PESURUH JAYA PAS PAHANG
Alhamdulillah , PAS Pusat telah selesai bermesyuarat jam 11.30 mlm tadi utk memutuskan Pesuruh Jaya bagi tiap - tiap negeri dan melengkapkan kabinet baru PAS setelah selesai muktamar baru baru ini.
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man telah diputuskan untuk menjawat amanah sebagai Pesuruh Jaya PAS Pahang bagi sessi 05/07 bagi menggantikan Al Fadhil Ustaz Idris Omar yang berundur diri kerana faktor kesihatan .
Mudah - mudahan , PAS Pahang kian menapak maju ke hadapan memimpin ummah , sehinggalah kegemilangan silam perjuangan ini kembali bertapak di bumi Mat Kilau tercinta .
4 Comments:
allahumma yassir wala tu'assir
ameeen..ameen
11:44 PM
Assalamualaikum...
Pertamanya Ana nak ucapkan tahniah kalau tak terlewat sangat kerana ustaz dah duduk di kerusi pemuda pahang sekarang ni...
tak sangka pulak ana boleh jumpa blog ustaz ni..tahniah sekali lagi untuk blog yang sebegini,semoga usaha usaha dakwah akan bertambah berkesan lagi insyaallah..amin.
untuk pengetahun ustaz,ana ni sama seangkatan dengan ustaz dulu masa tak balik perang teluk tu,teringat lagi kita buat program raya kat rumah sahabat pelajar KP dulu..ust zul@jamal..aktif ke diorang ni...?abang mat yong,mazlan tan,Haris,dan beberapa lagi yang ana dah lupa pulak namanya selain ana sendiri.Kalau dapat kumpul balik semua tu alangkah bagusnya..
Sedih juga sebab tak begitu aktif macam ustaz..insyaallah usaha ke arah tu akan diusahakan..
salam perjuangan untuk semua..
12:14 AM
Adakah Pas Pahang akan keluarkan akhbar SIDANG semula atau terus lupakan. khabarnya, Sidang terkubur angkara ahli juga, iaitu ambil, baca tapi tak bayar! Macam mana nak kata Pas lebih baik drp parti lain, kalu RM2.00 yang mesti untuk parti pun ada (banyak)ahli Pas buleh sebat. Jadi patut dan wajarlah orang2 Umno berebut cari projek atau kongkalikong nak masukkan duit dalam poket. Umno berkuasa, patutlah begitu kalau mengambil sifir ahli Pas telan duit Sidang! Pas tak berkuasa, makan RM2.00 tiap bulan jadilah... jadi makan duit orang!
11:24 PM
amende..
8:52 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home