" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Sunday, July 23, 2006

SIKAP KITA TERHADAP ISU SERBAN 2

Sejurus selesai saya menyampaikan ceramah di Segamat malam tadi , saya di aju beberapa soalan melalui sms bahawa : hadis yang saya guna adalah dhoif dalam isu serban dan kenapa saya beriya - iya benar mempertahankan serban ? Para Mujahidin di Palestine dengan segala kehebatannya berjihad menentang yahudi , mereka tidak berserban pun ?

Eloklah jawapannya saya kongsikan bersama dengan sahabat - sahabat sekelian agar tidak timbul kekeliruan yang sama secara berulang .

Satu Penegasan semula . ( Persoalannya simple dan mudah .)

Pertama :

Saya telah jelaskan dalam artikel "Sikap Kita Terhadap Isu Serban ( SKTIS )" bahawa : Biarpun hadis mengenai serban terdedah kepada khilaf ulama' samaada ianya sebagai sunnah atau tidak , tetapi tidak bermakna pemakaian serban boleh diperlekeh sehingga menyamakan pula tindakan Rasulullah saw yang memakai serban dan berjanggut sebagaimana Abu Jahal memakai serban dan berjanggut.

Mesejnya mudah agar tidak disalah erti , di mana saya tidak memperjuangkan pemakaian serban yang hukumnya menjadi khilaf ulama' tetapi apa yang saya pertegaskan ialah tindakan mempersenda dan memperlekeh dengan nada sinis terhadap pakaian Nabi saw sehingga disamakan dengan pakaian Abu Jahal adalah satu sikap biadab dan tidak wajar disokong .

Abu Jahal tu siapa untuk disama bandingkan dengan Nabi saw. ?!

Saya menyedari ada ulama' yang mendhoifkan hadis tersebut sebagaimana ada ulama' yang menshohihkan hadis tersebut ( khilaf ) , namun suatu yang pasti dan sohih ialah nabi saw. pernah memakai serban dan serban adalah pakaian Nabi saw.

Maka kita tidak berhak mempersenda pakaian yang dipakai oleh Nabi saw.

Seperti contoh : kita tahu bagaimana Nabi saw. suka memakan bahagian bahu kambing dan Nabi juga suka makan labu , maka biarpun ia tidak menjadi sunnah yang diperintah atau digalakkan kepada ummatnya , kita sekali - kali TIDAK boleh mempersenda makanan Nabi saw. semata - mata kita tidak suka dan berselera pada bahagian yang disukai oleh nabi saw.

Sebab ia tetap menjadi makanan Nabi saw. yang digemari oleh baginda saw. Demikianlah halnya dengan serban . Hujjah utama yang saya mahu ketengahkan ialah JANGAN persenda pakaian Nabi saw. Kelak jahat adab kita dengan Nabi saw.

Inilah yang telah dilakukan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan yang saya maksudkan dalam artikel saya ( SKTIS ) . Bersikap prejudis dan sinis terhadap amalan Nabi saw. Dari sini saya melahirkan sikap tidak bersetuju pula dengan sokongan yang diberikan kepada keputusan hakim tersebut .

Kedua :

Saya tiada masaalah dengan mereka yang tidak berserban .Bukankah telah saya tegaskan di dalam artikel saya yang lalu ( SKTIS ) bahawa : sekali - kali saya tidak menafikan keilmuan dan ketaqwaan mereka yang berilmu dan hidup menghayati syariat dan sunnah semata – mata kerana ia tidak berserban dan berjanggut .

Apa yang saya timbulkan ialah penghinaan terhadap amalan Nabi saw. sehingga disamakan Nabi saw. dengan Abu Jahal alaihi Laknatullah .

Soal Mujahidin Palestine tidak memakai serban , itu tidak menjadi masaalah kepada saya dan apa yang pasti ialah mereka TIDAK mempersenda atau menghina serban @ Imamah yang menjadi pakaian Nabi saw. Sementara Hakim Mahkamah Persekutuan tersebut adalah jelas mempersenda pakaian ( serban & janggut ) Nabi saw. dengan menyamakan apa yang dipakai oleh Nabi saw, sebagaimana yang dipakai oleh Abu Jahal .

10 Comments:

Anonymous mnm said...

as'kum wrt..

ustaz agak berat sebelah dlm membicarakan hal ini.. ustaz mengatakan hakim tersebut mempersendakan sunnah, tp tahukah ustaz bhw peguam pljr2 tersebut turut menggunakan hujah yg hampir sama, bahkan lbh jauh terpesong drp hujah hakim tersebut(ana quote kata2 hakim tersebut: "During the argument, in answer to my question, learned counsel tried to equate the wearing of turban with the “Hajj”: the “Hajj” too was performed in pre-Islamic days and continued to be performed after the coming of Islam." (rujuk kes Meor Atiqulrahman drp lmn http://www.kehakiman.gov.my/jugdment/fc/latest.shtml)

kenapa ustaz x komen hujah peguam pljr tersebut, pd pandangan ustaz itu x menghina juga ker?

4:57 AM

 
Anonymous mnm said...

maksud kata2 tersebut dlm istilah yg lbh mudah difahami, "ibadah haji turut dilakukan oleh masyarakat pd zmn sblm Islam (yakni zmn jahiliyyah) dan diteruskan setelah kedatangan Islam"

kenapa tiada suara2 yg membantah hujah peguam ini (selain hakim tersebut)? tidakkah itu juga dianggap menghina, bg sesiapa saja yg menganggap hujah hakim tersebut menghina sunnah Nabi?

5:16 AM

 
Blogger Al-Bakistani said...

KENA BUANG SEKOLAH KERANA BERSERBAN : SUNNAHKAH BERSERBAN ???

Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 13 Julai 2006, bersamaan 17 Jamadilakhir 1427, dimuka depannya, terpampang gambar tiga orang pelajar yang dibuang sekolah pada sembilan tahun lepas kerana keengganan mereka membuka serban ketika bersekolah.

Didalam ulasan berita tersebut, Hakim Abdul Hamid Muhammed menjelaskan bahawa pemakaian serban adalah sesuatu perkara yang berkaitan dengan adat dan kebiasaan pakaian orang arab. Ekoran nabi adalah orang arab, maka sebab itulah Baginda SAW berserban.

Beliau juga menjelaskan tentang nabi berkenderaan unta, membina rumah dan masjid dengan tanah liat dan berbumbungkan daun kurma dan menggosok gigi menggunakan sugi.

Kata beliau, “adakah itu bermakna bahawa menunggang unta itu satu amalan lebih alim daripada bergerak menaiki kapal terbang?”

KEJAHILAN BERCAKAP ISLAM

Di akhir-akhir ini, sudah ramai dari kalangan rakyat Malaysia berani bercakap berkenaan Islam. Mereka memperkatakan Islam berdasarkan kepada kefahaman mereka terhadap Islam, yang kadangkala boleh membahayakan kepada Islam itu sendiri.

Hakikatnya, Rasulullah SAW ada bersabda ;

اذا وسد الأمر الى غير أهله , فانتظر الساعة

Maksudnya;
“apabila disandarkan urusan kepada orang yang tidak berkeahlian, maka tunggulah kiamat”

Melihat perkembangan terkini, banyak tanda-tanda berlaku kiamat itu terzahir, cumanya, adakah manusia sedar atau tidak, itu yang menimbulkan persoalan di pemikiran dan benak kita.

Antara tanda kiamat yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW adalah, apabila manusia sudah mula berani memperkatakan sesuatu urusan, sedangkan ianya bukan dari jurusan tersebut.

Sekiranya, jurusan yang diperkatakan adalah jurusan yang tidak berkaitan dengan Islam, maka itu tidak menjejaskan apa-apa kesan. Tetapi bahayanya, apabila jurusan yang ingin diperkatakan adalah jurusan yang berkaitan dengan Islam.

Bercakap Islam dari orang yang tidak berkeahlian dalam bidang islam sudah berkali-kali berlaku didalam masyarakat Malaysia kini.

Kalau dulu, dalam isu hiburan, ramai dari orang yang tidak berkeahlian dalam bidang agama memperkatakan tentang hukum berhibur, yang kadangkala perkataan mereka itu disandarkan kepada perasaan hawa nafsu sahaja.

Begitujuga, sudah ada dari kalangan manusia yang mendakwa sebagai “professional” sudah berani mempertikaikan tentang hukuman murtad, dengan mendakwa bahawa murtad adalah salah satu jenayah yang berada di bawah ta’zir.

Apa yang memelikkan kepada kita, hukuman Murtad adalah satu jenayah dibawah hukuman hudud adalah sesuatu yang telah diijmakkan oleh ulama dan perkara yang diketahui dalam agama secara mesti (ما علم من الدين بالضرورة) . Tetapi disebabkan kejahilan yang menguasai diri, disamping tidak menyedari akan dirinya sebagai seorang yang jahil (Jahil Murakkab), mereka tetap juga mahu memperkatakan perkara tersebut, tanpa merujuk kepada orang-orang yang berkeahlian dalam bidang agama.

Perkara yang sama juga berulang kembali dengan kehadiran seorang Hakim yang mula mempertikaikan pemakaian serban, dengan mendakwa ianya adalah pemakaian yang tidak disandarkan dengan apa-apa pahala pun.

SERBAN DAN HUKUMNYA

Serban adalah kalimah farsi yang menggabungkan antara kalimah “sar” dan “ban” yang memberi makna “belit kepala”

Didalam bahasa Arab, Serban disebut dengan “العمامة” al-‘Imamah. Di dalam buku “mengapa tidak berserban?” karangan Muhammad Nur Lubis, serban di definisikan,

“kain yang dililitkan di atas jenis kopiah, samada dari jenis kain khas atau lain yang diletakan di atas kepala”

Adapun didalam Kamus al-Mu’jam al-‘Arabi Al-Asasi, Al-‘Imamah didefinisikan sebagai;

ما يلف على الرأس

Maksudnya;
“sesuatu yang dibelitkan atas kepala” (m/s 869)

Mengikut Ahli Sejarah, pemakaian serban adalah merupakan pemakaian kebiasaan arab semenjak zaman jahiliyyah lagi, sehinggakan arab menganggap bahawa serban adalah mahkota orang-orang arab sebagaimana disebut oleh Saidina Ali RA ;

العمائم تيجان العرب

Maksudnya;
“serban adalah mahkota orang-orang arab”

Walaupun serban merupakan pakaian yang dibanggakan oleh orang-orang arab semenjak zaman jahiliyyah lagi, tetapi pemakaian serban juga merupakan pemakaian yang disukai oleh Nabi SAW.

HADIS-HADIS TENTANG BERSERBAN

Jika dibaca hadis-hadis berkenaan dengan serban, kita akan dapati bahawa banyak hadis-hadis yang menceritakan tentang pemakaian serban yang memakaikannya oleh Nabi SAW sendiri.

Walaupunbegitu, tidak dinafikan, ada hadis-hadis yang menceritakan tentang fadhilat atau kelebihan berserban itu, samada lemah atau mauduk (palsu).

Setelah dilihat kepada hadis-hadis fadhilat atau kelebihan itu, tidak semua hadis-hadis tersebut jatuh kepada lemah dan Mauduk, bahkan disana ada beberapa hadis saheh berkenaan dengan fadhilat berserban ini.

Diantaranya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam at-tabrani, Hakim dan Ibnu Abbas di dalam kitab “Al-Jami’ As-Sagir” jilid 1, M/s 74.

Hadis tersebut adalah sabda Rasulullah SAW;

عن ابى المليح بن أسامة عن أبيه قال : قال رسول الله – ص - : اعتموا تزدادوا حلما

Maksudnya;
“Daripada Abi al-Malih bin Osamah, daripada ayahnya berkata : bersabda Rasulullah SAW : berserbanlah kamu, nescaya bertambah sifat sabar kamu”

Dari hadis ini, Baginda SAW menggunakan “sigah amar” atau suruhan kepada berserban. Didalam pengajian Ilmu Usulfiqh, suruhan menandakan wajib, selagi mana tidak ada qarinah yang memalingkannya kepada sunat.

Oleh yang demikian, difahami dari hadis ini, pemakaian serban bukanlah satu perkara yang wajib, ini kerana, suruhan di sini bermaksud “imtinan”, maka dengan demikian, pemakaian serban adalah sesuatu yang disunatkan berdasarkan suruhan yang terkandung hadis tersebut.

Juga didalam satu riwayat hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Asakir dari Ibnu Omar bahawa Rasulullah SAW bersabda;

صلاة التطوع أو فريضة بعمامة تعدل خمسا و عشرين صلاة بلا عمامة و جمعة بعمامة تعدل سبعين جمعة بلا عمامة

Maksudnya;
“solat sunat atau fardu dengan berserban adalah menyamai (pahalanya) dua puluh lima solat dengan tidak berserban. Dan solat Jumaat dengan berserban menyamai (pahala) dengan tujuh puluh Jumaat tanpa berserban”.

Hadis ini telah diperdebatkan oleh ulama. Ada yang mengatakan ianya adalah hadis yang da’ef atau lemah dan ada mengatakan ianya adalah hadis yang saheh.

Walaubagaimanapun, didalam kitab “Mukhtasar Syarah Al-Jami’ Al-Saghir” susunan Imam As-Sayuti yang disyarahkan oleh Imam Al-Manawi, telah mensahehkan hadis ini.

Dari ulasan ini, tidak boleh kita menyatakan bahawa, pemakaian serban adalah salah satu dari kebiasaan pakaian arab, tanpa merujuk kepada pahala dikala memakainya.

PEMAHAMAN PEMBAHAGIAN SUNNAH MENGIKUT PENGAJIAN ILMU USULFIQH ISLAM

Begitujuga, berdasarkan perbahasan Sunnah Rasulullah SAW. Ulama-ulama membahagikan sunnah itu kepada beberapa bentuk, iaitu seperti berikut;

a. Sunnah qauliyyah (sunnah yang berbentuk perkataan Nabi)
b. Sunnah Fi’liyyah (sunnah yang berbentuk perbuatan nabi)
c. Sunnah Taqririyyah (sunnah yang berbentuk pengakuan nabi)

Didalam perbahasan “sunnah fi’liyyah” ulama-ulama telah membahagikannya kepada beberapa pembahagian, ianya adalah seperti berikut;

a. Al-Af’al al-Jibilliyyah : iaitu perbuatan nabi yang berbentuk kebiasaan dilakukan juga oleh orang ramai, seperti duduk, berdiri, berjalan, makan, minum dan sebagainya.
b. Al-Af’al al-Khasais bi an-nabi” : iaitu perbuatan yang terkhusus kepada Nabi SAW sahaja, atau dikenali sebagai “khususiyyah Nabi”. Seperti kewajipan solat dhuha, Witir dan tahajjud malam atas diri Rasulullah SAW, kahwin lebih dari empat orang dan lain-lain.
c. Perbuatan-perbuatan yang digalakan manusia mengikutnya dan diberi pahala kepada pengamalnya.

Menurut jumhur, af’al Al-jibilliyyah adalah perbuatan nabi yang tidak dikaitan dengan tuntutan melakukannya. Menurut satu pendapat, antaranya adalah pendapat Ibnu Omar, bahawa melakukan amalan yang berbentuk Al-jibilyyah, adalah amalan yang disunatkan.

Sekiranya ada orang mendakwa bahawa memakai serban adalah sesuatu pakaian adat dan kebiasaan orang arab, yang disamping nabi orang arab, lantas nabi memakai serban, maka itu tidak memberi apa-apa pahala, maka pemahaman itu adalah sesuatu yang salah.

Ini kerana, jika merujuk kepada pemahaman sunnah-sunnah diatas, dengan ini ingin kami nyatakan bahawa pemakaian serban di bawah ketagori sunnah al-af’al al-jibilyyah, yang mana, walaupun ianya adalah pemakaian orang arab, tetapi pemakaian tersebut merupakan pemakaian yang disukai oleh nabi. Lantas dengan itu, sekiranya kita memakainya disertai niat berbangga dengan pakaian nabi, maka itu juga diberikan pahala.

Ini boleh dilihat dari perbuatan Abdullah bin Omar dan kenyataan beliau yang menggalakan mengikut segala perbuatan yang disandarkan kepada Rasulullah SAW pada segala sudut perbuatan, dan mengatakan pahala dengan mengikut akan perbuatan tersebut.

Antara bukti perbuatan Abdullah bin Omar itu adalah seperti berikut;

a. Daripada Mujahid berkata : “pernah kami bersama Ibnu Omar RA dalam satu permusafiran, beliau melintasi satu kawasan lalu beliau menyimpang – iaitu melencong ke kanan atau ke kiri dari tempat tersebut- beliau ditanya : “kenapa engkau berbuat demikian?” beliau menjawab : “aku telah melihat Baginda Rasulullah SAW melakukan ini, maka aku pun melakukannya” (hadis riwayat Ahmad dan Bazzar dengan sanad yang baik)
b. Daripada Ibnu Omar RA bahawa Sesungguhnya beliau pernah mendatangi sebatang pohon yang berada di antara Mekkah dan madinah untuk beristirehat dibawah pohon tersebut. Lalu beliau memberitahu, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah melakukan yang demikian (berististirihat) di situ”. (hadis riwayat Bazzar dengan sanad hadis yang tidak mengapa (tidak ada cacat)).
c. Daripada Ibnu Sirin beliau berkata ; “aku pernah bersama Ibnu Omar RA di tanah Arafah, maka tatkala sampai waktu beliau pergi aku pun turut pergi bersamanya sehingga datang imam lalu Ibnu Omar mengikuti bersama Imam menunaikan solat zohor dan asar, kemudian beliau wukuf, aku dan beberapa orang temanku turut berwukuf sehinggalah imam bertolak meninggalkan arafah, maka kami bertolak bersama Ibnu Omar sehinggalah sampai ke kawasan antara dua bukit sebelum tempat di antara masy’ar dan arafah. Lalu beliau berhenti dan kami pun turut berhenti dan kami menduga bahawa beliau ingin solat lalu berkatalah hambanya yang memegang kenderaan beliau bahawa Ibnu Omar bukan mahu solat di situ, tetapi beliau teringat bahawa sesungguhnya Baginda SAW tatkala sampai dikawasan ini, Baginda SAW menunaikan hajatnya (qada’ hajat), maka beliaupun (Ibnu Omar) ingin menunaikan hajatnya (qada’ hajat) juga.” (hadis riwayat Ahmad dan para rawinya daripada para perawi yang meriwayatkan hadis-hadis yang saheh)”.

Hal ini juga dapat dilihat dari perbuatan seorang sahabat yang masyhur iaitu Saidina Ali yang kisahnya adalah seperti berikut;

“Saidina Ali ketika menaiki kenderaan ketika bermusafir, beliau membaca “bismillah”. apabila telah tetap beliau atas kenderaannya, beliau membaca “al-hamdulillah”, kemudian membaca doa menaiki kenderaaan. Setelah dari itu beliau bertakbir sebanyak tiga kali dan membaca doa “سبحانك انى ظلمت نفسى فاغفرلى , انه لا يغفر الذنوب الا أنت”. Kemudian dari itu, beliau senyum. Lalu Ali bin Rabi’ah bertanya : Wahai Amir Al-Mukminin, mengapa kamu tersenyum. Berkata Ali bin Abi Talib : “aku tersenyum kerana aku melihat beginilah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, dan ketika itu aku bertanya kepada Nabi, tentang senyum nabi, Rasulullah SAW menjawab : Sesungguhnya tuhan kamu berbangga dari hambanya, apabila berkata “ya Allah, Ampunilah dosaku”, yang mana, hamba itu mengetahui bahawa tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Allah sahaja”

Dari hadis ini menunjukan kepada kita bahawa Saidina Ali adalah seorang sahabat yang sangat-sangat mengikut perbuatan Rasulullah SAW, sehinggakan senyuman Rasulullah SAW tersebut adalah kerana Rasulullah SAW dikhabarkan tentang kebanggaan Allah ketika itu, tetapi ditiru oleh Ali, walaupun beliau tidak dikhabarkan sesuatu pun.

Ini menandakan, walaupun perbuatan Rasulullah Saw itu tidak disuruh turuti, tetapi perbuatan tersebut ditiru oleh Ali sebagai tanda berbangga dengan perbuatan Rasulullah SAW itu.

Maka demikian jugalah memakai serban, kerana berbangga dengan pemakaian Rasulullah SAW merupakan sesuatu ibadat yang dijanjikan pahala.

KESIMPULAN

Melihat kepada ulasan ini, tidak seharusnya, Hakim Abdul Hamid muhammed menyatakan bahawa pemakaian serban adalah sesuatu pemakaian kebudayaan arab, tanpa disandarkan kepada apa-apa pahala.

Kalau itulah kenyataan beliau, difahami bahawa beliau adalah salah seorang manusia yang beragama Islam, telah terpengaruh dengan agenda oreantalis yang mahu merosakan Islam sedikit demi sedikit.

Tidak timbul kerelevenan pemakaian serban di sekolah, ini kerana, serban adalah salah satu pemakaian bagi orang-orang yang saleh dan bertaqwa.

Orang yang berserban – paling koman pun- akan malu melakukan perkara haram dan malu menzahirkan dirinya ke lurah maksiat.

Apa yang memelikkan, pelajar-pelajar perempuan yang memakai skirt singkat, tidak pernah di gantung sekolah pun, tetapi apabila ada orang yang memakai serban ke sekolah, bukan sekadar gantung, bahkan dibuang dari sekolah.

Pihak sekolah tidak menganggap salah kepada orang-orang benggali memakai serban, tetapi menganggap salah kepada orang-orang islam berserban.

Siapakah yang dijaga oleh islam Hadhari ini? Siapakah yang Islam Hadhari lebih hormati, antara Islam atau kuffar?


Wallahu ‘alam

One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com.

3:57 PM

 
Anonymous mnm said...

pljr2 yg disuruh berkeras mempertahankan serban tu masing2 dlm lingkungan umur 9-12 thn.. cuma fikir dgn rasional, bkn ikut emosi.. pd umur berkenaan hukum pun x taklif lagi atas mereka, kenapa nak dipaksakan sesuatu yg jelas melanggar peraturan sekolah? logikkah anda dah tahu ke sekolah wajib beruniform seluar panjang & kemeja putih, tiba2 nak berkeras suruh anak2 anda pakai jubah ke sekolah.. bila diambil tindakan, anda heret masalah tersebut ke mahkamah, sdgkan anda yg sbnrnya melanggar peraturan

antara yg sunnah & wajib, di manakah keutamaan anda? pakai serban pun bkn sunnah yg disyariatkan, yg memakainya semata2 krn kecintaan pd Baginda SAW.. sapa yg berhak nak bagi pahala pd mereka yg memakai serban, anda kah?

4:46 PM

 
Anonymous mnm said...

ana sengaja buat analogi jubah utk kaitkan dgn isu serban.. jgn ada yg kata ana tersilap fakta pula..

kalau umat Islam sendiri x tahu di mana keutamaan mereka, para da'ie pula sibuk membangkang & menyebarkan fakta2 yg salah kpd masyarakat, siapa lg nak diharapkan utk menaikkan Islam?

ikut rasional & hukum yg dah ditetapkan, bkn ikut emosi.. kaji fakta sedalam2nya sblm jatuhkan hukuman pd sesiapa..

4:49 PM

 
Anonymous Anonymous said...

kepada mnm

Bagi saya, apa yang disebut oleh peguam 3 pelajar itu, hanya sekadar makluman. Atau ayat penyataan. Dan perkara tersebut memang betul pun. Ia sejak dari zaman Nabi Ibrahim. Jadi, itu tidak termasuk menghina Islam. Berbeza dengan Hakim Hamid, ia mengaitkan dengan Abu Jahal. Siapa Abu Jahal tu, selain orang yang jahat dalam sejarah Islam. Kalau ia kata serban ini amalan orang sebelum Islam, ia memang betul pun. Sebaliknya ia kata Abu Jahal. Tidakkah ia bersifat sinis, dan menyakitkan hati umat Islam.
Anta pulak mengkhususkan ayat umum tersebut, dengan mengatakan zaman sebelum Islam = zaman Jahiliyyah. Sedangkan beliau cakap umum, iaitu sebelum Islam.Termasuk zaman Nabi Ibrahim. Adakah, zaman Nabi Ibrahim AS termasuk zaman Jahiliyyah. Nampaknya, saudara cuba memutarbelitkan kenyataan peguam tersebut untuk mempertahankan hakim tersebut.

12:22 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Saya pernah berade agak lame di Saudi, kalau nak kepada dekat nya sunnah nabi, saya rase orang Saudi lah ynag paling dekat, tapi seorang pun tak berserban, hanya kain selendang yang diletak kan atas kepala dan di ikat dengan "tali unta" yang berwarna hitam.

Lebih baik kita bincang kan isu pelajaran anak2 kita. Macam mana kita nak bersaing dengan pelajar TAR kolej yang pasti dan jauh lebih baik dari prestasi UITM.

Kalau dah ikut sunnah, ikut lah yang dasar, cara pemakanan yang sedikit, berekerja dengan besungguh, beribadat dengan tekun tapi bukan nya serban yang kita tidak pasti fakta nya.

2:23 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Mungkin lebih baik kita lakukan segala yang dipandang baik dalam islam.Orang nak buat kerja baik patut kita sokong, seeloknya budak yang belum taklif laa kita bentuk,macam suruhan sembahyang.Kalau ikut logik anta budak belum takalif,tak perlu dilatih....itu yang jadi hadari tuh!kepala masuk air punya orang!

8:10 AM

 
Anonymous Anonymous said...

A`kum wbt,

Nampaknya mereka yg memberi komen-komen disini kebanyakkannya adalah mereka yg tidak mempunyai daya sensitiviti terhadap islam, atau lebih tepatnya mereka yang jahil dan tiada perasaan "CINTA" kepada Islam.

Saya suka nasihatkan saudara-2 yg memberi komen terhadap Tulisan Ust untuk kembali berfikir secara jujur...

Tanda kejujuran anda didalam masaaalah ini ialah :-

1)Berlajar mengenali Islam yg sebenar

2)Dalami Ilmu Agama

3)Tinggalkan budaya persamaan (yahudi/nasrani/majusi) yg sedang anda a`malkan sekarang ini.

Saya percaya anda tidak mampu mendatangkan "Hujjah" berdasarkan "NAS' daripada Al-Quran dan Al-Hadis di dalam masaalah "berserban" ini.

Ini kerana anda tidak mengaji/mendalami ilmu agama yg sepatutnya anda pelajari dengan bersungguh-2 kerana ianya "FARDU AIN" tetapi saya percaya anda telah bersungguh-2 berlajar dan mendalami ilmu akademik sedangkan ianya "FARDU KIFAYAH".

Saya tidak langsung merasa hairan dengan jawapan-jawapan saudara yg langsung tidak mencerminkan "keperibadian muslim sejati" ini kerana latar pendidikan saudara yg sememangnya berat sebelah itu.

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan. Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. [Al-Baqarah: 269]

Al-Faqir Ila Allah S.W.T
Ct SaLWa
Ct_GirL77@yahoo.com.my

8:49 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read Farmyard hardcore

12:54 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home