TRAGEDI 7 JULY : JUSTERU SATU BUKTI UMNO BERORIENTASIKAN YAHUDI ZIONIS
Oleh : Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan 019 916 8182 / tantawi22002@yahoo.com
Kesan runtuhan Masjid di RTB Kg. Bujal , yang menjadi mangsa kedhaliman UMNO masih lagi menjadi igauan ngeri mereka yang melakukannya .
Jumlah FRU yang begitu ramai ( dianggarkan 200 orang ) mengganas sejak pagi 7 july 05 menyaksikan Tapak Runtuhan Masjid tersebut dibersihkan dan kesan sisanya dipindahkan ke suatu tempat yang tidak diketahui .
Pagi itu , sekurang - kurangnya 7 orang ditangkap .
Sementara di sebelah malamnya , satu majlis ceramah dianjurkan oleh PAS Kemaman . Majlis tersebut sememangnya telah dijadual sejak lama dulu yang melibatkan 2 tetamu penting iaitu Yb. Salahudin Ayyub Ketua DPP Pusat dan Tuan Hj. Mohd Sabu Naib Presiden .
10.00 pagi 07/7 : Saya dihubungi oleh pihak penganjur untuk menggantikan Yb. Salahudin yang tidak dapat hadhir kerana terpaksa membuat ucapan penangguhan di Parlimen pada jam 5 petang tersebut .
8.30 mlm 07/7 : Selesai saya menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Syaidina Omar Al Khattab di Cenderawasih , saya terus bergegas ke Kemaman .
10.00 mlm 07/7 : Saya tiba dikampung Mak Cili ( tapak ceramah ) , tetapi saya di halang oleh dua sekatan jalanraya oleh pihak polis dari memasuki tempat ceramah . Lalu saya mengambil langkah beredar dari situ dan parking kereta sekitar jarak 9 tiang api dari tempat ceramah .
10.15 mlm 07/7 : Saya dibawa naik ke pentas ceramah .
10.25 mlm 07/7 : Saya dijemput untuk menyampaikan ceramah , tetapi malang , belum pun sempat saya memberi salam , sekitar 50 0rang anggota FRU dengan ketuai oleh OCPD Kawasan Kemaman merempuh masuk dengan meredah kumpulan orang ramai yang dianggarkan melebih 5 ribu orang pada malam tersebut .
Rempuhan membabi buta tanpa memperkenalkan diri dan memberi apa-apa amaran kepada pihak penganjur , menimbulkan satu pergelutan dan keadaan yang kelam kabut .
10.40 mlm 07/7 : Pihak FRU beredar dari kumpulan orang ramai . sejurus itu ( tak lama kemudian ) sekurang - kurangnya 3 bom asap pemedih mata dilemparkan ke tengah - tengah kumpulan orang ramai yang melibatkan kanak - kanak dan muslimat . Keadaan mula tidak terkawal .
10.50 mlm 07/7 : Saya dan Tuan Hj. Mohd Sabu di bawa oleh penganjur ke satu penginapan yang berbeza . Suasana di tapak ceramah masih hingar bingar menyaksikan tak kurang 30 orang hadhirin ditangkap .Mereka juga telah melepaskan 3 semburan air kimia melalui water canon .
Rumah tempat saya bersembunyi dikepong oleh FRU dan memerintahkan semua yang berlindung dirumah tersebut keluar menyerah diri atau beredar pulang ke rumah masing - masing .Saya mencadangkan agar semua muslimat sekitar 50 orang yang berada di rumah tersebut keluar dan beredar pulang ke rumah masing masing .Bimbang mereka ditangkap .
Saya masih mengambil keputusan untuk berada didalam rumah tersebut dalam sebuah bilik . Saya segera solat isyak dan bermunajat seketika , pada malam tersebut .
Sekitar jam 12 , pihak penganjur menghantar sebuah kenderaan untuk mengambil saya secara senyap senyap untuk dibawa keluar dari kawasan bahaya tersebut .
Jumlah FRU pada malam itu tidak dapat dianggarkan tetapi mereka datang dengan 12 buah Trak termasuk water canon .
Jam 12 mlm , FRU masih mengejar orang ramai yang mengejek mereka ke segenap celah rumah di perkampungan Mak Cili .
Alhamdulillah . Jam 12.30 , saya dapat berlepas pulang ke Kuantan .
Demikianlah sebuah Tragedi 7 July di sebuah Negeri Bestari , Bayangan Islam Hadhari .
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home