JANGAN HANYA AIRMATA .
Saya merujuk kepada situasi yang sedang dialami kini oleh ummat Islam :
1. Ancaman gejala Riddah
2. Keganasan Zionis
3. Kejahilan Ummah
4. Kelesuan Ulama'
5. Pengkhianatan Pemerintah
5 situasi ini meletakkan Islam dan ummatnya dalam keadaan tertekan.
Lebih 100 ribu ummat Islam yang telah murtad benar - benar mencabar kewibawaan Islam dan Ummatnya.
Ratusan ribu malah jutaan ummat Islam menjadi mangsa penyembelihan kejam regim Zionis meletakkan ummat Islam dalam kandang ketakutan .
Kejahilan ummah membawa mereka memasuki perangkap dan belenggu perlecehan akhlak , moral dan aqidah yang membarah .
Kelesuan ulama' mengheret ummat Islam dalam keadaan kebingungan dan terpinga - pinga terhadap kekeliruan dan penyelewengan fakta Islami oleh golongan Islam Liberal .
Pengkhianatan pemerintah terhadap amanah dan mandat rakyat agar mereka membela agama dan bangsa , membuka ruang lebar buat musuh Islam menguasai ummat Islam di bumi sendiri.
Semua fenomena ini membuatkan ummat yang beriman dan bertaqwa , bergenang air mata penuh sebal dan kesal. Mengalir air mata tanpa henti , menyeka hilai tawa dan keseronokan yang dibuai impian hidup .
Hari ini , semua ummat Islam tertumpu kepada gejala Riddah yang meragut aqidah dan kemuliaan agama serta keganasan Zionis di Palestin dan Lubnan bersama lelehan air mata di pipi.
UMMAH DALAM GELORA SYAHWAH
Tambah sayu apabila melihat , masih terlalu ramai ummat Islam hanyut tenggelam dalam gelombang nafsu dan gelora syahwat mereka .
Semalam , kesayuan ini dapat saya saksikan secara jelas berlaku di Kuantan . Apabila muda mudi bahkan termasuklah golongan tua tui , yang kebanyakkan mereka adalah terdiri daripada kalangan ummat Islam , berpusu - pusu memenuhi padang MPK 2 Kuantan tempat berlangsungnya JOM HEBOH .
Saya percaya , di saat ummat Islam disembelih oleh Zionis , puluhan ribu ummat Islam dinegara kita mengasak masuk ke Stadium Bukit Jalil semalam untuk menyaksikan pentas final Akademi fantasia 4.
Malam ini pula , akan berlangsung Konsert JOM HEBOH dengan menampilkan artis gelek dan dangdut di Padang MPK 2 Kuantan sementara di Stadium Bukit Jalil pula akan berlangsung Konsert Fantasia Mawi .
Kenapa tidak air mata ummat Islam yang sensitif terhadap agamanya , mengalir deras penuh keinsafan dan jengkel melihat sikap sebahagian ummat Islam khasnya di negara kita .
Persoalannya , selesaikan masaalah dengan air mata itu ?
Saya dengan rasa rendah diri , ingin menyeru agar seluruh ummat Islam kembali bangkit dari tidur yang panjang , sedar dari leka yang terlalu lama dan insaf dari lesu yang terlalu parah .
KEMBALILAH UMMAH KU !
Pertama : Bebaskan diri dari pengaruh hiburan yang melemahkan aqal dan minda . Hiburan yang hanya meletakkan kita dalam angan - angan serta keseronokan yang tidak berkesudahan dan tidak juga kunjung puas .
Kedua : Hindarkan diri dari terperangkap dalam kancah persoalan khilafiyyah yang remeh temeh . Menghabiskan masa dalam perkara yang tidak menambah iman dan amal sebaliknya melebarkan jurang perbedaan dan meruncingkan pergeseran sesama muslim . Lebih malang , andainya intelektual Islam turut terseret.
Ketiga : Elakkan diri dari permusuhan sesama sendiri ( muslim ) hanya kerana perbedaan pendapat atau pandangan serta aliran ( manhaj ) pemikiran. Kenapa tidak kita gunakan prinsip Syeikh rasyid Redho yang selalu diulang sebut dalam usrah - usrah kita .
نتعاون في ما اتفقنا عليه و نعذر بعضنا بعضا في ما اختلفنا فيه
" Kita bertolong bantu dalam perkara yang kita sepakati bersama dan kita bertolak ansur dalam perkara yang kita berbeza pandangan padanya."
Keempat : Peka dan sensitif terhadap elemen yang boleh merosakkan akhlak dan aqidah ummah. Tidak berpeluh tubuh menyaksikan apa yang sedang dihadapi oleh ummah sedang ianya mengancam akhlak dan aqidah mereka.
Kelima : Mendalami agama dan menghampirkan diri kepada Allah Jalla wa A'la . Justeru kejahilan menghela mereka tergamak melakukan perbuatan yang mencalar maruah ummah dan mencabar wibawa agama .
Hentikanlah segala persoalan remeh temeh yang membantutkan usaha kesatuan ummah . Ini tidak bermakna kita tidak boleh berbahas dan berbincang soal - soal cabang dalam perkara agama . Namun yang dilarang ialah pertelingkahan dan perbalahan .
Firman Allah swt .
و لا تنازعوا فتفشلوا و تذهب ريحكم
" dan janganlah kamu berbalah kerana kelak kamu akan celaka dan hilang kekuatan ."
MENCETUS SOLIDARITI UMMAH
SELANGKAH KAKI SEHAYUN TANGAN
Saudara ! kalau musuh boleh bersatu untuk menghancurkan Islam dan ummatnya , sedang mereka sangat berbeda aliran dan manhaj pemikiran malah juga berbeza agama anutan mereka antara satu sama lain , kenapa tidak kita ?
Kenapa tidak kita ? yang satu agama , satu kiblat , satu kitab , satu nabi malah satu tuhan ! hanya barangkali kita berbeza dalam perkara kecil yang berkait dengan soal strategi , pendekatan , approach dan juga manhaj pembawaan .
Selama mana kita benar , jujur dan amanah dengan perjuangan Islam , tidak pula bermaksud mengkhianati antara satu sama lain dan bersekongkol dengan musuh - musuh Allah , ayuh marilah saudaraku kita bergerak selangkah kaki dan sehayun tangan . Menjulang panji perjuangan serta menggerakkan jenteranya.
Firman Allah swt .
إن هذه أمتكم أمة واحدة و أنا ربكم فاعبدون
Al Anbiya' 92.
Sesungguhnya ini adalah ummat kamu , ummat yang satu dan Aku adalah tuhanmu , maka abdikanlah dirimu ( kepadaKu )
2 Comments:
Cool blog, interesting information... Keep it UP Testosterone erectile dysfunction depakote side effect What do women consider the perfect penis Mortgage company in ohio decorate country shelves mitsubishi Kobe tai free porn videos Firefly phone minutes Discount golf equipment stores carr chevrolet Lamborghini+gallardo depakote time limits audi 100 probleme s4 leistungsverlust und ruckeln Free website templates price prices gay dating Lamborghini murchielago Wallpaper big breast girl columbia jackets 1998 lexus ls400 horsepower Sofas montreal
8:19 PM
Cool blog, interesting information... Keep it UP » »
1:57 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home