" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, October 04, 2008

Manhaj Rabbani :
Menangani Informasi Negatif
Sesama Anggota Jamaah

(Apatah lagi antara ahli dengan kepimpinan)

Posted by Abu Amirah As-Salimbari

Pilu rasanya apabila melihat ahli-ahli saling meremeh, merendahkan, menyindir dan menempelak antara satu sama lain atas isu-isu yang mereka sendiri pun tidak beberapa jelas.... Lebih menyedihkan apabila ada ahli dan kepimpinan bawahan turut terjebak dalam memperlekeh, merendah dan meremehkan kepimpinan atasan jamaah atas isu-isu yang mereka sebenarnya juga tidak berapa jelas dan pasti hakikatnya!

Marilah kita kembali kepada akhlak Islam dalam menanganinya dengan meletakkan – kelapangan hati, kerendahan jiwa, kemaafan, husnuz zon (sangka baik), kasih sayang, thiqah, kepercayaan dan tuntutan ukhuwwah – sebagai asas terpenting mendahului segala-galanya.. Firman Allah s.w.t. di dalam surah An-Nur ayat 11-16, mafhumnya :

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari segolongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. [11]

Mengapakah di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berprasangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: Ini adalah suatu berita bohong yang nyata?! [12]

Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu?! Oleh karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta. [13]

Sekiranya tidak ada karunia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, niscaya kamu ditimpa azab yang besar, karena pembicaraan kamu tentang berita bohong itu. [14]

(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar. [15]

Dan mengapa kamu tidak berkata, di waktu mendengar berita bohong itu : Sekali-kali tidaklah sepatutnya bagi kita memperkatakan hal seperti ini. Maha Suci Engkau (Ya Tuhan kami), ini adalah dusta yang amat besar.”[16]

Secara ringkasnya, beberapa panduan Rabbani dapat kita rujuk dari peristiwa Ifk (peristiwa fitnah ke atas Aisyah r.a., isteri Nabi s.a.w. dengan seorang sahabat) tersebut :

1. Tidak Mencari-Cari Keburukan & Menyebarkan Isu

Ada di antara ahli jamaah dan kepimpinan kadang-kadang ditimpa bencana memiliki hati yang berpenyakit. Mereka ini amat suka mendengar, memberi perhatian dan mencari-cari keburukan-keburukan sesama anggota.

Seronok kerana kononnya memiliki banyak rahsia buruk ahli jamaah maupun pimpinan dan merasa bangga apabila boleh menceritakannya kepada orang lain. Merasa diri hebat sebab boleh bercerita tentang keburukan pimpinan itu, kelemahan pimpinan ini, kesilapan ahli itu, kejahatan ahli ini dan sebagainya. Lebih seronok lagi jika ceritanya itu mendapat sambutan dan bilangan pelawat blog-nya semakin meningkat.

2. Berprasangka Baik dan Berusaha Melihat Sisi Positif

Salah satu sikap yang mesti dimiliki oleh anggota jamaah dalam hubungannya sesama ahli atau kepimpinan ialah sikap ber-husnuzon (berprasangka baik) kepada saudara kita sesama mu’min – siapa pun dia dan dari kelompok apapun mereka - sepanjang ia atau mereka dikenal keikhlasannya dan perjuangannya untuk Islam dan meninggikan kalimatulLah. Lihatlah kesilapan dan kelemahan yang berlaku dari sisi yang positif agar dapat memelihara hati kita dari kotor dan prasangka.

Kemungkinan pimpinan tersebut tersilap, tapi mungkin dalam situasi tersebut hanya itulah pilihan yang terbaik yang ada menurut pendapatnya. Kita berusaha semampu mungkin bersangka baik bahawa tindakan-tindakan tidak popular yang diambil oleh sesetengah pimpinan kita tersebut datangnya dari jiwa mereka yang ikhlas dan cinta kepada perjuangan. Cuma, tindakan tersebut mungkin bukanlah yang terbaik. Apakah berbaloi kita mencemuh kesilapan tersebut sampai berlebihan meremehkan keikhlasan dan kecintaan mereka terhadap perjungan???

3. Berlapang Dada Terhadap Kesilapan & Bersikap Pemaaf

Mana-mana ahli atau kepimpinan jamaah adalah kumpulan manusia yang pasti tidak terkecuali dari tersilap atau melakukan kesilapan. Setiap ijtihad, pandangan dan pendekatan strategic, tetap terdedah kepada kesilapan sebagaimana perkataan Imam Asy-Syafi’i rahimahulLah ;

“Ra’yi shawaab walakin yahtamilul khatha’ wa ra’yu ghairi khatha’ walakin yahtamilush shawaab

(pendapatku benar tapi mungkin saja salah, dan pendapat selainku adalah salah tapi mungkin saja benar).

Kepimpinan peringkat mana pun mereka tetap terdedah kepada kesilapan. Walaubagaimana pun, air yang banyak melimpah lebih dari dua kolah tidak terjejas dengan sedikit najis yang jatuh ke dalamnya. Kesilapan kecil yang dilakukan oleh kepimpinan tersebut tidaklah sepatutnya menjejaskan segala jasa baktinya, sumbangan tenaga dan pengorbanan yang melimpah ruah, kesetiaan dan segala kelebihan yang dimiliki yang melayakkan dia duduk di level tersebut…

4. Jangan Memandang Remeh Budaya Penyebaran Isu Liar

Menganggap sinis dan membiarkan isu-isu liar tersebar di kalangan anggota jamaah hanya akan melukakan ukhuwwah islamiyyah, mencarik rasa hormat sesama sendiri, menebalkan sikap kepuakan, memecah belahkan saff perjungan dan boleh melemahkan organisasi jamaah. Jamaah yang lemah ini akan semakin hilang upayanya untuk menanggung beban perjuangan yang berat dan semakin mencabar!

Bayangkan saudara.. dalam kesibukan kita dengan sepak terajang politik bersama segala seninya, rancak bermuqabalah untuk mengajak orang lain bersama kita, bercita-cita mengambil alih kuasa... isu-isu yang cukup mendasar sepenting UKHUWWAH ini pun masih banyak yang belum selesai... mampukah bangunan jamaah ini menanggung beban yang semakin bertambah, kalau bata-batanya binaannya masih tidak diikat dengan kuat dan tersusun kukuh?

9 Comments:

Anonymous mumayu said...

Alhamdulillah... sama2lah kita hayati niat baik penulis.. kami mahasiswa menyokong penuh artikel di atas...

6:44 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Saya amat berasa sedih ketika berziarah hari raya di klang, ada seorang ahli PAS menyebut "Dato Presiden telah dicucuk oleh orang UMNO .."

myhasma@gmail.com

8:12 AM

 
Blogger Wak On The Roof said...

Salam

Semua orang mempunyai pandangannya sendiri tapi semua itu bagi wak bukannya ingin menjejaskan ukhwah dlm parti.
Nakkan parti yang disokongi/didokongi ini lebih kukuh dari pelbagai sudut.

Parti ini bukan di resapi ideologi UMNO hendaknya. Ikut telunjuk boss saja contohnya. Boss bukan maksum pun tapi sebagai pemimpin dia hendaklah tunjukan ciri-ciri kepimpinan yang menjurus kepada satu konsep Islam yang syumul seperti yang dilaungkan.

Contohnya bercakap bila perlu atau mendapat faedah apa yang dicakapkan, bukannya menyakitkan.

Wak harap pemimpin parti ini peka bukannya pekak. Bila syok menghuraikan satu-satu isu menampakkan kelemahan bukan kepada satu pihak tapi kedua belah pihak.

Penulis berkata :-
" Seronok kerana kononnya memiliki banyak rahsia buruk ahli jamaah maupun pimpinan dan merasa bangga apabila boleh menceritakannya kepada orang lain. Merasa diri hebat sebab boleh bercerita tentang keburukan pimpinan itu, kelemahan pimpinan ini, kesilapan ahli itu, kejahatan ahli ini dan sebagainya. Lebih seronok lagi jika ceritanya itu mendapat sambutan dan bilangan pelawat blog-nya semakin meningkat."

Penulis,
Kalau tarbiah bagus adakah semua ini berlaku ? Adakah artikel ini tak merugikan jemaah yang menampakkan dalaman parti yang parah dan ketandusan. Adakah ini konsep tarbiah dalaman ?

Penulis,
Cadangan Wak rasa lebih baik dibincangkan bab lain contohnya ekonomi , bagaimana nak membantu Koperasi Kohilal dengan menggalakan penguna Islam membelinya.

Diharapkan isu-isu dalaman ini dibendung dgn lebih hikmah dengan pengisian program/aktiviti/ sebagainya.

1:48 PM

 
Blogger webmaster said...

Sampailah masanya Lajnah Tarbiyyah & Perkaderan diupgrade menjadi Jabatan Tarbiyyah & Ukhuwwah dalam menangani gejala yang wujud pada masa sekarang ini.

11:58 AM

 
Blogger aNaK BaPaK said...

saya setuju dengan tulisan ustaz dan saya kira dia adalah "hajatan maasatan" keperluan yang amat mendesak..kerana asas kekuatan jemaah islam adalah tarbiyyah yang dihiasai akhlak islam..saya tak setuju sangat dengan wak yang sama memberi komen seolah2 dalam hati wak itu memperlekeh dan memandang remeh nilai akkhlak dan tarbiyah ahli dalam jamaah..ini lah yang lebih penting..

nampaknya kita diuji oleh allah dengan kemenangan..bila menang dan dikurniakan sedikit kuasa kita lupa soal akhlak dalam berjamaah..lantas kita lebih suka nak bercakap pasal lain2 yang basisnya material..ekonomi dan sebagainya..maknanya ahli jamaah kita dah tak nampak dah soal akhlak dalam jamaah dan yang dikejarkan hanyalah kuasa semata2..

aktiviti dan program sebenarnya terus berjalan dan sentiasa diawasi oleh dewan ulamak..tapi berapa kerat manusia yang mengaku ahli jamaah yang sanggup berkorban masa untuk menghadirkan diri untuk memperbaiki dirinya dengan allah..berapa kerat manusia yang datang..inilah realiti yang sebenarnya berlaku..

wak yang menulis mempersoal..kalau tarbiyah bagus..adakah semua ini berlaku? saya pun berminat nak tanya wak yang menulis di atas..kalau tarbiyah dah memang bagus tapi jemaah yang tak datang tarbiyah diri apa cerita??? sedarlah bahawa kita sendiri yang meninggalkan program2 tarbiyah itu..nak dengar kuliyah pun dah malas..rasa..alah..aku dah pas dah..tak pegi kuliyah pengajian kat markaz pun tak ape..!!! apakah ini sikap kita sekarang???

saya menolak pendapat wak yang mempersoalkan bahawa,,,;
"Adakah artikel ini tak merugikan jemaah yang menampakkan dalaman parti yang parah dan ketandusan. Adakah ini konsep tarbiah dalaman ?"
saya kira dalam kita hidup berjemaah..tazkirah dan peringatan adalah sumber terbaik memperbaiki diri..kerana pesan allah di dalam al-qur'an;
" berilah peringatan kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang ada iman"

saya tak tahulah kot2 apa yang ditulis oleh ustz tantawi ini telah memukul batang hidungnya sendiri.dah tentulah apa yang ditulis itu adalah peringatan bagi yang lupa..atau pun ilmu kepada mereka yang selama ii memang tak pernah menterbiyah diri dalam jamaah..tiba2 ahli2 yang tak ada akhlak yang banyak keluarkan kenyataan yang bukan2 yang sebenarnya merosakkan jamaah,,sepatutnya tulisan ustz tantawi adalah sebagai ilmu dan peringatan kerana didalamnya ada nilai muhasabah diri..dan bila kita rasa peringatan itu ada manfaat itulah maknanya kita ada iman..tapi kalau hanya kerana kita tak setuju dengan bentuk peringatan dan tarbiah seperti ini saya risau apakah ahli2 jamaah kita kini benar2 ada iman didada mereka???

7:04 PM

 
Blogger Wak On The Roof said...

Salam.

Anak Bapak,

TQ,Kerana Tazkirah,wak amat menghargainya.
Lain-lain, itu terpulang atas andaian anda dan sebagainya.

Kalau tak setuju mudah saja suruh owner blog ini delete/ignore saja.

Anak Bapak:

Wak rasa artikel kali ini bukan ditulis oleh Ust. Hj. Nasrudin tapi oleh Ust. Abu Amirah As-Salimbari. Pengerusi Lajnah Tarbiah ( DPPNP )
Posted dibahagian bawah khas utk pemilik blog. Cuba periksa atas dekat tajuk dan bawahnya.Posted jugak ?

Cuba tanya Ustaz nama samaran ka ?

Webmaster.
Setuju dengan anda. Mekasnisma atau gerakerja sehingga sampai ke grass root camna ?

1:16 AM

 
Blogger Abu Amirah As-Salimbari said...

Alhamdulillah,

Terima kasih kpd Ust Din Tantawi yang memasukkan tulisan saya dalam blognya.

Saya hanya ingin agar semua pihak (khususnya) ahli pas memahami manhaj tersebut tanpa menyebut dan melukakan mana2 pimpinan dan ahli.

Saya merasa tuntutan ukhuwwah ialah - mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri - ini perlu diapklikasi dalam hubungan sesama ahli, sesama pimpinan, ahli dengan kepimpinan dan sebaliknya.

Kalau kita nak keluarkan kenyataan akhbar atau kritikan, pastikan kritikan tersebut masih dlm kerangka akhlak islam. kalau kita kena kritik begitu agak2nya terguris ker tidak? kalau terguris, begitulah juga sahabat kita yang lain.. maka ukhuwwah islamiyyah menuntut kita memeliharanya.

ramai orang berhujjah dengan seorang lelaki yang lantang menegur saiyyidina Umar dengan pedangnya. Sedangkan hujjah tersebut masih ada perbahasannya. Yang pertama, lelaki tersebut tidak menegur kerana tiada kesalahan pun yang dilakukan oleh Umar ketika itu. Kedua, mengapa tidak dilihat adab-adab yang diajar lansung oleh Rasulullah dalam hadis yang banyak tentang adab menegur pemimpin islam? yang ketiga, adakah pemimpin itu melakukan maksiat atau hanya kesalahan dalam ijtihad politik?

banyak yang perlu diperhalusi oleh kita bersama..

Abu Amirah Phg

9:11 AM

 
Blogger Abu Amirah As-Salimbari said...

Alhamdulillah,

Terima kasih kpd Ust Din Tantawi yang memasukkan tulisan saya dalam blognya.

Saya hanya ingin agar semua pihak (khususnya) ahli pas memahami manhaj tersebut tanpa menyebut dan melukakan mana2 pimpinan dan ahli.

Saya merasa tuntutan ukhuwwah ialah - mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri - ini perlu diapklikasi dalam hubungan sesama ahli, sesama pimpinan, ahli dengan kepimpinan dan sebaliknya.

Kalau kita nak keluarkan kenyataan akhbar atau kritikan, pastikan kritikan tersebut masih dlm kerangka akhlak islam. kalau kita kena kritik begitu agak2nya terguris ker tidak? kalau terguris, begitulah juga sahabat kita yang lain.. maka ukhuwwah islamiyyah menuntut kita memeliharanya.

ramai orang berhujjah dengan seorang lelaki yang lantang menegur saiyyidina Umar dengan pedangnya. Sedangkan hujjah tersebut masih ada perbahasannya. Yang pertama, lelaki tersebut tidak menegur kerana tiada kesalahan pun yang dilakukan oleh Umar ketika itu. Kedua, mengapa tidak dilihat adab-adab yang diajar lansung oleh Rasulullah dalam hadis yang banyak tentang adab menegur pemimpin islam? yang ketiga, adakah pemimpin itu melakukan maksiat atau hanya kesalahan dalam ijtihad politik?

banyak yang perlu diperhalusi oleh kita bersama..

9:12 AM

 
Blogger Wak On The Roof said...

Salam,

TQ, Dengan tazkirah Ust. Abu Amirah itu.

Walaupun Harakah dijual Untuk Ahli tapi bleh beli camna ? Adakah tak layak bukan ahli mengetahuinya isinya ?

Ust Abu Amirah Ahli Ikhwan ? http://abuamirahphg.blogspot.com/2008/09/hadith-tsulasa-renungan-tentang-bulan.html

Wak bukan mempersendakan, cuma respon kat ayat" ( khususnya ).
Penuh Hikmah.

Kalau sudi jawab pertanyaan Wak , boleh dak ? Tak mau pon takpa.

Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

Dilahirkan pada 1917 , Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas Jama'at Muslimat . Penubuhan Jama'at Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi bantuan kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.


Dalam tahun 1937 ini juga, Zainab telah bertemu dengan pemimpin Ikhwanul Muslimin pada masa itu iaitu As Syahid Hassan Al Banna yang sedang cuba menubuhkan satu cabang khusus untuk muslimat dalam Ikhwanul Muslimin. Jama'ah Muslimat kemudiannya dijadikan satu cabang dari gerakan Ikhwanul Muslimin . Bagaimanapun, pada awal penubuhannya, ia tidak terikat dengan Ikhwanul Muslimin hinggalah berlakunya peristiwa pembubaran Ikhwanul Muslimin pada tahun 1948. Segala harta Ikhwan telah dirampas, cawangan-cawangannya ditutup dan beribu-ribu ahli Ikhwan telah ditangkap. Setelah peristiwa ini, Zainab memikirkan semula saranan awal Hassan Al Banna agar Jama'at Muslimat bergabung dengan Ikhwanul Muslimin dan akhirnya pada tahun 1948, Zainab Al Ghazali sebagai pengerusi Jama'at Muslimat telah memberikan bai'ah kepada Hassan Al Banna.


Bagaimanapun tanggal Februari 1949, komplot untuk membunuh Hassan Al Banna telah dilaksanakan dan akhirnya gugurlah seorang pejuang Islam yang gigih. Perjuangan beliau telah disambung oleh Al Imam Mursyid Hassan Al Hudaibi. Terdapat satu peristiwa menarik berkenaan dengan Hassan Hudaibi ini. Dalam tahun 1954, Jamal Abdul Nasser telah mengeluarkan perintah hukuman gantung kepada As Syahid Abdul Kadir Audah, As Syeikh Muhammad Fargali, Hassan Hudaibi dan beberapa orang lagi. Walaubagaimanapun, Hassan Hudaibi diserang penyakit jantung secara tiba-tiba dan doktor meramalkan bahawa beliau hanya boleh hidup beberapa jam sahaja lagi. Jamal Abdul Nasser mengampuni beliau kerana menyangka bahawa beliau akan mati keesokan harinya. Dengan kekuasaan Allah, umur Hassan Hudaibi masih panjang dan beliau akhirnya ditangkap dan dihantar ke penjara tentera buat kali kedua. Hassan Hudaibi merupakan seorang pejuang yang sejati dan begitu berani . Sewaktu beberapa orang Ikhwan yang sudah lemah kerana berada lama dalam perjuangan mengajukan cadangan agar Ikhwanul Muslimin bekerjasama dengan golongan pemerintah yang taghut, beliau telah menyuarakan pendapatnya yang masyhur:"Aku tidak memaksa seseorang bersikap tegas dan berani mengikut pendirianku tetapi aku mengingatkanmu bahawa sesungguhnya dakwah Islam tidak pernah tertegak walau sehari dengan orang-orang yang telah mengambil sikap bertolak ansur".


Pendapatnya ini dilahirkan sewaktu beliau berumur 80 tahun dan beliau terus kekal dalam penjara dan hanya dibebaskan setelah kematian Jamal Abdul Nasseer. Awal Ogos 1965, Jamal Abdul Nasser mula membuat perancangan untuk menangkap barisan pemimpin harakah Islamiah. Perancangan ini didalangi oleh perisik-perisik Amerika dan Russsia yang di susun oleh Zionisme Antarabangsa. Untuk mengaburi mata orang ramai, rejim Jamal Abdul Nasser telah menuduh Zainab dan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain seperti Syed Qutb dan Hassan Hudaibi merancang pembunuhan Jamal Abdul Nasser dan 4 orang menterinya. Hasilnya, beribu-ribu orang ahli Ikhwanul Muslimin telah ditangkap. Zainab sendiri telah ditahan pada Jumaat, 20 Ogos 1965. Beliau kemudian telah disumbatkan ke penjara dan di sana beliau melihat bagaimana anggota Ikhwanul Muslimin diseksa dengan teruk. Ada yang digantung, dicambuk dan dicakar-cakar oleh anjing ganas setelah mereka disebat. Zainab sendiri disiksa dengan kejam termasuk dipukul dengan teruk, disumbatkan dalam penjara air dan diancam untuk dirogol. Walaupun beliau berada dalam kesakitan kerana disiksa, namun dengan pertolongan Allah beliau berjaya menewaskan askar yang diperintahkan untuk merogolnya.


Untuk mengaburi mata rakyat, pihak pemerintah telah mengaturkan agar ahli-ahli Ikhwan yang ditangkap dihadapkan ke muka pengadilan pada 17 hb Mei 1966. Hasil dari perbicaraan yang berat sebelah ini, barisan pimpinan Ikhwan seperti Syed Qutb, Abdul Fattah Ismail, Yusuf Hawash dan lain-lain dijatuhkan hukuman gantung. Zainab dan Hameedah Qutb pula masing-masing dijatuhkan hukuman penjara sebanyak 25 tahun dan 10 tahun dengan kerja berat Semasa berada dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nassser mati. Akhirnya pada 10 hb Ogos 1971, Zainab telah dibebaskan dari tahanan setelah 6 tahun mengalami pelbagai penderitaan.

[Al-MUSLIMUN: Februari 1996/Ramadhan 1416]

Wak Copy Jer.

Wak Potong Plak skit.
Sewaktu beberapa orang Ikhwan yang sudah lemah kerana berada lama dalam perjuangan mengajukan cadangan agar Ikhwanul Muslimin bekerjasama dengan golongan pemerintah yang taghut, beliau telah menyuarakan pendapatnya yang masyhur:"Aku tidak memaksa seseorang bersikap tegas dan berani mengikut pendirianku tetapi aku mengingatkanmu bahawa sesungguhnya dakwah Islam tidak pernah tertegak walau sehari dengan orang-orang yang telah mengambil sikap bertolak ansur".

Kata Dari : Al Imam Mursyid Hassan Al Hudaibi.

Soalannya :
PAS = PRESIDEN ( PEMIMPIN TERTINGGI )
IKHWAN = Al Imam Mursyid ( PEMIMPIN TERTINGGI )

Yang Mana Satu Perlu Beri Lebih
Wala'thiqah dan sebagainya, didalam POLITIK ISLAM/SIASAH ISLAMIYYAH. Melalui Rujukan Fiqh Aulawiyyah. Tak kira mana-mana pandangan/rujukan. At least 3 ka lebih lagi bagus. Sekali dengan rujukan.
Wak mau belajar ma.

Al Imam Mursyid makna sama dengan Mursyidul Am , ka ?

TQ

4:22 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home