" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, February 18, 2006

DEMONSTRASI

MEMBANTAH DAN MENGECAM PENGHINAAN KE ATAS NABI SAW.

Bantahan dan kecaman tegas ini dilakukan oleh ummat Islam yang berhimpun sejurus selesai solat jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah ( Masjid Negeri ) Kuantan Pahang. Sekitar 1000 orang ummat Islam berhimpun , diketuai oleh sdr. Mazlan Aliman dan Ybg Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man .

Tokoh yang turut hadhir ialah Ybg . Ustaz Nik Zawawi Salleh dari Besut , Ustaz Hazri Jusoh dari Kemaman, saudara Zukri dari Parti Keadilan Rakyat , Ustaz Yusuf Embong , Sdr Fadhli Ramli ( pengerusi Jawatan kuasa undang - undang dan hak asasi Manusia DPP Negeri Pahang - JUHAM )

Ustaz Suhaimi Saad dan Ustaz Rosli Abd Jabbar turut melahirkan kecaman dan menyeru agar semua ummat Islam bangkit memboikot barangan keluaran Denmark dan juga negara - negara yang menghina Islam .

Bantahan turut ditujukan kepada Pengerusi OIC yang juga Perdana Menteri Malaysia agar lebih sensitif terhadap isu ummah , sekaligus didesak agar bertindak tegas terhadap pihak yang menghina Islam samada pihak luar ( eropah ) ataupun dalam negara seperti Sarawak Tribune dan lain - lain .

Himpunan yang turut di hadhiri oleh pihak muslimat jelas mempamerkan kekecewaan ummat Islam terhadap sikap acuh tak acuh sebahagian pemimpin ummat Islam terhadap isu ini .

Sdr. Mazlan ketika menjawab soalan wartawan mempertegaskan bahawa kami ummat Islam akan terus mengadakan siri himpunan membantah serta berdoa agar Allah swt mengambil tindakan wajar ke atas musuh - musuhnya yang kian biadab dan kurang ajar terhadap Islam .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home