalangan bukan Islam ? apakah jawatan timbalan perdana menteri juga akan terdiri dikalangan bukan Islam ? Dengar khabarnya Perdana Menteri sudah pasti Dato' Seri Anwar Ibrahim dan beliau di katakan akan melantik 3 timbalan perdana menteri .

Saya tidak bersifat perkauman . Ertinya saya tidak kisah MP ( ahli parlimen ) terdiri dari kalangan bangsa / kaum Cina , India , Melayu atau lainnya , tetapi yang penting mestilah muslim dan mukmin.

Justeru itu , jika kerajaan Pakatan Rakyat yang dikatakan akan terbentuk pada 16 sept ini tidak didominasikan oleh MP dikalangan muslim , maka ia membawa maksud kerajaan itu bukan lagi kerajaan orang Islam ( jauh sekali kerajaan Islam ) .

Maksud yang sama juga ialah kuasa politik negara ini bukan lagi berada di tangan orang Islam. Tentu sahaja masa depan orang Islam di negara kita akan terus menghadapi hari - hari suram dan kelamnya.

Pada hemat saya , PAS sebagai sebuah Gerakan Islam tidak boleh membenarkan kerajaan yang menghakis kuasa politik orang Islam dibentuk dalam negara kita. Membenarkannya juga membawa erti kita telah melanggar dan bersalahan dengan semangat perlembagaan parti yang kita tubuh dan perjuangkan selama ini. Iaitu ke arah membentuk kerajaan yang terlaksana di dalamnya al amru bil makruf dan an Nahyu anil Mungkar pula menurut lunas syariat .

PAS mesti memastikan kuasa politk terus kekal ditangan orang Islam sekalipun ia bukan melayu . Namun secara sifir kasarnya orang Islam di dalam negara kita adalah terdiri ramai dikalangan orang melayu .

Pakatan Rakyat , khasnya Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri mestilah peka perkara ini . Kerajaan yang hendak dibentuk mestilah tidak meninggalkan kuasa politik orang - orang Islam khasnya dan orang melayu amnya.

Janganlah asal boleh menjadi Perdana Menteri, maka siapa sahaja ahli parlimen yang boleh bersama untuk membentuk kerajaan diterima lalu dibentuk kerajaan tanpa melihat di mana kuasa politk orang Islam dan dimana kuasa politik orang Melayu ?

Kebimbangan saya ini berasaskan maklumat bahawa 30 MP yang bakal melompat masuk Pakatan Rakyat adalah terdiri dari kalangan MP bukan Islam kecuali 2 orang sahaja .

Saya cadangkan PAS mesti keluar dari Pakatan Rakyat jika Pakatan Rakyat terus bermaksud ingin membentuk kerajaan persekutuan tanpa memastikan agar kuasa politik itu mesti didominasikan oleh orang Islam .

Saya rasa , semua orang Islam apatah lagi pendokong gerakan Islam boleh bersetuju dengan cadangan saya .

Kalau kita begitu terguris hati apabila PAS mengadakan muzakarah dengan UMNO kerana melihat UMNO adalah musuh politik , zalim , kejam dan segala najis mungkar bersamanya , saya yakin mereka ini akan lebih terguris hatinya ketika melihat kerajaan persekutuan yang bakal dibentuk pada 16 sept oleh Pakatan Rakyat nanti , didominasikan oleh golongan bukan Islam . Sekurang - kurangnya UMNO yang dibenci itu masih lagi ahli syahadah.

Kepada sahabat perjuangan , perkukuhkan amal Islami kita , perteguhkan gerak kerja amal tarbawi kita guna memacu perjuangan yang kini memasuki episod baru , membelah badai yang datang dari segenap arah untuk meranapkan cita - cita besar kita , yang mahu melihat tertegaknya Negara Islam di atas tanahair kita .

Hari ini , saya semakin faham kenapa Tok Guru Presiden terus bertegas untuk bermuzakarah dengan siapa sahaja individu , parti politik atau pun NGO demi masa depan Islam dan ummah agar kuasa politik terus ditangan ummat Islam dan ianya tidak terlepas.

Apa yang semakin saya pelajari dari skil politik Tok Guru ini ialah agar kita berhati - hati memacu perjuangan supaya tidaklah kita keluar dari mulut buaya ( Jahiliyyah ) dan kita masuk mulut harimau ( jahiliyyah )

Buaya meskipun ganas , keganasannya hanya terhad di dalam air ( sungai ) yang jarang - jarang sekali kita merentasinya. Apa yang lebih bimbang ialah Harimau , keganasannya adalah di darat sedang kita hidup didarat ini .

Semoga Allah selamatkan Perjuangan suci ini . Takbiiiirr !! ( 3 kali )

42 Comments:

Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum..ana stuju dgn ust. perkara inilah yg perlu kt renungkan kembali tatkala kita melihat diri semakin diambang kemenangan..supaya kemenangan yg diperolehi itu kemenangan yg sebenarnya dtg dari Allah..bukan kemenangan palsu yang hanya membawa kerosakan dan penindasan Islam

12:16 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Ketegasan Pimpinan Ulamak Mempertahankan Islam.

BismilLah, wal hamdu lilLah, wassolatu wassalamu ‘ala Saiyyidina RasulilLah, wa ‘ala alihi wa ashabihi wa man saara ‘ala nahjihi wa jaahada jihadahu ila yaumil qiyaamah, amma ba’du ;



Salam ISLAH,



Keredhaan Allah SWT adalah matlamat tertinggi perjuangan PAS. Demikianlah yang difahami daripada tujuan penubuhan PAS yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS. Ditubuhkan atas dasar taqwa kepada Allah SWT dan komitmen yang terlalu tinggi untuk mengajak masyarakat menghayati Islam dalam seluruh bidang kehidupan melalui penegakan Daulah Islamiyah di atas muka bumi.

Demikianlah mukaddimah yang saya rasa sesuai untuk saya meneruskan tulisan saya menyokong posting terkini Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Hj Nasrudin Hasan Tantawi. Cadangan supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya Islam tidak dominant di dalam kerajaan yang ‘dikatakan’ akan terbentuk pada 16 September nanti.

Jika kita meneliti peringatan-peringatan Allah di dalam Al Quran, jelas bahawa tertegak atau terhapusnya mana-mana kerajaan di atas muka bumi ini adalah pekerjaan Allah SWT dan di dalam bidang kekuasaan Allah jua. Apa yang berlaku di atas muka bumi di kalangan manusia ketika usaha mengangkat atau menjatuhkan kerajaan dan kekuasaan adalah di dalam aturan Allah SWT dan di dalam kehendak iradah Allah SWT jua. Allah menggunakan siapa sahaja dalam proses ini adalah kerana ingin menguji hambaNya samada terus istiqamah dengan iman dan Al Quran ataupun sebaliknya. Samada mula hilang keyakinan bahawa kekuasaan adalah aturan Allah ataupun semakin jitu keyakinannya bahawa kekuasaan yang diberi adalah ujian Allah jua.

Apa yang pasti, sebagai hamba Allah, apabila kita dipinjamkan kekuasaan oleh Allah, kita wajib melaksanakan pemerintahan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah. Kita bukan hamba PKR dan DAP, kita hamba Allah SWT. PAS ditubuhkan untuk melaksanakan arahan dan perintah Allah. Sungguh benar kita diizinkan berijtihad dan melaksanakan urusan dunia kita mengikut pertimbangan akal dan ilmu kita namun kekuasaan syariat adalah yang tertinggi. Dalam isu muqabah sendiripun saya masih tertanya-tanya, ulamak yang mempertahankan muqabalah berdasarkan keizinan dan nas syarak yang gilakan kuasakah ataupun yang tak sabar nak melangkah ke Putrajaya pada 16 September nanti yang sebenarnya gilakan kuasa.

Petang tadi, saya menghubungi sahabat saya Ustaz Hafiz Nordin, Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, bertanya khabar berita perkembangan program Konvensyen PAS Pulau Pinang yang berlangsung hari ini. Sebenarnya apa yang ditulis oleh Ustaz Nasrudin Tantawi telah pun disebut oleh Tuan Guru Presiden di dalam ucapan perasmian konvensyen tersebut. Tuan Guru Presiden dengan jelas menyebut bahawa jika kerajaan yang terbentuk pada 16 September nanti adalah kerajaan yang didominasi oleh bukan Islam dan kerusi Melayu Islam hanya menjadi minoriti, PAS tidak akan menyertai kerajaan tersebut. Dengan makna lain yang boleh saya fahami ialah, PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat!!.

Ketegasan Presiden adalah kerana takutnya kepada Allah SWT. Saya semakin yakin berdiri di belakang kepimpinan ulamak. Merekalah tempat kita berpegang hingga hari qiyamat. Mungkinkah ada di kalangan AJK PAS Pusat yang akan berhujjah pula mengatakan bahawa kita perlu bersama dengan pembentukan kerajaan tersebut kerana kemungkinan kita akan mendapat sokongan dari MP bukan Islam untuk melaksanakan Islam dan perintah Allah di atas muka bumi Malaysia?...hehe…pasti ada.




Jika melihat kepada siapa di sebalik Forum Peluk Islam anjuran Majlis Peguam dan ucapan-ucapan Pemimpin DAP sebelum ini, kita harus berpijak di bumi nyata.

12:31 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Ana sokong pendapat ust. Dari 8 mac lagi ana dah perhatikan... Pakatan Rakyat yang ditubuhkan di dominasikan oleh bukan islam.

Bila ada ura-ura untuk Anwar bertanding di KBB, tempa YB Zul, ana terfikir kenapa kerusi YB Zul yang nak diambil.

Dan yang terkini, demo bantah forum 'memeluk islam' yang diketuai oleh YB Zul, KP DPP YB Salehuddin dan lain-lain... cuba anta baca kecaman dari PKR. Terkejut ana, syed hussein ali marah kepada pembantah.

Ikhlas dari lubuk hati ana, ana dah tawar hati nak sokong kerajaan PR 16 september nanti.

Tapi sebagai seorang yang pernah ditamrinkan oleh ust, ana bersedia untuk wala' terhadap segala keputusan jemaah.

Ana harap perkara ni, ust. bangkitlah di Muktamar Pemuda nanti.

Salam perjuangan.
Pemuda PAS Batu.3
Pondok Pemuda Al-Kalthumiah.

1:18 AM

 
Blogger izali said...

salam

saya bersetuju dgn pendapat ustaz. cuma sy teringat tentang hadith yg diriwayat oleh yang huzaifah ibn yaman yg popular.

pada pendapat ustaz, adakah dlm keadaan sekarang kita wajib 'bermuktazilah' spt disebut dlm hadith itu?

harap ustaz dapat huraikan serba sedikit hadith tersebut dlm konteks kita di malaysia skrg.

akhukum fi ddin
khairol azli mohamad
zliey@yahoo.com

1:50 AM

 
Anonymous Anonymous said...

A'kum, maaf ustaz, walaupun ustaz antara pimpinan tinggi dalam PAS, tapi saya dengan beraninya tak setuju dengan sebahagian hujah ustaz, dan menjadikan saya tidak bersetuju 100 peratus dengan cadangan ini. Untuk lebih lanjut, sila lihat segala komentar2 terhadap posting ustaz ni dalam tranungkite. Tolong jangan menambahkan lagi sebarang unsur2 yang menampakkan perpecahan di kalangan Pakatan Rakyat, terutamanya dari orang2 tinggi macam ustaz.

4:38 AM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Buat semua sahabat .

Pertama saya ucapkan terima kasih kerana menyertai perbahasan ini dengan baik dan tenang . Semoga Allah mengurniakan kebaikan kepada kita . Saya tidaklah meletakkan emosi dlm melontarkan cadangan ini . Tetapi melihat kepada masa depan ummat Islam di negara kita.

Saya percaya cadangan ini mempunyai pro dan kontranya. Tetapi perlu dijelaskan disini saya tidak bermaksud menolak PKR dan DAP dalam konteks mereka sebagai madu'u. Tetapi saya mencadang agar PAS menarik diri dari pembentukkan kerajaan persekutuan JIKA Islam tidak dominan .

Dengan maksud PAS tidak boleh menjadi anggota kpd sebuah kerajaan persekutuan yang Islamnya tidak dominan. Sebagai mana kita menolak UMNO kerana mrk mempersiakan Islam , begitulah tahalluf yang PAS buat dgn Pakatan atau siapa shj tidak boleh sampai mempersiakan Islam .

PAS menolak UMNO krn mrk merosakkan Islam dan bangsa sendiri so kita tidak boleh mengulang situasi yang sama dgn tahalluf yang kita buat .

JIKA Pakatan boleh bentuk kerajaan yang Islamnya terpelihara , maka tiada halangan utk PAS terus bersama menjadi anggotanya. Saya menyebut JIKA kuasa politik berada di tangan bukan Islam maka masa depan ummat Islam di negara ini akan terus suram sebagaimana suramnya mrk dizaman UMNO atau mungkin lebih kelam .

( saya bukan bercakap soal majoriti rakyat dlm negara . Saya bercakap soal majoriti ahli parlimen yg ada kuasa mengundi dlm parlimen utk menentu dasar dan keputusan . di tangan siapakah ia ? itu persoalannya )

Saudara bayangkan , JIKA anggota kabinet dan suara majoriti adalah bukan Islam dan mereka boleh menentu dasar dan kuasa ,bagaimana keadaan ummat Islam dan kepentingan agama Islam dalam negara ini ?

Sebelum ini kita bertahalluf ( kerjasama ) dan kita tidak kesal dgn tahalluf tersebut , tetapi perlu diingat bhw Islam meletak syarat dalam tahalluf agar Islam tidak tergugat. Jika Islam dilihat tergugat maka tahalluf tersebut mesti dikaji semula .

Kita tidak boleh mengizinkan Islam dicabar . Hari ini pun saya lihat sedikit demi sedikit usaha mencabar Islam berkembang. Kita tidak boleh membenarkan keadaan ini berlarutan.

Sekali lagi saya tegaskan JIKA kerajaan pakatan yang bakal ditubuh , majoriti MP nya ( yang akan menentu suara/keputusan dalam parlimen ) ialah bukan Islam , PAS sebagai sebuah Gerakan Islam tidak boleh menjadi anggotanya.

PAS mesti berada di luar dari Kerajaan itu . bukan sebagai anggota kerajaan yg nantinya terpaksa akur dgn suara ramai / majoriti dlm kerajaan tersebut sekalipun keputusan tersebut bercanggah dgn Islam .

Saya bukan bercakap soal dakwah disini . Dakwah tetap menjadi asas perjuangan PAS dan dakwah adalah tugas rasmi dan rutin PAS. So PAS akn terus berdakwah biarpun diluar pakatan. Yang saya timbulkan ialah soal keanggotaan kpd sebuah kerajaan yang kuasa majoritinya bukan ditangan Islam .

Kepada kawan - kawan bukan islam , mrk tidak perlu kecil hati dgn cadangan seperti ini . Kerana Islam tidak pernah memerangi golongan yang tidak memeranginya. Islam juga agama yang merentasi batas kaum dan bangsa . islam malah agama yg adil . Saya percaya , bukan Islam boleh menerima dominasi kuasa org Islam dalam Malaysia yang agama rasminya ialah Islam.

Tapi kalau mrk berkeras juga nak menjadikan negara Malaysia ini tidak di dominasi oleh org Islam dalam kuasa politiknya , maka saya cadang agar PAS tidak menjadi anggota kerajaan tersebut. Saya bukan cadang PAS memusuhi kerajaan tersebut. sebaliknya PAS mesti berada di luar dari kerajaan tersebut.

Saya juga tidak mencadangkan supaya PAS memusuhi Pakatan Rakyat tetapi saya cadang JIKA kerajaan yang Pakatan nak bentuk tu tidak mengambil kira soal kuasa politik org Islam , maka PAS mesti menarik diri dari kerajaan tersebut.

Dakwah tetap jalan , persahabatn selama kita tidak dimusuhi boleh diteruskan . Engagement juga akan diteruskan cuma tidak berperanan sebagai anggota kpd kerajaan tersebut.

Seperkara lagi , saudara kena memahami maksud JIKA yg saya bawa. dlm bhs arab , JIKA ialah terjemahan dari huruf IN ( Alif baris bawah dan Nun mati ) membawa maksud syarat . maksudnya :

syaratnya JIKA berlaku sebagaimana yang saya maksudkan iaitu kuasa politik terlepas dari tangan org Islam maka jawab syaratnya ialah PAS mesti tarik diri dari kerajaan tersebut .

JIKA syarat itu tidak berlaku , maka tiadalah cadangan seperti itu .

8:57 AM

 
Anonymous Anonymous said...

saya setuju sngt kalo pas keluar dari PR krn ia dah x relevan.khabar yg blh dipercayai mengatakan bakal kerajaan baru majoriti bukan islam..itulah hasrat DS ANWAR jika beliau adalah PM Malaysia yg baru.beliau memperkotak-katik agama islam!!! bersatu lah kita demi ISLAM...!!!

9:57 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam ustaz Nasa sahabat lama..

Agak tidak setuju dengan pandangan ustaz. Benar apa yang ustaz perkatakaan tentang majoriti non muslim. Cuma saya mahu ustaz cuba fikirkan dulu bagaimana gambaran anggota parlimen baru PR nanti. Saya yakin Islam akan terbela di bawah PR dan kerajaan baru. Kenapa? Kerana PAS ada. Mereka non muslim tidak sewenang-wenangnya menyentuh hak Islam dan ketuanan Melayu.. kerana PAS boleh secara automatik mengunakan kuasanya menarik diri dari PR. Islam dan Keadilan akan lebih tertegak dan PAS bebas menyebarkan dakwah di TV dan Parlimen. Kelantan mungkin bakal melaksanakan hukum hudud sebagai negeri contoh. So.. ustaz tak perlu risaulah...
Kalau mereka nak tunjuk samseng sangat kita keluar je PR.. dan fikirkan cara lain!! Untuk Pilihanraya Umum akan datang.. Kita akan buat persepadanan baru dan barulah Majoriti Muslim akan berada di Parlimen.

10:38 AM

 
Anonymous Anonymous said...

yang peliknya di saat Anwar Ibrahim sebuk2 duk pi kempen tarik MP BN masuk PR untuk tubuh kerajaan baru dan tumbangkan amno ni, PAS buat apa???
ustaz sendiri, ada pi jumpa YB JJ, YB Maran, YB temerloh, YB Lipis, desak dia atau bagitau dia rakyat nak PR dan mereka kena masuk PAS!!
ada ke tak??
takde kan.. pasal apa takde langsung usaha ke arah itu?
jumpa dengan ahli, wujudkan program bersepadu ke arah itu tak boleh ke dari kita berpolimik takut kan hal yang bukan2..
masih redha lagi ke dengan kerajaan amno???
sepatutnya peluang dan ruang yang ada ni kita gunakan sehabis mungkin untuk tarik mereka masuk PAS bukannya berpolimik yang bukan2 terhadap ahli!!!
contoh jelas, Datuk Fauzi yang takde apa2 jawatan pun PAS Pahang tak boleh nak tarik dan handle, nak salahkan Anwar lagi ke??
parti anwar tu parti semua kaum, dan jika ada non muslim yang nak melompat takkan dia nak halang, tapi yang peliknya PAS buat apa???
masih tak boleh nak tarik MP amno pasal apa???
ada ke pulak PAS yang perlu bersekongkol dengan dia..
tak boleh ke atur strategi dengan lebih terbuka dengan Anwar tu..
ni tak, dengan amno pun tak percaya, dengan anwar pun tak percaya, dengan kit siang apatah lagi..
bila nak tegak Islam kat Malaysia ni???...

12:21 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum,

Minta maaf Ustaz, saya terpaksa menerangkan sesuatu yang pahit di sini..

Jika….
16 Sept 2008, satu kerajaan ditubuhkan dan ianya tidak didominasi oleh Islam.

Maka…
Setiap saat PAS bersama PR sejak mula tempohnya bertahalluf sehingga tertegaknya kerajaan itu ianya adalah usaha yang membantu tertegaknya kerajaan tersebut. Ianya DIREKOD DALAM SEJARAH. PAS tidak dapat menafikan ia telah MEMBANTU tertegaknya kerajaan tersebut.

Maka..
PAS adalah bertanggungjawab sepenuhnya kepada keadaan tersebut kerana PAS telah mengerakkan sokongan ahli-ahli dan mereka di atas pagar untuk menyokong tertegaknya kerajaan tersebut.

Maka..
Tindakan PAS untuk keluar dari kerajaan tersebut pada waktu itu terlambat, sia-sia dan tidak menjejaskan pun kerajaan tersebut.

Maka..
Mungkin PAS sendiri tidak perlu mengeluarkan diri, tunggulah ia dikeluarkan oleh PR. Sekiranya PAS dulu dikatakan ditendang keluar dari BN, kali ini ianya lebih dahsyat dari kena tendang.

Maka..
PAS sebenar-benarnya telah meletakkan posisi Islam itu tidak di tempat sepatutnya sesuai dengan perlembagaan PAS. Sekiranya kedudukan Islam itu lebih teruk berbanding di zaman UMNO, PAS AKAN DIPERSALAHKAN OLEH PEJUANG-PEJUANG ISLAM SAMPAI BILA-BILA.

Maka..
Perjuangan Islam di Malaysia seolah-olah terpaksa bermula daripada mula... Nauzubillah

2:31 PM

 
Anonymous Anonymous said...

kat tranungkite ad bincangkan artikel ust ni

3:55 PM

 
Anonymous Anonymous said...

sy syamsul,sy rasakan kebimbingan ustaz ni ada asasnya..

4:23 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Saya sokong sepenuhnya artikel ustaz.. begitu bernas dan tegas..
Ambil semangat ketegasan ini, saya cadangkan kepada ahli PAS agar kita minta pemimpin yang terlalu tua untuk berundur.. cukuplah.. max umur 70 tahun saja..

Dan kelakar jugak kepada pengomen yang tanya kenapa PAS tak tarik MP UMNO.. alahai, baru nak jumpa jer korang dah kepoh terlolong sana sini.. nak tarik camna?

Saya juga cadangkan kita boikot Permatang Pauh.. biar Anwar tau, tinggi rendah langit tu.. bak kata Dato Pres, Orang PAS bukan bodoh..
Saya kata, kalau hebat sangat, lawanla UMNO sendiri.. cit

4:32 PM

 
Anonymous Anonymous said...

ek eleh si najmi ni...
belajar la skill politik ni dari Anwar sikit weii..
anwar pun ada jumpa pemimpin BN secara sulit tapi takde sapa marah sebab apa??
sebab dia jumpa untuk tekel pemimpin tu join PR la..
yang pemimpin PAS jumpa jugak, tapi lebih menghala untuk join amno..
tu la pasal kena sergah..
jangan la cemburu dengan orang..
mungkin sebab Anwar tu tak ostad macam korang, maka anwar tu tak betul la segala2nya..
patutnya kamu yang ostad berfikiran terbuka la sikit..
jangan la jumud sangat!!!

5:11 PM

 
Blogger Lot 250 said...

http://lot250.blogspot.com/2008/08/respon-terhadap-tulisan-ust-hj.html

6:09 PM

 
Blogger matcomot said...

salam.........
tulisan yang membina...
cadangan saya
1.apa kata anda cadangkan dato sri nizar jamaludin MB perak letak jawatan dahulu...
2.tahniah...tulisan anda blh meyebabkan 27 juta rakyat malaysia kempunan utk mendapat krjn baru.
3.di mana anda sewaktu protes majlis peguam?kenapa YB dari PKR dan saudara salehudin ayob yang mengetuai protes tersebut.golongan agama,cuma sstaz norazli musa...yang lainlain mana?

mungkinkah pendapat tuan guru nik aziz tu benar........ada saudara dari pakatan sendiri yang mahu robohkan pakatan rakyat?

8:20 PM

 
Blogger ediannuar said...

kenyataan ustaz seperti merendahkan usaha pkr dan dap. Tanpa pas, kerajaan tidak boleh dibentuk... begitu yang ustaz mahu. lagi huru-haralah jadinya.

8:38 PM

 
Anonymous Anonymous said...

wah2..kalau tang anwar skil politik.. bila PAS, kata tak bermoral,tak etika.. saya bukan ustaz, saya doktor.. tapi saya percaya kepada kepimpinan ulama.. bukan kaki temberang macam sorang tu..

Saya dan kawan2 kat sini, ramai2 kata PAS patut boikot Permatang Pauh, kasi dia rasa skit.. dia ingat dia hero..menyombong sangat.. nak PRU kerja sama2.. dapat Govment, tamak sorang2... ini skil politik iblis..

Balik2 modal jumud.. korang tu yang jumud.. dalam perang kira nak lawan saja..tak kira apa.. PAS dah banyak kali tunjukkan ketidak jumudan mereka dalam setiap tindakan.. bukan cam setengah parti.. pemimpin kata makan taik,ramai2 makan taik.. pigirah.. jumud konon..

Dan sekali lagi, PAS tidak pernah berbincang nak join UMNO.. tlg jgn buta perut sangat.. Kami bukan takdak pendirian cam bekas Ketua Pemuda satu Parti tu.. nak termuntah..

So, Syabas kepada ustaz atas artikel ni.. PM ke 6 hanya kepada Dato Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang.. tukang karut yang lain, kami sebulat suara dari UK dan Ireland, tak terima...

p/s; baik kejahatan yang tahu, dari yang tidak tahu.. Zulkifli Nordin hilang, ntah2 parti dia punya angkara..kata haritu nak amik tindakan..inila kot tindakan dia..

8:41 PM

 
Anonymous Anonymous said...

syamsul:gabungan dgn umno pon takkan menjadi,dgn pkr pon takkan menjadi...DAP jgn ckpla.mmg kita akan jd minoriti"Islam dtg asing dan akan kembali asing"yg penting jgn pula kita jadi lalang..teguhkan pendirian mu ustaz nasarudin tantawi..syabas ustaz!

9:00 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam Ustaz…

Pertama-tama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Bermuktamar kepada Ustaz yang bakal berkumpul di Ipoh, Perak pada esok hari.

Ustaz adalah orang yang disebut-sebut sebagai pengganti kepada YB Salahuddin Ayub yang akan meninggalkan kerusi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dan jikalau ini benar. Saya amat berharap ustaz dapat menjaga amanah Allah ini dengan baik dan sempurna hendaknya.

Disini saya ingin memberi sedikit ulasan dan komen tentang artikel ustaz seperti tajuk diatas.

Kita sebenarnya masih samar-samar dengan kekuatan Islam didalam Pakatan Rakyat ini, namum begitu, kita tetap mengharapkan akan parti-parti yang telah bergabung dan yang bakal bernaung dibawah pakatan ini dapat menghormati nilai-nilai yang Pas perjuangkan.

Kita juga mengetahui bahawa Islam tiada kekuatan di dalam Barisan Nasional sekarang ini. Yang ada cumalah kekuatan bangsa (konon) dan kekuatan kroni-kroni yang rapat dengan pemerintah (ini yang pasti).

Alhamdulillah, sedikit-demi sedikit perjuangan kita telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia yang non-muslim. Penubuhan Kelab Penyokong Pas telah menunjukkan bahawa Pas tidak keseorangan di dalam membina Negara Kebajikan ini. Orang-orang non-muslin ramai yang telah paham dan yakin bahawa Islam tidak akan mengabaikan hak mereka, apatah lagi untuk menzalimi mereka.

Berbalik kepada tajuk asal mengenai keharusan Pas untuk melangkah keluar dari PR jikalau Islam tidak dominant di dalam pembentukan kerajaan baru jikalau BN berjaya ditumbangkan.

Pada pandangan saya, untuk tahap permulaan ini, jikalau pembentukan kerajaan baru berjaya dilaksanakan dan negeri-negeri yang dibawah pemerintahan Pas secara total seperti di Kelantan dan Kedah diberi kuasa autonomi untuk melaksanakan undang-undang syariah, saya pikir, Pas perlu terus didalam pakatan ini.

Untuk terus melaksanakannya secara keseluruhan diperingkat pusat, sudah tentu ianya amat sukar jikalau hendak kita dibandingkan dengan kekuatan Pas. Pas masih belum cukup kuat lagi untuk melakukannya semua ini pada masa ini.

Bukan saya bermaksud Pas tidak mampu dari segi tenaga dan akal fikiran. Pas memiliki ulamak-ulamak yang hebat, tetapi Pas masih kurang dari segi jumlah kerusi di dalam Parlimen. Ini kerana, perlaksanaan sesuatu dasar perlu kepada persetujuan ahli-ahli parlimen secara majoriti.

Oleh itu, jikalau Pas diberi peluang untuk perlaksanakannya di negeri-negeri seperti Kedah dan Kelantan, Maka, pada masa itulah peluang Pas untuk menunjukkan keindahan dan keadilan Islam kepada non-muslim dan kepada muslim yang masih belum-belum paham itu.

Pada masa itu, saya yakin, media arus perdana tidak akan bertindak senget seperti yang mereka amalkan hari ini. Jika hari ini, sebaik mana pun tindakan Pas, akan tetap dipandang serong oleh media demi memberi imej sonsang kepada perjuangan Islam. Pada waktu itu, saya yakin media arus perdana akan melaporkan dengan cara yang lebih adil dan profesional.

Apa yang saya maksudkan disini ialah, tindakan kita perlulah berperingkat-peringkat. Jikalau di dalam BN mungkin kita tidak boleh bermimpi untuk melaksanakan syariat Allah ini, tetapi jikalau di dalam PR kita diberi ruang untuk melaksanakannya. Maka, apa salahnya untuk kita terus bergabung.

Jikalau agenda ini tidak dapat dilaksanakan apabila PR berjaya memegang tampuk pemerintahan negara ini nanti dan Pas dihalang untuk menegakkannya. Maka, pada masa itulah juga Pas perlulah “check-out” dari PR ini.

Sekian, wasalam.

http://lordazaab,wordpress.com
lordazab@gmail.com

9:44 PM

 
Anonymous Anonymous said...

perkara kita bersedia membantu DSAI ni bukan datang drpd
ahli parti, malah TG N.Aziz pun kebelakangan ini menunjukkan sokongannya terhadap usaha DSAI dan rakan2 dlm PR untuk mengambil alih kerajaan persekutuan (wpun pada awlnya TGNA memberikan respon negatif terhadap 'lompat parti') tetapi ana lihat selepas DSAI mengunjungi kelantan dan berjumpa dengan TGNA, kelihatan TGNA amat optimis sekali dengan usaha mengambil alih kerajaan persekutuan secepat mungkin..

kita tidak tahu secara dalam apa yang diterangkan DSAi dalam pertemuan tersebut, dan kita juga tak tahu kalau beliau ada agenda lain dalam perkara ini. tapi beberapa peristiwa sewaktu beliau memegang jawatan dalam kerajaan yang bersangkutan dengan Islam mungkin boleh jadi panduan zahir kita untuk menyokong dan membantu usaha beliau.
Ana pernah dapat maklumat mengatakan bahawa DSAi beberapa kali mengadakan perjumpaan tertutup dengan mantan Pres. PAS, Allahyarham U. fadzil nor. bekas lect UKM pun pernah berada dalam team untuk islamisasi perlembagaan malaysia yang dinaungi oleh DSAI waktu beliau TPM (tetapi hasil kerja yang telah siap itu tersangkut di peringkat PM waktu tersebut, Dr. Mahathir). selain itu, lect pendidikan UKM pun pernah berada dalam team membentuk falsafah pendidikan kebangsaan (unsur islamik dan ketaqwaan ada diselitkan dalam FPK), juga dgn usaha DSAI..harapnya beliau masih lagi ada keinginan yang kuat untuk melaksanakan ISLAMISASI di negara tercinta ini. bukannya seperti yang digembar-gembur oleh musuh bahawa beliau agen asing dan pengkhianat melayu.

wallahu'alam

9:57 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam Ustaz.. memula sy bace artikel ustz kt tranungkite.net, hati tersentak, mule tercari2 ingin tahu adakah benar artikel itu dr ustaz, jd sy cube mencari add. blog ustz.. skg jelas, mmg hasil tulisan ustaz.. xsalah utk ustaz memberi komen idea yg semacam ini, tp bile ustz tulis secare terbuke, ini mengukuhkan kan lg perasaan syak wasangka menebal ahli2 PAS yg totok thdp saudara Anwar, ya, ulasan ustz JIKA, tp semua ni boleh ditafsir melalui pelbagai tafsiran oleh org yg pelbagai ragam.. Ustaz seorg yg berpotensi utk menjadi perancang utama PAS mase dpn, tp xsewajarnye lah ustaz skg membina TEMBOK yg memisahkan ustaz dgn glngn yg lbh berpkiran sealiran dgn Anwar, sy seorg ahli Jemaah, dlm mase yg same juga sy seorg pengkagum Anwar sbb sy menyoroti kisah perjuangn saudara Anwar.. sy sedih jika org kite begitu jelik n terlalu prejudis terhadap populariti Anwar.. mngkin artikel ust x bermksud mnyrg Anwar, tp bg sy sbnrnye ia sec x lngsung terpalit kpd saudara anwar sbb die skg yg mempelopori n lbh terkedpn utk membawa suara rakyat.. Ust, sy mengimpikan Kemenangan Islam tp sy jelik ahli gerakan Islam yg xbersifat dgn sifat seorg pejuang.. harapnye bukanlah Ust yg dikatakan TGNA ade org kite yg dengki pd Anwar.. Ya Muqallibal quluub tsabbit qalbii 'alaa diinik.. Maafkan sy atas komen sy.. Ust Harpn Jemaah, tp jgn bina TEMBOK.. Allahuakbar!!!

10:07 PM

 
Anonymous Anonymous said...

orang yg tidak ada sesuatu tidak akan boleh memberi sesuatu..

saya masih berharap orang2 muda dari PAS dapat ke depan dan berbincang persoalan yang lebih jelas untuk digambarkan rakyat terbanyak yang menderita, bukan terperangkap dengan sentimen Islam vs Bukan Islam (atau yang lebih tepat saya nampak (Muslim vs Non Muslim).

10:41 PM

 
Anonymous Anonymous said...

ustaz..anda dipihak benar..teguhkan pendirian,Islam dtg asing dan akan kembali asing

11:05 PM

 
Anonymous Anonymous said...

alhamdulillah,dan dukacita sejak terbentuknya pakatan rakyat, banyak agenda atas nama kebebasan disuarakan tetapi tumpuan pr/dap/pkr banyak utk menekan melayu dan islam.pas perlu lebih tegas dlm perkara2 yg melibatkan islam/melayu.kita mahu pas tidak boleh diugut oleh sesiapa dlm pr. kita sudah biasa kalah dan biasa berseorangan.tiada guna berada dlm pr kalau islam terpinggir dan sentiasa ditekan klu pr berkuasa 16sept ini.pas seharusnya mencari jln keluar takbir........!

11:08 PM

 
Anonymous Anonymous said...

salam...... Muqabalah.!!!!

INILAH kenyataan pertama yang aku dengar dari pimpinan PAS(pemuda)...tahniah.!!!

aku bersetuju dengan ustaz dan dalam perkiraan aku memang Pas kena keluar dari PR,

KERANA,
Kita akan merasa lebih terguris bila kerajaan yang di bentuk 16 sep hanya mengutungkan bangsa lain semata2 dan Islam terus jahanam malah akan lebih tertekan dari UMNO PERINTAH..

KITA LEBIH TERGURIS...
Bila kerajaan itu adalah hasil daripada sokonga dari jemaah PAS yang rindukan Islam tertegak di bumi Malaysia(insyaallah)

AKAN TETAPI....
Kita relakah dimasa itu Islam hanya tercatat pda nama sahaja...segala benda pun tak dapat di lakukan bila non muslim menguasai pngubal undang2 negara kta........(nak buat di selangor pun dah tk dapat)

JADI....
Fikirlah wahai teman2 semua berpijaklah di bumi nyata jangan kta terus berada dalam khayalan......16 sep hanya gimik politik sahaja,

ADAKAH KITA LEBIH SELESA BERSAMA PR,DARI BERMUQABALAH DENGAN UMNO YANG 'BERSYAHADAH'?????????

11:24 PM

 
Blogger Panglima Perang Cyber said...

Saya setuju seratus peratus tulisan Ust nasarudin.

Ingat, kafir jika mengkafirkan orang lain.

begitu juga dilarang memisahkan diri dari jemaah.

Kerana jemaah simbolik kepada keutuhan perpaduan umat Islam.

Kita makin kuat jika bersatu.

Tulisan Ust adalah kesan 'tsunami' politik mac lepas yang telah menyedarkan ramai pihak ttg pentingnya melayu jadi tonggak kekuasaan.

Ia sama spt di Aceh yang menyaksikan perdamaian dicapai antara kerajaan dan GAM selepas ramai mati akibat tsunami tersebut.

jika tidak, tidak ada harapan lagi.

Ust Nasarudin sebenarnya tidak pekak dan buat serta bisu. Beliau berani membuat komen sebegitu kerana beliau satu geng dengan anak Nik Aziz sendiri yang mahukan perdamaian dengan UMNO dan menyerahkan kepada Allah kesan selepasnya.

Geng geng yang bersembunyi di belakang Anwar akan lari bertempiaran jika Anwar digagalkan.

Namun mereka akan merasuk kita jika dibiarkan semakin kuat dengan bantuan sebuah parti bernama Islam seperti PAS...

Islam pasti akan dilihat sebagai mudah diperalat sedangkan Islam yang memberi panduan bukan dipandu.

Moga Allah memberi hidayat kepada kita dengan memohon selalu kepadaNya agar tidak sesat barat dalam menegakkan agamaNya di akhir zaman ini.

Ingat bagaimana Yahudi di Madinah benci Aus dan Khazraj berbaik2 selepas mereka bergaduh selama ratusan tahun kerana berebut tempat minum unta....

Rasulullah menyatukan mereka selepas sekian lama mereka dalam perpecahan...

Adakah melayu perangai yahudi antara kita ?

Tahniah Ust Nasarudin !!!

kemenangan kita apabila kita dapat bersatu sesama Islam dan Melayu untuk menjadi umat yang kuat dan dapat melawan kebatilan yang berselindung di sebalik kata kata dan perbuatan menarik.

salam persaudaraan Islam

http://penembak-tepat.blogspot.com

p/s :

Mahu kenal Anwar ?

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

11:37 PM

 
Anonymous Anonymous said...

lihatlah ngn mate kepala ustz sendiri, artikel ustaz sgt disukai oleh golongn2 munafik yg berpure2 suke Islam.. pelik, kenyataan org2 pas dh bnyk yg boley digune pkai puak2 munafik utk melaga2 kan org kite.. Harap berhati2 dlm penulisan.. maaf2, sbb terlalu menyampah ngn puak2 Munafik yg bg komen kt ustaz..

11:50 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Aku makin keliru dengan politik ala PAS. Dulu masa aku tak setuju kerjasama dengan Parti politik bukan Islam dan menentang Islam, Pemimpin PAS sibuk kempen kita boleh bersatu dalam hal hal tertentu. le ni bila aku dah mula terima PAS kerjasama dengan parti politik sekular, pemimpin PAS ajak keluar pulak. Mungkin ini yang di katakan " Aku berlindung dari syaitan dan politik"

1:15 AM

 
Anonymous Anonymous said...

apa kamu ingat dengan jawatan timbalan ketua pemuda dan digelar tentawi di hujung nama kamu sebagai lesen besar untuk keluarkan kenyataan dangkal ni???
terus terang, respect saya dah hilang pada kamu din..
kamu rela rakyat di bawah kepimpinan najib yang menawarkan betina jembalang mana ntah sebagai model untuk wanita Islam di malaysia daripada kesolehahan wan azizah???
kamu masih rela di bawah amno yang dah jelas selama 50 tahun ni asyik menindas PAS, halang PAS berdakwah di masjid surau, kacau ceramah2 PAS, bunuh ahli PAS daripada di bawah kerajaan baru yang masih tak terbukti apa2 pun lagi dalam menindas PAS!!!
di selangor, ada Kalid halang PAS berdakwah??
di perak, ada DAP halang PAS berdakwah??
kamu ni terfikir ke tak negara kita ni boleh tukar kerajaan 5 tahun sekali???
kamu tak terfikir ke jika kerajaan baru di bawah anwar nanti walaupun non muslim ramai sebagai MP, tapi PAS ada 2, 3 tahun peluang untuk dakwah kepada orang melayu tanpa gangguan amno sebab dia dah hilang kuasa???
kamu yakin sangat ke amno akan berkasih sayang dengan PAS jika rencana kamu menggagalkan kerajaan baru ini wujud??
kamu ni dah nak jadi ahli nujum ke untuk ramal yang bukan2 terhadap melayu dan Islam di bawah kerajaan baru nanti???
atau kamu ni dah isytihar nak jadi Tuhan untuk tentukan ini boleh dan ini tak boleh???
kamu menangkan PAS di Pahang dulu sebelum nak kuar kenyataan yang bukan2 din..
Pahang, taraf adnan yaakob pun kamu sebagai pimpinan pemuda PAS di sana tak mampu nak handle..
apa ke jadahnya...

7:57 AM

 
Blogger DPPKTUMPAT said...

Sebelum Allah bagi laluan kepada kita memerintah Malaysia pun dah huru-hara apatah lagi kalau betul kita dapat merintah.

sedarlah wahai pejuang-pejuang sekelian, matlamat kita untuk menguburkan UMNO di bumi Malaysia yang kita semua cintai ini, bukannya kita nak berhujjah sesama sendiri.

tak malukah kita...berjuta2 rakyat Malaysia perhatikan semua tindak tanduk kita yang sedang berbalah sesama sendiri. tu...tok tubuh kerajaan lagi tu...kecoh supo nok kiamat.

sedarlah sikit...kita ni pejuang yang ada matlamat. Matlamat kita nok Tegakkan Kalimatullah dibumi Malaysia. biar buleh merintah dulu. Pandaila Tuhan ejas nya.... kita semua taksoh duk kalot ribut tok tentu hala...hok tu kata gitu, hok ni kata gini...kata mengata ni tok kesudahan...

napok sangat puak2 kita bodo... tokde apa2 tu baloh gege doh. pah bila Tuhan nok bagi pertolongan ko kita kalu hal gini pun kita tokleh nok selesai dengan cara betul.

berjuang tu gak...jak dari muda sapa ko tua. dok supo tulo jah... ingat sikit gak "Allah tidak ake mengubah nasib suatu kaum melainkan dia sendiri mengubahnya".

hok ustaz cara ustaz... hok tok ustaz pun kalut juga...

kalu peranga kita dok setara ni... bekali pah kiamat pun Tuhan tok bui kita merintah Malaysia.

kabar sikit wahai pejuang...

saya tulong peringat kepada diri saya sendiri dan juga hok baloh dale blog ni....

9:10 AM

 
Blogger DPPKTUMPAT said...

Sebelum Allah bagi laluan kepada kita memerintah Malaysia pun dah huru-hara apatah lagi kalau betul kita dapat merintah.

sedarlah wahai pejuang-pejuang sekelian, matlamat kita untuk menguburkan UMNO di bumi Malaysia yang kita semua cintai ini, bukannya kita nak berhujjah sesama sendiri.

tak malukah kita...berjuta2 rakyat Malaysia perhatikan semua tindak tanduk kita yang sedang berbalah sesama sendiri. tu...tok tubuh kerajaan lagi tu...kecoh supo nok kiamat.

sedarlah sikit...kita ni pejuang yang ada matlamat. Matlamat kita nok Tegakkan Kalimatullah dibumi Malaysia. biar buleh merintah dulu. Pandaila Tuhan ejas nya.... kita semua taksoh duk kalot ribut tok tentu hala...hok tu kata gitu, hok ni kata gini...kata mengata ni tok kesudahan...

napok sangat puak2 kita bodo... tokde apa2 tu baloh gege doh. pah bila Tuhan nok bagi pertolongan ko kita kalu hal gini pun kita tokleh nok selesai dengan cara betul.

berjuang tu gak...jak dari muda sapa ko tua. dok supo tulo jah... ingat sikit gak "Allah tidak ake mengubah nasib suatu kaum melainkan dia sendiri mengubahnya".

hok ustaz cara ustaz... hok tok ustaz pun kalut juga...

kalu peranga kita dok setara ni... bekali pah kiamat pun Tuhan tok bui kita merintah Malaysia.

kabar sikit wahai pejuang...

saya tulong peringat kepada diri saya sendiri dan juga hok baloh dale blog ni....

9:12 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Maran berkata:
Syabas kpd Ust Din yg telah meluahkan pandangan. Cuma bg ana di sini terlalu terbuka. Perkara ini patut dibincangkan dalam muktamar khususnya muktamar pemuda nanti.
2.Bagi ana, sepatutnya DSAI perlu menerangkan kpd kita bentuk kerajaan yang hendak dibentuknya secara jujur. Supaya diketahui oleh semua ahli PR dan kita boleh perbincangkan secara mendlm..bagaimana bentuk kerajaan yg lebih baik kepda islam dan semua rakyat..
3. Jgn terlalu cepat membuat spekulasi yg tidak menguntungkan kita..Sbb ana dgr kerajaan yg hendak dibentuk itu belum tentu jadi..sepatutnya kita tunggu dan lihat. Kalau benar ianya akan terjadi sebagaimana yang dikatakan anta..Sepatutnya perkara ini perlu dijelaskan kpd semua..Jgn berselindung lagi dan pemimpin harus berani untuk mengambil tindakan yang menguntungkan islam dan rakyat

10:53 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam untuk semua.

Saya teruja membaca komen Ustaz,

KATAKAN BEGINI.

Kerajaan Pakatan Rakyat yang berPERDANA MENTERI Dato' Seri Anuar Ibrahim bersama-sama dengan ahli parlimen dari DAP, PAS, SNAP dan lain-lain lagi. Sebulat suara bersetuju mendaulatkan Islam di Malaysia, bilama Hukum Hudud dijadikan undang-undang Malaysia, disamping undang-undang yang sedia ada (sivil) untuk non muslim.

usul ini dibawa oleh MP dari DAP dan disokong oleh MP dari SNAP. Manakala MP UMNO malu-malu kucing apabila yang non muslim bersungguh-sungguh nak laksanakan hukum hudud. MP PAS apa lagi naik toncang kerana undang-undang Islam dapat ditegakkan di Malaysia kerana di cadang dan disokong oleh non muslim.

Disatu sudut parlimen YB Karpal dan YB Lim Kit Sing menangis menyesal yang sebelum ini menentang habis-habisan hasrat PAS nak laksanakan undang-undang Islam. Menyesal mereka berrdua tak habis-habis, Dewan jadi sunyi dan sedu., mendegar suara tangisan mereka berdua. YB Lim Kit Sing (dengan telo chinanya) "Inilah sebenarnya undang-undang yang kita mau". Manakala YB Karpal pula bercadang nak islamkan firma guamannya. ;' KARPAL PEGUAM SYARIE' itulah yang sedang saya khayal.

Tapi senyum ku menjadi sedikit runsing apabila hanya 47 orang MP Melayu/Islam yang berada dalam kabinet Pakatan rakyat. Menangis semua MP PAS dan beberapa kerat MP dari PKR mohon mencadangkan hukuman hudud dijadikan sebagai undang-undang di Malaysia disamping sesetengah civil law yang sedia ada.
Suara rayuan dari PAS tidak mendapat sokongan dari MP DAP dan SNAPP.

Lim Kit Sing dengan garang sekali berhujah.. Hujahnya tidak bersetuju Islam dilaksanakan sebagaimana yang PAS hendak, macam hujah yang sebelum ini telah banyak tertulis dalam media cetak, telah banyak tersiar dalam media eletronik.

Walaupun berkerusi roda. Karpal dengan gahnya menjerit di saf depan "LU tadak ingat ko... mau laksanakan Islam... langkah mayat saya dulu..... Kalau saya masih berdiri disini. soryyla PAS...chit..'

MP PAS diam membisu. Apatah lagi yang dah berjawatan sebagai Timbalan Perdana menteri (1) lagi senyap.. takut jawatan yang disadang 'melalaui pintu belakang' ditamatkan tak sampai 100 hari.
Manakala MP dari PKR pula masa MP PAS bentang usul asyik keluar masuk tandas. Nak sokong..takut dimarahi.. tak sokong... jiwa tang begitu secocok. (MP Islam le) MP non muslim apa lagi. berdiri teguh bersama Lim Kit sing dan Karpal.

MP Umno pula kembang hidung... aku dah cakap depa tak nak..Kalu depa joint kita... kita laksanakan sikit...sikit...


TETAPI. LAIN PULA CERITANYA, Jika PAS mengambil pendekatan tidak bersama-sama dengan mana-mana parti untuk membentuk kerajaan. Pakatan Rakyat yang didominan oleh PKR dan DAP serta parti lompatan lain mengharapkan PAS bagi membentuk kerajaan. BN melalui UMNO juga mau PAs untuk meneruskan kesinambungan kesombongannya. terus berkuasa...

BAGI HAMBA.. masa itu amat berharga, walaupun kalut, kepada PAS. Tok Guru Presiden dengan tawaduknya memngumumkan mana-mana MP yang bersetuju dengan PAS untuk laksanakan hukuman Islam, boleh menyertai Jamaah PAS. dari UMNO pun sahut, dari PKR pun sahut (yang Muslim), dari Sabah dan Sarwak pun sahut. YB Gobala pun sedia mengucap potong lancau, serta beberrapa MP non muslim dari PKR, DAP sedia bekerjasama dengan dan akur dengan PAS.

Masa tu YB Dato' Seri Anuar Ibrahim segera terbang ke DUBAI sekali lagi, minta sumbangan dan sokongan dari mana-mana negara luar bagi meneruskan hasrat menubuhkan sebuah Kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih harmonis.....


ATAU AKU HANYA BERMIMPI.......

10:57 AM

 
Blogger matcomot said...

saya pelik.kenapa mengaku pejunang islam dan memunafik kan org,mengkafirkan org ni semua berselindung di sebalik " Anonymous " pengeut atau pondan?blh ustaz komen mengenai amanat hj hadi 1982?

5:37 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Pas sewajibnya keluar dari Pakatan Rakyat. Telah banyak percanggahan asas perjuangan dengan DAP & PKR yang menyakiti hati saya (hati orang lain saya tak tahu). Senario pada hari ini jelas menunjukkan Islam tidak dominan dalam Pakatan Rakyat yang mana menjadi model bakal kerajaan Pusat yang dicanangkan September ini. Bagi saya, Pas terlalu memberi fokus pada pengundi bukan Melayu sehinggakan sanggup membuka keahlian kepada bukan Melayu/Islam. Pas terlalu taksub dengan sokongan bukan Melayu yang kononnya memenangkan Pas. Tapi pada hemat saya, orang Melayu itu sendiri telah berubah trendnya dalam mengundi dengan telah mula beralih kepada parti Islam. Namun disebabkan Pas gelogoh dengan kemenangan yang sedikit diberikan oleh Allah, Pas ketepikan fokus yang sepatutnya diberikan penekanan JIKA ingin mendaulatkan Daulah Islamiah. Ingat, majoriti masih lagi kaum Melayu yang bakal mengubah landskap politik Pas.

6:21 PM

 
Blogger Editor said...

Informasi Permatang Pauh khusus dan info terkini bagi team Ketua Wanita Keadilan di Permatang Pauh

http://www.p99ampang.com

klik ke Permatang Pauh ataupun

http://www.p44.p99ampang.com

11:41 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Bismillahirrahmanirrahim,
assalamualaikum ustaz dan semua yg membaca komen ini,

SAYA SOKONG 100 % pendapat USTAZ. PENDAPAT YG DINYATAKAN ADALAH BERASAS SAMA SEKALI.
INGAT TUJUAN ASAL PERJUANGAN IALAH UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM DI MUKA BUMI ALLAH INI SESUAI DENGAN AL-QURAN DAN HADIS MENJADI TERAJU PEMERINTAHAN NEGARA YG MEMBERI KEADILAN KEPADA SEMUA MANUSIA TIDAK KIRA MUSLIM ATAU BUKAN MUSLIM.
janganlah kita nak seronok menjatuhkan BN tetapi lupa apa yg akan berlaku selepas itu . TAHNIAH USTAZ , TERUSKAN MENULIS RENCANA YG MENCETUSKAN PEMIKIRAN DAN IDEA YG KADANG2 TERLUPA kita dalam menghadapi perjuangan ini.

One

4:49 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam,

Selagi PAS terikat dgn idealisme demokrasi....selagi itulah PAS akan tercari-cari formula terbaik bagi PAS ke arah tegaknya syariat Islam.

Okey...kita lupakan itu semua.

Persoalannya asasnya simple....kewajipan kita adalah melaksanakan hukum hakam Islam melalui sebuah negara Islam. Kita juga HARAM melaksanakan hukum kufur, termasuk bersengkongkol melaksanakan hukum kufur.

Adapun yg dimaksudkan negara Islam adalah KHILAFAH ISLAMIYAH.

Inilah goal kita dan kita tiada tolak ansur dalam hal ini. Mana-mana org yg bersetuju, ayoh bersama-sama kita perjuangkannya dan siapa yg tidak setuju...katakan KITA TIDAK RUGI TANPA MEREKA.

Masalahnya jika kita masih mencintai demokrasi dan percaya demokrasi akan menghamparkan permaidani merah utk Islam.

BULANMASA

12:40 AM

 
Blogger melayutara said...

Salam,

Sekadar peringatan:-

PAS PARTI ISLAM NOMBOR 1 DAN PARTI POLITIK NOBOR 2.

Begitu hebat pengaruh DSAI sehingga mampu menyebabkan ahli2 PAS lebih condong menentang pemimpin2 PAS.

wallhualam

10:49 AM

 
Anonymous Anonymous said...

salam ust. ana tak selesa dengan keadaan sekarang... PAS seolah2 diperkuda.. seruan kita hilang.. makin kedengaran seruan yang bukan ALLAHUAKBAR.. harap ust dapat bawak benda ni di atas.. ana dan para jemaah tak setuju kita dengan DAP dan PKR.. PKR ok lagi DAP tu tak payah la kita bersekongkol dengan mereka. seolah2 mereka berlakon dan bermuka-muka dengan kita..
bole bincang dengan ana. email ana maxnaz2000@yahoo.com
pemuda penang

8:19 PM

 
Anonymous Anonymous said...

salam ustaz,

saya menunggu hingga ke hari ini. ternyata apa yang ditulis betul. hari ini penulis dari free malaysia today telah mendapat maklumat dari seorang ahli parlimen pakatan rakyat yang mana ahli parlimen itu memberikan senarai nama kementerian yang penting. setelah dikira peratusannya apa yang berlaku? 53% bukan islam. apa relevannya dgn artikel ustaz? ustaz dah nyatakan menumbangkan kerajaan jahiliah (tapi masih kerajaan orang islam) sebaliknya membina kerajaan kafir. ternyata benar belaka hari ni. apa maknaya itu ustaz?

rujuk free malaysia today.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2012/06/23/pakatans-shadow-cabinet-list/

apa pendirian ustaz kini? jgn sampai ustaz pun sama dengan yang lainnya. hanya menjadi pak angguk pada parasit dalam pas.

jujur saya cakap. saya salah seorang penyokong kuat pas ketika pas bergerak bersendirian. pas yang yakin dengan kuasa ALLAH SWT. pas yang yakin walau bersendirian mampu menang dengan pertolongan ALLAH.

malah saya adalah salah seorang yang memberi komen dalam artikel ini pada tahun 2008. malahan saya adalah salah seorang kolumnis dalam laman pro pas. tapi dengan keadaan pas sebegini, saya dengan yakin menyatakan saya tidak menyokong pas.

jika pas bergerak sendirian maka pas akan dapat sokongan saya semula. dan mungkin sokongan pengundi lain yang seperti saya. jangan pula menafikan keadaan ini. muhasabah diri.

wallahualam.

9:37 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home