" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, April 25, 2005

PERUTUSAN MAULIDUR RASUL SAW.

Sambutan Maulidur Rasul saw. tidak sewajarnya terhenti di atas majlis keraian atau upacara sambutan ulangtahun kelahiran Baginda saw. semata mata . Sebaliknya erti sambutan Maulidur Rasul saw. adalah bertunjangkan penghayatan terhadap warisan agong tinggalan Baginda saw.

Sabda Rasulullah saw :

Aku tinggalkan 2 perkara kepada kamu . Seandainya kamu berpegang teguh dengan keduanya , nescaya kamu tidak akan sesat buat selama - lamanya . Iaitu Kitab Allah dan Sunnah ku.

Justeru itu , Maulidur Rasul saw. sewajarnya dijadikan peluang untuk mengembalikan pelaksanaan dan penghayatan sunnah Baginda saw. Khasnya di zaman kita pada hari ini , yang menyaksikan keadaan masyarakat yang kian jauh dari persada sunnah dan syariat yang ditinggalkan oleh Baginda Rasul saw.

Perlaksanaan dan penghayatan kembali terhadap sunnah dan syariat Baginda rasul saw. adalah formula asas untuk menangani segala konflik atau krisis aqidah , akhlak , sosial dan negara pada hari ini.

Sikap degil pelbagai pihak yang tidak mahu memartabatkan sunnah dan syariat adalah satu sikap yang terus meletakkan mereka bukan sahaja dalam kemurkaan Ilahi tetapi juga kehancuran dan kemusnahan terhadap peradaban material yang mereka bina.

Rasul saw. adalah pembawa rahmat utusan Allah . Bagaimana mungkin mereka memperolehi rahmat Ilahi sejurus mereka menghindarkan diri dari perlaksanaan dan penghayatan sunnah dan syariat Rasulullah saw.

Bagaimana pula mereka boleh terlepas dari murka dan laknat Ilahi apabila mereka mempersenda kekasih Allah dan memperlekeh syariat Allah .

Sementara tanggungjawab pejuang Islam pula ialah menyambung lidah perjuangan Baginda Rasul saw. Perjuangan Baginda saw. sekurang - kurangnya berorientasi di atas 3 gerakkerja .

  • Mengajak Manusia mengabdikan diri kepada Allah dan menentang Toghut.
  • Meninggikan agama Allah sehingga ia mengatasi ideologi yang dicipta oleh manusia.
  • Menegakkan syariat dan mencegah kemungkaran

Tantawi

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home