" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, June 22, 2005

Dr. maSHITah BIADAB TERHADAP AGAMA

Berita Harian Metro 19 June 2005 tentunya memeranjat ummat Islam di negara ini apabila Dr. Mashitah telah mengeluarkan fatwa songsang yang membolehkan wanita melacurkan diri atas alasan terdesak untuk memberi makan kepada anak - anak . Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang akan membuat report polis terhadap kenyataan tersebut yang dianggap akan menggalakkan lagi pelacuran dalam negara ini . Apakah telah habis wang baitul Mal , Badan Kebajikan Masyarakat , Pusat Kutipan zakat ? malah ke manakah perginya wang patronas berbillion billion ringgit itu sehingga mungkin seorang ibu terpaksa melacurkan diri kerana nak menyara anak - anak . Apakah juga telah hilang nilai persaudaraan dan semangat kejiranan sehingga memungkin sang ibu melacurkan diri kerana terdesak untuk mencari makan ?

Harus difahami bahawa Dr. maSHITah adalah setiausaha parlimen di Jabatan Perdana Menteri .Beliau adalah salah seorang pemimpin Kerajaan yang memerintah . Beliau mesti bertanggungjawab terhadap rakyat . Bagaimana maSHITah boleh mengeluarkan fatwa sedemikian songsang sedang beliau adalah antara organ kerajaan yang boleh menyalurkan segala bantuan kepada rakyat yang terdesak atau miskin . Tapi malang , maSHITah telah berlepas diri dari tanggungjawabnya sebagai kerajaan dan membuka pintu maksiat / pelacuran kepada rakyat sendiri atas alasan terdesak .

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

memang dr mashitah ni cakap tak fikir panjang. kalau ikut nasihat dia orang macam saya ni dah lama jadi pelacur. memang ramai ibu ibu tunggal diluar sana yang nampak saja senang tapi hanya Tuhan yang tahu kesusahan mereka.nak dapatkan bantuan bukanlah senang. akhirnya ibu ibu tunggal inilah yang terpaksa berhempas pulas membesarkan anak anak.kalau ramai yang pegang pada fatwa dr mashitah, maka hancurlah idup anak anak islam yang akan datang.

6:32 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Di akhir zaman, telah lahir ramai ulama-ulama yang jahat, yang menjual agamanya dengan harga yang murah, untuk kepentingannya sendiri.

1:32 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home