Kertas Kerja ( 019 / Siri ke empatbelas )
RUKUN BAIAH ASAS KEILTIZAMAN BERJAMAAH
ZIARAH KUBUR
وزيارة القيور أيا كانت سـنة مشـروعة بالكيفية الـمأثورة و لكن الإستعانة بالـمقبورين أيا كانوا ونداءهم لذالك وطلب قضاء الحاجات منهم عن قرب أو بعد و النذر لهم و تشـييد القبور و سـترها و إضـاءتـها و التـمسـح بها و الحلف بغير الله و ما يلحق بذلك من المبتدعات كبائر تجب محاربتها و لا نتـأول لـهـذه الأعـمـال سـدا للذريعـة
“ Menziarah kubur walaubagaimanapun adalah sunnah yang disyariatkan dengan cara yang diterima dari Rasulullah saw . Akan tetapi meminta tolong dari ahli qubur walau bagaimana cara sekalipun , begitu juga menyeru mereka , meminta supaya ditunaikan hajat samaada dari dekat atau jauh , bernazar kepada mereka , membina kubur , mengelambuinya , meneranginya dengan lampu , memperluaskan , bersumpah selain dari nama Allah dan perkara - perkara seumpama itu adalah bidaah dan dosa yang wajib diperangi . Tiada ruang bagi kita berta'wil ( beralasan ) dalam amalan - amalan seperti ini demi menutup pintu - pintu kemungkaran ”
ULASAN .
Usul ini mendedahkan sebahagian daripada penyelewengan amal yang nyata amat berleluasa kini . Amalan menziarahi kubur adalah disyariatkan namun keterlaluan dan penyimpangan dari apa yang di ajar oleh Rasulullah saw. melalui hadis - hadisnya membawa kepada perlakuan dosa - dosa besar yang tidak tertanggung .
Bentuk - bentuk bidaah yang disebut oleh Asy - Syahid dalam usul ini antara yang berlaku dalam masyarakat kita malah dianggap rutin tanpa sebarang tegahan serious dari mana - mana pihak . Sewajarnya kita memahami , bahawa bidaah ini adalah satu barah yang akan memusnahkan daya kekuatan dalaman (daya melawan virus syirik) apabila mereka lebih yakin kepada orang mati dari pada bergantung sepenuhnya kepada Allah .
Sesetengah negara ummat Islam mengambil peluang dari wujudnya maqam - maqam tokoh dalam negara mereka untuk komersil pelancungan tanpa mengawal perbuatan - perbuatan bidaah tersebut . Secara tak lansung ianya membentuk rangkaian bidaah antarabangsa yang sukar dihapuskan sementara musuh menanti saat lumpuhnya kekuatan aqidah ummah .
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home