" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, September 09, 2008

SIKAP DEWAN PEMUDA
TERHADAP KEPIMPINAN ULAMA

Umum mengetahui bahawa Kepimpinan Ulama dalam PAS kini genap 25 tahun usianya sebagaimana umum juga mengetahui bahawa Dewan Pemuda PAS Pusat lah yang bertanggungjawab mengemukakan gagasan Kepimpinan Ulama' ini.

Sejak itu , Dewan Pemuda PAS Pusat terus istiqamah dalam mempertahankan Kepimpinan Ulama' dan tiada siapa yang mampu menyangkal sikap tegas Dewan Pemuda PAS Pusat mendokong gagasan Kepimpinan Ulama' sejak 25 tahun yang lalu .

Abang Mad tegur Ulama' Pelapis

Pertama saya menyambut positif teguran Yang Berbahagia Tuan Hj. Mohd Sabu selaku Naib Presiden apabila "mempertikai" generasi pelapis ulama' ( berusia bawah 40 tahun ) yang dianggap oleh beliau sebagai tidak matang dan gagal memainkan peranan selayaknya .

Biarpun pemuda mempunyai pandangan sendiri dan pastinya berbeza malah tidak juga bersetuju dengan dengan cara Tuan Hj Mohd Sabu menilai prestasi Generasi Pelapis Ulama , saya menyambut teguran itu sebagai satu motivasi dan cabaran buat ulama' muda dalam PAS .

Sewajarnya ulama senantiasa up grade diri dan prestasi mereka guna mendepani cabaran serta melunas keperluan jamaah jua tuntutan ummah . Kritikan dan teguran dari pelbagai pihak , asal sahaja ia dikemukakan dengan ikhlas dan jujur sayugia diterima dengan lapang dada dan positif .

Namun sebagaimana yang ditegaskan oleh Sohibus Samahah Al Fadhil Ustaz Mohamed Daud al I'raqi selaku Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat bahawa tidaklah layak ulama' - ulama' pelapis ini dinilai sedemikian rendah kualiti mereka atau menafikan peranan dan sumbangan mereka terhadap pembangunan jamaah dan perjuangan Islam yang didokong oleh jamaah ini.

Ulama' Pelapis tidak diragui kehadhirannya.

Kelemahan adalah suatu yang diterima oleh semua , namun keupayaan ulama' pelapis sama sekali tidak boleh dinafi dan diperkecilkan oleh sesiapa terutama bagi berhadapan dengan isu - isu yang berkait tentang syariat Islam dan perjuangannya.

Malah dalam Dewan Pemuda PAS Pusat dan juga DPP di peringkat negeri kini rata - rata dibarisi oleh ulama' pelapis. Dalam Dewan Pemuda PAS Pusat kita ada al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abd Rani , Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz , Yb. Ustaz Baihaqi Atiqullah , Ustaz Musaddaq Ahmad , Ustaz NorAzli Musa , Ustaz Ramadhan Fitri , Ustaz Riduan Mohd Nor , Ustaz Ariffin Deraman , Ustaz Kamarudin Sidek dan ramai lagi yang tidak sempat untuk saya tulis di ruangan ini.

Sikap Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat .

Teks ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat di muka surat 31 dengan tajuk Kepimpinan Ulama : Penilaian Semula turut di persoal oleh Sohibus Samahah Al fadhil Ustaz Mohamed Daud Iraqi dengan melahirkan sikap beliau yang tidak setuju dengan kenyataan tersebut .

Sepintas lalu sememangnya perkataan Penilaian semula agak radikal dan boleh menyinggung perasaan pihak tertentu , tetapi perlu saya tegaskan di sini bahawa penilaian semula itu bukan bermaksud menilai semula Kepimpinan Ulama' samada ia perlu atau tidak justeru Kepimpinan Ulama' itu lahir dari idea Dewan Pemuda .

Sebaliknya apa yang benar - benar dimaksudkan oleh Yb. Ketua Dewan Pemuda ialah menilai dengan makna muhasabah atau post mortem . Agar peranan ulama' PAS lebih hebat dan perkasa malah lebih advance dalam memacu dan memimpin perjuangan ini .

Kebetulan saya telah dipanggil oleh Yb. Ketua Pemuda dalam sessi membaca semula teks ucaptama beliau sebelum ianya di cetak dan kami telah membincangkannya topik demi topik malah ayat demi ayat . Nyata roh atau semangat dari kenyataan Kepimpinan Ulama' : Satu Penilaian semula adalah bermaksud ke arah mengkaji peranan ulama' . Agar , yang lemah diperkuatkan , yang kurang diperkemas dan ditambah nilainya , yang silap diperbetulkan demi melihat ulama' terus relevan walau apa bentuk zaman dan era yang dihadapi .

Yang jelas tiada sikap merendahkan ulama' daripada beliau . Semalam saya berbincang dengan beliau mengenai isu ini dan sekali lagi beliau mempertegaskan bahawa apa yang dimaksudkan itu ialah ke arah memperteguhkan ulama' dengan peranan mereka yang sangat besar dan mulia dalam perjuangan Islam ini .

Justeru itu Dewan Ulama' usahlah bimbang malah Dewan Pemuda sehingga saat ini dan insyaallah di masa depan jua , akan tetap mendokong gagasan Kepimpinan Ulama .

Saya quote kembali apa yang diucap oleh Yb. Ketua Pemuda dalam ucaptamanya di muktamar Pemuda baru - baru ini :

" Kini perubahan zaman menuntut ulama' supaya maju beberapa langkah lagi untuk memastikan peranan mereka lebih berkesan dan lebih relevan dalam dunia kontemporari . Ulama' juga perlu lebih proaktif dalam meneliti fenomena masa kini , menangani kerencaman isu dan masaalah moden serta memimpin perubahan dalam masyarakat masa kini ."

Ucaptama Ketua Pemuda : Perteguh Kemenangan . ( M/ surat 32 )
sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke 49
di Stadium Indera Mulia Ipoh Perak Darul Ridzuan .

dari kenyataan tersebut jelas tidak membayangkan sikap negatif Dewan Pemuda terhadap kepimpinan Ulama' sebaliknya sangat mendokongnya.

2 Comments:

Blogger huzaifah said...

Siapa pelapis muda PAS yg insyaAllah boleh setanding dgn keilmuan TGHA & TGNA?

Tak boleh kah Ulama' pelapis PAS adakah website & forum2 yg ilmiah? Atau sememangnya tak ada ilmu selain ilmu siasah?

TGHA hebat dalam ilmu usuluddin, tafsir, seerah. Ceramah politiknya dipenuhi dgn tafsir2 yg muktabar dan hadis2 yg sahih. TGNA tak kurang hebatnya dgn tafsir, mantiq & tasauf. Ucapannya sentiasa mengajak kita dekat dgn Allah, takutkan akhirat. Ajakannya kepada beramal sentiasa selari mengikuti sunnah rasulullah SAW.

Soalan saya, mana pengganti PAS yg macam ni? Kalau bukan sekarang nak diusahakan, bila lagi?
Wsm.

12:55 PM

 
Anonymous Anonymous said...

salam, episode sebuah perjuangan? perjuangan rakyat mana? apa pandangan saudara terhadap isu ni http://kulupsakah.blogspot.com/2008/09/negara-berkebajikan-jangan-harap-sangat.html kenapa macam senyap ja? .kenapa tidak berbuat sesuatu andai kejadian itu benar2 berlaku? tidak kah saudara mempunyai simpati kpd peniaga2 ini yg saya percaya ramai yg beraga islam? saudara begitu jaguh bila ada konsert, bila ada sambutan merdeka, soal nyayi2, membantah itu dan ini tp boleh terlepas pandang dlm soal sebegini?

Saya secara jujur menghormati org spt Tuan Guru Nik Aziz, Husam, Khalid samad, Mahfuz omar, . pandangan saya, cara saudara berjuang kurang ilmiah berbanding tokoh2 yg saya sebutkan d atas. saya lihat bukan sahaja org islam bertambah meluat malah org bukan islam juga rasa hilang hormat dgn cara perjuangan saudara. maaf kalo bahasa ini terkasar tp biarlah saya jujur. percayahkah saudara terdapat msyarakat islam dan bukan islam (mojoriti) d m'sia ini suka akan PAS krn adanya tokoh2 spt yg saya sebutkan td terutamanya tok guru nik aziz.?

sila tanya diri sendiri kenapa msyrkt lebih menghormati tokoh2 yg saya nyatakan td berbanding saudara dan geng seangkatan sudara ( majoriti dari terengganu) .

pernah kah saudara terfikir kenapa tuhan mentakdirkan terengganu boleh tumpas dlm PRU yg lepas? mau salahkan penggundi hantu? ello bro, tempat lain pun ada pengudi hantu juga. masa p.raya pematang pauh baru2 ni pun byk penggundi hantu jugak tp kalo dh majoriti menyokong calon pakatan rakyat, insyallah kita boleh menang. malangnya ini tidak terjadi d terengganu. sepatutnya saudara menasihati barisan kepimpinan terengganu agar mengubah stratagi dan cara perjuangan agar lebih mesra rakyat dan membawa kembali terangganu kpd PAS. betapa besarnya hikmah kekalahan PAS d terengganu yg harus kita renungkan. mudah2an dptlah d pelajari sesuatu drpd peristiwa tersebut.

Dan juga amat menyedihkan bilamana ada yg mengatakan negeri sendiri terengganu pun kalah ada hati nk takbir nagara...

saudara...,saya faham niat dan azam saudara yg berkobar2 utk menegakkan siar islam d negara ini. saya juga ingin sebegitu. saya senada dgn saudara mat comot d mana kami percaya 1 hari syiar islam pastinya d tegakkan d negara ini dan PAS adalah laluannya. seluruh rakyat islam dan bukan islam nanti suka akan islam itu dan amat mudah bg kita melaksanakannya dgn penerimaan msyarakat sudah berubah .

ianya bukan kerja yg mudah utk menukar penerimaan msyrkt krn hasil krja UMNO-BN selama 50 thn . oleh itu kita harus bijak berjuang mulai dari sekarang. maaf andai pandangan saya menyinggung hati saudara. sekian.

rio

11:00 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home