I'AM WILLING TO DIE
Assalamualaikum buat semua sahabat . Alhamdulillah bertemu kembali kita di sini , bagi meneruskan tanggungjawab dan amanah perjuangan yang pastinya masih terlalu jauh. Semoga kita semua bernafas panjang dan berstamina tinggi guna mengenderai perjuangan yang serba sukar dan sulit ini.
Pada Jumaat lepas , kami dan seluruh ummat islam telah mengadakan satu siri demontrasi bagi membantah keras serta mengutuk tindakan SIS dan beberapa pihak lain yang lantang menghina agama Allah.( dalam percubaan mereka utk mendesak kerajaan supaya memansukhkan undang undang moral dan syariah yang di peruntukkan kepada Jabatan Agama .)
Alhamdulillah , Saya sendiri mengetuai demontrasi di Masjid Al Fatah Bt. 3 Kuantan bagi melahirkan perasaan benci terhadap permusuhan yang ditunjukkan oleh golongan tersebut terhadap Islam .
Demontrasi yang dihadhiri sekitar 300 orang itu berlansung di perkarangan Masjid Al Fatah secara aman selama sejam. Turut hadhir ialah Timbalan Pesuruh Jaya PAS Pahang Us. Yusuf Embong .
Sebagai seorang muslim yang prihatin , saya ingin menegaskan kembali kenyataan Yb. Salahudin Ayyub ketika menyatakan sikap pemuda - pemuda Islam terhadap golongan tersebut , bahawa demi memastikan Islam terus dipertahankan maka kami sedia mati bermandi darah !!
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home