" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, July 25, 2006

SIKAP KITA TERHADAP ISU SERBAN 3

Kenapa Berserban ?

Serban ialah pakaian yang dipakai oleh golongan lelaki dililit diatas kepala sebagaimana dinyatakan dalam mu'jam dibawah:

و فى المصباح المنير والمعجم الوسيط والمخصص لابن سيده تم تعريفهم للعمامة مايلى:العمامة : اللباس الذى يلاث ( يلف ) على الرأس تكويرا ، وتعمم الرجل ، والجمع عمائم

Masyarakat Arab pada zaman jahiliah juga telah memakai serban dan hal ini telah menjadi kebiasaan dan adat mereka. Apabila datang Islam, pengamalan memakai serban diteruskan memandangkan ianya adalah satu perkara yang baik.

Rasulullah saw juga berserban dan telah menyatakan dalam sabdaan Baginda tentang serban ini bahkan terdapat hadis yang menyuruh agar Sahabat beserban, membuktikan bahawa pemakaian serban ini bukanlah menjadi ikutan dan adat semata-mata, malahan ia adalah Sunnah dan petunjuk (al hadyu) Baginda saw yang agung. Ini kerana sunnah bermaksud:

السنة النبوية هي ما ثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم من قول أو فعل أو تقرير، وأضاف بعض أهل العلم أو صفة سواء خَلقِية أو خُلُقية

“ Sunnah An Nabawiyyah ialah apa yang sabit dari nabi saw yang terdiri dari perkataan , perbuatan atau taqrir ( dan telah ( menyandarkan ) menyatakan oleh sebahagian ahli ilmu ) atau sifat samaada Khalqiyyah ( semula jadi ) atau Khuluqiyyah .( perlakuan seharian )

DALIL-DALIL BERKAITAN DENGAN SERBAN

Antara dalil yang disebut bahawa Nabi saw memakai serban ialah:

حَدَّثَنَا ‏ ‏يَحْيَى بْنُ يَحْيَى ‏ ‏وَإِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ ‏ ‏قَالَا أَخْبَرَنَا ‏ ‏وَكِيعٌ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏مُسَاوِرٍ الْوَرَّاقِ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏جَعْفَرِ بْنِ عَمْرِو بْنِ حُرَيْثٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِيهِ ‏ ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏خَطَبَ النَّاسَ وَعَلَيْهِ عِمَامَةٌ سَوْدَاءُ

Bhw Rasulullah saw. telah berkhutbah dihadapan manusia dan di atasnya serban berwarna hitam.

Riwayat Imam Muslim

‏حَدَّثَنَا ‏ ‏هَارُونُ بْنُ إِسْحَقَ الْهَمْدَانِيُّ ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏يَحْيَى بْنُ مُحَمَّدٍ الْمَدَنِيُّ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ مُحَمَّدٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏نَافِعٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏ابْنِ عُمَرَ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏كَانَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏إِذَا اعْتَمَّ ‏ ‏سَدَلَ ‏ ‏عِمَامَتَهُ بَيْنَ كَتِفَيْهِ ‏‏قَالَ ‏ ‏نَافِعٌ ‏ ‏وَكَانَ ‏ ‏ابْنُ عُمَرَ ‏ ‏يَسْدِلُ ‏ ‏عِمَامَتَهُ بَيْنَ كَتِفَيْهِ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏عُبَيْدُ اللَّهِ ‏ ‏وَرَأَيْتُ ‏ ‏الْقَاسِمَ ‏ ‏وَسَالِمًا ‏ ‏يَفْعَلَانِ ذَلِكَ

Dari Ibnu Umar telah berkata : Adalah Nabi saw apabila berserban , ia telah melabuhkan hujung serbannya kebelakang antara kedua bahunya . Telah berkata Nafi’ dan adalah Ibnu Umar melabuhkan hujung serbannya ke belakang antara kedua bahunya . Telah berkata Ubaidullah dan aku telah melihat Al Qasim dan Saalim keduanya melakukan sedemikian itu.

Riwayat Imam Muslim

ما ورد عن ابن عمربن حريث قال " كأنى انظر الى الرسول الله صلى الله عليه وسلم على المنبر ، وعليه عمامة سوداء ، وقد ارخى طرفيها ( فى رواية : طرفها ) بين كتفيه "

Apa yang telah datang dari Ibnu Umar bin Harith telah berkata : Bagaikan aku melihat kepada Rasulullah saw di atas mimbar dan diatasnya serban yang berwarna hitam dan sesungguhnya ia telah melabuhkan hujung serbannya ke belakang antara dua bahunya.

Riwayat Imam Muslim,Nasaie,Abu Daud

Dalam nas di atas dinyatakan bahawa Nabi saw membiarkan ekor serban diantara dua bahunya, bahkan Sahabat dan Tabien mengikut amalan memakai serban yang diamalkan oleh Nabi ini.

Demikian itulah, terdapat perbahasan dalam Feqh Islam tentang kaedah sebenar memakai serban yang menepati Sunnah Baginda saw seumpama dinyatakan dalam Raudhah Tolibin bahawa yang menjadi sunnah ialah serban yang mempunyai perca yang dilepaskan antara dua bahu, setengah Ulamak menyatakan diletak perca serban disebelah bahu yang kanan.

Dalam hadis yang lain dinyatakan:

‏حَدَّثَنَا ‏ ‏قُتَيْبَةُ ‏ ‏حَدَّثَنَا ‏ ‏مُحَمَّدُ بْنُ رَبِيعَةَ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِي الْحَسَنِ الْعَسْقَلَانِيِّ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِي جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ رُكَانَةَ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِيهِ ‏ ‏أَنَّ ‏ ‏رُكَانَةَ ‏ ‏صَارَعَ النَّبِيَّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَصَرَعَهُ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏رُكَانَةُ ‏ ‏سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ ‏ ‏إِنَّ فَرْقَ مَا بَيْنَنَا وَبَيْنَ الْمُشْرِكِينَ الْعَمَائِمُ عَلَى ‏ ‏الْقَلَانِسِ ‏ ‏

Telah berkata : Rukaanah , aku telah mendengar Rasulullah saw berkata : Sesungguhnya perbezaan antara kita dengan Musyrikin ialah memakai serban di atas qalaanis ( jama’ qalanswah ) iaitu seumpama kopiah .

Riwayat Imam Tirmizi

Dalam hadis di atas jelas Nabi saw menyatakan bahawa serban adalah salah satu syiar Islam yang membezakan antara orang Islam dan orang kafir. Nas di atas walaupun tidak datang dalam bentuk arahan tetapi ia adalah taujih khabari yang seakan-akan menggalakkan memakai serban ( dalam ruang lingkup yang tidak sampai peringkat wajib )

وقد ثبت في الحديث عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه عمم عبد الرحمن ابن عوف ، وأرسل العَذَبة بين كتفيه، وقال: هكذا فاعتمَّ يا بن عوف

Dalam hadis diatas jelas menunjukkan bahawa Nabi saw pernah menyuruh Abdul Rahman ibn Auf agar berserban dan menunjukkan kepadanya cara berserban.Hal ini di jelaskan dalam kitab Raudhah Thalibin Imam Nawawi.

Dalam nas yang lain dinyatakan bahawa Nabi telah memakaikan serban keatas kepala salah seorang sahabat:

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مُوسَى حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَعْدٍ الرَّازِيُّ أَنَّ أَبَاهُ أَخْبَرَهُ عَنْ أَبِيهِ قَالَ رَأَيْتُ رَجُلًا بِبُخَارَى عَلَى بَغْلَةٍ وَعَلَيْهِ عِمَامَةٌ سَوْدَاءُ وَيَقُولُ كَسَانِيهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Telah menjelaskan kepada kami yahya bin Musa , menjelaskan kepada kami Abdur Rahman bin Abdullah bin Saad Ar Raazi bahawa bapanya telah mengkhabarkannya dari bapanya telah berkata : Aku telah melihat seorang lelaki di Bukhara, di atas tunggangan beliau memakai serban hitam dan beliau berkata: Rasulullah saw telah memakaikan nya kepadaku

Hadis riwayat Tirmizi

Bahkan dalam hadis yang lain disebutkan bahawa Nabi saw meyapu air ke serban ketika berwudhuk, menyatakan bahawa Nabi saw dalam banyak keadaan berserban terutama ketika mengerjakan Solat, perca kain serban tersebut dilepaskan diantara dua bahunya, dan Baginda menggalakkan agar Sahabatnya berserban seumpama yang telah dinyatakan kepada Abdul Rahman Ibnu Auf Radhiallahu 'Anhu:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الْقَطَّانُ عَنْ سُلَيْمَانَ التَّيْمِيِّ عَنْ بَكْرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْمُزَنِيِّ عَنْ الْحَسَنِ عَنْ ابْنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ تَوَضَّأَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَسَحَ عَلَى الْخُفَّيْنِ وَالْعِمَامَةِ قَالَ بَكْرٌ وَقَدْ سَمِعْتُهُ مِنَ ابْنِ الْمُغِيرَةِ قَالَ وَذَكَرَ مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ فِي هَذَا الْحَدِيثِ فِي مَوْضِعٍ آخَرَ أَنَّهُ مَسَحَ عَلَى نَاصِيَتِهِ وَعِمَامَتِهِ وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ ذَكَرَ بَعْضُهُمْ الْمَسْحَ عَلَى النَّاصِيَةِ وَالْعِمَامَةِ وَلَمْ يَذْكُرْ بَعْضُهُمْ النَّاصِيَةَ و سَمِعْت أَحْمَدَ بْنَ الْحَسَنِ يَقُولُ سَمِعْتُ أَحْمَدَ بْنَ حَنْبَلٍ يَقُولُ مَا رَأَيْتُ بِعَيْنِي مِثْلَ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ الْقَطَّانِ قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ عَمْرِو بْنِ أُمَيَّةِ وَسَلْمَانَ وَثَوْبَانَ وَأَبِي أُمَامَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَهُوَ قَوْلُ غَيْرِ وَاحِدٍ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْهُمْ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ وَأَنَسٌ وَبِهِ يَقُولُ الْأَوْزَاعِيُّ وَأَحْمَدُ وَإِسْحَقُ قَالُوا يَمْسَحُ عَلَى الْعِمَامَةِ و قَالَ غَيْرُ وَاحِدٍ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالتَّابِعِينَ لَا يَمْسَحُ عَلَى الْعِمَامَةِ إِلَّا بِرَأْسِهِ مَعَ الْعِمَامَةِ وَهُوَ قَوْلُ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ وَمَالِكِ بْنِ أَنَسٍ وَابْنِ الْمُبَارَكِ وَالشَّافِعِيِّ قَالَ أَبُو عِيسَى و سَمِعْت الْجَارُودَ بْنَ مُعَاذٍ يَقُولُ سَمِعْتُ وَكِيعَ بْنَ الْجَرَّاحِ يَقُولُ إِنْ مَسَحَ عَلَى الْعِمَامَةِ يُجْزِئُهُ لِلْأَثَرِ

……katanya: telah berwudhuk Rasulullah saw dan kemudiannya disapukan air ke atas dua khuf dan serban baginda. Berkata Bakr: sesungguhnya aku mendengarnya dari ibn Mughirah. Telah menyebut Mohd ibn Basyyar dlm hadis ini pada tempat lain bahawasanya Rasulullah menyapu diatas ubun-ubunnya dan serban Baginda. Sesungguhnya diriwayatkan hadis ini selain dari riwayat Mughirah ibn syu'bah, sesetengah rawi menyebut di atas ubun-ubunya dan serbannya dan tidak disebut dalam setengah riwayat yg lain akan ubun ubun

Hadis riwayat Tirmizi

Pandangan Ulamak:

Ibnul Qayyim telah menyifatkan perihal serban Nabi saw sebagaimana dalam nasnya:

قال ابن القيم: لم تكن عمامته صلى الله عليه وسلم كبيرة يؤذي الرأس حملها و لا صغيرة تقصر عن وقاية الرأس بل كانت وسطاً بين ذلك وخير الأمور الوسط. وكان الرسول صلى الله عليه وسلم يعتم بعمامة بيضاء وأحياناً خضراء أو غير ذلك

“Telah berkata Ibnu Qayyim : Tidaklah serban Rasulullah saw itu besar yang menyakitkan kepala untuk menanggungnya dan tidak kecil sampai tidak memelihara kepala , malah ia sederhana . Sebaik – baik perkara ialah pertengahan/sederhana . dan adalah Rasulullah saw memakai serban berwarna putih dan terkadang hijau atau selainnya.”

Disebut dalam risalah At Thawabit al Asasiah fil Islam
oleh Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq ( Syeikh besar Salafi )

Antara Ulamak Salafi, Syeikh Muhammad ibn Soleh Usaimin ( rujukan ulamak salafi kini ) juga telah menyebut tentang pemakaian serban, bahawa serban adalah pakaian malaikat, Nabi melihat malaikat memakainya pada perang badar lalu Baginda iqtida' dengan amalan tersebut. ( tetapi kenapa ramai anak buah salafi yang kata serban adalah adat masyarakat arab dan sunnah jibiliyah sahaja ?? )

ولقد اعتم صلى الله عليه وسلم بعد بدر حيث رأى الملائكة تلبسها. وصحة لبس المصطفى للسواد ونزول الملائكة يوم بدر بعمائم صُفر لا يعارض عموم الخبر الصحيح الآمر بالبياض

Dan sesungguhnya Nabi saw telah memakai serban selepas Ghazwah Al Badar sekira – kira baginda telah melihat ( bagaimana ) Malaikat memakainya.

Disebut dalam risalah At Thawabit al Asasiah fil Islam
oleh Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq ( Syeikh besar Salafi )

Sebenarnya kenyataan tersebut,yang menyatakan bahawa Malaikat Jibril berserban, bukan sahaja dalam perang badar tetapi pada waktu selain peperangan sebagaimana telah dinyatakan dalam hadis Aishah Radhiallahu 'Anha , Bahawa Jibril as telah mendatangi Nabi saw sedang Jibril memakai serban yang percanya dihulurkan antara dua bahunya :

حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ أَخِيهِ عَنِ الْقَاسِمِ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَام أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى بِرْذَوْنٍ وَعَلَيْهِ عِمَامَةٌ طَرَفُهَا بَيْنَ كَتِفَيْهِ فَسَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ رَأَيْتِيهِ ذَاكَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام

Hadis riwayat Imam Ahmad

Sementara Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq ( Syeikh besar Salafi ) dalam risalahnya At Thawabit al Asasiah fil Islam telah menyatakan:

وكل أفعال الرسول صلى الله عليه وسلم هي في مجال التأسي والقدوة فإن خير الهدى هدى محمد صلى الله عليه وسلم فجميع ما فعله الرسول صلى الله عليه وسلم في طعامه وشرابه ولباسه، ونومه وقيامه، وصحبته، ومعاشرته، وطرائق حياته ومعيشته كل ذلك كان على أتم الهدى وأسمى ما يتأدب به المتأدبون، ويفعله الحكماء العالمون... والخلاصة أنه ليس شيءٌ من أفعال الرسـول صلى الله عليه وسلم يخرج عن التأسي والاقتداء حتى في أموره الجبلية الحياتية.. وأما في أعماله التشريعية فإن يجب الأخذ بسنته لأنها تشريع من الله سبحانه وتعالى.

“..dan setiap perbuatan Rasulullah saw adalah menjadi pedoman dan ikutan . Maka sesungguhnya sebaik – baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad saw. Justeru itu , semua yang telah dilakukan oleh rasulullah saw , makan , minum , berpakaian , tidur , berdiri , persahabatan , berkeluarga , cara hidup seharian dan bermasyarakat , semuanya adalah semulia – mulia petunjuk dan setinggi – tinggi adab yang dimiliki oleh orang yang beradab dan melaksanakannya oleh para hukama’ yang berilmu .

Kesimpulan : Sesungguhnya tiada suatu pun daripada perbuatan Rasulullah saw terkeluar dari pedoman dan ikutan , sekalipun dalam perkara Al Jibiliyyah Al Hayaatiyyah .

Adapun pada amalan – amalan baginda saw. yang disyariatkan , maka sesungguhnya wajib dilaksanakan sunnahnya , kerana ia disyariatkan daripada Allah swt.”

Kenyataan Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq ini menyatakan bahawa sunnah jibiliyah , biarpun ia adalah sunnah adat biasa , namun guru - guru yang bermanhaj salafi tegas menyatakan bahawa , mengamalkan walaupun sunnah jibiliyah adalah mengikut petunjuk Nabi saw.

قال حسان بن ثابت رضي الله عنه يصف أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم من المهاجرين والأنصار: إن الذوائب من فهر وإخوتهم قد بيَّنوا سُنَناً للناس تُتَّبَعُ يرضى بها كلُّ من كانت سريرته تقوى الإله وبالأمر الذي شرعوا

Telah berkata Hasan bin Thabit : sesungguhnya serban yang mempunyai percanya ( ekornya ke belakang ) dari puak-puak Fihr dan saudara-saudara mereka (muhajirin dan ansar) telah menerangkan (dengan pemakaian mereka) kepada manusia seluruhnya sunnah supaya di ikuti, diredhai (oleh Allah) setiap apa yang yang diikuti pada jalannya, sebagai sifat taqwa kepada Allah dan mengikut arahan yang disyariatkan .

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum kembali
persoalan kedua mengenai baiah-dari konteks berbaiah untuk begabung dgn satu2 jemaah islam.
jika kita dipaksa untuk berbaiah dalam keadaan terpaksa tanpa cukup memahami apa itu konsep dan cara hidup berjemaah adakah baiah itu sah?
dan dalam konteks kita di malay sia yg mempunyai pelbagai jemaah,apakah boleh dipaksa seseorg itu berbaiah dengan jemmah tersebut tanpa dia diberi peluang untuk berfikir dan mengkaji jemaah manakah yg lebih sesuai dengan keadaan zaman skarg dan paling syumul mengikut tempatnya(waqi'_

8:56 PM

 
Blogger Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi said...

Sebenarnya , perjanjian ( baiah ) sewajarnya hadhir dari jiwa yg bersedia utk berkorban dan menghayati perjuangan Islam .

Tak siapa boleh memaksa kita dan tidak sah paksaan itu melainkan kita sendiri mesti rasa terpaksa untuk berjuang justeru kita tiada pilihan melainkan wajib berjuang utk menegakkan agama Allah swt.

Adapun soal baiah ( perjanjian ) kita terhadap jamaah yg nak dijadikan platform perjuangan Islam ini , juga menjadi hak individu . Tiada siapa berhak memaksa sesorang yg lain memberi baiah kpd jamaahnya.

Seseorang itu mempunyai hak untuk menilai manakah platform yg paling menepati dan munasabah disertai demi melunaskan cita cita perjuangan Islam nya .( seandainya ia mempunyai ilmu yang mencukupi , jika tidak maka nilaian itu memerlukan bantuan dan bimbingan dari mrk yang memahami dan mempunyai ilmu yg mencukupi )

Nasihat saya ... utk menilai platform ( jamaah ini pula ) sewajarnya kita terlebih dahulu memahami islam dan menghayati tuntutan perjuangannya yg berasaskan aqidah dan syariat .

Barulah kita suluh , mana jamaah yg paling menepati hasrat kita utk berjuang . ( justeru jamaah masing - masing mempunyai kelemahan dan kelebihan )

Aqidah dan syariat menjadi syarat utama . 2 perkara itulah laksana obor utk menerangi jalan perjuangan kita .

Masuk jamaah melalui pintu Aqidah dan syariat bukan menganut aqidah dan melaksanakan syariat melalui pintu jamaah .

Insyaallah kita selamat dan pilihan kita benar serta baiah ( perjanjian ) kita sah .

2:32 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Kalau rasa larat ikut lah segala jamaah yang berlandaskan islam dan hidupkan segala kelebihan dari jamaah tersebut,tang bila sampai order dari jamaah...pilih yang mana lebih aula mengikut tuntutan syarak....hanya pandangan peribadi.Kalau anda mampu,insyallah anda jadi seorang yang hebat.

7:57 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Excellent, love it! Amateur horny Netbenefits+401k inc furniture furniture store furniture casters Surveillance sound and video cameras Tadalafil test Free isp ratings Furniture freight trucking Home made skin care recipes Answering services south bend indiana Investments south korea Timberland stowe hiking boot lane furniture adult distance education

1:32 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home