" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, June 17, 2006

Kertas Kerja ( 019 / siri ke limabelas )
RUKUN BAIAH ASAS KEILTIZAMAN BERJAMAAH

TAWASSUL

والـدعـاء إذا قـرن بـالـتـوسـل إلى الله بـأحـد من خـلقـه خـلاف فـرعى فى كـيـفـية الـدعـاء و لـيس من مسـائل العـقـيدة

“ Doa yang dipanjatkan kehadhrat Ilahi secara bertawassul melalui makhluknya adalah tergolong dalam masaalah khilafiah dari sudut kaifiat berdoa , ianya tidak termasuk dalam masaalah aqidah . "

ULASAN .

Munajat adalah suatu yang amat penting bagi setiap individu muslim malah ia sebagai senjata bagi orang - orang mukmin . “ الـدعـاء سـلاح الـمؤمن “
[1] . Sementara itu bertawassul dengan makhluk ( orang - orang soleh atau amalan - amalan soleh ) dalam munajat kepada Allah adalah persoalan khilafiah yang telah banyak perbincangannya dikalangan fuqaha' dan nyata ia bukan persoalan aqidah .

( Sikap kita dalam menangani persoalan ini kembali kepada perbincangan melalui usul terdahulu dalam masaalah khilafiah . ) Namun berdoa ( memohon manafaat atau mudharat ) dari makhluk adalah nyata bertentangan dengan syara' dan boleh membawa syirik .

Tawassul yang diharuskan . ( Tanpa khilaf )
[2]

1. Tawassul kepada Allah dengan zat dan namanya yang maha terpuji . Seperti :

اللهم إنى أسـألك بـأنك أنت الله الذى لاإله إلا هو الأحد الـصـمد الذى لم يلد و لم يولد ولم يكن له كفوا أحد

“ Ya Allah ya Tuhanku , Aku memohon dariMu dengan bahawa sesungguhnya Kaulah Allah yang tiada tuhan selainNya yang maha esa lagi terpuji , yang tidak beranak dan diperanakkan dan tiada baginya tandingan ”

2. Tawassul kepada Allah dengan ketaatan dan amal solehnya .

يـا أيهـا الذين آمنوا اتقوا الله و ابتغوا إليه الـوسـيلة وجـاهدوا فى سـبيله لعلكم تفلحـون

“ Hai orang - orang yang beriman , patuhlah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan kepadanya dan berjuanglah di jalan Allah supaya kamu beruntung ”

( Al Maidah 35 )

3. Tawassul dengan doa orang - orang yang soleh .

الذين يحملون العرش و من حوله يسبحون بحمد ربهم و يؤمنون به و يستغـفرون للذين آمنوا ربنا وسعت كل شئ رحمة و علما فاغـفر للذين تابوا و اتبعوا سبيلك وقهم عذاب الجحيم

“ Mereka yang memikul singgahsana dan orang yang ada di sekelilingnya , semua tasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepadanya dan memohonkan keampunan untuk orang - orang yang beriman : Wahai tuhan kami , Maha luas rahmat dan pengetahuanMu terhadap segala sesuatu ! Ampunilah orang - orang yang bertaubat dan mengikuti jalanMu dan peliharalah mereka dari siksaan neraka ”

( Ghafir 7 )

Tawassul dengan orang mati adalah nyata bertentangan dengan Islam dan boleh mencetuskan syirik .

[1] روى الحاكم فى المستدركه من حديث على بن أبى طالب رضى الله عنه قـال : قـال رسول الله صلى الله عليه وسلم : الدعاء سلاح المؤمن و عماد الدين و نور السموات و الأرض

[2] دســتـور الـوحـدة الـثـقـافـيـة بيـن الـمـسـلميـن Oleh Syeikh Mohd Ghazali m/s 149

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Boleh rujuk kitab karangan Dr. Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani yang bertajuk Mafahim Yajib an Tusahhah tentang masalah tawassul.

Di antaranya ada dibincangkan masalh tawassul dengan Rasulullah s.a.w. Antara hadith yang disertakan:

al-Imam al-Hafiz al-Darimi, dalam kitab al-Sunan, bab "Kemuliaan yang diberikan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w. setelah beliau wafat", mengatakan bahawa Abu Nu'man telah menceritakan dari Sa'id bin Zaid, dari 'Amr bin Malik al-Nakri, dari Abu Juza Aus bin Abdullah, dia berkata:

"Penduduk Madinah pernah ditimpa musim kemarau panjang. Mereka lalu mengeluhkannya kepada Siti Aisyah r.a. Dia berkata, "Perhatikanlah kuburan Nabi Muhammad s.a.w. Jadikanlah darinya sesuatu (untuk) menjadi lubang dinding menuju langit sehingga tidak ada lagi atap di antara kuburan itu dan langit." Aus bin Abdullah berkata, "Lalu mereka pun melakukannya." Maka kami mendapatkan hujan lebat yang dapat menyuburkan rumput dan menggemukkan unta."

10:20 AM

 
Blogger guru besar sk batu arang said...

Usul 15 ini perlu dipinda dan dikaji semula sesuai dengan pendirian para ulama sufi.

10:44 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home