Nota Ucapan Perasmian
Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke 47
oleh : Al Fadhil Ustaz Nasharudin bin Mat Isa
Timbalan Presiden PAS .
RUNTUHKAN JAHILIYYAH .
Semoga Dewan Pemuda PAS ( DPP) terus menjadi kilang melahirkan Pelapis yang akan mendokong perjuangan Islam di tanahair tercinta ini .
Kita mempunyai peranan besar sebagai sebuah organisasi Islam yang memperjuangkan Islam agar ia menjadi kalimah yang paling tinggi di atas muka bumi ini amnya dan di tanahair kita ini khasnya.
Tugas utama kita sebagai sebuah Jamaah Islam ialah : Meruntuhkan Jahiliyyah ( kuno / modern ) dan Membina Islam di atas keruntuhan Jahiliyyah tersebut . Jahiliyyah itu bukan sahaja system atau politik pemerintah hari ini atau pun bukan juga Jahiliyyah itu semata - mata yang berada pada orang lain , tetapi jangan sekali - kali lupa pula untuk meruntuhkan karat - karat Jahiliyyah yang mungkin boleh wujud dalam diri kita sendiri .
Selagi mana karat - karat Jahiliyyah dalam diri dan jamaah kita belum diruntuhkan , kita akan menghadapi kegagalan sewaktu berdepan dengan jahiliyyah di luar sana .
Justeru itu , awas ! Jangan disebabkan kelemahan kita atau salahnya kita membawa Islam ini ke tengah masyarakat membuatkan masyarakat menolak Islam yang suci ini .
Kesempatan ini , saya ingin menegaskan 2 feqh yang perlu difahami dan dihayati oleh kita semua untuk memantapkan perjuangan islam yang kita dokong bersama .
Feqhut Taghyir ( فقه التغيير )
Feqh yang mendidik kita bagimana kita mahu mengadaptasikan Islam yang dilaksanakan zaman Rasulullah saw hingga ia benar - benar difahami oleh masyarakat hari ini dan serentak itu kita boleh melakukan perubahan - perubahan positif yang tidak menyalahi prinsip syara' .
Bagaimana kita merealisasikan islam dalam kehidupan yang selari dengan perubahan zaman dan tempat serta mudah pula difahami dan dilaksanakan oleh masyarakat awam ( rakyat ) tanpa menyanggahi prinsip - prinsip asas syariat Islam .
Menjadi tanggungjawab amilin atau murabitun mendalami dan memahami persoalan ini agar ia mampu melaksanakan tanggungjawab perjuangan ini secara berkesan .
Feqhul Waaqi' . ( فقه الواقع )
Feqh ini selayaknya dibaca dan dihayati bersama dengan Feqhut taghyir . Memahami realiti semasa dan tuntutan atau keperluannya bersama kewajaran beranjak atau berubah dalam satu - satu masa . Samaada tuntutan semasa memerlukan anjakan paradigma ataupun anjakan strategi . Adapun Islam dan baginda Rasul saw, tidak pernah meletakkan kaedah yang statik untuk pendekatan dan strategi perjuangan mahupun dakwah.
Namun begitu , prinsip ubudiyyah dan mentauhidkan Allah serta tanggungjawab meninggikan agama Allah swt adalah suatu yang tetap tanpa menerima perubahan bila pun zaman dan dimana pun tempat .
Akhirnya , setelah menyedari dan memahami tugas serta tanggungjawab yang wajib kita laksanakan ini , "Jom Turun" kepada mendekati masyarakat agar mereka tidak lagi melemparkan segala tohmahan dan menyimpan segala prasangka terhadap kehadhiran kita untuk menyampaikan Islam dan menegakkannya di tanahair ini.
"Jom Dakwah" agar rakyat mengerti dan menyintai Islam lalu kembali melaksanakan syariat Allah swt. Selamatkan mereka dari kancah maksiat atau terus hanyut dibawa arus mungkar yang kian dahsyat hari ini . Pimpin dan bimbing tangan mereka keluar dari kegelapan jahiliyyah ke ruang cahaya hidayah Allah swt.
"Jom Berjuang" menggerakkan jentera menggalas tanggungjawab meninggikan agama Allah swt dan sedia berhadapan dengan siapa jua yang cuba menghalang perjuangan suci ini . Berani dan tegas membawa Islam ke mercunya. Sehinggalah tiada yang lebih tinggi melainkan Islam .
1 Comments:
Teruskan usaha dan ikhtiar ustaz! InnalLaha ma'ana!
2:40 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home