" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, June 14, 2006

Kertas Kerja ( 019 / siri kesebelas ) RUKUN BAIAH ASAS KEILTIZAMAN BERJAMAAH.
BIDAAH YANG WAJIB DIPERANGI

و كل بدعـة فى دين الله لا أصـل لـهـا اسـتـحـسـنهـا الناس بأهوائهم سواء بالزيادة فيه أو بالـنـقـص فيه ضـلالة تجب محاربتـها و القـضـاء عليها بأفضـل الوسـائل التى لا تؤدى إلى ما هو شـر منها

“ Semua bida'h yang direka cipta dalam ugama Allah tanpa ada usulnya dan dianggap baik oleh manusia menurut nafsunya samaada dengan menambah atau mengurangkan adalah merupakan suatu kesesatan yang wajib diperangi . Pelaksanaannya mestilah dikendalikan dengan sebaik - baik cara supaya tidak mencetus keadaan yang lebih parah dari bidaah itu sendiri ”

ULASAN .

Sungguhpun manusia umum menganggap sesuatu yang diada - ada kan dalam urusan ugama itu adalah baik , namun jika sekiranya ia tidak mempunyai sandaran usulnya , maka ia mesti dihapuskan daripada terus menjadi barah yang sukar diubati .

Harus disedari bahawa Islam ugama Itba' ( اتـبـاع ) , ikut dan patuh bukannya Ibtida' ( ابـتـداع ) , mengada - adakan yang baru dalam urusan ugama .

Sabda Rasulullah Saw :
[1]

من أحدث فى أمرنا هـذا ما ليـس منه فـهو رد

“ Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baru dan urusan ugama kita sedang ia bukan dari ugama , maka ia tertolak ”

(Bukhari dan Muslim )

Sesuatu yang diadakan dalam urusan ugama yang tidak diizinkan oleh Allah dan Rasulnya maka ia bukan dari ugama dan ia adalah wajah kemungkaran yang meresap ketengah - tengah amal Islami .

Sebab yang mendorong berlakunya bidaah .
[2]

Bidaah berlaku dalam dua keadaan . Samaada dalam bentuk menambah sesuatu dalam urusan ugama atau mengurangkannya . Kedua - duanya disebabkan :

1. Jahil terhadap Kitabullah dan Sunnah Rasulullah saw.
2. Jahil terhadap kalam Sahabat rhm. dan Tabiin .
3. Jahil terhadap kalam Ulama’ Solehin dari Ahli Sunnah wal Jamaah.
4. Jahil terhadap penggunaan bahasa arab.

Gambarajah kejahilan ini menjerumuskan manusia ke kancah bidaah . Antara lain , anasir positif yang mencetus bidaah ialah mengikut perkara - perkara yang kesamaran dan hawa nafsu .

Faktor kemaharajalelaan bidaah .

1. Tindakan ulama’ yang bidaah dan taqlid orang ramai kepadanya berasaskan keyakinan bahawa apa yang mereka lakukan adalah suatu yang benar .

2. Sikap ulama’ yang berdiam diri terhadap perkembangan bidaah , diambil hujjah sebagai benarnya bidaah tersebut .

3. Sikap pemerintah yang menganjurkan amal bidaah dan memberi pengiktirafan tatkala ia menepati selera mereka atau sikap mereka yang acuh tak acuh dalam membasmi kemungkaran .

4. Berleluasanya bidaah ditengah - tengah masyarakat sehingga ia menjadi adat kebiasaan umum yang sukar diubah melainkan dengan usaha yang bersungguh - sungguh dari semua pihak .

5. Amal bidaah itu bertepatan dengan nafsu dan kecenderungan manusia.

Ummat melayu antara contoh hampir , untuk kita lihat bagaimana meresapnya upacara - upacara ibadat yang nyata tidak ada asal dalam Islam tetapi diamal dan dianggap ia sebahagian dari ugama . Kejahilan menjadi faktor utama berlakunya fenomena seumpama ini .

Ulama' sewajarnya gigih menangani hal ini sementara ia belum benar - benar meruntuhkan ummat Islam . Pihak berkuasa pula bertanggungjawab membasmi upacara - upacara dan adat istiadat kemelayuan ( kebangsaan ) yang bertentangan dengan etika dan norma kesucian Islam , seperti upacara - upacara pantai , semah tanah dan seburuk - buruk bidaah ialah tunduk dan patuh kepada qanun ciptaan manusia “قانون وضعي” sementara syariat Ilahi ditohmah sebagai pembawa pecah belah dalam masyarakat majmu' .

Menyedari pertumbuhan bidaah yang telah berakar umbi ditengah masyarakat ummat Islam maka semua pihak sewajarnya prihatin dan bijak menyusun agenda penghapusan atau pembasmian bidaah tersebut .

ادع إلى سـبيل ربك بالحكمة و الموعظة الحسنة و جادلهم بالتى هى أحسـن

“ Serulah ke jalan tuhanmu dengan hikmah , peringatan yang baik dan bahasi mereka dengan perbahasan terbaik ”

( An Nahl 125 )

Hikmah . ( exp. Lisanul Hal /tindak tanduk )
Maui'zah ( exp . Da'wah Fardiyyah )
Jidal
( exp . Mauzakarah )

Apa yang menyukarkan kita‏ ialah sikap masyarakat yang memandang bidaah itu adalah sebahagian daripada ugama lantaran mereka mewarisinya sejak turun temurun .

Objektif yang perlu diambil .

1. Menghidupkan majlis ilmu .

( Hantar penda'wah ke kawasan yang subur perkembangan bidaah dan kawasan yang tiada majlis ilmu ) Tindakan gam ulama atau pendakwah hanya memuaskan hati pihak tertentu tetapi membantutkan proses penyebaran ilmu .

2. Mewujudkan model amal Islami yang menyeluruh dengan dipelopori oleh ahli ilmu . ( Yang faham Islam )

3. Menguatkuasa syariat Islam di semua peringkat . ( Pentadbiran , politik , sosial dan sebagainya . )

4. Menyekat dan menutup faktor yang mendorong tercetusnya amal bidaah

a. Tidak menerima ijtihad mereka yang tidak berkeahlian

b. Jawab segera apa jua tuduhan , tohmahan dan anasir - anasir yang bukan dari ugama kita dengan menggunakan hujjah - hujjah ilmiah dari Al quran , Sunnah dan qaul mu’tabar .

c. Mengekang sebarang tindakan taasub pada satu - satu pandangan atau ijtihad .

[1] Hadis kelima dari الأربـعـيـن الـنـوويـة
[2] Ruju’ البدعة فى العقيدة و التصوف oleh : Dr. Syed Aqil bin Ali Al Muhdali

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home