" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Thursday, June 15, 2006

ABU BAKAR BASYIR DIBEBASKAN .

JAKARTA 14 Jun -

Pemimpin Majlis Mujahidin Indonesia, Abu Bakar Basyir yang didakwa turut terlibat dalam peristiwa pengeboman Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 orang pelancong, dibebaskan dari penjara Cipinang, di sini hari ini.

Pembebasan Abu Bakar yang juga pengasas sekolah agama Al Mukmin Ngruki, Solo itu disambut oleh ratusan penyokongnya sambil bertakbir sebaik sahaja dia melangkah keluar dari pintu penjara.

Beliau kemudian dibawa pulang ke Solo, Jawa Tengah dengan kereta dan diiringi beberapa buah bas yang membawa para penyokongnya.

Abu Bakar, 58, dibebaskan dari penjara tersebut pada pukul 7.15 pagi, 45 minit lebih awal dari jadual selepas segala proses pentadbiran dan penyelarasan dengan keluarganya selesai. Bagaimanapun, difahamkan pembebasan Abu Bakar dibuat lebih awal untuk mengelakkan kesesakan orang ramai yang datang menyambutnya di penjara itu.

Selepas dibebaskan, Abu Bakar sempat menyatakan kepada wartawan bahawa dia akan terus berjuang bagi menegakkan syariat Islam. Abu Bakar dihukum dua setengah tahun penjara oleh Mahkamah Pengadilan Negeri Jakarta Selatan dan pada 2005 beliau menerima pengurangan hukuman berikutan usia dan tingkah laku semasa berada dalam penjara.

Sementara itu, Pesantren Al- Mukmin Ngruki, Solo, telah membuat persiapan besar-besaran untuk menyambut kepulangan pemimpin mereka hari ini. Dalam perkembangan yang sama, Menteri Luar Negeri Australia, Alexander Downer memberitahu Sky News beliau kecewa dengan pembebasan Abu Bakar kerana bimbang akan menyebabkan berulangnya aksi-aksi keganasan.

Beliau menegaskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyenaraikan Abu Bakar sebagai pelaku keganasan dan pemerintah Indonesia bertanggungjawab untuk menentukan larangan termasuk pembekuan aset-aset miliknya, melarang perjalanan ke luar negara dan juga larangan memiliki senjata.

– Utusan

1 Comments:

Blogger Az-Zikr said...

Teruskan usaha Ya Sheikh...
Itulah sunnah perjuangan...


Sunnah Berjuang


Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Inilah gelombang hidup samudera duka

Seorang mujahid memburu syahid
Dibuang ia berkelana
Dipenjara ia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa mara memburu cita
Kembara demi Allah dan Rasulnya


Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang tegang silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang


Malamnya bagai rahib meniti sayu
Menghiris dosa air mata
Siangnya bagai singa dirimba
Memerah keringat meluah tenaga


Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina demi kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang

12:11 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home