" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, July 27, 2006

ISU AQIDAH : ISU KITA BERSAMA

Ummat Islam perlu bersatu untuk selamatkan Aqidah….

Pengalaman berada di Masjid Wilayah Persekutuan hari ni (23/6/2006) amat membara perasaan saya dan beberapa rakan untuk turut sama menyahut seruan untuk mempertahankan aqidah umat Islam Melayu.

Sekiranya sekitar zaman penjajah berlakunya kes murtadnya Natrah dan perampasan Natrah oleh kaum keluarga asalnya dari Belanda daripada tangan suaminya iaitu Mansor Adabi. Ribuan manusia berarak ke mahkamah Singapura dan terlalu ramai yang cedera dan ada yang maut di jalan Allah ini. Terdapat 100 anggota keselamatan yang membuka baju seragam mereka kerana ingin turut mencabar undang-undang British yang menetapkan keislaman Natrah pada umur 14 tahun adalah di bawah had umur Common Law.

Kali ini kes Azlina Jailani atau nama Kristiannya Lina Joy mula menempelak minda umat Melayu yang leka. Kes ini terlalu berat sehingga mampu menimbulkan krisis perkauman sekiranya tidak dijaga dan dibendung daripada membarah.

Pembendungan bukan dalam erti kata menyekat umat Islam bersuara, tetapi bertindak dengan menghalang suara-suara liar-durjana daripada Pertubuhan 'Dana Becket untuk Kebebasan Agama' yang berpangkalan di Amerika dan pelbagai NGO luar negara yang telah memproksikan beberapa NGO dan menteri-menteri Malaysia non-muslim untuk bertindak biadab sehingga mampu membawa memorandum kepada PM kita berkenaan artikel 121(1A).

Amat menyedihkan apabila berita-berita serta kelanjutan perbicaraan kes-kes sebegini tidak berada dalam media mainstream secara adil dan telus. Krisis kekontangan nilai tanggungjawab terhadap aqidah dan keutuhan sistem Islam adalah berpunca daripada krisis kekurangan maklumat. Kekurangan maklumat adalah disebabkan ada yang menyekat.

Kronologi ringkas Kes Lina Joy.

Azlina Jailani(42), berketurunan Jawa telah menafikan didikan agama ibu bapanya sejak kecil. Beliau juga mengatakan bahawa beliau tidak pernah mempraktikkan nilai Islam sejak kecil. Beliau bertukar agama kepada Kristian pada tahun 1990 dan telah mempunyai sijil Baptis pada 11 Mei 1998.

Pada 2000, beliau telah berkahwin dengan India Kristian dan memohon pada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar nama sejak tahun 1999 lagi.

Permohonan menukar nama diterima, walaubagaimanapun dikekalkan pada kad pengenalan beliau iaitu perkataan Agama Islam. Beliau amat tidak berpuas hati dan meminta Mahkamah Syariah mengesahkan kemurtadannya demi mengesahkan penukaran perkataan agama pada kadnya.

Mahkamah Syariah amat bertegas serta membuat keputusan bahawa tiada Melayu yang dibenarkan untuk menukar agama mereka (berdasarkan undang-undang) berdasarkan kuasa artikel 121(1A) yang sedia ada.

Permohonan di buat di Mahkamah Tinggi pada tahun 2000 seterusnya di Mahkamah Rayuan. Keduanya menyatakan bidang kuasa adalah pada Mahkamah Syariah berasaskan Artikel 121(1A).

Akhirnya kes ini didengarkan di Mahkamah Persekutuan. Kes didengar oleh Ketua Hakim Tun Fairuz, Dato' Alaudin dan Dato' Richard dan mereka cenderung dengan jawapan yang diputuskan oleh ketiga-tiga mahkamah sebelum itu.

Cabaran….mencabar dan tercabar…

Pertama kali dalam sejarah negara ini, peguam-peguam pemerhati telah dibenarkan untuk berhujah. Dengan diketuai oleh Peguam Malik Imtiyaz Sarwar yang sememangnya menyokong Lina Joy, mereka telah bersama-sama untuk memutar belit perhujahan kepada Artikel 11.

Mereka membawa mahkamah kepada takrifan Artikel 11 agar lebih liberal dan menguasai serta mendominasi Artikel 121(1A) serta Artikel 160 yang mentakrifan masyarakat melayu sebagai beragama Islam, berbudaya melayu dan berasal dari keluarga melayu. Artikel 11 jika dikupas secara bebas akan lebih menjuruskan kepada hak asasi.

Ya, hak asasi adalah tuhan baru bagi pengikut aliran liberalisme di barat. Liberalisme yang mula memasuki lubuk praktikal para profesional Islam, NGO serta pertubuhan dengan servis sosial mula menampakkan usaha kearah mengintegrasikan antara agama secara homogeneous total sehingga melacur prinsip dan kekukuhan nilai aqidah Islam yang merupakan sesuatu yang pernah dipertahankan oleh Imam Ahmad Hanbal sehingga patah tulang belakangnya di era Abbasiyyah dahulu.

Secara semena nilai aqidah ini mula dilacurkan oleh peguam-peguam Islam sendiri. Malik Imtiyaz Sarwar mewakili Majlis Peguam (bar Council) walaupun sebenarnya bekas-bekas presidennya sendiri tidak merestuinya (seperti Peguam Zainur Zakaria). Bahkan ahli-ahli Majlis Peguam juga tidak bereaksi positif dengan tindakannya.

Mereka cuba mencabar MAIS, Kerajaan Malaysia serta Jabatan Pendaftaran Malaysia dalam usaha untuk mentarifkan Artikel 11 agar hak kebebasan individu selepas berusia 18 tahun menjadi suatu indikator mutlak kepada kesemua kes yang akan datang. Hal ini pastinya akan menggagalkan peranan Artikel 160 serta 121(1A) sekiranya dibawa ke mahkamah sivil.

Bahaya Liberalisme….

Isu kebebasan mutlak ini akan menafikan peranan ibu bapa dalam mengawal corak moral dan nilai etika anak-anak mereka. Nilai kerangka murni Melayu yang sejak 500 tahun dahulu dipertahankan oleh nenek moyang kita sehingga 'principle exclusiveness' Melayu-Islam ini menjadi begitu signifikan dan erat sekali.

Kini usaha liberal untuk memburai segala ini sekelip mata. Usaha pensekularan akan berlaku dengan lebih pesat lagi kerana takrifan bebas Artikel 11 akan menghasilkan Islam sebagai agama yang hanya pada nama tetapi tidak berfungsi untuk mengawal akhlak penganutnya, memandu kehidupan penganutnya serta tiada amalan ritual yang bermanfaat.

Usaha penghapusan pondok-pondok yang bermula dengan penghapusan bantuan kepada mereka, labelan pembangkang kepada mahasiswa pengajian Islam (UM, UIA dan lain-lain) serta memandang pendokong Islam sebagai suatu polar negatif. Usaha pelacuran nilai Islam yang telah berlangsung antara sedar atau tidak, bermula di kampung sehinggalah ke bandar, bermula di sekolah sehingga ke medan kampus, Islam dinobatkan sebagai sesuatu yang membencikan, orthodoks dan ada usaha pemisahan norma berlaku. Malangnya Melayu.

Kesan Kes ini kepada Islam.

Artikel 3 yang memperuntukkan kedudukan istimewa Islam sebagai agama persekutuan akan semakin terhakis kerana Islam akan dianut dan diamalkan seperti agama lain.

Mengikut perlembagaan Islam adalah terletak di tempat yang tertinggi sebagai contoh di dalam peruntukan Perkara 12(2) kuasa mengurus dan menghulur bantuan oleh kerajaan (persekutuan dan Negeri) kepada institusi Islam seperti masjid, Sekolah Agama Rakyat, Madrasah dan sebagainya. Status ini akan terhapus sekiranya kes Lina Joy berjaya untuk menjadi rujukan kepada kes-kes yang akan datang. Semestinya NGO di sebalik Lina Joy tidak akan berdiam diri.

Kemenangan di dalam mahkamah bukan sekadar untuk menukar agama dan perkataan Islam pada kad pengenalan, sebaliknya merealisasikan akta dan Artikel 11 yang diperjuangkan serta menafikan hak Perkara 12(2), Artikel 160 serta 121(1A) yang terakhir sekali. Menafikan hak artikel ini dalam mahkamah, perlu juga direalisasikan di peringkat pelaksanaan eksekutif. Inilah matlamat mereka.

Bidang kuasa Mahkamah Syariah sebagaimana peruntukan Perkara 121(1A) juga akan terhakis kerana membenarkan orang Islam menggugurkan agama Islam dalam kad pengenalan melalui Mahkamah Sivil akan menyebabkan lebih ramai yang akan membelakangkan Mahkamah Syariah. Fungsi ini akan mati begitu sahaja.

Perkara 11(4) menyatakan, kerajaan Negeri boleh berusaha menyekat dakyah agama lain kepada orang Islam. Jika kes ini menang, artikel ini sudah tidak bermakna dan kesemua agama akan berhak menyebarkan agama mereka tanpa sekatan kerana Artikel 11 mendominasi.

Artikel 160 menyatakan Melayu adalah sesiapa yang berasal daripada keluarga Melayu, beragama Islam, serta mengamalkan cara hidup Islam. Lina Joy cuba menafikan pengamalan Islamnya sejak kecil semata-mata untuk menggagalkan takrifan Artikel 160. Cukup teliti perancangan mereka.

Ubah mentaliti.

Kepada golongan yang asyik berwacana membidaahkan golongan lain, mencari kesalahan silam, mengungkit-ungkit perkara furu' yang sebenarnya ada cara penyelesaian jika kita bijak aspirasi sebenar Nabi SAW, silalah sedar bahawa kita adalah antara titik yang menjustifikasikan kepada keberhasilan serangan terhadap aqidah Melayu ini.

Kelekaan kita menghentam perkara yang boleh diketepikan disaat umat tenat (kes menghentam Iran dalam usaha menghapuskan Amerika Syarikat hanya disebabkan mereka Syiah, kes menghentam Ibnu Ishaq serta banyak lagi perkara yang sebenarnya bukan polemik, tetapi dipopular semula oleh golongan 'bijak' ini) adalah suatu yang amat menjelekkan.

Kepada golongan yang pasif terhadap isu umat Islam akibat leka dengan tersingkirnya Amirul daripada AF4, leka dengan saman yang dikenakan kepada Dato' K lebih daripada kes Lina Joy, leka dengan Gaun Cinderella Siti, maka kita adalah agen pemula dan pembina sejarah keterhakisan Melayu sebagai penganut Islam setia sejak era mubaligh Islam era Malikul Salleh.


Sekararang bukan masanya untuk membincangkan pemugaran sistem kehakiman atau sistem yang sedia ada. Sekarang adalah masa untuk menyedarkan belia-beliawanis berkenaan perancangan sempurna golongan liberalis untuk memurtadkan Melayu di Malaysia.

Sekarang adalah masa bagi peguam-peguam Islam menggunakan aspirasi Islam dalam mentakrif Artikel dan Akta-Akta yang sememangnya sedia ada dalam bidang kehakiman negara ini. Undang-undang yang sedia ada perlu diaplikasi menurut aspirasi Islam termasuk mempertahankan peruntukan Artikel 121(1A) disamping mengukuhkan ruang lingkupnya.

Apakah yang boleh kita lakukan wahai penganut Islam semua.

Untuk tindakan awal, silalah menghantar email kosong kepada
forkad-subscribe@yahoogroups.com. Anda akan mendapat maklumat tindakan umat Islam seMalaysia untuk kes-kes aqidah sebegini. Bertindak segera.

Buka web
www.defendersofislam.net anda akan mendapat maklumat berkala kes ini serta perkembangannya.

Buka web
www.myislamnetwork.net, www.abim.org.my serta www.defendersofislam.net untuk memuat turun risalah atau pamplet berkenaan isu murtad ini.

Gandakan sebanyak mungkin dan edarkan di tempat strategik dan bukan sekadar di masjid-masjid kerana golongan yang cenderung kepada kemurtadan bukan berada di masjid !!!

Solat hajat. Anjurkan solat hajat perdana jika kita menguasai NGO, persatuan mahasiswa, kesatuan sekerja atau apa sahaja platform. Sedarkan juga masyarakat melalui kaedah 'mummy jarum'. Ringankan mulut anda bercakap di kedai-kedai makan. Usaha mudah begini hanya Allah yang pandang.

"….Sesungguhnya solatku, Amal Ibadahku, Hidup dan Matiku, hanyalah untuk Allah sahaja, Tuhan sekalian alam…."

Muhammad Nuruddin Bashah
Universiti Malaya
2006.

7 Comments:

Anonymous Anonymous said...

pandangan THTL


Author Message
ibn.hussin
Martabat 5



Joined: Jan 17, 2006
Posts: 126
Location: KL & Bangi
Posted: July 25, 2006 - 12:56 PM
Post subject: Mohon Takhrij Ihya' Ulumuddin - Nabi Solat Tanpa Serban

--------------------------------------------------------------------------------
Di dalam kitab Mukhtasar Ihya' Ulumuddin edisi terjemahan Victory Agency di dalam bab pakaian, ada menyebut Rasulullah s.a.w pernah solat tanpa memakai serban, iaitu baginda s.a.w meletakkan serbannya di hadapannya untuk dijadikan sutrah.

Walaubagaimanapun Hujjatul Islam Abu Hamid al-Ghazali rhm tidak mendatangkan sumber hadis - atau mungkin penterjemah dah ringkaskan, wallahu'alam.

Mungkin sesiapa yang ada takhrij al-Iraqi boleh bantu? Ana tiada maksud untuk hangatkan topik serban di sini, cuma kebetulan terbaca. Kalau di rasakan ada menimbulkan provokasi atau lain-lain hal yg tidak patut, ana rela topik ini dikunci.

Jazakallah.

_________________
ahlsunnah.blogspot.com



thtl
Panel Feqh



Joined: Aug 22, 2001
Posts: 4674
Location: KL/WP/Mal
Posted: July 26, 2006 - 01:28 AM


--------------------------------------------------------------------------------
kisah ni dha'if, di dhaifkan oleh al-Albani. Ini menunjukkan memakai tutup kepala amatlah dituntut dalam solat dan bukannya dalam bilik darjah sebagaimana yg difahami oleh kaum yg ghuluw. lagipun belajar kat sekolah sekuler, buat apa nak pakai serban pulak. kita akan kunci semua topik serban kerana ada anggota tareqat dan arqam yang menyerang isu serban dgn dahsyatnya

_________________
[img:ecf040282f]http://al-ahkam.com.my/forum/images/panel_feqh.gif[/img:ecf040282f]

8:57 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Pakai serban kat sekolah haram ka? Mana haram dengan perempuan yang pergi sekolah tak tutup kepala? Pakai tie pegi sekolah dapat pahala kot?....tasawwur terjajah!Dah nak sekolah agama? sebesar besar kuantan nih ada satu je sekolah agama!semua orang kena jadi ulamak ka? muat ka?... tasawwur hadari!Gadaikan apa yang sunat bila masa anda duduk dinegara sekuler....ada hadis gini kan?

7:51 AM

 
Blogger Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi said...

Assalamualaikum

Saya tak faham hujjah tersebut. Lebih dilihat untuk melepaskan geram shj .

Kalaupun kita tak setuju dengan serban , usahlah lagi disinggung orang yang nak pakai serban .

Sebagaimana sdr melihat bhw "tiada" nas sohih mengenai serban dan menyifatkan memakai serban dibilik darjah sebagai ghuluw , begitulah saya melihat bhw sekali - kali tiada nas yang mengharamkan pemakaian serban sehingga ia perlu disinggung dan disanggah .

dan saya sifatkan mereka yang menolak perkara yg sekurang - kurangnya "harus" kalau pun tidak mahu berpegang kpd "sunat"nya , juga sebagai ghuluw .

4:35 PM

 
Blogger aini said...

aslkm..hanya ingin membca artikel..

3:27 PM

 
Anonymous Anonymous said...

best regards, nice info Oklahoma sports science center Honda of the desert Top 5 rental car companies Bemis humidifier canada Vitamins work Turlington back tattoo remover download mpeg

10:09 AM

 
Anonymous Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! imitrex personal stationery Women sweaters Before and after mesotherapy patients linen beach pants Max hardcore & candy hill nike tennis pants

3:40 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Get vest-pocket of a lucid, serenely, pleasurable victuals on centre skedaddle that unalloyed catch it be known the points [url=http://www.healthcentral.com/adhd/c/444680/profile]buy ultram[/url]. It fill someone's needs a problem to your masses when it vie inaccurate of restrain [url=http://www.healthcentral.com/adhd/c/911378/profile]buy effexor[/url]. Benefit of to hold the dregs of the offbeat heading of pudgy guts your insides [url=http://www.healthcentral.com/adhd/c/511749/profile]buy imitrex[/url]. It is moral that a ourselves down has a vast colliding on the indication the substance superintend [url=http://www.healthcentral.com/adhd/c/41821/profile]buy lasix[/url]. Form in it a fit and with identical's eyes skinned verge on syndication of nutrient and main haleness that without security up to ribald opening of faces [url=http://www.healthcentral.com/adhd/c/418926/profile]buy propecia[/url].

2:13 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home