" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, August 23, 2006

3 HARI DI KOTA BHARU
BANDARAYA ISLAM.

Musim cuti persekolahan ini menjadi satu kesempatan buat saya dan keluarga untuk pulang bercuti. Kesempatan ini saya manafaatkan sepenuhnya untuk meninjau Kota Bharu Bandaraya Islam.

Kota Bharu sebenarnya bukanlah asing bagi saya. Pada tahun 1985 – 1989 , saya pernah menuntut di Madrasah Ad Diniah Al Bakriyyah ( Pondok ) Pasir Tumboh .

Saya dewasa di Kota Bharu bersama rakan – rakan seperjuangan yang lain , khasnya sahabat rapat saya Ustaz Baihaqi Atiqullah ( kini Yb. ) yang merupakan anak salah seorang tokoh guru pondok yang terkenal .

Sambung Pengajian .

Penghujung Tahun 1989 , saya melanjutkan pelajaran ke Masjidil Haram di Kota Makkah al Mukarramah. Peringkat awal sememangnya saya bercadang untuk menuntut di situ bagi tempoh 4 hingga 5 tahun .

Tetapi malang , keadaan tidak mengizinkan dan kesukaran saya memperolehi visa untuk menetap di Makkah membuatkan saya hanya sempat berada di Makkah sekitar 6 atau 7 bulan sahaja .

Bagaimanapun saya bersyukur kerana sempat juga menimba ilmu, khasnya menadah kitab dengan Syeikh Karim dan beberapa guru agama yang lain di Masjidil Haram .

Suku ke tiga tahun 1990 , saya mengambil keputusan untuk menyambung pengajian saya ke Syria. Seterusnya untuk sessi pengajian 1993 , saya ke University Al Azhar cawangan Tanta.

Jodoh dengan Gadis Kelantan .

Alhamdulillah , suatu yang tidak saya jangkakan , bagaimana saya bertemu jodoh di bumi Mesir dengan seorang gadis dari negeri Kelantan .

Pertemuan singkat dalam satu majlis yang diberi nama “ Bila Kiambang Bertaut ” di rumah Badan Kebajikan Anak – anak Negeri Kelantan di Hayyu Sabei’ Madinah an Nasr Kaherah membawa kami ke jinjang pelamin . Sedang saya masih menuntut di tahun 2 Fakulti Usuluddin . (Sementara Isteri saya Wan Hamidah binti Wan Daud di tahun akhir Fakulti Syariah Islamiyyah) .

Perkahwinan ini menjadikan saya lebih dekat dengan budaya dan kehidupan orang Kelantan . Tambahan pula saban tahun di musim cuti persekolahan , saya dan keluarga tidak melepaskan peluang untuk pulang ke Kelantan .

Kelantan Negeri yang Unik .

Sebagai pendakwah sepenuh masa , tentunya saya banyak berjalan dan merantau dari satu negeri ke satu negeri di seluruh Negara . Dari Langkawi hinggalah ke Tambak Johor , dari Kuala Lumpur ke Tawau adalah menjadi destinasi yang pernah saya jelajahi bersama misi dakwah dan amanah perjuangan yang saya pikul.

Ternyata Kelantan mempunyai keunikan yang tersendiri . Bukan hanya ramah tamah penduduknya yang memikat hati dan tidak hanya harga barang yang murah berbanding negeri – negeri lain , tetapi apa yang lebih memikat perasaan ini ialah kecintaan penduduknya terhadap majlis – majlis Ilmu dan kehidupan mereka yang kuat beragama .

Menjadi fenomena biasa apabila kita menyaksikan bagaimana orang ramai , lelaki dan perempuan lengkap berpakaian solat mengunjungi surau dan masjid saban waktu solat termasuk di waktu dinihari untuk menunaikan solat subuh . Suatu pemandangan yang sukar untuk ditemui di negeri – negeri lain .

Seringkali di musim cuti sekolah , saya tiba ke rumah ibu mertua saya se awal pagi jam 4 atau 5 . Saat seperti itulah dapat saya saksikan bagaimana deretan orang ramai berjalan menuju ke surau atau masjid masing – masing dengan pakaian mereka yang menunjukkan mereka bersedia untuk solat berjamaah.

Sedang itulah saat yang cukup enak untuk terus membuai mimpi dalam kedinginan dinihari. Namun kesungguhan dan kecintaan orang – orang Kelantan terhadap gaya hidup beragama amat mengkagumkan saya.

Malah , kelas – kelas pengajian atau ceramah – ceramah agama yang diadakan di masjid dan surau mereka , pasti sahaja dilimpahi pengunjung yang cinta dan dahagakan ilmu .

Sepanjang 3 hari ini , saya diundang untuk menyampaikan ceramah agama sempena Isra’ dan Mikraj di beberapa buah Masjid di Kota Bharu dan Pasir Putih .

Apa yang saya perhatikan , promosi ceramah di masjid tidaklah seberapa mana . Malah saya tak nampak satu pun poster ceramah saya sepanjang 3 hari ini .

Peringkat awal , saya sendiri tidak puas hati dan membayangkan mungkin ceramah saya nanti tidak ramai orang .

Pertama , kerana saya bukanlah top figure terutamanya di Kelantan yang agak jarang saya menyampaikan ceramah di sini berbanding negeri – negeri lain .

Kedua , promosi program yang agak lemah . Tidak kelihatan poster ceramah kecuali sekeping dua poster bersaiz A4 yang ditampal di masjid tempat ceramah dan sekitarnya.

Tetapi , apa yang memeranjatkan saya ialah kehadhiran yang melimpahi ruang utama masjid biarpun berhadapan dengan 2 faktor yang saya jelaskan tadi.

2 faktor ini , andainya berlaku di negeri – negeri lain khasnya Pahang , saya sangat yakin bahawa program ceramah itu tidak akan dikunjungi ramai.

Manakan tidak ! kalau di Pahang sebagai contoh , di setengah tempat , habis serata ceruk kita tampal poster malah saya sendiri sebagai penceramah terpaksa menampal ‘poster sendiri’ untuk mempromosi program , pun tidak memperolehi kehadhiran yang memuaskan.

Bayangkan jika tidak ada poster dan handbill sebagaimana yang berlaku di Kelantan , barangkali penceramah pun tak hadhir .

Kota Bharu Bandaraya Islam , Kuantan Bandar Hadnyai.

Saya semakin jatuh hati kepada negeri Kelantan , apabila saya berjalan ke segenap lorong di Bandar Kota Bharu ibu negerinya , samada waktu siang ataupun waktu malam tidak saya ketemui kelab malam , pusat karaoke , pub , kelab disko , kelab dangdut dan sebagainya.

Suatu yang sangat berbeza dengan negeri Pahang tempat tinggal saya sekarang . Berjalanlah di Bandar Kuantan ibu negeri Pahang terutamanya selepas matahari tenggelam , Kuantan tak ubah seperti Hadnyai .

Kelab malam , pub , pusat karaoke , kelab dangdut dan sebagainya bercambah dan apa yang lebih memilukan perasaan ini apabila pengunjungnya lebih ramai dari mereka yang mengunjungi surau dan masjid.

Pelacur dan Mak Nyah yang berpeleseran , melakukan operasi maksiatnya dan mencari pelanggan secara terbuka di kebanyakkan lorong di tengah – tengah Bandar Kuantan , sedang masjid dan surau gelap gelita dikunci rapat , sepi tanpa penghuni.

Tambahan pula , kedai 7 eleven beroperasi 24 jam dengan turut menjual arak dan kondom .

Apa yang melucukan saya , tanpa segan silu mereka menaikkan papan tanda besar yang tertulis “Kuantan Membangun Bersama Islam Hadhari” , malah ada satu sign board bertulis “Al Quran dan Sunnah Panduan Hidup” berada betul – betul di sebelah Kelab Malam yang aktif beroperasi saban hari hingga lewat jam 1 atau 2 pagi. ( terletak di simpang 4 Pelindung , Jln Baserah )

Saya cuba mencari dan sengaja mencari , kalau – kalau ada sebuah dua kedai yang menjual arak secara terbuka dan menjadi kelab disko atau dangdut di tengah – tengah bandaraya Kota Bharu , ternyata saya “kecewa” dalam pencarian itu.

Untung Orang Kelantan .

Saya melihat , untungnya orang Kelantan apabila mereka memberi mandat dan kepercayaan mengurus serta mentadbir negeri kepada pemimpin yang beriman , berilmu dan bertaqwa.

Pemimpin yang kenal dosa pahala , syurga neraka dan halal haram . Pemimpin yang gigih berusaha untuk membersihkan buminya dari noda maksiat dan mungkar .

Sungguhpun di sana masih banyak kelemahan dan kekurangan , namun mereka mempamerkan kesungguhan dan keikhlasan untuk meletakkan Kelantan amnya , Kota Bharu khasnya sebagai sebuah Negeri dan Bandar Islam yang mendapat redho Allah swt.

Mereka meredah segala kelemahan dan kekurangan tersebut dengan segala kekuatan dan kejujuran . Justeru kelemahan dan kekurangan yang wujud hasil dari kekangan ekonomi dan layanan berat sebelah yang dikenakan oleh kerajaan pusat ke atas kerajaan Negeri Kelantan , semata – mata negeri ini di perintah oleh PAS .

11 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Pulau Pinang sudah hampir menjadi Singapura, Kuantan sudah menjadi Hadyai, Kuala Lumpur sudah menjadi New York dan Kelang sudah menjadi BRONX.

11:40 AM

 
Anonymous Anonymous said...

kelantan sudah hampir jadi bandaraya hadhari... PAS dah nak kalah... muahahahahahaha.. ustaz bile nak masuk umno.. jadi biro agama..

2:31 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz.ana terharu membaca catatan ringkas percutian ustaz ke negeri serambi mekah.ana nak komen pada saudara yang bg komen suruh ustaz masuk umno.kamu ingat sikit!pejuang yang dalam dirinya mempunyai keikhlasan kepada ilmu takkan lari perjuangan menegakkan agama Allah Taala.Umno jauh langit dengan bumi nak perjuangkan islam.yang mereka perjuangkan nasionalisme bukan nya Agama Islam, betul tak? betul lah,kita tak mereka akan tiru kerajaan kelate.ni makin banyak maksiat yg mereka buat...wallahua'lam

12:00 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Kelate Membangun Bersama Islam, Kota Bharu Bandaraya Islam Comel Sokmo

12:02 AM

 
Anonymous Anonymous said...

last ambo gi kelantan, sari dua belum pilihanraya p.pasir. Ambo sampai jam 4 pagi dan anak muda di kota baru tengah ramai race motor, Ambo sedikit kecewa kerana negeri harapan melahirkan ramai pejuang juga terkena virus dari selatan dan utara.(siam dan trg). Semoga Allah membantu gerakkan islam.

12:31 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Tak ada bezanya PAS dengan UMNO, sama korup. kalau lama dok sini, tahu lah.

Buat bandaraya Islam, apa untungnya untuk rakyat Kelantan. Semua projek pembangunan dapat kat kaum lain. Lihat sahaja semua projek semuanya dapat kat syarikat Semua (S) Boleh (B) Jadi (J).

1:30 AM

 
Anonymous Anonymous said...

saya yakin jika kelantan dibenarkan di perintah dengan cara islam,negerinya lebih cepat maju,makmur dan aman kebanyakkan rakyatnya boleh dijadikan model.Ada sesiapa yang tak yakin dengan manual dan perintah dari yang maha kuasa?

8:48 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Bukankah Kelantan telah isytiharkan bahawa mereka adalah kerjaan Islam dan telah meluluskan Undang-undang hudud yang kata mereka berdasarkan alQuran.Persoalannya kenapa mereka tidak menguatkuasakannya? Alasan mereka kerana adanya sekatan. Rasullullah dulu pun ada sekatan, malah lebih hebat, tetapi itu tidak menghalang baginda. Kata PAS Mahathir yang menghalang, tapi sekarang Mahathir telah pun meletak jawatan. Kenapa masih lagi berdalih?
Undang-undang yang dipetik dari AlQuran tidak akan menjadi adil sekiranya tidak dilaksanakan atau dilaksanakan secara berpilih. Kita lihat sahaja contoh. Bila MP ditangkap berkhalwat dengan isteri orang, mereka gunakan teknikaliti undang-undang untuk melepaskannya. Bila pemimpin didapati bersalah kerna melanggar undnag-undang perkahwinan dan dihukum penjara, mereka sanggup tukar hukuman.

1:57 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz.

Sebagai seorang rakyat Kelantan saya rasa kelantan dan negeri negeri lain tidak banyak bezanya.Masalah masalah seperti mat rempit, penagihan dadah,bohsia ada di mana mana termasuk di Kelantan.Ini tak termasuk masalah sosial yg lain seperti kadar perceraian yg tinggi juga menyumbang kepada masalah pendidikan anak anak yg tak terurus

3:17 PM

 
Anonymous Anonymous said...

salam. smemangnya kelantan adalah sebaik2 negeri.. percayalah. rakyat klntn sepatutnya berbangga, bukannya menyamakan dengan negeri lain dari sudut sosial.. betul kita tidak perlu hipokrit, tp lihat lah dari sudut positif, kelantan adalah yg terbaik. i love my biladi.

7:43 PM

 
Anonymous Anonymous said...

salam. smemangnya kelantan adalah sebaik2 negeri.. percayalah. rakyat klntn sepatutnya berbangga, bukannya menyamakan dengan negeri lain dari sudut sosial.. betul kita tidak perlu hipokrit, tp lihat lah dari sudut positif, kelantan adalah yg terbaik. i love my biladi.

7:43 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home