" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, July 19, 2006

HIMPUNAN
MEMBANTAH KEKEJAMAN ISRAEL .

PADA HARI JUMAAT ( 21 JULY 2006 )

ATURCARA :
JAM : 4.00 PAGI :
MUNAJAT PERDANA
DI MASJID AL FATAH BT. 3 KUANTAN.

JAM : 2.00 PETANG ( LEPAS SOLAT JUMAAT )
DEMONSTRASI AMAN
DI MASJID NEGERI . KUANTAN

SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DIKERAHKAN HADHIR
SEBARKAN MAKLUMAT INI.

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum
sebagai insan yg daif dalam ilmu agama dan x banyak ilmu tentang cara sebenar berjemaah ingin melontarkan satu persoalan tg telah lama saya simpan -adakah sah baiah kita jika kita terpaksa melakukannya?

12:42 AM

 
Anonymous Anonymous said...

soalan kedua,salah tak jika kita menghebahkan munajat dll tapi kita tidak menyertai dengan alasan kurang kukuh,sedangkan ayatnya sebut,lebih kuran berbunyi....Besarlah murka Allah kepada mereka yang sebut tapi tak buat?

6:10 PM

 
Blogger Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi said...

Waa'laikumussalam

Baiah ialah perjanjian . Baiah utk berjuang atau berjanji untuk berjuang @ berjihad bagi menegakkan hukum allah adalah wajib .

Wajib adalah suatu yg terpaksa kita lakukan . Samaada setuju atau tidak , kita wajib melaksanakannya .

Seperti

1:38 AM

 
Blogger Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi said...

Soalan 2 : Ya , besar kemurkaan Allah kepada mereka yang berkata suatu , tetapi dia tidak melakukannya .

Namun ulama' membahaskan kategori perkara yang dia ucap tetapi dia tidak melakukannya .

Yang menjadi kemurkaan Allah ialah apabila ia hanya tahu mengajar dan menyuruh orang lain berbuat baik ( taat )tetapi dia lupa untuk melakukan kebaikan itu untuk dirinya . ( dengan maksud ia membiarkan dirinya berada dalam kemungkaran dan kemaksiatan /derhaka kpd Allah. )

Adapun dalam keadaan lain , seperti ia menyuruh seseorang melakukan kebaikan seperti bersedekah sementara dia sendiri tidak bersedekah ( sedang sedekah itu hukumnya sunat ) maka tiadalah kemurkaan Allah ke atasnya . Justeru sedekah itu bukanlah wajib hukumnya .

Satu kategori lagi , ialah menghebah dan menyampaikan suatu yang benar dan baik sedang dia sendiri tidak mampu untuk melakukannya , tetapi ia menyampaikan dengan maksud utk menyebarkan kebenaran atau maklumat yang baik , dengan harapan orang lain dapat berbuat kebaikan , maka termasuk dalam kumpulan hadis Rasulullah saw yang bermaksud : barang sesiapa yang menunjuk ke arah kebaikan , maka ia beroleh pahala sama seperti org yg melakukannya .

Rujuk Riadhussolihin . Bab Mereka yang menunjuk Jalan kebaikan .

Sementara kategori yang berikutnya ialah Mereka yang menyampaikan kebenaran dengan maksud tidak mahu menyembunyikan kebenaran dan beramanah dengan ilmunya ( apa ia tahu ) biarpun ia tidak melakukan apa yang ia sampaikan ( selama mana perkara yang ia sampaikan itu bukanlah perkara yang wajib dilakukan ) maka tiadalah ia termasuk dalam golongan yang mendapat kemurkaan Allah swt .

1:55 AM

 
Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum kembali
persoalan kedua mengenai baiah-dari konteks berbaiah untuk begabung dgn satu2 jemaah islam.
jika kita dipaksa untuk berbaiah dalam keadaan terpaksa tanpa cukup memahami apa itu konsep dan cara hidup berjemaah adakah baiah itu sah?
dan dalam konteks kita di malay sia yg mempunyai pelbagai jemaah,apakah boleh dipaksa seseorg itu berbaiah dengan jemmah tersebut tanpa dia diberi peluang untuk berfikir dan mengkaji jemaah manakah yg lebih sesuai dengan keadaan zaman skarg dan paling syumul mengikut tempatnya(waqi'_

8:54 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home