" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, July 05, 2006

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz...ana cuma ada sedikit persoalan mengenai hukum mengkafirkan sesebuah pertubuhan.Adakah ia dibolehkan kepada umat islam biasa seperti ana ataupun adakah hukum mengkafirkan sesuatu pertubuhan hanya dibenarkan kepada ulama' mujtahid.Ini kerana ana ada terdengar syarahan drpd seorang ustaz mengenai hukum mengkafirkan pertubuhan ini yang sebenarnya dibolehkan utk menegakkan yang hak dan menghapuskan yang batil berdasarkan USUL 20 yang ana pelajari.Boleh ustaz jelaskan secara terpeinci ttg hal ini?

11:23 AM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Gunakan kaedah ini :

Sabda Rasulullah saw :

من كفر مسلما فقد كفر و من لم يكفر الكافر ففد كفر و من شك في كفر الكافر فقد كفر

Maksudnya :

Sesiapa yang mengkufurkan seorang muslim maka sesungguhnya ia kufur . Barangsiapa yang tidak mengkufurkan orang yg melakukan perbuatan kufur maka ia kufur dan sesiapa yang syak pada kekufuran yang yang melakukan perbuatan kufur , maka ia kufur .

Ianya juga terpakai kepada pertubuhan .

Andainya pertubuhan itu tidak melakukan apa - apa yg membatalkan syahadah , maka ia tidak boleh dilabelkan sebagai kufur .

Namun , jika pertubuhan itu adalah pertubuhan yang mengingkari perkara prinsip dalam agama yang bertentangan dengan aqidah Islamiyyah dan menjadi ijma' ulamak bahawa pegangan dan prinsip pertubuhan itu membawa kepada kufur maka tidak mengapa melabelkan pertubuhan itu sbg pertubuhan kufur .

Pastinya untuk meletakkan hukum atau sebagainya hanya menjadi milik mereka yang berilmu dan mencukupi syarat untuk istinbat hukum dari sumber nas yang tulen dan asal . ( Al Quran dan hadith )

Kepada mereka yang tidak mendalam ilmu nya wajib merujuk kepada mereka yang berilmu .

Tetapi sebagai satu penegasan , apabila kita berada dalam peringkat dakwah , untuk menyampaikan Islam kepada masyarakat dan menjinakkan semua pihak terhadap kesucian dan kemurnian Islam , maka elakkan perbuatan menghukum secara bebas .

Hassan Hudhaibi selalu menyebut , Kita pendakwah bukan penghukum .

Justeru tidaklah selesai masaalah jika sekadar kita menghukum sedang berdakwah itu lebih aula untuk memahamkan mereka dan mengembalikan mereka ke pangkuan Islam .

Sungguhpun begitu saya tidak nafikan pada peringkat tertentu , Mereka yang berilmu harus tegas meletakkan batas - batas iman dan kufur agar orang - orang awam jelas dan tidak terperangkap dalam pengaruh kuffar yang merosakkan akhlak , moral dan aqidah mereka .

2:32 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home