" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, July 25, 2005

AYAH PIN : ORANG SESAT BERTINDAK KE ATAS ORANG SESAT : DI LEMA "ISA" ATAU "BUNUH "

UMNO kelihatan cuba untuk mengalih Isu " ROBOH MASJID " kepada isu Ayah Pin . Sedang Ayah Pin sudah cukup diketahui umum sebagai pengamal ajaran sesat sejak 30 tahun lalu , tanpa kerajaan UMNO mengambil apa apa tindakan .

Kegagalan UMNO meyakinkan rakyat bahawa Masjid yang mereka robohkan di Perkampungan RTB Bujal Kemaman pada 26 Mei 05 lalu adalah markaz PAS , menyebabkan UMNO terpaksa mengambil tindakan ke atas Ayah Pin dan pengikutnya yang telah di"selamatkan" sejak sekian lama ( 30 tahun ).

Sekali lagi Ayah Pin menjadi kambing hitam UMNO dan BN untuk menangani emosi rakyat yang sangat terguris ekoran " kedhaliman tanpa batas " mereka , setelah Isa Samad dan beberapa tokoh lain turut menjadi kambing hitam UMNO dan BN .

Saya tak nampak , UMNO mampu bertindak ke atas Ayah Pin secara serius dan ikhlas . Sebagaimana sukarnya orang yang mencuri nak tangkap pencuri , demikian juga tak mungkin orang yang berada dalam kesesatan akan mengambil tindakan ke atas orang yang sesat .

Saya melihat , kesesatan yang dialami oleh UMNO jauh lebih bahaya dan mengancam keselamatan ummah berbanding kesesatan Ayah Pin .Tinggal lagi masyarakat yang dibelenggu kejahilan tebal , tidak berupaya melihat tahap kesesatan yang dialami oleh UMNO .

Sebagai contoh mudah , Menukar agama ( murtad ) hukumannya adalah bunuh sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Nabi Kita Muhammad saw. melalui hadisnya yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari . ( Sesiapa yang menukar agamanya , maka bunuhlah ia ! ) tetapi UMNO yang berkonsepkan Islam Hadhari , pula menguasai Kerajaan Pusat ( berbanding PAS yang hanya mampu kuasai kerajaan negeri di Terengganu untuk sessi 99/04 ) masih enggan menggubal undang - undang murtad .

Allah menegaskan : " Tidak layak bagi lelaki dan wanita yang beriman , apabila telah ada ketetapan dari Allah dan RasulNya dalam sesuatu perkara , tiba tiba ia masih membuat pilihan yang lain dari apa yang telah ditetapkan. ( Barangsiapa yang berbuat demikian bererti ia ingkar kpd Allah dan RasulNya ) dan sesiapa yang ingkar kepada Allah dan RasulNya , maka sesungguhnya ia sesat dengan suatu kesesatan yang sangat nyata."

Demikianlah kedudukan UMNO sehingga hari ini .

PAS tidak bersetuju Ayah Pin di ISA kan . Ianya atas 2 alasan .

Pertama : Kerana PAS selama lamanya menentang ISA sebagai akta draconian yang tidak bertamaddun , menangkap tanpa bicara .

Kedua : Ayah Pin mesti dibicarakan di bawah undang - undang murtad dan UMNO wajib melaksanakan undang - undang murtad .

8 Comments:

Anonymous Anonymous said...

pasaipa masa pas perintah terengganu dulu ayah pin tak dibunuh! takut kat Pak Lah/TDM ka lebih dari takut kat Tuhan ka?? syirik...syirik...

10:28 PM

 
Anonymous Anonymous said...

semua kesesatan bahaya. Itu realiti. Jangan kerana kebencian kepada sesuatu pihak, maka kita membuat perbandingan tentang kesesatan

9:49 AM

 
Blogger Webmaster said...

Kumpulan Ayah Pin merupakan antara lima kumpulan ajaran sesat paling tegar dikesan di Malaysia dan mula bergerak pada tahun 1982. Ia antara lain, mengamalkan ratib secara kuat dalam gelap dengan bercampur antara lelaki dan wanita. Pemimpinnya pula, Arrifin Muhammad , 65 tahun mengaku dirinya sebagai tuhan, pencipta semua agama serta pemegang kunci ke syurga. - Sila layari http://ayah-pin.blogspot.com

3:04 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam..

PAS tidak penah tahu pasal Ayah Pin kah?
atau isu ayah pin tak menguntungkan PAS?

4:55 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam sekali lagi ostad..

nak tau apa perkembangan negara Islam yg PAS perjuangkan?

dah sejuk kah?
atau terlupa sudah??

4:57 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Salam..
Satu pandangan yang realistik dan keras.. Kepada penyokong² kerajaan, jgn hanya menuding jari kepada org Islam yang lain, tuduhan sesat kepada kamu akan kekal jika kamu tidak mengambil tindakan bunuh kepada Ayah Pin sedangkan Idris Jusoh sedang berkuasa kini.
Wallahua'lam

5:22 PM

 
Anonymous Anonymous said...

akum
kenapa isu ayah pin ini wujud?
pertama umat nabi tidak membuat kerja mereka yang sebenar
iaitu usaha dakwah ajak manusia pada allah, yang mereka sibuk menunding jari pada orang lain
sedar la bahawa kita kena kenalkan manusia kpd allah
buat usaha macam nabi ketuk pintu ke pintu, baru la isu ayah pin ini berkurangan

1:33 PM

 
Anonymous Anonymous said...

sambungan dari komen di atas

tak kira kita ni siapa selagi kita ni bergelar umat nabi kita kena buat kerja macam kerja nabi cakap kebesaran allah insyaallah kerajaan allah bersama dgn kita bila kita kenalkan umat pada allah

1:37 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home