BANTUAN KEMANUSIAAN :
MUSLIM CARE DI YOGJAKARTA
Diforwardkan di sini, SMS yang saya terima daripada Ustaz Ridwan yangmengetuai Delegasi Pertama Misi Bantuan Kemanusiaan Muslim Care diJodjakarta, Indonesia.
SMS Pertama dari Ustaz Ridwan diterima pada 3.18 ptg 12 Jun 2006 : "Ana di Jodja. doakan selamat, Merapi tengah mengamuk. Penghuni Jodja perlu dibantu. NGO Kristian sedang menyerbu ganas".
SMS Kedua dari Ustaz Ridwan 4.33 ptg 12 Jun 2006 : "Teman-teman Muslim Care wajib datang....... rasanya banyak yang perlu dibantu. Uruskan persiapan, nanti ana beri taklimat. Harap Muslim Care tangkas dalam isu ini. Saudara kita di Jodja wajib dibantu".
SMS Ketiga dari Ustaz Ridwan 5.07 ptg 12 Jun 2006: "Zack! Nanti tolong buat e-mail pada kekawan, minta beri sokongan kepada Misi Kemanusiaan Muslim Care di Jodja. Mereka sedang menderita. Bantuan tidak merata kepada rakyat. NGO Kristian mengambil peluang".
Apa yang Muslim Care harapkan, SMS dari Ustaz Ridwan ini akan dapat menarik perhatian muslimin dan muslimat untuk menderma bagi menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Muslim Care di Jodjakarta, Indonesia.
Sokongan dan kerjasama semua adalah nadi kepada kerja-kerja dan program-program kebajikan yang Muslim Care laksanakan.
Insya'Allah Misi Kedua Bantuan Kemanusiaan Muslim Care ke Jodja, Indonesia akan diadakan dalam masa yang terdekat ini. Kepada yang berminat, bolehlah menyalurkan sumbangan melalui Akaun Muslim Care di Bank RHB atas nama Muslim Care. No.Akaun : 26-2120-0000-4747.
Untuk transfer melalui internet sila guna Joint Account Maybank atas nama Zulkifli Wahijan (Bendahari Muslim Care) dan Mat Arifin Ismail (Pengerusi Muslim Care) MaybankWadiah : 564490201884.
Memandangkan kedua-dua akaun ini Muslim Care gunakan untuk kutipan derma Misi Bantuan Kemanusiaan ke Acheh, Pakistan, Kemboja, Palestine dll, saya memohon kepada penderma agar memaklumkan setiap sumbangan kepada saya melalui e-mail ini atau sms melalui no. H/phone 012-6935938 untuk tujuan rekod dan tindakan selanjut.
Maaf diatas segala kelemahan. Terima kasih kepada para penderma semua. Sokongan dan sumbangan amat diperlukan dan dihargai. Moga Allah membalas segala kebaikan tuan/puan. Maaf di atas segala kelemahan.
Lagi SMS dari Ustaz Ridwan - Wakil M'CAre di Jodjakarta, Indonesia yang diterima pada 12.18 tgh, 13 Jun 2006 : "Akhi, anta kena bentuk team bantuanyang akan ke Jodja. Banyak kerja kena buat, akhi....... mereka sangat susah. Tidak dapat bantuan kerajaan. Ada dah merusuh kantor kepala Desa".
Wassalam.
B/p Muslim Care.
1 Comments:
http://www.malaysia-today.net/blog/2006/06/satu-cabaran-buat-pas.htm
apa komen ustaz tentang artikel ini? saya rasa wan saiful ni seorang lagi balachi Islam Liberal.
4:25 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home