" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Friday, August 18, 2006

KEMBALI BERAKSI

Segala puji bagiMu Ya Allah , atas segala nikmat dan anugerah buat hambaMu yang dhoif ini .

Semalam adalah hari pertama , saya kembali menjalankan tugas rutin setelah berehat ( demam ) panjang . Meskipun masih terasa lemah segala urat saraf , namun saya rasa sedikit kekuatan untuk melangkah kembali ke medan .

Tugas pertama yang menanti , di mana saya diminta untuk menyampaikan ceramah Isra' dan Mikraj di Surau Hijau , Neram . Alhamdulillah saya dapat menunaikannya dengan baik biarpun masih terasa kelesuan dalam skill penyampaian .

Saya harap keadaan semakin pulih dan saya kembali menemui sentuhan atau 'form'nya dalam persiapan dan persembahan ucapan saya guna menyampaikan Islam ini dengan sebaik mungkin kepada masyarakat . Saya berjanji akan melakukannya dengan segala upaya yang saya miliki setelah menanggung rindu sekian lama di pembaringan.

Tentu sahaja , jika diletak nilai kepada mutu ucapan saya di Neram ( semalam )membuatkan saya sendiri tidak berpuas hati , seolah - olah yang berucap semalam bukan saya yang sebenarnya.

Entah lah , saya pun tidak tahu kenapa ianya berlaku . Terasa berat lidah saya untuk melafazkan setiap kalimah , terasa pahit dan perit setiap kali suara melepasi kerongkong , sementara saya pula bagaikan terawang - awang di tengah surau dalam usaha memaut perhatian hadhirin .

Tak Puas Hati.

Sekitar jam 12 tengah malam , saya merebahkan badan sambil mengenang pelbagai aspek kelemahan dalam ucapan untuk diperbaiki . Entah pukul berapa saya melelapkan mata semalam .

Menjadi satu kelaziman bagi diri saya , bahawa tidak mungkin saya mampu tidur lena jika ucapan atau pidato saya pada hari tersebut tidak memuaskan hati . Samaada saya berpeluang menyaksikan semula rakamannya atau saya akan kembali menyorot secara teliti setiap kenangan terhadap ucapan saya tersebut untuk di atasi dan diperbaiki .

Seringkali kesilapan yang dikesan berkisar kepada masaalah bahasa dan juga hafalan ayat atau hadis dalam ucapan . Kesilapan yang sering berulang ini menjadikan saya terus diselubungi kesal dalam mencari formula untuk mengatasinya.

Begitu pula saya akan terasa puas dan cukup selesa apabila ucapan atau pidato pada hari tersebut berjaya disampaikan dengan baik . Tambahan pula jika saya mendapati audien kelihatan berpuas hati dan tidak berganjak walaupun majlis telah tamat dan berakhir . Ya.. Satu kepuasan yang tidak mampu saya ungkapkan.

Pagi ini , saya bangun dengan semangat baru untuk kembali mengatur langkah. Insyaallah , saya akan selesaikan segala urusan dan tanggungjawab yang tergendala dengan izin atau inayah dari Allah Qadhi Rabbul Jalil .

Terima Kasih Sahabat.

Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan rasa terharu atas ke prihatinan sahabat seperjuangan yang senantiasa mendoakan kesihatan saya . Terima kasih kepada DPP Pusat yang menghantar wakil ( Sdr. Mazlan Aliman ) untuk menziarahi saya sewaktu saya masih terlantar di pembaringan.

Terima kasih buat semua dan juga di atas segalanya. Tidak ketinggalan buat sahabat yang menghulurkan sumbangan dan menghantar ubat . Semoga Allah jua yang membalas atas susah payah kalian buat diri ini . Semoga persahabatan ini terus menjadi milik kita bersama.

Tidak lupa juga saya ingin merakam jutaan terima kasih buat sahabat yang sedia mengambil beberapa tugasan saya yang tergendala akibat gangguan kesihatan ini dan tentunya saya memohon maaf kepada pihak yang mengalami kesusahan . Semoga Allah menggantikannya dengan suatu yang lebih baik.

Lambaian Sarawak.

Adapun untuk sahabat - sahabat Sarawak . Janganlah berkecil hati atas kegagalan saya sehingga kini untuk menunai janji . Insyaallah saya masih berusaha lagi untuk mencari sponsor. Sejurus saya memperolehi sponsor itu , saya akan segera ke Sarawak selepas Aidil Fitri nanti.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum..
syafakallah..semoga allah mudahkan segalanya demi memperjuangkan ISLAM tercinta..

iesya-perlembahan Nil

3:34 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home