" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, April 19, 2006

Gembiranya hari ini bersama kesihatan kurniaan ilahi .

Alhamdulillah , setelah seminggu lebih menghadhiri program dalam keadaan terhencut - hencut akibat kecederaan yang dialami sewaktu beraksi di Karnival Futsal Pemuda PAS Negeri baru - baru ini , kini saya telah mampu berjalan dengan baik dan apa yang mengembirakan saya apabila saya kini telah berupaya mendirikan solat dengan sempurna .

Seminggu yang lalu , saya tidak dapat sujud dan duduk antara dua sujud . Terpaksa lah solat berdiri sahaja .

Waktu seperti ini , terasa sangat nikmat sihat yang dikurniakan Allah swt. Semoga Allah swt. mengekalkan nikmat sihat bersama hidayahNya buat diri ini dan semua sahabat seperjuangan , agar perjuangan yang kita pacu ini , kian tangkas dan mantap . Ameen Ya Rabbal A'lamin .

1 Comments:

Blogger Rockerz said...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website jana wang automatik. Peluang jana wang automatik di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

2:35 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home