Kertas Kerja ( 008 )
PEMUDA PEMUDI
DALAM MENGHADAPI CABARAN
( SIRI AKHIR .)
ASAS-ASAS YANG MENDORONG
RASA PUTUS ASA
1) Tidak mengerti tabiat agama dan sunnatullah
Agama Islam adalah agama yang menyeluruh , agama yang mengajar ummatnya berjihad menentang thoghut habis-habisan sebagaimana firman Allah swt.
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.
( Al Anfaal - 39 )
Agama Islam adalah agama yang menyeluruh , agama yang pasti akan mencapai kemenangan dan menjadi tuan di muka bumi sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah dalam surah An-Nur ayat 55 (terdahulu penjelasannya).
Agama Islam adalah agama yang menyeluruh , agama yang melengkapi tugas-tugas kemasyarakatan dan gerakerja membentuk masyarakat yang soleh.
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَئِكَ سَيَرْحَمُهُمْ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزحَكِيمٌ
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
( At Taubah - 71 )
Agama Islam adalah agama yang menyeluruh , agama yang mendidik ummatnya supaya bekerja mencari rezeki yang halal dan menunaikan tanggungjawab terhadap diri dan keluarga serta ummat.
هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمْ الْأَرْضَ ذَلُولًا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
( Al Mulk - 15 )
Agama Islam adalah agama yang menyeluruh , agama yang merangkumi semua keperluan fitrah manusia dan Allah S.W.T telah mensyariatkan perundangannya supaya ditegakkan diatas muka bumi sekalipun terpaksa menghadapi kekerasan pihak musyrikin.
هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ
Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
( As - Saff - 9 )
Islam adalah ugama yang mulia dan kuat . Adalah bercangggah dengan prinsip Islam kiranya diri kita diselubunggi rasa kalah dan lemah apalagi berputus asa .
وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمْ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
( Ali - Imran 139 )
Allah S.W.T pasti akan menguji orang-orang yang beriman dan pejuang-
pejuang Islam dengan sehebat - hebatnya .
أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمْ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
( Al Baqarah 214 )
Tanpa mengerti tabiat-tabiat tersebut , pemuda akan diserang rasa sempit dada dan putus asa.
2) Kasihkan Dunia dan Bencikan Mati
Mereka yang menghadapi penyakit kasihkan dunia dan bencikan mati teragak-agak untuk bersama dengan gerakan Islam demi meneruskan amal jama’ie justeru amal Islami memaksa ia meninggalkan sebahagian daripada kelazatan dunia.
Semata-mata kerana kasihkan dunia dan bencikan mati , mereka akan meninggalkan gerakerja amal Islami yang penuh cabaran danancaman . Dirinya akan diselubungi dengan rasa takut dan gelisah . Akhirnya mereka menjadi hina bukan sahaja di mata ummat Islam , malah di hadapan musuh yangn tidak pernah mengenal erti simpati.
Sedang Allah telah menempelak golongan ini :
3) Tidak Memahami Matlamat Kejadian Manusia
Manusia telah dicipta untuk mengabdikan diri kepada Allah . Pengabdian diri memberi erti melakukan apa jjua yang diperintah oleh allah dan Rasulnya tanpa sebarang dolak - dalik dan berlengah-lengah apalagi mengelak diri dari tanggungjawab sebagai seorang abdi.
Antara tujuan dan tugas utama manusia ialah sebagai Khalifah. Khalifah memberi erti
Setiap urusan dan aktiviti untuk menegakkan agama Allah S.W.T di muka bumi dan mentadbir dunia berdasarkan agama yang ditadbir oleh Allah , maka ia bukan sahaja menjadi tanggungjawab malah ianya sebagai matlamat hidupnya sendiri sebagai seorang manusia.
Matlamat menunaikan amanah Risalah as-Samawiah yang telah disanggupi oleh manusia menjadi sebahagian dari matlamat hidup mereka. Tanpa menunaikan amanah tersebut , hidup manusia binasa di dunia dan di akhiratt.
Demikian 3 matlamat yang perlu difahami oleh pemuda . Tanpa memahaminya, hidup dianggap sia-sia dan tiada arah tuju yang selamat.matlamat itu ialah :
# Matlamat Ibadah
# Matlamat Khilafah
# Matlamat amanah
MASA DEPAN ADALAH MILIK ISLAM
Ketuanan dan kemenangan Islam adalah suatu yang pasti . Ia dapat diyakini melalui khabar gembira yang dijanjikan oleh AllahS.W.T dan Rasulnya S.A.W.
Islam adalah suatu agama fitrah dan ia mampu menangani apa jua isu dan zaman . Setiap kali ia diserang akan pasti ada pembela, setiap kali ia diterajang akan pasti ada tangan yang menepisnya ,setiap kali ia dituduh akan pasti ada peguam yang membelanya dan setiap kali Islam ditahan akan pasti ada tentera yang membebaskannya.
Allah pasti sahaja memenangkan agamanya sekalipun di sana, pelbagai usaha dari pihak Orentalis dan Barat untuk memadamkan api cahaya Allah S.W.T.
Berasakan kepada keyakinan ini, wajib keatas ssetiap muslimin dan pemuda sebahagian daripadanya untuk bekerja keras untuk menatang kemenangan itu dengan penuh kesediaan apabila tiba masanya kelak.
Buanglah rasa takut dan tajub kapada Kuffar Mustakbirin walau sebesar mana sekalipun kuasa mereka. Lupakah kita kepada firman Allah S.W.T?
Susunlah langkah, gandinglah tangan dan aturlah bicara untuk merencana kekuatan ummah dengan penuh yakin bahawa Islam adalah satu agama yang pasti menang . Namun, nilai kemenangan itu harus dibayar dengan harga yang amat tinggi.
Selayaknya sebagai pemuda…
Pemuda adalah sayap kanan perjuangan untuk mengibar panji kalimah Allah di segenap penjuru dunia Islam . Justeru itu , tidak selayaknya pemuda-pemuda kita dijangkiti wabak putus asa , mengaku kalah dan mudah terpengaruh dengan propaganda yang dilancarkan oleh Orentalis dan Yahudi sedunia.
Pemuda dalam apa jua keadaan sekalipun seharusnya tabah merentasi keadaan yang serba gawat ini.Selangkah berundur ke belakang bererti padah buat ummat Islam dan selangkah maju ke hadapan bereti ketuanan dunia milik Islam.
Pemuda dan tribulasi dalam perjuangan ini adalah suatu yang bersinonim justeru ia adalah Sunnatullah, tinggal lagi pemuda selayaknya beristiqamah dan memilih karamah dari kejayaan dan kemenangan abadi bagi pihak perjuangan dan peribadi.
Pemuda tidak selayaknya berpaling dari tanggunggjawab perjuangan walau dalam apa alasan sekalipun. Penglibatan pemuda adalah antara denyutan nadi perjuangan . Apakah kita tergamak berpaling setelah kita menerima hidayah , sedangkan hidayah yang kita terima adalah melalui pengorbanan tenaga , dan jiwa mereka yang terdahulu.
Pahit getir yang dilalui sepanjang perjuangan merealisasikan amal Islami menepati ujian Allah S.W.T keatas pejuang-pejuangnya . Kelayakan untuk menduduki Syurga Allah selayaknya dibayar oleh pemuda dengan pengorbanan dan istiqamah serta sabar menghadapi cabaran dan ujian.
Selayaknya sebagai pemuda , bukan sahaja memiliki tenaga yangg gagah dan minda yang cerdas , tetapi juga jiwa yang optimis dan hati yang redha sekira-kira ianya menjadi suatu Qudwah yang baik untuk
semua peringkat.
Peribadi yang dihiasi dengan akhlaq terpuji dan semangat yang penuh hikmah juga selayaknya menjadi milik pemuda tatkala mengenderai amal Islami yang penuh dengan pancaroba.
Tribulasi dan risiko yang dihadapi tidak selayaknya menjadikan pemuda gundah gulana dan teragak-agak malah sebaliknya iman semakin bertambah, tekad dan azam kian utuh.
Penutup
Sabda Rasulullah S.A.W:
Berlaku pemerintahan kenabian sebagaimana yang dikehendaki Allah supaya ianya berlaku sehingga berakhir. Kemudian berlaku pula pemerintahan Khalifah Ar-Rasyidun mengikut manhaj kenabian selama mana Allah menghendakinya berlaku , seterusnya berakhir . Kemudian diganti pula oleh pemerintahan secara warisan selama mana yang telah ditentukan oleh Allah yang kenudiannya telah berakhir, seterusnya akan berlaku pemerintahan secara diktator selama mana ia dikehendaki oleh Allah sehingga ia berakhir. Seterusnya akan datang lagi pemerintahan khalifah yang mendapat petunjuk di atas jalan kenabian yang akan menyinari seluruh muka bumi.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home