NIKMAT SIHAT .
Hari ni, saya sekali lagi diserang demam . Entah kenapa pula sepanjang bulan ini , asyik demam sahaja . Sihat dua hari , demam semula tiga empat hari .
Hari tu ( jumaat lepas ) , badan terasa sejuk panas tapi saya gagahkan diri untuk menghadhiri Demonstrasi di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur . Itu pun , Ustaz Yusuf yang memandu pergi dan pulang .
Malam tersebut , badan saya mula menggigil menahan kesejukan yang amat . Tenaga terus hilang tanpa maya . Sedang saya terpaksa drive pagi esoknya untuk ke Melewar bagi menghadapi mesyuarat bulanan DPPP .
Ternyata , pagi tu ( sabtu ) saya tak dapat hadhir mesyuarat DPPP . Terasa kesal , sebab saya sekali - kali tidak akan tinggalkan mesyuarat tersebut jika tiada halangan besar . Justeru di situlah saya banyak menimba ilmu kepimpinan , ilmu politik dan juga ilmu organisasi serta pengurusan dari rakan - rakan exco yang lain khasnya Yb Salahudin Ayub , disamping mendapat maklumat terkini mengenai isu semasa .
Malam selasa lalu , Alhamdulillah saya sihat . Tapi tu lah masaalahnya , Pantang sihat sikit , terus datang program yang perlu diberi komitmen .
Selasa tu saya terpaksa berlepas ke Perlis untuk mengisi program tarbiyyah di sana . Mujurnya mereka bagi flight untuk memudahkan perjalanan saya .
Dua hari saya di Perlis , sejurus sampai di rumah , saya kembali menghidapi demam yang membuatkan saya kembali tidak bermaya . Sungguh hairan .
Hari ni , saya hanya bertahan dengan panadol . harapnya ( Ya Allah ) segera sembuh sebab esok saya terpaksa pula ke Kuala Lumpur untuk menghadhiri Rehlah Qiadi DPPP .
Ya Allah , kurniakan kesihatan buat ku agar dapat ku teruskan perjuangan suci ini dengan lebih aktif dan baik .
Hari ini , adik perempuan saya juga terlantar di tingkat 2 hospital HTAA ( Ustazah Nordiani / isteri Ustaz Fadhil Noor Al Yamani ) bagi menjalani rawatan susulan di bawah perhatian pakar setelah 3 hari terlantar di Hospital Muadzam Shah .
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home