Rakyat di Tindas Lagi.
KUALA LUMPUR: Tindakan "orang tua itu" yang menabur pasir ke dalam periuk nasi rakyat adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan dan rakyat diharap dapat memahami dan menerimanya.
Tindakan itu juga terpaksa dilakukan kerana tidak ada pilihan lain lagi.Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kenaikan kadar tol bagi lima lebuh raya mulai 1 Januari ini adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan dan berharap rakyat dapat memahami dan menerimanya.
Perdana Menteri juga berkata, berkata kerajaan sedar ia memberi beban tambahan kepada pengguna. Membayangkan bahawa kerajaan Abdullah sentiasa mengintai-intai peluang untuk membebankan rakyat,
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mengingatkan rakyat supaya bersedia untuk dibebankan lagi kerana selepas ini kerajaan pasti akan memaksakan lagi pelbagai bebanan baru untuk ditanggung oleh kita," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula berkata kenaikan kadar tol bagi lima lebuh raya sekitar Kuala Lumpur itu disebabkan kerajaan tidak mempunyai pilihan.
Timbalan Perdana Menteri seterusnya mengingatkan rakyat bahawa tanpa bantuan kerajaan, katanya, kadar baru di Lebuhraya Damansara-Puchong umpamanya adalah RM2.10 dan bukannya pada RM1.60.Bagaimanapun, beliau tidak pula menerangkan mengapa bayaran setinggi RM2.10 dikenakan dan mengapa perjanjian dengan pemegang konsesi tol terlalu berat sebelah, iatu amat menguntungkan pemegang konsesi dan sangat merugikan rakyat.
Najib juga mengulangi apa yang diperingatkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Velu sebelum ini apabila berkata: "Kalau kita tak sanggup tanggung, tak adalah lebuh raya bermutu tinggi".
Ketika mengumumkan harga tol akan mengamuk, Samy mengingatkan rakyat supaya sanggup membayar jika mahukan kemudahan.
"Sesiapa mahu kemudahah, maka dia mesti membayarnya. Di mana-mana di dunia ini, bukan sahaja di sini. Tol paling murah di dunia adalah di Malaysia," katanya.Mengulas kenaikan tol itu,
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar menyatakan kesal dan marah dengan tindakan "orang tua itu" yang menabur pasir ke dalam periuk nasi rakyat, yang rata-ratanya bergelut dan bertungkus-lumus untuk mencukupkan perbelanjaan harian mereka.
Orang tua itu, baru-baru ini menyatakan beliau mempunyai sebab untuk merasa gembira setelah tiga tahun menjadi Perdana Menteri. Memang beliau patut bergembira setelah menabur pasir ke dalam periuk nasi rakyat," kata Mahfuz sambil mengingatkan tidak ada mana-mana pemimpin yang ikhlas dan telus yang boleh tidur lena ketika rakyat bergelut dengan pelbagai bebanan.
Selepas menghadiahkan rakyat dengan kenaikan tol yang dianggap hadiah tahun baru kerajaan kepada rakyat, Perdana Menteri berlepas ke Caracas, Venezuela Jumaat malam untuk lawatan rasmi ke negara itu.
Ketika menjawab mengenai kenaikan tol, Perdana Menteri juga sempat memberi amaran kepada rakyat apabila berkata, kerajaan telah meluluskan akta yang melarang orang ramai membuat ucapan yang menghasut kerana ia boleh menimbulkan suasana tidak harmoni dalam negara.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home