" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, May 23, 2007

KERAJAAN MENYUBURKAN
BUDAYA SAMSENG

Tiada siapa yang terperanjat menyaksikan amukkan ala gangster oleh pelajar – pelajar Sek. Men. Belara Manir Terengganu di majlis sambutan Hari Guru sekolah tersebut baru – baru ini .

Malah peribahasa “ Guru kencing berdiri Murid kencing berlari ” mungkin tidak lagi sesuai digunakan. Kerana saya sangat percaya , tiada seorang guru pun yang mengajar dan mendidik anak muridnya supaya menjadi samseng dan gangster .

Tetapi peribahasa yang lebih hampir kepada tepat ialah “ Kerajaan kencing berlari Rakyat kencing melompat ” . Justeru yang mengajar dan mendidik rakyat menjadi samseng hari ini ialah kerajaan .

Lihat sahaja bagaimana kerajaan UMNO dan BN membelasah dan memukul rakyat sendiri dengan menggunakan anggota keselamatan dan FRU tatkala rakyat berhimpun untuk membuat penyataan bersama kepada kerajaan betapa mereka sengsara dan derita dengan kenaikan harga minyak dan harga tol .

Tindakan rakyat berhimpun secara aman untuk menunjukkan perasaan mereka yang kian tertekan dan melahirkan bantahan terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah menyahut seruan Pak Lah selaku Perdana Menteri yang pernah berkata : Tell me the truth !

Lalu kenapa rakyat dibelasah setengah mati setelah mereka menyatakan yang sebenar ?

Sering juga saya menyaksikan berita dari luar negara terutama dari negara – negara eropah dan saya dapat menyaksikan bagaimana pihak kerajaa dan polis mereka mengawal perhimpunan awam secara aman di negara mereka . Mereka tidak membelasah rakyat mereka sendiri meskipun rakyat sedang melahirkan bantahan terhadap keajaan yang sedang memerintah .

Malang dalam negara kita , bahkan saya sendiri pernah beberapa kali mengalami situasi ini , bagaimana pihak kerajaan menyuraikan perhimpunan aman dari rakyat marhain dengan menggunakan kekerasan melampau .

Tida memadai dengan water cannon , mereka memukul dengan belantan , menyepak dan menendang secara rambang yang mengakibatkan kecederaan yang tidak sedikit dari mangsanya . Demi Allah saya saksikan sendiri dengan mata kepala saya sendiri dalam banyak insiden .

Termasuklah pengalaman pertama saya digempur oleh pasukan FRU , sewaktu saya menyampaikan ceramah di Parit Sempadan Johor di dalam kawasan markaz yang tertutup dan berpagar , malah pagarnya pua berkunci .

FRU merempuh masuk dengan memecahkan kunci pagar , melibaskan belantannya ke arah siapa sahaja yang tidak melarikan diri sehingga saya sendiri pada waktu itu yang sedang membacakan doa bagi menamatkan perhimpunan kerana menghormati permintaan mereka ( FRU ) hampir saja terkena belantan yang dihayun ke arah tangan saya sementara saya masih menghulurkan tangan ke atas kerana berdoa .

Akhirnya saya diseret dan dihumban ke dalam black maria . Saya dikurung disitu, dalam bilik kecil bersaiz lebih kurang 6 kaki tinggi dan 3 kaki lebar . Bilik kecil dalam black maria ini sangat menyesakkan nafas , terutama apabila mereka menyumbat lebih 10 orang dalam black maria tersebut dangan setiap sorang akan dikurung dan dikunci dalam bilik kecil bersaiz 6’ tingi dan 3’ lebar itu .

Hampir tiada lubang udara yang membantu pernafasan saya sehinggalah saya terpaksa menanggalkan sebahagian besar pakaian saya untuk mengurangkan rasa panas dan mendongak ke penjuru bilik kecil itu untuk mendapatkan sedikit ruang bernafas dan menghirup udara dari luar .

Sukar saya nak bayangkan bagaimana kami diperlakukan seperti anak ayam daging oleh kerajaan samseng UMNO dan BN . Rakan – rakan yang turut sama terperosok dalam bilik kecil masing – masing jelas kedengaran rintihan munajat dari mereka memohon Allah memberi kekuatan kepada mereka dan membalas perbuatan zalim dan samseng kerajaan UMNO dan BN.

Apa salah kami ? sehingga sekarang kes kami di Parit Sempadan tidak dbicarakan . Waktu itu , suasana tidak ubah seperti kami berada di negara komunis atau negara diktator .

Apa yang ditanam itulah yang dituai .

Bukan sekali bahkan bukan 10 kali . Entah berapa ratus kali kezaliman serupa dilakukan ke atas rakyat di seluruh negara . Kerajaan memerintah dengan pemerintahan ala gangster dan samseng .

Menangkap rakyat sendiri tanpa sebarang bicara , membentuk suasana ketakutan kepada rakyat untuk menegur pemerintah dan segalanya adalah untuk memuaskan nafsu politik penguasa yang zalim dan samseng.

Kini lahir budaya samseng dikalangan pelajar sekolah . Siapa yang mengajar mereka menjadi samseng dan tidak menghormati guru yang memberi ilmu kepada mereka ?

Terbaru insiden yang berlaku di Ijok . Bagaimana beberapa orang pemuda PAS dibelasah separuh mati oleh Pemuda UMNO dihadapan rumah UMNO Kelang dalam pilihanraya kecil di IJok baru – baru ini .

Saya sebagai salah seorang pemimpin pemuda PAS , suka ditegaskan disini bahawa kami tidak pernah gentar apalagi takut terhadap apa yang berlaku . Tetapi kami masih lagi tidak membenarkan pemuda – pemuda kami bertindak balas .

Pertama kerana kami diajar supaya mentaati arahan pimpinan dan pimpinan meminta kami supaya bersabar terhadap provokasi tersebut .

Kedua , kami masih rasional dan menghormati undang – undang atau peraturan.

Boleh saja untuk kami bertindak dan kami sanggup mati syahid demi mempertahankan Islam dan syariatnya ini. Tinggal lagi kami masih mengambil beberapa syarat untuk menerima kemenangan yang dijanjikan oleh Allah swt. iaitu bersabar .

Beberapa orang guru berasa hairan kenapa anak – anak murid mereka berubah menjadi liar dan samseng , apa yang boleh saya sebut di sini bahawa segalanya adalah akibat langsung dari didikan kerajaan hari ini .

الناس على دين ملوكهم

Rakyat berada di atas manhaj pemerintah mereka .

4 Comments:

Blogger ANAK BAPAK said...

saya menyarankan agar dewan pemuda pas dan menerbitkan suatu buku yang dapat menyentuh pemikiran dan idealisma belia dan mahasiswa tempatan agar mereka dapat bersama menerima PAS sebagai wadah perjuangan mereka.

2:37 AM

 
Anonymous Anonymous said...

tak yah buat buku, timb. ketua pemuda pas baru ni dh awal2 lagi mengaja mahasiswa jd samseng.

7:33 PM

 
Blogger Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Mengajar mahasiswa jadi samseng ? mcm mana tuh

10:50 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Dulu aku setia dengan PAS... AKU TENSION.... Aku tension sebab kat dalam PAS banyak Syiah, Khawarij... aku tensionnnnnn..... AKU BENCI SYIAH.. SEKARANG NI AKU TERPAKSA BENCI PAS... PAS SUDAH JADI SYIAH DAN KHAWARIJ, suka buat demo, aku tension.. aku tension... pas tak macam dulu ... pas dah tak macam dulu... pas dah tak macam dulu...

1:23 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home