" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, April 10, 2005

XPDC DAKWAH

Alhamdulillah , pagi ini ( jam 2.00 am ) Saya bersama dengan rombongan pemuda berjaya melaksanakan satu dari tuntutan agama. Apabila kami turun dalam 3 kumpulan menuju Bangsar , Bintang Walk dan Jln P Ramlee untuk mengedarkan Risalah yang bertajuk : SAY NO TO HEDONISME .

Rombongan kami ( 200 orang ) bergerak mendekati pelbagai lapisan masyarakat , khususnya muda mudi bagi memperingatkan mereka mengenai gejala sosial yang kian parah melanda negara.

Apa yang menarik ialah pendekatan lunak yang diambil sangat berjaya mendekatkan dakwah kita kepada golongan ini. Saya sendiri bersama Ustaz Zuhdi Marzuki dan Adnan Saad memimpin satu kumpulan untuk mengedar Risalah di Planet Hollywood dan sepanjang jalan di Bintang Walk.

Harapan kami semoga Allah memberikan Taufiq ( kekuatan ) kepada kami untuk meneruskan kerja Amar Makruf dan Nahi Mungkar ini. Sementara kepada semua sasaran dakwah ( maduu ) dikurniakan hidayah agar mereka kembali ke pangkalan jalan .

Pengalaman yang kami lalui tidak kurang juga terpaksa berhadapan dengan mereka yang agak kasar dan tegas tidak mahu menerima risalah yang kami edarkan . Pun begitu agar mereka jua menerima hidayah Allah swt.

Turut serta dalam XPDC Dakwah ini ialah Us . Idris Ahmad , Us Ridhuan Mohd Noor , Us. Azman Syafawi dan Us. Nik Abduh.

Ustaz Abu Bakar Chik turut memberikan motivasi kepada kami sewaktu majlis perlepasan dilakukan di Galeri Markaz PAS Taman Melewar.

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Alhamdulillah.......... semoga istiqamah dengan jalan dakwah ni.

9:25 PM

 
Anonymous Anonymous said...

tahniah..jarang ada insan macam ustaz!!

5:12 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Alhamdulliah & tahniah...teruskanlah perjuangan ini semoga istiqamah

10:58 AM

 
Anonymous Anonymous said...

TAHNIAH ! KAMI DARI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH TELAH SEKIAN LAMA ANJURKAN PROGRAM SENYUM DI PASAR MALAM,PEKAN SEHARI DAN KOMPLEKS MEMBELI BELAH MENERANGKAN TENTANG HAK PENIAGA,PENGGUNA DAN RAKYAT MENURUT ISLAM YANG SYUMUL.

11:18 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home