PENYERTAAN PAS DALAM PILIHANRAYA
Seminggu yang lalu saya menerima sms daripada seorang sahabat yang bertanyakan kenapa PAS menyertai pilihanraya ?
Sebagai penjelasan ringkas dari banyak kenyataan dan penjelasan para ulama' , saya kemukakan beberapa alasan kenapa PAS sebagai sebuah Gerakan Islam menyertai pilihanraya. Ada pihak yang terlalu curiga terhadap PAS , apabila PAS menyertai plihanraya dengan alasan ianya tidak islamik dan tidak pernah berlaku dizaman Rasulullah saw mahupun sahabat baginda saw.
Sahabat yang dihormati sekelian :
Pada tanggal 27 june 1955 bermula penyertaan PAS dalam pilihanraya ( Pilihanraya Persekutuan Pertama ) untuk merebut 52 kerusi dan PAS telah menang satu kerusi di Kawasan Parlimen Krian melalui calonnya Tuan Guru Hj. Ahmad Hj. Husin hinggalah tahun 1959.
Penyertaan ini di atas hasrat untuk menegakkan Islam di Malaysia dan PAS telah memilih cara Muwajjahah Silmiyyah untuk menghadapi pihak yang tidak melaksanakan Islam ( Barisan Nasional ) di negara kita dengan menolak kaedah Revolusi dan perang.
Peringkat awal penyertaan PAS dalam pilihanraya tidak dipersoalkan hukum syarie atau tidak oleh mana mana badan atau pihak. Isu kesyariean kaedah pilihanraya ini hanya timbul setelah wujudnya jamaah - jamaah islam yang tidak puas hati terhadap PAS.
Pilihanraya adalah peluang terbuka dalam sistem Jahiliyyah untuk kita bermuwajjahah ( menentang ) pihak pemerintah yang enggan melaksanakan Syariah Allah swt. Melalui ruang ini juga , dilebarkan usaha dakwah dan gerakkerja mempertahan dan melindungi agama Allah swt.
Sebagaimana ruang dalam sistem jahiliyyah digunakan oleh Abu Talib untuk melindungi anak saudaranya Muhammad saw. Begitu juga dilakukan oleh Mata'am bin A'di untuk melindungi Rasulullah saw. ketika baginda pulang dari Taif. Ruang itu turut digunakan oleh Ibnu Ad Daghnah ketika memberi perlindungan kepada Syadina Abu bakar As-Sidiq rha. yang dihalau oleh kaumnya.
Namun pilihanraya sebagai satu ruang dalam sistem jahiliyyah ini tidaklah bererti satu -satunya kaedah dakwah dan perjuangan yang ada. Kita menerima pilihanraya selama mana ia selamat digunakan demi melebarkan dakwah dan menegakkan Islam , tetapi jika sekiranya ruang ini tidak lagi selamat digunakan , maka ruang - ruang atau kaedah - kaedah yang lain pula akan digunakan demi agama Allah swt.
Sebagaimana berlaku pada Ibnu Daghnah ketika mana ia tidak tahan dengan tekanan Musyrikin Quraisy yang meminta supaya Ad Daghnah menghentikan kerja dakwah Abu Bakar As - Siddiq yang berada di bawah lindungannya , lalu ibnu Ad Daghnah mengugut Abu Bakar rha. samaada menghentikan kerja - kerja dakwah untuk terus berada di bawah lindungannya atau dilucutkan perlindungan itu .
Syaidina Abu Bakar rha. menjawab : Aku pulangkan kembali kepada mu perlindungan yang diberikan kepada ku , Aku redho dengan perlindungan yang dikurnniakan oleh Allah swt. Demikianlah Abu Bakar rha. mengambil ruang yang ada dalam satu sistem Jahiliyyah ketika itu untuk bernaung dan melebarkan dakwah , namun ruang itu tidak bererti segala - galanya untuk dakwah malah apabila ia dirasakan tidak lagi selamat dan memberi pulangan sebaiknya kepada kerja - kerja dakwah , maka ruang ruang lain yang dibuka oleh Allah swt untuk menegakkan agamanya amatlah luas.
Melalui pilihanraya, PAS mampu menyuarakan Islam dan pandangan - pandangannya di Parlimen dan juga DUN yang perlu difahami bahawa disitulah undang - undang negara kita digubal.
PAS juga mampu menggubal undang - undang Negara ini untuk dilaksanakan Islam jika dua pertiga ahli parlimen menyokong PAS.
Berasaskan kenyataan ini , PAS berjuang dan bertanding dalam pilihanraya di peringkat Parlimen dan DUN sebagai usaha untuk menggubal undang - undang negara ini dari Jahiliyyah kepada Islam .
Dalam ertikata lain , meneruskan usaha Rubaei bin Amir rha. : Mengeluarkan sesiapa jua yang mahu dari perhambaan sesama hamba kepada perhambaan kepada Allah tuhan yang mencipta hamba . Dari kedhaliman agama ciptaan manusia kepada keadilan Islam wahyu yang diturunkan oleh Allah swt. dan dari kesempitan duni kepada keluasan dunia dan akhirat yang dijanjikan oleh Allah swt.
1 Comments:
Assalamualaikum
ustaz, ada orang mengatakan kelamahan PAS adalah ketidakmampuan menangani isu dan perancangan jangka panjang utk menghadapai kemungkinan cabaran yang mendepaninya. Kadang-kadang, PAS akan kehilangan punca apabila suatu isu yang dimainkan reda dan ia akan dilupakan begiotu sahaja. Apa komen ustaz?
selain itu terdapat juga pendekatan individu tertentu yg tidak disukai oleh golongan intelek sehingga menyebabkan mereka tidak berminat utk membantu perjuagan PAS.
Ana add link blog ustaz dlm blog ana.
tQ.
5:45 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home