" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, June 20, 2006

Kertas Kerja ( 021 )

PEMUDA & PEMUDI : AGENDA PERUBAHAN
SATU TINJAUAN DARI SIRAH RASULULLAH SAW.

MUQADDIMAH .

Sunnah Perubahan :

Keadaan / suasana ( merangkumi politik , social , ekonomi dll ) pasti akan berubah .

إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ وَاللَّهُ لا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ

“ Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.”

Ali Imran : 140

Peranan Islam dan ummatnya ( khasnya pemuda & pemudi ) ialah memimpin perubahan

1 : Penegasan ini dapat dilihat dalam lembaran sirah Rasulullah saw. dan Para Sahabat melalui ucapan Rubaei bin Amir rha. kepada panglima Rustam :

إِنَّ اللهَ ابْتَعَثَناَ لِنُخْرِجَ مَنْ شَاْءَ مِنْ عِباَدَةِ الْعِباَدِ إِلىَ عِباَدَةِ رَبِّ الْعِباَدِ وَ مِنْ جَوْرِ اْلأَدْياَنِ إِلىََ اْلعَدْلِ اْلإِسْلاََمِ وَ مِنْ ضِيْقِ اْلدُّنْياَ إِلىَ سِعَتِهاَ وَ اْلآخِرَةِ

“ Sesungguhnya Allah swt. telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan sesiapa yang mahu Dari perhambaan sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Tuhan Hamba Dari kedholiman ideology ciptaan manusia kepada keadilan Islam Dari dunia yang sempit kepada keluasan dunia dan akhirat ”

Inilah 3 Program utama Bagi Proses Perubahan yang dibawa oleh Nabi saw. Kerana sebelum itu : Manusia terperangkap dalam period Jahiliyyah yang :

Ø Mengabdi diri sesama mereka
Ø Menganut agama ciptaan mereka sendiri
Ø Terbelenggu dalam fikrah Madiyyah

2 : Nabi saw. sendiri ada menegaskan :

أُمِرْتُ أَنْ أُقاَتِلَ اْلناَّسَ حَتَّى يَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله ُوَ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَ يُقِيْمُوا اْلصَّلاَةَ وَ يُؤْتوُا الزَّكاَةَ فَإِذاَ فَعَلُوْا ذَلِكَ عَصَمُوْا مِنيِّ دِماَءَهُمْ وَ أَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ اْلإِسْلاَمِ وَ حِساَبُهُمْ عَلى اللهِ تعالى .

رواه البخاري و مسلم

“ Aku diperintahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammmad adalah pesuruh Allah , mereka mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat . Apabila mereka menunaikan yang sedemikian itu , maka terpeliharalah darah dan harta mereka daripadaku kecuali apa yang telah menjadi hak bagi agama Islam sementara persoalan hati mereka terserah kepada Allah swt.”

Orientasi dakwah dan perjuangan Nabi saw. adalah :

Memerangi dan Merubah manusia

Ø dari Syirik kepada Tauhid ( syahadah )
Ø dan mengabdikan diri kepada Allah ( solat )
Ø serta membina hubungan sesama manusia ( zakat )

Sebelum itu manusia hidup :

Ø Tanpa Aqidah ( keyakinan )
Ø Tanpa Ibadah ( pengabdian )
Ø Tanpa Akhlak ( silaturrahim )

* Justeru itu Is
lam agama yang memimpin perubahan dari : ( bila dan dimana sekalipun )

1. Jibayah ( kebendaan ) kepada Hidayah ( petunjuk )
2. Bidaah ( ciptaan manusia ) kepada Syaria’h ( perundangan Ilahi )
3. Kufur ( ingkar ) kepada Iman ( yakin )
4. Jahiliyyah kepada Islam
5. Bhatil kepada Hak
6. Dosa kepada pahala
7. Neraka kepada Syurga
8. Mungkar kepada makruf
9. Hamba kepada Tuan
10. Dijajah kepada Kedaulatan
11. Diperintah kepada Memerintah

Pemuda dan pemudi pula menjadi Top Agent terhadap perubahan – perubahan tersebut . Pemuda/I adalah asset ummah dan ia merupakan Institusi utama untuk menggerakkan ummah ke arah melaksanakan aspirasi perubahan tersebut .

Kekuatan tenaga , kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan pemuda di saf hadapan perjuangan ( di bawah kepimpinan Ulama ).

Memprogramkan pemuda/I antara agenda baginda Rasul saw. dalam menggerakkan dakwah dan mengibar panji Islam di mukabumi Allah ini .

Generasi awal yang telah berkorban tenaga dan nyawa untuk mengemudi misi dan visi risalah As Samawiah juga terdiri dari golongan pemuda . malah Rasulullah saw. sendiri ketika ditabal sebagai seorang Rasul akhir zaman adalah seorang pemuda yang berusia 40 tahun . ( suatu usia yang sempurna sebagai seorang pemuda )

Sabda Rasulullah saw.

أُوْصِيْكُمْ بِالشَّباَبِ خَيْراً فَإِنَّهُمْ أَرِقُّ أَفْئِدَةً لَقَدْ بَعَثَنِيَ الله ُبِالْحَنِيْفِيَّةِ السَّمْحَةِ فَحَاْلَفَنِي الشَّباَبُ وَ خَاْلَفَنِي الشُّيُوْخُ

“ Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk ( lembut dan unik ) Sesungguhnya Allah telah mengutusiku dengan agama yang lurus lagi toleransi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang – orang tua menyanggahiku .”

KEPENTINGAN PEMUDA - PEMUDI UNTUK BERGANDINGAN DALAM MENGGERAKKAN DAKWAH DAN MENEGAKKAN AD DEEN

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَئِكَ سَيَرْحَمُهُمْ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

At Taubah : 71

Ø Perjuangan Islam pimpinan Rasululllah saw. mempunyai senarai panjang penglibatan pemudi – pemudi yang turun ke padang membantu perjuangan . Nama – nama seperti Sofiyyah rha. , Asma’ binti Abu Bakar rha. , Aisyah rha, Fatimah Az – Zahra’ rha.
[1] dll adalah tunggak utama di belakang para pejuang dengan peranan mereka masing – masing.

Bukan sahaja sebagai jururawat di medan perang , tetapi juga sebagai benteng/kubu yang kuat di sempadan untuk mempertahankan kedaulatan Islam . Malah mereka berfungsi juga sebagai guru dan pendakwah gigih untuk menyebar maklumat dan kefahaman Islam kepada ummah khasnya golongan wanita .

Ø Gandingan pemuda – pemudi adalah satu penguasaan kepada dua sayap perjuangan ini untuk menggerakkan dakwah dan menegakkan Ad deen . Sebagai contoh di negara kita yang turut mengambil pendekatan pilihanraya (Muwajjahah Silmiyyah – pendekatan aman sebagai salah satu wasilahnya) untuk mendaulatkan Syaria’h Islamiyyah .

Perlu difahami bahawa pengundi wanita jauh mengatasi pengundi lelaki . Justeru itu , untuk menjayakan hasrat menegakkan Ad deen , gerakan dakwah menyeluruh , merangkumi dua golongan pengundi ini mesti dijana secara bersepadu dengan gandingan mantap pemuda & pemudi

Gandingan ini tidak terhenti setakat gandingan tenaga , tetapi juga fikrah , kepimpinan dan suara .Seperti menghadapi kes tohmahan musuh kononnya Islam / PAS mendikriminasikan wanita , selain ulama’ dan pemuda membela dan menjawab pertuduhan jahat itu , sewajarnya muslimat/pemudi bersuara menjelaskan kedudukan mereka dan bagaimana mereka ditanggapi dalam Jamaah Islam . Ini lebih berkesan .

Ø Baginda Rasul saw. semasa mengatur strategi hijrah , disaat musuh juga mengatur strategi untuk menggagalkan hijrah malah bertekad untuk membunuh Rasulullah saw. , baginda telah menggunakan khidmat gandingan mantap pemuda & pemudi demi menjayakan hijrah baginda saw. , justeru berjayanya hijrah bererti berjayanya proses menegakkan Daulah Islamiyyah / Ad Deen

Baginda telah memerintahkan seorang pemuda bernama Ali Karrramallahu wajhah untuk mengambil ranjang Rasulullah saw. dimalam hijrah guna melengah – lengahkan pergerakkan kuffar Musyrikin sementara seorang pemudi yang bernama Asma’ binti Abu Bakar rha. pula diarah untuk menghantar bekalan makanan dan maklumat terkini kepada baginda dikala baginda bersembunyi seketika di gua Thur.

Ø Kisah - kisah ini nampak simple pada riwayatnya tetapi sangat menggerunkan pada perlaksanaannya . Ia memerlukan keberanian dan pengorbanan yang tinggi . Ini adalah simbolik perlunya gandingan mantap pemuda – pemudi di sepanjang zaman untuk menggerakkan Dakwah dan menegakkan Ad Deen .

PERSIAPAN DAN KUALITI DIRI YANG PERLU DIPERLENGKAPKAN

Ø Memelihara Aqidah Imaniah dan Aqidah Perjuangan sehingga mampu menangkis segala syubhah dan helah aqidah yang dilontar oleh musuh

Yakin Islam menang dan mampu memerintah
Menanggapi Islam secara syumul
Bersedia untuk mendepani segala cabaran ( mehnah )

Ø Tingkatkan kesedaran Thaqafah ( knowledge ) guna menghadapi serangan pemikiran yang kian sengit dan mencabar

Memahami pengertian & fungsi secular , nasionalis , dictator dsbnya.
Bijak membaca suasana – untuk menterjemah gerakerja dengan tepat
Memahami sunnah perjuangan – yang penuh dengan Tribulasi
[2]
Mampu memenuhi keperluaan ummah semasa
Miliki daya intelektual tulen yang tidak boleh dibeli dengan material .
Mempunyai pandangan yang jauh serta wawasan yang membina .

Ø Bergabung dengan Gerakan dan kepimpinan Islam serta komited dengan aktivitinya .

Menyertai ( intima’ ) dengan Jamaah Islam . ( PAS )
Memberi sumbangan terbaik untuk Jamaah dan ummah
Menjadi agent/duta Jamaah dimana sahaja berada ( ex: kampus )

Ø Membina semangat jihad dan daya prihatin yang tinggi untuk mempertahankan Islam dan ummat dari konpirasi musuh – musuh Allah .

Berani bertindak menentang kedholiman & kebobrokan pemerintah
[3]
Peka terhadap isu yang memihak kepada kita utk. dimanafaatkan
Sensitiviti yang tinggi terhadap sikap musuh yang menghina Islam .
Sanggup berkorban dan sedia menerima risiko perjuangan

Ø Membentuk keperibadian ( syakhsiyyah Islamiyyah ) dan watak kepimpinan kontemporari yang mengekalkan prinsip Aqidah dan Akhlak Islamiyyah

Penampilan berkarisma dan berwibawa
Bebaskan diri dari pengaruh & sentimen negatif pd. watak kepimpinan
Telus , berlapang dada dan beramanah terhadap tugas dan peranan .
Menguasai dan memimpin keadaan / arus

Ø Kemahiran menguasai sarana perjuangan dan keupayaan menguasai pengaruh masyarakat .

Penguasaan dalam bidang IT
Menakluki arus media ( elektronik / cetak )
Menangani polemik masyarakat
Ada hubungan dengan individu berpengaruh dalam masyarakat .
Tidak meminggir diri dari arus perjuangan rakyat & semasa .
Memasang jaringan gerakkerja di peringkat nasional / internasional
Kemampuan memanafaatkan chanel – chanel utama untuk dakwah spt :

Ø Public speaker
Ø Public counselor dll.

PROSES PEMBENTUKAN PERIBADI PEMUDA/I
HASIL LENTURAN RASULULLAH SAW.

Proses pembentukkan peribadi pemuda – pemudi dilentur oleh Rasulullah saw . melalui Amal Islami yang merangkumi 3 kategori .

Amal Jamaei ( Harakah Islamiyyah )
Amal Ijtimaei ( Masyarakat )
Amal Fardi ( Individu )

Ø Amal Jamaei .
Sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw. membentuk satu kelompok usrah di rumah Arqam bin Abi Arqam sebagai proses pengkaderan , berasaskan :

1. Ukhuwwah Islamiyyah ( Persaudaraan Islam )
2. Tasawwur Amal Islami ( Kefahaman Gerakkerja Islam )
3. Tauziu’l Amal توزيع العمل ( Pengagihan tugas )
4. Bina’ Asy – Syakhsiyyah بناءُ الشخصية ( Membentuk perwatakan/keperibadian )

Jiwa yang soleh
Watak kepimpinan
Peribadi mujahid ( pejuang )

Pesanan Rasulullah saw. kepada Huzaifah Ibnul Yaman :

تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِيْنَ وَ إِماَمَهُمْ

“ Kamu hendaklah beriltizam ( komited ) dengan Jamaah Ummat Islam dan pemimpin mereka .”

Riwayat : Bukhari dan Muslim

Ø Amal Ijtimaei .

Aktiviti social dengan membawa konsep :

1. At Ta’awun التعاون ( bertolong bantu dalam perkara baik & takwa )

2. At Tawasho التواصى ( berpesan – pesan dengan kebenaran dan kesabaran )

3. Ad Dakwatu Ilallah ( menyeru kembali kepada Allah swt. )

4. Al Amru bil makruf

5. An Nahyu A’nil mungkar

Berkata benar walau berhadapan dengan pemimpin yang dholim
Tegas dengan prinsip syara’

Ø Amal Fardi

Berpusat kepada agenda taqarrub kepada Allah swt .

1. Qiamulaill & Solat An Nawafil ( Solat sunat )
2. Fikir dan zikir )Al Mathurat dll (
3. Tilawatul quran

يَاأَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ قُمْ اللَّيْلَ إِلا قَلِيلا نِصْفَهُ أَوْ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلا أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلْ الْقُرْآنَ تَرْتِيلا إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلا ثَقِيلا

Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat .

- Muzammil : 1 – 5

CABARAN – CABARAN SEMASA YANG DIHADAPI OLEH
GERAKAN MUDA/I DALAM MENGGERAKKAN DAKWAH

Serangan Pemikiran . ( Ghazwatul Fikri )

1. Sekularisasi Ilmu ( ilmu tidak berpaksi kepada iman )
2. Dualisme budaya ( membaratkan budaya timur )
3. Penyelewengan fakta sejarah
4. Melontar kekeliruan kepada ummah terhadap agama anutan mereka
5. Kristianisasi
6. Hinduraya
7. Faham pandang barat ( New world order )
8. Faham pandang timur ( spirit samurai )

( semua item di atas menjadi penghalang utama kepada arus dakwah yang digerakkan malah terus menyumbang kepada keruntuhan Aqidah yang parah )

Keruntuhan Moral

1. Pengaruhi budaya hedonisme
2. Penguasaan budaya porno
[4]

( item ini pula membentuk manusia yang berpaksikan nafsu dan lemah jiwa . Mereka menjadi sukar untuk memberi respon positif kepada dakwah yang tiba kepada mereka , justeru itu pergerakkan dakwah menjadi lembab dan mendatar )

Pemerintahan Secular Dictator .
[5]

1. Menggunakan seluruh instrument kerajaan untuk menyekat dakwah

2. Melacurkan undang – undang , menobatkan kekejaman ( ex : ISA )

3. Menyekat semua laluan dakwah seperti memilik negarakan semua masjid dan khutbah serta tidak mengeluarkan permit untuk ceramah umum .

4. Menggunakan kuasa polis untuk membantai rakyat dan menyeksa pejuang/pendakwah .

5. Mengugut dan menakutkan rakyat supaya menjauhi Harakah Islamiyyah

Cengkaman Rasa Putus Asa . kerana :
[6]

1. Dakwah mereka di tolak mentah
2. Terpaksa melalui tempoh yang terlalu lama untuk berjaya dalam dakwah
3. Cabaran terlalu getir dan terus muncul bertali arus
4. Sering menerima kegagalan dalam misi yang dilancarkan
5. Sokongan yang sangat minority secara berpanjangan

PERUBAHAN DALAM BENTUK BAGAIMANA
YANG PERLU DIBAWA OLEH PEMUDA/I

Pemuda – pemudi mesti menjadi arkitek mengawal proses perubahan yang berlaku kerana kita tidak mahu meruntuhkan jahiliyyah dan menegakkan jahiliyyah yang baru . Kita juga tidak mahu slogan taghyir ( perubahan ) hanya tinggal laungan dan slogan yang hampa .

Perubahan yang dilakukan bukanlah asas rekaan dan kajian tetapi mengikut acuan wahyu dan sunnah Rasulullah saw . Justeru itu , langkahan awal mestilah merubah persepsi umum masyarakat terhadap keupayaan Islam untuk memerintah di era sains dan teknologi .

Bentuk perubahan sedemikian boleh dilangsungkan dengan mengambil kaedah Muwajjahah Silmiyyah ( pendekatan aman ) dan mempelbagaikan wasilah serta methodology dakwah melalui usaha memanafaatkan semua ruang yang wujud dengan mencipta suasana untuk menguasai keadaan .

Sebagai cth . di Negara kita , kita mengambil pendekatan pilihanraya sebagai salah satu bentuk
[7] perubahan . Kita mempunyai hasil melalui pendekatan ini namun begitu kita tidak pernah beriman dengan pilihanraya .[8]

Pemuda – pemudi juga mestilah membawa satu bentuk perubahan yang mantap dan bersedia untuk mengambil alih ketuanan pentadbiran/pemerintahan negara dengan memikir dan mengkaji secara serious dari masa ke semasa untuk memenuhi keperluan semasa .

Langkah untuk memastikan usaha ini berjaya , beberapa tindakan asas mesti dilaksanakan seperti :

Ø Menguasai Niqabah ( jabatan ) yang menjadi instrument kerajaan

Ø Menyediakan tenaga upaya/pakar dalam bidang yang diperlukan untuk memerintah

Ø Membentuk Daulatun Nuwab ( Negara Bayangan )
[9]

Ø Melebarkan chanel dakwah di pelbagai peringkat

Ø Kelengkapan diri ( individu ) untuk turun menghadapi risiko perjuangan di tengah gelanggang dan bernafas panjang mengharungi badai perjuangan yang tiada penghujung .

Ø Memahami peranan yang mesti dilaksanakan dan mengetahui lokasi/medan operasi yang akan dijalankan agar tidak berlaku gejala over lap yang ketara dan pengabaian terhadap Fiqhul Aulawiyyat .
[10]

Sikap gopoh dalam tindakan membentuk perubahan sehingga mencetus adegan – adegan yang tidak rasional atau bercanggah dengan keputusan syura ummat islam adalah perkara yang mesti ditinggalkan oleh pemuda dalam merangka bentuk perubahan yang ingin mereka bawa .

JANGAN MEMETIK BUAH SEBELUM MASAK . LANTARAN ITU SABAR DAN TENANGLAH DALAM BERJUANG. ISTIQAMAH DALAM MENGGERAKKAN PERUBAHAN.

Pemuda/i Tidak selayaknya berpaling dari tanggungjawab perjuangan walau dalam apa alasan sekalipun . Penglibatan pemuda/I adalah antara denyutan nadi perjuangan . Apakah kita tergamak berpaling setelah kita menerima hidayah , sedangkan hidayah yang kita terima adalah melalui pengorbanan tenaga dan jiwa mereka terdahulu .

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِيْن مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَى عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik ( berpaling tadah )? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).

Ali Imraan : 144

[1] Mereka ini semua adalah mahasiswi – mahasiswi di Universiti of Rasulullah saw. yang dibentuk dan dilentur untuk menjadi tunggak utama perjuangan Islam bagi mewakili sayap kiri perjuangan tersebut.

[2] Sunnah perjuangan : Jauh perjalanan , sukar , dipenjara , dibuang daerah dan dibunuh .

[3] Tindakan yang sesuai dengan penampilan dan tahap upaya pemuda/I . Sekali – kali tidak layak berpeluk tubuh membiarkan mereka bermaharajalela dengan kedholiman dan kekejaman .

[4] di anggarkan 70% kandungan internet ialah pornografi . Menurut Buchanan International ( sebuah rumah penapisan ) terdapat 20 000 laman web lucah baru muncul setiap hari didunia .

Sumber : MASSA 7/10/00 – hlm. 18

[5] Pemerintahan secular adalah natijah kepada serangan pemikiran yang dihadapkan kepada Ummat Islam . Ianya berfungsi untuk membendung semangat beragama dan mematahkan hasrat pelaksanaan Daulah Islamiyyah .

[6] Seringkali rasa putus asa ini mendorong pendakwah muda bertindak gopoh melewati batas rasional dalam tindakan mereka dan membuatkan mereka dikuasai emosi bukan mereka yang menguasai emosi.

[7] Peringatan : Bukan satu – satunya tetapi hanya salah satu …

[8] membawa maksud kita tidak akan berhenti meneruskan agenda At taghyir sekalipun pilihanraya dan kemenangan kita di batalkan sebagaimana apa yang berlaku kepada FIS di Algeria .

[9] seperti memiliki hospital dan sekolah sendiri dll.

[10] Termasuklah sibuk buat kerja orang lain sedang tanggungjawab sendiri terabai .

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home