" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, February 06, 2006

SYAKHSIYYAH AMILIN MUTTAQIN
Kertas Perbahasan Liqa’ Fikri Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat .
Intro : 1 Kertas ini dibentang dan dibahas untuk menggariskan standard keperibadian yang mesti dimilikki oleh petugas parti atau jamaah guna melahirkan sebuah jamaah yang menepati piawaian sebuah gerakan Islam yang mu’taraf ( diiktiraf ). Intro : 2 Tafsiran mufradad ( kalimah ) kepada tajuk kertas perbahasan ini mempunyai nilai musthalah ( pengistilahan ) yang tersendiri berasaskan persepsi Gerakan Islam dan maqasid perbahasan . Ianya adalah seperti berikut : Syakhsiyyah :
Keperibadian yang tidak hanya berdasarkan gaya penampilan berwibawa , aksi kehidupan berhemah dan fikrah islami yang syumul tetapi turut melibatkan pembinaan asas spiritual yang tulus ( ikhlas ) dan tajarrud ( focus berpusat ) terhadap Khaliq , agama dan perjuangannya yang didokong. Amilin :
Petugas parti atau jamaah yang memperuntukkan sebahagian besar masa , tenaga dan pemikiran bagi menggalas tanggungjawab ke arah membentuk sebuah jamaah yang berkeupayaan tinggi mendepani cabaran dan menyerap tekanan . Muttaqin :
Nilai ketundukkan dan kepatuhan tanpa berbelah bahagi kepada Allah swt dalam melaksanakan amanah perjuangan suci ini serta memiliki kualiti pengabdian diri yang melayakkan untuk menjadi seorang tokoh hamba. Intro : 3 Perbahasan kertas ini bukan sahaja memerlukan penglibatan dan penghayatan semua anggota parti , malah apa yang lebih diperlukan ialah mencerna dan menterjemah kandungan perbahasan kertas ini dalam setiap agenda , program dan aktiviti jamaah samaada secara amal jamaei atau amal fardi berasaskan kesesuaian . NoTis PemBenTukkan SyaKhSiyyaH AmiLin MutTaqiN . Demi jiwa serta penyempurnaan ciptaannya , maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasiqan dan jalan ketaqwaan . Sesungguhnya beroleh kemenanganlah mereka yang menyucikan jiwanya dan beroleh kerugianlah mereka yang mengotorkannya . Surah Asy Syams : Ayat 7 – 10 Ayat di atas mendedahkan kepada kita bahawa di hadapan setiap amilin ada dua persimpangan , iaitu : · Jalan Taqwa · Jalan Fujur Demikian juga ayat ke 3 dari Surah Al Insan yang turut membongkar keadaan jalan bersimpang dua dihadapan amilin , iaitu : · Jalan Syukur · Jalan Kufur Sesungguhnya kami menunjuki jalan yang lurus . Terpulanglah samaada ia menjadi insan yang bersyukur atau insan yang kufur . Memilih laluan yang terbentang di hadapan , bukan sahaja Amilin perlu membuat pilihan yang betul dan tepat , tetapi juga memastikan stamina dan skil yang tinggi untuk sampai ke destinasi di penghujung jalan tersebut . Tidak sukar untuk memilih jalan yang betul , justeru ia telah dipasang tanda arah yang jelas . ( Hanya kedegilan dan keangkuhan menjadikan insan tidak melangkah mengikut tanda arah .) Apa yang sering berlaku ialah , mereka telah berada di jalan yang betul tetapi malang , mereka gagal sampai ke destinasi ekoran tidak memiliki stamina yang mencukupi dan tewas pula apabila berhadapan dengan cabaran di sepanjang jalan tersebut lantaran tidak mempunyai skil yang mantap . Bertitik tolak dari sinilah , sayugianya stamina dan skil Amilin parti atau jamaah perlu dibentuk dan dibina agar tidak mengalami kekejangan atau stroke dalam perjalanan dakwah yang serba mencabar serta jauh dan panjang ini .
ModuL QuRaNi AsaS PemBentuKan SyakHsiyyaH AmiLin MutTaqiN Demi masa ! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan – pesan dengan kebenaran serta berpesan – pesan dengan kesabaran . Surah Al – Asr : Ayat 1 – 3 Modul Satu : إصلاح العاملين لذاته
· الإيمان بالله Beriman kepada Allah dengan memahat Aqidah Rabbaniah di lubuk jiwa yang seterusnya melahirkan Muraqabatullah dan rasa tanggungjawab terhadap pengabdian diri kepada Allah swt. · العمل الصالح Gerakkerja , aktiviti dan perilaku yang dibias dari Aqidah , sejurus ianya bertapak kukuh di dalam jiwa , berasaskan Manhaj Rabbani yang diutus oleh Allah swt. kepada Nabi saw. Adunan Iman dan Amal soleh dalam kehidupan amilin melahirkan Itqanul amal dalam jamaah . Iaitu amilin yang mempersembahkan prestasi dan kualiti tugas ( amal jamaei dan amal fardi ) bertahap maksimum kepada Allah swt. justeru segalanya dilakukan berasaskan keyakinan dan kewajipan bukan lagi kecenderungan yang tidak bertunjang. Pengaruh Iman dan Amal soleh yang menguasai peribadi Amilin , menjadikan dirinya multazim ( komited ) dan Istiqamah ( aktif ) dengan segala aktiviti amal islami dianjurkan oleh jamaah , biarpun terpaksa melewati iklim perjuangan yang berkabut tebal dan petir sabung – menyabung. Sesungguhnya orang – orang yang berkata Tuhan kami ialah Allah kemudian beristiqamah , nescaya berlumba – lumba turun ke atas mereka para malaikat lantas berkata : Janganlah kamu takut dan janganlah kamu berduka cita malah bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu . Surah Fushshilat. Ayat : 30 Kawalan Iman dan Amal soleh yang membalut naluri dan sanubari Amilin , meletakkan Amilin sebagai benteng kukuh memagari Islam dan gerakkannya . Mampu mendepani tahaddiyat ( cabaran ) kendati pun datang dari segenap arah dan berkeupayaan tinggi , menyerap kadar tekanan yang bertali arus . Dan tatkala orang – orang yang beriman menyaksikan kehadhiran pakatan musuh yang besar lalu mereka berkata : Inilah suatu yang pernah dijanjikan oleh Allah dan rasulNya kepada kita , dan telah benarlah Allah dan RasulNya dan tidaklah bertambah di dalam jiwanya melainkan keimanan dan penyerah diri kepada Allah swt. Sebahagian dikalangan orang – orang yang beriman , tokoh yang telah benarlah janji mereka dengan Allah , maka sebahagiannya telah gugur sebagai syuhada’ membenarkan janjinya dengan Allah sementara sebahagian yang lain pula sedang menunggu giliran dan sekali – kali tidak mereka menukar janji mereka . Surah Al Ahzab . Ayat 22 – 23 Modul dua : إصلاح العاملين لغيره · تواصوا بالحق Wasiat dan nasihat ( dakwah ) guna memimpin dan membimbing ummah menegakkan kebenaran , berpandukan petunjuk wahyu dan sunnah sekalipun ianya sangat pahit untuk ditelan. · تواصوا بالصبر Menenangkan ummah dengan kesabaran dalam mengharungi mehnah dan ibtila’ ( tribulasi ) di pentas perjuangan . Khasnya sewaktu bertugas menyampai dan menegakkan kebenaran , yang pastinya akan berhadapan dengan segala cabaran yang sukar dijangka.
Orang – orang yang menyampaikan risalah – risalah Allah , mereka hanya takut kepadaNya dan mereka sedikit pun tidak merasa takut kepada seseorang selain Allah swt. dan cukuplah Allah swt. sebagai Tuhan yang membuat perhitungan. Surah Al Ahzab . Ayat : 39 Modul kedua ini berorientasi untuk mengislahkan ( memulihara ) mujtama’ ( masyarakat ) , seterusnya membina Daulatul Faadhilah ( negeri yang penuh kemuliaan justeru mendapat ganjaran metarial dan keampunan ilahi ) dan Ummatus Soolehah ( ummat yang terbaik dengan mewujudkan 3 elemen terpenting ).[1] Amilin tidak sewajarnya mengurung mesej atau syariat yang diperjuangkan ini , di dalam empat penjuru dinding markaz atau pusat tarbiyyah , sebaliknya beraksi membawa syariat Islamiyyah yang diperjuangkan ke tengah – tengah masyarakat dengan tidak lupa pula persiapan dan persediaan bagi menghadapi segala kemungkinan yang akan dihadapi . Segala sarana dan wasilah yang soleh dan bermanafaat mahu pun bersifat tradisi atau modern , hendaklah digunakan secara integrasi positif bagi merealisasikan modul kedua ini . Ianya adalah salah satu dari kaedah strategik ke arah membina liga dakwah bertaraf international dan melepasi segala sempadan geografi malah turut menembusi sempadan emosi . NiLai StraTegik BaGi ModuL BerkeMbaR . 2 modul berkembar ini dibina di atas sumpah Ilahi , iaitu Demi Masa ….. manusia dalam kerugian…. Kecuali mereka yang mengambil dan menghayati 2 modul yang dimaksudkan tersebut. Penegasan ini membawa nilai erti bahawa : Jamaah kita dalam kerugian atau kemusnahan , demikian juga para pemimpin dan amilin kita dalam kerugian atau kemusnahan seandainya 2 modul ini tidak dilaksanakan . 2 modul berkembar ini bertaraf WAJIB LAKSANA . 2 modul berkembar ini pula mempunyai 4 anasir pembentukkan Syaksiyyah Muttaqin : العقيدة الربانية
الإلتزام لشريعة الله
المجاهدة بالحق
الصبر و المصابرة
Seandainya tiada 4 unsur ini ! Amilin kita tiada SYAKHSIYYAH MUTTAQIN Tiada Aqidah Rabbaniah, membawa kepada kufur. Tiada Iltizam Lisyariatillah , membawa kepada futur . Tiada Mujahadah bilhaq , Kebatilan berleluasa . Tiada As Sobru wal Musobirah ,Gagal capai matlamat Top Up 15 NiLai TamBaH SyakHsiyyAh AmiLiN MutTaqiN . 1. Tidak takut celaan orang yang mencela
( bersedia menerima kritikan ) 2. Tidak gentar menghadapi risiko .
( tahu bagaimana mengurus risiko . ) 3. Berani mencuba . ( tidak prejudis ) 4. Semangat mahukan perubahan . ( tidak statik atau kaku ) 5. Tidak memusuhi idea - idea baru atau
pendekatan - pendekatan baru. 6. Tidak membezakan tugas atau terlalu
memilih kerja - kerja jamaah . 7. Tidak emosional sebaliknya bertindak rasional . 8. Tegas dan tidak mudah merajuk. 9. Memberi dan menerima . 10. Menunaikan hak orang lain dan tanggungjawab diri sendiri . 11. Bersikap tolerensi terhadap pandangan orang lain
dengan tidak menyangka hanya pendapatnya sahaja yang betul . 12. Mengutamakan syura daripada pendapat sendiri . 13. Optimis dengan kemenangan Islam . 14. Memiliki fizikal yang baik , minda yang cerdas ,
prinsip yang berwibawa dan disiplin yang baik . 15. Pengaruh dan penerimaan masyarakat terhadap
peribadi dan perjuangannya . SaLaM PenuTuP. Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat sangat mengharapkan agar Dewan Pemuda PAS Negeri dan Kawasan , berjaya membentuk Amilin yang mempunyai nilai Syakhsiyyah Muttaqin sebagai jentera parti atau jamaah kita . Sebagaimana arahan dan peraturan yang telah di ‘tampal’ melalui pekeliling Ilahi :
Wahai orang – orang yang beriman ! Jadilah Pembantu Allah ( orang – orang Allah ) sebagaimana telah berkata Nabi Isa ibnu Maryam as. Kpd pengikutnya , siapa yang sedia menjadi pembantuku untuk menegakkan agama Allah , berkatalah pembantunya , kamilah penolong agama Allah ! Maka beriman sebahagian dari kalangan bani Israel dan sebahagiannya kufur . Lalu diberi sokongan kemenangan akan orang – orang yang beriman ke atas musuh – musuh mereka dan akhirnya jadilah mereka golongan yang beroleh kemenangan . Surah As – Soff . Ayat : 14
مع التمنيات من الأخ نصرالدين بن حسن الطنطاوي رئس اللجنة التربية و القيادة من قسم الشباب الحزب الإسلامي بمليزيامقيد بسنة 2005 - 2007
[1] 3 elemen penting itu ialah sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah swt di dalam surah Ali Imraan Ayat 110 : Kamu adalah ummat yang terbaik , yang dilahirkan oleh Allah dikalangan ummat manusia . Kamu menegakkan ma’ruf ( syariat ) dan mencegah kemungkaran ( maksiat ) dan kamu beriman kepada Allah swt . Jikalau ahli kitab beriman kepada Allah , itulah yang terbaik untuk mereka . dikalangan mereka ada sebahagiannya beriman dan kebanyakkan mereka adalah golongan yang fasiq ( melakukan kerosakkan ). 3 Elemen tersebut ialah : · Al Amrubil Ma’ruf ( menguatkuasakan syariat ) · An Nahyu anil Mungkar ( mencegah kemungkaran ) · Al Imanubillah ( beriman/yakin kepada Allah swt. )

1 Comments:

Blogger ibnu khaldun said...

kertas kerja yang mantap! Ana yakin sekiranya seluruh ahli jemaah menepati prasyarat sebagai amilin, nescaya pertolongan Allah datang memenangkan kita. Kemantapan tarbiyyah adalah kunci kekuatan jemaah.

6:29 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home