" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, November 24, 2005

Syed Hussein Alattas sokong Pas

Oleh Es PutraPengkalan Pasir: (23 Nov)

Penulis buku politik veteran negara, Syed Hussein Alattas telah memecah rekod kebebasannya sendiri apabila beliau telah menggunakan pentas Pas untuk menyalurkan kebebasan pemikirannya.Syed Hussein, 63 yang dikenali dengan penulis pro Umno sejak lebih 30 tahun lalu telah berceramah untuk Pas bersempena perlancaran Kelab Belia Pasir Mas di dewan majlis Perbandaran Pasir Mas malam tadi bersama Husam Musa, Exco Kerajaan Kelantan.

Sebelum ini Syed Hussein tidak pernah memanjat pentas Pas walaupun beliau sering menunjukkan sikap mengkritik Pas yang tidak konsisten.Pada dua pilihan raya umum lalu, beliau yang juga ahli jawatankuasa penerangan Umno Malaysia, berceramah aktif untuk Barisan Nasional (BN) terutamanya di kawasan Dr. Mahathir Mohamad.

Semasa pilihan raya kecil Lunas, beliau telah menyumbangkan buku-buku lamanya kepada pos-pos Umno sebagai bahan kempen dan bergerak secara senyap bagi memastikan kemenangan calon BN di pilihan raya itu.Langkah yang diambil oleh Syed Hussein itu sudah tentu memberi pukulan kepada Barisan Nasional dan ia mengejutkan banyak pemimpin Umno Kelantan.

Antara alasan yang diberikan Syed Hussein kenapa beliau berubah angin kini ialah kerana beliau memilih Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar) sebagai ‘saiful’ apabila parti dokongannya itu tidak mempedulikan nasib para penulis politik.“Saya kesal dengan Umno yang kita naikkan tetapi nasib kita tidak dipedulikan. Di perhimpunan agung Umno kita dilayan macam pendatang haram, nak jual buku pun tidak boleh,” kata Syed Hussein. Beliau mengingatkan Umno agar tidak menjadikannya sebagai paku buruk, kerana kalau terpijak nanti buruk padahnya.

Katanya, beliau sudah letih dengan perangai Umno, jadi eloklah kita bersama Pas pula. Mengulas mengenai kehebatan kepimpinan Tok Guru Nik Aziz, beliau juga yang dikenali dengan Pak Belalang, berkata, Mahathir setakat buat Putrajaya, tetapi Nik Aziz buat Islam.Kira-kira 500 para penyokong beliau hadir pada majlis tersebut.Syed Hussein dijangka akan terus berkempen untuk Pas selepas penamaan calon akan datang.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home