" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Saturday, September 30, 2006

Tazkirah Mengganggu
Kekusyukkan Solat Terawih ?

Beberapa buah Masjid di Lembah Kelang ini ada memaparkan pekeliling daripada JAIS yang melarang tazkirah di adakan antara 4 rakaat terawih .

Alasan utama yang dikemukakan ialah , mengganggu kekusyukkan solat terawih. Saya apabila membaca pekeliling tersebut terasa jauh hati dengan sikap JAIS yang mengeluarkan pekeliling tersebut.

Ada beberapa sebab atau alasan kenapa saya mesti berasa jengkel dengan pekeliling seumpama itu .

Manakan tidak !

Pertama : Tazkirah adalah merupakan satu aktiviti yang menepati Prinsip Amal Islami untuk meletakkan ummah senantiasa dalam keadaan beringat - ingat terhadap ugama dan tanggungjawab mereka .

Allah jua telah mengarahkan dalam "pekeliling"nya dengan ayat tegas berbunyi :

و ذكر فإن الذكر تنفع المؤمنين

"dan berilah tazkirah ( peringatan ) , sesungguhnya tazkirah adalah suatu yang sangat bermanafaat bagi orang - orang yang beriman .

Apalah pekeliling JAIS berbanding "pekeliling" Ilahi .

Kedua : Jika tazkirah di buat antara 4 rakaat , itu bermakna ia diadakan semasa rehat antara 8 rakaat terawih . Tazkirah semasa rehat sekitar 20 hingga 30 minit tidak menjejaskan kekusyukkan solat . Sebab itu masa rehat bukan masa solat !

Tiada pentazkirah yang kurang aqalnya untuk mengadakan tazkirah di saat orang ramai sedang solat . ( Kalau di taqdirkan ada , saya pun tidak bersetuju dan saya percaya bahawa pentazkirah tersebut adalah manusia istemewa yang tidak normal aqalnya . )

Ketiga : Kenapa JAIS sesak nafas melihat masjid dan surau mengadakan Tazkirah ? sedang itu menambah kesedaran dan keinsafan ummah terhadap agama . Sementelah pula hukum memperingatkan ummah yang lalai adalah wajib bagi mereka yang berilmu sementara hukum solat terawih hanya sunat. ( ini bukan bermakna saya merendahkan solat terawih tetapi apa yang saya maksudkan ialah , kalau kita boleh terawih , kita juga mesti boleh bertazkirah . )

Adalah satu kekeliruan yang mesti disingkap dan kesilapan yang mesti diperbetulkan , apabila kita sering menganggap bulan Ramadhan hanya untuk terawih . Segala aktiviti agama yang lain seperti majlis ilmu atau tazkirah diberhentikan . Ini tidak betul !! .

Menuntut ilmu itu bukan ibadah kah ? tazkirah itu bukan ibadah kah ? dan kalau ada yang beralasan bahawa majlis ilmu dan tazkirah boleh buat dibulan yang lain sedang terawih hanya di bulan Ramadhan sahaja .

Persoalannya , bukankah bulan Ramadhan adalah bulan yang digalakkan agar kita menambah dan memperbanyakkan ibadah . saya tidak nampak rasionalnya alasan agar majlis ilmu dan tazkirah mesti dihentikan di bulan Ramadhan .

Keempat : Lebih menjengkelkan saya , apabila pekeliling tersebut dilihat begitu prejudis terhadap tazkirah atau menuntut ilmu . Sedang tidak pula memperdulikan kelab - kelab malam dan pusat hiburan yang masih rancak beroperasi di bulan Ramadhan ini .

Sewajarnya pekeliling itu berbunyi begini :

Di arahkan kepada semua pemilik kelab malam dan pusat hiburan agar menghentikan operasi mereka sempena bulan Ramadhan ini bagi menghormati "kekusyukkan" ummah Islam dalam melakukan ibadah .

Tidak tahulah saya kalau pihak JAIS pula nanti akan berhujjah bahawa pemilik kelab tidak ganggu kita solat sebab kita solat di masjid sedang mereka berdansa di kelab mereka . Wallahua'lam bissowab .

Kelima : Kemusykilan yang terdetik dalam benak saya , apakah JAIS hanya menjadi alat kepada pihak tertentu yang rasa tergugat dan sakit hati dengan aktiviti amal Islami yang marak subur di bulan Ramadhan . Mereka bimbang kalau ummah mempunyai kesedaran dan keinsafan . Justeru mereka tidak lagi boleh mempermainkan pemikiran dan sikap ummah .

Sebetulnya mereka yang takut dan sakit hati dengan tazkirah Ramadhan ini ialah mereka yang hati mereka berpenyakit , laksana seorang yang mengidap penyakit kencing manis , hanya mereka yang takut kakinya dipotong oleh doktor , sementara mereka yang sihat , tiada apa yang perlu di takuti .

Saya harap , kepada seluruh ummat Islam teruskanlah menyemarakkan Ilmu dan aktiviti amal islami di bulan Ramadhan al Mubarak ini .

Ramadhan Kareem !!

8 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Saya amat bersetuju dengan pandangan ustaz, tidak logik alasan JAIS, ,mana pulak tazkirah ganggu kekusyukan solat sebab dibuat diluar waktu solat. Apa punya bahalol lah, ini mesti MB Selangor yg suruh ni.

4:16 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Dah arahan ikut saja lah. Ini nak lawan arahan pemerintah pula.
Bukannya pemerintah suruh kamu tak sembahyang. Ni ramai kawan2 yang tak sembahyang. Pergi usrah dorang ni semua.
Yang dah datang solat terawih ni kira syukur la.
Sibuk permasalahan kecil begini nape?
Asyik tak puas hati je pun payah la kawan.

12:39 PM

 
Blogger Unknown said...

Kampar..
Entah di mana silapnya kita letakkan keutamaan. 'Permasalahan kecil'- saya tak pasti maksud anda. Tapi bagi saya ini bukan masalah kecil.

Islamophobia telah melanda pemerintah. Ya, pemerintah beragama Islam sendiri takutkan Islam. Hendak disempitkan Islam kepada perkara sepeti solat saja.

4:30 PM

 
Blogger Mawardah Solehah said...

Ana sokong ustaz!!!!

kembali kepada Islam sebenar..
Al-Quran dan Hadis panduan kita...

2:11 PM

 
Blogger Nurul Sharina said...

Assalamu'alaikum.. Salam Ramadhan.. Bagi ana, pemerintah kita sudah semakin sekular. Mereka takut dengan 'tazkeera' atas alasan politik. Golongan pemerintah ini ana boleh klasifikasikan sebagai pemerintah yang zalim kerana menzalimi hak rakyat. Bukan sahaja politik yg ustaz2 ni sampaikan, tapi.. Islam itukan syumul. Surah Al-Baqarah: 208-masuklah ke dlm Islam scr keseluruhannya. Kalau di UK, ummat Islam boleh bertazkirah tapi kenapa di Malaysia tidak boleh????

4:22 PM

 
Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum

ustaz, saya terkejut kerana lokasi ustz di dlm profile adalah muadzm shah. sy baru berpindah ke sini. dulu di kl mcm2 sumber ilmu. sy tercari2 sumber ilmu di sini. ustaz salah seorng imam tarawih di masjid muadzam kah?

terima kasih

10:45 PM

 
Blogger jefriharris said...

Abu Bilal pernah berkata, tatkala melihat pemerintah berkhutbah memakai pakaian yg nipis, 'lihatlah pemerintah kita memakai pakaian org fasiq', Abu Bakrah terus berkata diamlah kamu! Saya pernah mendengar rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang menghina penguasa Allah di muka bumi, Allah akan menghinanya" (tirmizi-hassan sahih)

Sesungguhnya awal kemunafikan seseorang ialah ketika dia mencela pemerintahnya (dari Abu Darda, riwayat Ibnu Abdil Bar dalam kitab At-Tamhid 21/287)

Hasan Al-Basri berkata,"Walaupun para penguasa menari-nari diatas kenderaannya dan orang2 menari mengikutinya, sesungguhnya hati mereka telah diselubungi kehinaan maksiat. TETAPI kebenaran mengharuskan untuk selalu tunduk dan taat kepada mereka, dan melarang utk memberontak terhadap mereka. Bahkan kita diperintahkan untuk menolak bahaya mereka dengan taubat dan doa. Hal ini wajib bagi orang yang mahukan kebaikan. (kitab Adabul Hasan Al-Basri karangan Ibnu Jauzi,hal121)

Dalil2 sahih lain, sila lawat : jefriharris.blogspot.com

12:09 AM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Assalamualaikum .

Ya benar , saya sememangnya tinggal di Muadzam Shah . Tetapi sejak tahun lepas , Isteri saya di posting kan ke Sekolah menengah Teknik Kuantan . So kini kami menyewa di Balok Kuantan .

Pun begitu , saya tetap pulang ke Muadzam Shah setiap hari Rabu . Kerana saya ada Kuliah Hadith di Surah al Muhajirin Desa Teratai setiap hari Rabu slps maghrib .

12:46 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home