" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, October 09, 2008

KETEGASAN TUAN GURU
HAJI ABDUL HADI AWANG
Hikmah Besar Buat Ummah.

Siri Kedua .
Tegas dengan Islam : China dan India tak sokong ?
PAS sejak awal perjuangannya bukan sahaja tegas dengan dasar Islamnya bahkan sangat konsisten berjuang bagi memastikan Islam dan syariatnya dapat dilaksanakan . Yakin penuh dengan pengamatan saya , bahawa PAS tidak pernah menggadaikan dasar perjuangannya biarpun dibayar jutaan ringgit.

Kalau kita tengok Tok Guru Nik Abdul Aziz demikian juga Tok Guru Hj. Abdul Hadi menyampaikan ceramah – ceramah umum mereka , pasti sahaja ucapan atau pidato mereka bersulam ayat – ayat suci al quran dan sunnah. Ia melambangkan sikap konsisten ulamak al mujahid ini. Membahas isu semasa pun turut dikupas berasaskan perspektif syara’ atau sunnah.

Ya … saya pun memang tidak mampu menafikan bahawa sememangnya ketegasan ulama’ Islam dan pemimpin PAS terhadap Islam sebagai dasar perjuangan ini silih berganti .

ü Ustaz Abu Bakar al Baqir ( 1907 – 1974 ) menegaskan pandangannya demi memastikan Tanah Melayu sebagai Darul Islam pada tahun 1948 :

“ dalam Islam telah cukup syarat – syarat yang membawa kepada keselamatan dunia dan akhirat sekiranya seluruh umat Islam mengamalkannya. Islam lebih demokrasi dari demokrasi dan lebih baik dari segala yang baik ”

ü Dr. Burhanuddin al Helmy ( 1911 – 1969 ) telah menegaskankan dihari Pembukaan Mesyuarat Agung PAS ke 12 ( 1964 ) bahawa :

“ dalam pergolakan politik di tanah air kita ini , PAS muncul dengan cita – cita kenegaraan Islam . Cita - cita ini wujud dan diperjuangkan berdasarkan keyakinan hidup beragama dalam kalangan pendukung PAS . dinyalakan oleh sinar sejarah nabi saw dan sahabatnya yang telah Berjaya membentuk Negara dan pemerintahan yang bercorak dan berhukumkan Islam dan pentadbirannya.”

ü Dato’ Profesor Zulkifli Muhammad ( 1927 – 1964 ) dalam Suara Islam 15 Mei 1957 menulis :

“ Tugas menegakkan sebuah Negara Islam yang di dalamnya ideology Islam dan segala undang – undang di dalamnya , adalah kewajiban pokok yang harus diperjuangkan oleh tiap – tiap mereka yang bernama muslim , lebih – lebih lagi parti Islam seperti PAS .”

ü Tuan Guru Yusof Rawa ( 1922 – 2000 ) di dalam ucapan Dasarnya dalam Muktamar Tahunan PAS ke 35 ( 1989 )

“ Kita memilih penyertaan dalam pilihanraya sebagai satu pendekatan untuk mencapai matlamat perlaksanaan Islam bersama dengan program tarbiyyah yang berterusan dikalangan ahli dan masyarakat sebagai program yang utama dan asasi ”

ü Tuan Guru Hj. Fadzil Noor ( 1937 – 2002 ) menegaskan :

“ PAS sebagai sebuah Jamaah Muslimin dan wadah kepada perjuangan umat , adalah satu daripada mata rantai Gerakan Islam seluruh dunia . Ia bersama – sama dengan Ikhwan Muslimin di Mesir , Jamaat Islami di benua kecil India , Refah party di Turki , FIS di Algeria , HAMAS di Palestin dan lain – lain Harakah islam di seluruh dunia , mendukung perjuangan Islam dan bangun bersama Islam serta merealisasikan corak hidup Islam.”

ü Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat ( 1931 – sekarang )

“ Kita sangat menekankan Islam kerana hanya dengan Islam sahajalah masyarakat Islam dan belum Islam akan bahagia dan selamat . islam bukan sifat menginayai tetapi ia penuh dengan rahmat dan kesejahteraan kerana ia diturunkan oleh Allah swt melalui nabi saw yang bersifat dengan rahmatan lil a’lamin . “ rujuk OFF ROAD Nik Abdul Aziz Nik Mat m/s 39

ü Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang ( 1947 – sekarang ) berani menegaskan sewaktu berada di puncak kuasa Kerajaan negeri Terengganu pd tahun 1999 :

“ saya rela kerajaan ini tumbang demi menegakkan Islam tetapi tidak sanggup melihat ia tumbang kerana rasuah dan penyelewengan .”

Lagu tu lah konsistennya tok – tok guru kita sejak dulu memimpin jamaah bersama dengan sikap yang tegas terhadap Islam sebagai asas perjuangan yang tidak pernah luntur . Biar bagaimana strategi digubal , walau apa halangan ditempoh dan apa pun bentuk tawaran yang dihidang , inilah penegasan mereka . Islam , Islam , Islam , Islam , Islam , Islam dan Islam .

Saat mereka yang memimpin jamaah ini tegas bersama Islam lah , orang Tiong Hua dan India menubuhkan Kelab Penyokongnya diseluruh Negara . Mereka tidak menganut Islam tetapi mereka menyedari Islam sebagai dasar perjuangan PAS . Mereka terima dan sokong PAS dalam keadaan mereka boleh menyertai DAP atau PKR kalau pun mereka tidak mahu menyertai MIC , MCA dan Gerakan ..

Siapa kata kalau Tok Guru tegas dengan Islam maka orang bukan Islam akan lari meninggalkan PAS ? Siapa pula yang gatal mulutnya menjaja ayat ke serata tempat kononnya orang bukan Islam menyesal mengundi PAS kerana presidennya terlalu tegas dengan Islam ?

Analisis siapa yang terlalu dangkal lantas menganggap kerana presidennya terlalu tegas dengan Islamlah menjadi punca kerajaan baru tergendala penubuhannya pada 16 Sept baru nih dan kalau tak jadi tubuh , tok gurulah orang wajar dipersalahkan ! Siapa yang buat analisis nakal macam nih ?

Siapa pula yang lantang berkata sikap Tok Guru yang tegas menyebut Islam mesti Dominan untuk tubuh Kerajaan Baru sebagai kenyataan yang tidak berhikmah ? malah ada yang menyebut kononnya sikap Tok Guru yang tegas dipandang tidak konsisten mempertahankan Pakatan rakyat dan menakutkan orang bukan islam ?

Please ! ( hah mula lah saya nak cakap orang putih ) siapa yang yang kata Cina dan India takut kat Tok Guru ? Lim Kit Siang takut ? kan anak dia sendiri kata nak perintah negeri cara Omar Abdul Aziz . Cara Islam lah tuh ! Ke Lim Kit Siang pun dah mula takut kat anak dia sendiri ?

Kepada Tok Guru sah Lim Kit Siang tak takut . Elok jer Lim Kit Siang ziarah Tok Guru di kediamannya Rusila. Tidak sedikit pun timbul rasa gentar malah Lim Kit Siang disambut dengan juadah hari raya penuh mesra . Habis tu , siapa yang takut kepada Tok Guru ni ? Tak kan ahli PAS takut kepada Presiden dia sendiri ?

Ada Orang cabar Saya Berhujjah ( berdebat )

Maaf lah sahabat , banyak pulak soalan . Soalan ni timbul sebanyak ini sebab saya perlukan jawapan sebanyak itu di atas tohmahan yang begitu banyak menerjah . Malah baru ni , siap ada orang cabar saya berhujjah . Saya kenal benar orang yang cabar saya tu dan dia pun kenal saya . Saya tidak faham kenapa dia cabar saya ?

Walau dia cabar saya tidak secara langsung , tapi jelas dia cabar saya berhujjah dengan dia . kalau yang cabar saya tuh Astora jabat , Khairy Jamaludin atau Dr. Mashitah , pukul 12 tengahari dia cabar , pukul 12.01 minit saya sahut cabaran dia .

Pertama kerana saya tidak kalah demi mempertahankan Islam . Saya akan tampil dengan segala kemampuan . Kedua , saya pun kaki debat dan suka sangat debat – debat nih , bukan dia jer pandai debat .

Tapi kalau yang cabar tu ahli jamaah sendiri , saya malu nak sahut . Minta maaflah . Kata orang , kalau kalah malu dan kalau menang tidak sohor ( masyhur ). Saya minta maaf banyak – banyak.

Saya tidak sahut cabaran berhujjah tu bukan kerana saya tidak hormati cabaran saudara jauh sekali kerana tidak pandai mengenai tajuk yang dicadangkan malah tidak juga memandang rendah keupayaannya berhujjah , tetapi dengan rendah diri saya nak sebut bahawa saya tidak tergamak .

Kecuali lepas nih dia masuk UMNO ker ( waliyazubillah ) pas tu dia cabar saya lagi , maka Insyaallah , siapkan gelanggang , saya segera hadhir!

Ketegasan Tok Guru : Semua Pemimpin Wajar Mendokonginya.

Apabila Tok Guru tegas mahu Islam dijamin kedudukannya dalam kerajaan baru yang bakal dibentuk , maka saya melihat ia hanyalah penegasan semula terhadap prinsip dan dasar perjuangan yang diwarisi dari pejuang terdahulu . Justeru itu ia sangat wajar didokong oleh semua saff kepimpinan jamaah / parti .

Kenapa perlu ada yang mempersoalkan penegasan Tok Guru sedang ia adalah satu penegasan untuk Islam . Apakah ada yang rasa tergugat kedudukan dan kepentingannya dengan penegasan Tok Guru ? Tok Guru hanya mahukan Islam berada di atas . Menguasai keadaan dan terjamin kedudukannya.

Yang peliknya , sepanjang saya turun bersama masyarakat bawahan , tidak pula saya dengar kebimbangan umum terhadap ketegasan Tok Guru . Yang banyak saya dengar ialah kebimbangan terhadap Kerajaan Baru yang bakal dibentuk , bagaimanalah keadaan Islam dan umatnya pada masa itu. lebih baik atau sama sahaja dengan yang lepas ?

Kebimbangan mereka sebenarnya berasas sebab mereka tidak tahu bagaimana kerajaan itu mahu dibentuk , siapa bakal anggota kabinetnya . Mereka hanya menyimpan kepercayaan kepada orang yang mahu menubuhkan kerajaan baru dengan harapan kepercayaan itu tidak dipersiakan apalagi dikhianati .

Adapun ketegasan Tok Guru mahu Islam dijamin majoritinya di sambut baik oleh sebahagian besar umat Islam dan bukan Islam pun tidak takut sebab mereka sudah kenal lama PAS dengan dasar dasar Islam yang konsisten diperjuangkan . Non Muslim bukan kenal PAS baru sehari dua ini !

Apa yang saya bimbang , ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mencetuskan rasa bimbang ini dikalangan ahli PAS dan kelab penyokong . Kalau mereka salah seorang pemimpin PAS , sepatutnya mereka bantu memahamkan ahli dan anggota kelab penyokong bukan menambah rumit dan resah dihati mereka.

Apabila saya bertemu dengan rakan – rakan Tiong Hua di Kuantan , mereka bertanya mengenai kerajaan baru dan sikap Tok Guru . Saya menjelaskan kenapa Tok Guru nak Islam majority dan apa rasionalnya dan bagaimana sikap Islam terhadap non muslim . Saya beri mereka Ilmu mengenai Islam dan kedudukan mereka dalam Islam .

Akhirnya mereka terima malah menyokong sikap tegas Tok Guru. Ringkasnya mereka yakin , hanya Islam yang membawa konsep dosa dan pahala dalam kehidupan dan pengurusan akan menyelamatkan manusia serta institusi dari rasuah , penyelewengan , skandal dan seumpamanya.

Masaalah yang kita hadapi hari ini ialah seperti ada tukang cucuh api atas minyak yang mengalir. Kenapa tidak ambil kain lalu kesat minyak tersebut.

Jangan Sebut Islam untuk jaga Hati Pengundi Non Muslim

Sungguh ganjil kedengaran teori atau pendekatan seperti itu. Apakah kita tidak yakin Islam adalah agama samawi untuk semua umat manusia . Bukankah antara slogan kita ialah PAS For All dan Islam For All . Jauhilah igauan kononnya non muslim takutkan Islam.

Kalau benar sekalipun mereka takut kepada Islam , kita sebagai sebuah Gerakan Islam mestilah menyebut Islam dan menjelaskannya banyak – banyak supaya semua pihak semakin hari semakain bertambah fahamnya mengenai Islam . Kalau bimbang orang tidak setuju pada Islam , maka kita pun tidak sebut pasal Islam maka bila Islam itu akan difahami oleh mereka .

Pertama kita kena jaga Islam . Pengundi boleh datang dan pergi. Kalau dia datang kita menang kalau dia pergi , kita mungkin kalah tapi kita tidak salah . Adapun Islam , kalau dia datang kita selamat dan kalau dia pergi ( kerana kita tidak menjaganya ) maka kita akan derita dunia dan akhirat . Oleh kerana itu , jagalah Islam nescaya hati pengundi dapat kita tawan insyaallah .

Tok Guru Tegas Pasal Islam di saat Pegangan Islam kian Luntur.

Hari ini , kita boleh lihat bagaimana keadaan Islam dan umatnya yang kian jauh dari penghayatan Islam yang sebenarnya. Seolah – olah Islam tidak lagi dapat disesuaikan perlaksanaannya di zaman modern ini. Penegasan demi penegasan yang dikemukakan oleh Tok Guru bukan sahaja menyentap jiwa yang alpa , menyedarkan hati yang lagha tetapi juga menginsafkan mereka yang suka meremeh dan memperlekehkan Islam.

Umat pada hari ini memerlukan seorang ulama’ yang tegas dan tidak teragak – agak untuk bercakap mengenai Islam dan kehebatannya . Optimis dan positif terhadap Islam agama Allah swt. agar ia bertapak dan berdaulat di atas tanah air kita. Setuju kan ? Inilah himah besar buat ummah .

17 Comments:

Anonymous Anonymous said...

ye la.. ye la..
ko je la betul..
aku pun di bulan syawal ni nak mintak maaf la jika buat ko terasa hati...
nanti isya-Allah kalau Allah panjangkan nyawa aku, 12hb ni aku nak pi Stadium Melawati, nak bersalam dgn semua pimpinan tertinggi PAS nak mintak maaf bebanyak...
aku dah bosan sebenarnya dengan polimik yang tak berkesudahan ni..
penyudahnya, malaysia ni dapat kat rosmah, serius, aku tension giler ni..
tapi tak de la sampai berputus asa, cuma tension je..
lantak ko la nak berbalah dgn sesapa pun, aku malas nak campur, kritik or whatever, yg aku tau aku nak ameno ni mampos!!! itu je...

7:53 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Syabas Ustaz....artikel yg sepatutnya boleh diterima oleh jemaah PAS tulin....Pasal Khalid serta bos dio HUSE tu x yah laye sangat.....abang dio shahril pon dio x leh dakwah apatah lagi nok dakwah sedekah seks PKR dan DAP....ANWAR BERAHIM ni x leh cayo sbb maso dok dlm UMNO gapo dio x buat ko PAS dan lo ni pon bukenya juang atas nama ISLE pon cumo tergedik2 nok jadi PM jah nampok dan dok bodek TGNA hok mudoh termakan pujuk rayu kakah NUAR tuh atas nasihat HUSE.
sor lagi ana nok ingatkan ko ustaz mintok TGHH berhati2 ngan SETIAUSAHA AGONG kito sbb mamat tuh buke buleh cayo sangat (dio kayo pon pasal NUAR dulu) mungkin jd perisik dale PAS untuk NUAR ambik maklumat sulit dan sebagai ore dalam utk lancar perang saraf melaga2kan pimpinan PAS.....adios...wassalam

8:44 AM

 
Blogger Abu Amirah As-Salimbari said...

Assalamualaikum wrt wbt

Alhamdulillah, tulisan yang baik dan jelas. semoga ramai yang boleh memahaminya..

cuma komentar anonymous simba agak tidak comel skt.. kalau kita selamba jer sebut nama org tu, org ni sedangkan mrk masih pimpinan kita, nanti akan ada pulak yang hentam tok guru dalam komen balas...

Abu Amirah Phg

9:23 AM

 
Blogger Abu Amirah As-Salimbari said...

Assalamualaikum wrt wbt

Alhamdulillah, tulisan yang baik dan jelas. semoga ramai yang boleh memahaminya..

cuma komentar anonymous simba agak tidak comel skt.. kalau kita selamba jer sebut nama org tu, org ni sedangkan mrk masih pimpinan kita, nanti akan ada pulak yang hentam tok guru dalam komen balas...

9:24 AM

 
Anonymous Anonymous said...

raya baru ni, aku ada jugak berbincang dengan beberapa orang sahabat tempatan dan ibukota yang rapat dengan beberapa pimpinan peringkat negeri dan pusat, dan alhamdulillah hasil perbincangan serius dan kadang2 sedikit santai tu telah mendatangkan manfaat yang terbaik dalam untuk memperkukuhkan jemaah bagi mematikan ameno ni..
ya, memang diakui aku agak kritikal dengan pimpinan utama sekarang ni dan perbincangan selama beberapa malam yang berlarutan sehingga 2, 3 pagi beberapa hari sebelum aidilfitri lalu, menyimpulkan pelbagai strategi dan kaedah yang dapat dihadam sebaik2baiknya..
justeru itu, sekarang ini aku mengambil sikap untuk berlapang dada dan dalam waktu yang sama sangat bekerja keras mengatur strategi yang lebih efisyen (walaupun perasaan tak puas hati terhadap beberapa tindakan pimpinan masih ada ni)demi untuk menggapai matlamat perjuangan suci ini..
kepada ustaz abu amirah, anta memang classs...
anta memang layak untuk pimpin pemuda di pahang ni nanti...

PEMUDA PAS ZON PAHANG BARAT

p/s - huh, aku teruk dicerca oleh pengomen dalam comment artikel- SAYA CADANG HJ HADI JUMPA PM yg lalu, don't worry, tak berbekas pun..hehehe...

9:45 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Baca Mengapa Majlis Ulama' Umno Bukan Majlis Jurutera PAS? dalam
http://bongkarsauh.blogspot.com

12:51 PM

 
Blogger Hafiizh said...

Salam Ustaz,

Tahniah atas kebernasan artikel tersebut. Saya agar berdebar-debar menanti-nantikan 16 September; bukan kerana mengharapkan ia terjadi sahaja, tetapi mengharapkan Pas masih tetap utuh memegang prinsip Islam walaupun terpaksa menolak kemenangan.

Setakat yang saya soroti, pandangan pemimpin-pemimpin Pas semakin jelas dalam isu ini (prinsip Islam) pasca 16 September, dan tidak seperti sebelumnya. Dan saya bergembira dengan perkembangan itu.

1:22 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam...buke apo Abu Amirah, ana tulis namo tuh sbb nok suruh ustaz2 tau yg mana kawan dan yang mana satu musuh dale selimut....kalu main bahaso kias2 takut ramai x pehe pulok.....adios........wassalam.....

2:47 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Seronoknya...

Korang teruskan pertelingkahan ni.. Aku lagi seronok.

Lepas ni aku harap Khali samad jawab pulak.. lepas tu Nik Abduh Balas balik, lepas tu Abdullah Karim smass ke tengah gelanggang lepas tu Yusaini Yahya pulak hentam. Khalid samad bangkit balas pulak... Muncul pulak Roslan SMS.

Akhirnya aku harap Husam Musa akan masuk gelanggang berentap dengan Mustafa Ali

dan Akhirnya Nik Aziz akan sepak Hj Hadi, Haji Hadi pulak teranjang Nik aziz

Aku dan pemimpin aku YAB Dato Najib TUN Razak akan mudah untuk memulihkan UMNO sebab korang asyik bergasak sesama sendiri.

Selamat.. Teruskan

Lawan tetap lawan. Yang menang jadi abu yang kalah jadi arang.

Hidup Melayu, Mampus PAS

Kalau korang tak paham bahasa kiasan aku ni.. sah bangang

8:26 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Aku pun heran..kenapa sejak akhir2 ni PAS asyik berkelahi jer...harap ustaz dapat jelaskan punca sebenarnya? Tak manis le parti Islam berperangai lagu ni..buat malu jeee..

Perantau PAS

3:40 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Puncanya segala masalah dalaman pas hari ini.. .. tak dak org lain dah melainkan si khalid mamat tuh.. xtahulah apa yg dia nak juangkan.. dok rasa macam dok tunggu pangkat yg anwar nak bg ja... xheran kalau dia selalu folow habis si anwar tuh..


dok bajet nak tendang Tok guru.. kot2 mana tau dapat jadi presiden pas.. ha.. tut tut anwar kena ISA, sapa lg yg layak jd PM... takka depa mula tngok presiden pas yg baru si khalid mamat.. apalagi dengan jiwa besarnya yg berstratigik wlu baru menang sekali melangkahla nak jd PM.. kuang2.. tengok2 mimpi... sebab org semua dah tau agenda dia...

bertobat2lah si khalid... ingat Allah dok perati..

SAja sembang2 kosong..
saja sembang2 kosong..

5:06 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz,

A very good article ! We must proud to be a muslim and we should tell whole malaysians the true islam is. Anyway , congratulations to you that finally you wrote an english word ! Keep on the good work and may Allah grant you and us muslim Jannah, ain ya rabbal alamin.

IloveIslam

5:54 AM

 
Anonymous Anonymous said...

kenapa dalam PAS ni pun menular budaya kutuk-mengutuk ye? tak cukup tarbiyah ke? Konon perjuangkan Islam tapi dok kutuk-mengutuk ni buang masa lah..

Kenapa ustaz sampai nak kena jelaskan tentang TGHH? Pada saya tak usah kecoh2 benda macam ni..kalau personaliti tu ada pada TGHH pasti orang boleh menilai...

hmm entah ler...kecewa juga dgn perangai pimpinan PAS sekarang ni..tak menunjukkan kematangan langsung.

Ahli PAS yang kecewa

7:04 AM

 
Blogger ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) said...

Tahniah Ustaz. Jgn peduli apa orang kata. Teruskan penjelasan supaya orang bawahan tak keliru dengan hujjah dari sebelah pihak. UstazWAJIB pertahan kepimpinan Islam!!! bukan nak bergaduh tetapi memberi penjelasan!!! bukti tak nak gaduh ustaz tak layn cabaran... dah ajak gaduh tak layan pun kata ustaz nak gaduh lagi ke???? apa punya turrrrr??

9:25 AM

 
Anonymous Anonymous said...

saya cadangkan ust. din tantawi slow talk dengan khalid samad. please lah. Takbir.

9:21 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Walaupun dibayar berjuta2 ringgit?

Sekarang ni orang dah main billion2 malah trillion, dalam USD atau Euro..

11:48 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Kalau dia masuk PKR Ustaz nak berdebat tak?

12:05 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home