" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, June 25, 2007

Cadangan Bernas dari Forumer al-ahkam.net

Semalam saya menerima satu e - mail dari seorang rakan yang saya tidak mengenali personaliti pengirim e- mail tersebut , melampirkan satu salinan artikel berbentuk cadangan dan pandangan dari warga al-ahkam.net kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, pun begitu saya telah mendapatkan pengesahan dari Tuan Hj. Mahfuz Omar selaku Ketua Penerangan PAS Pusat mengenai kertas cadangan berbentuk satu proposal untuk dinilai oleh PAS .

Setelah disahkan penerimaan proposal tersebut oleh Hj. Mahfuz ( dalam satu majlis ceramah ) saya menarik nafas lega dan syukur atas perkembangan terbaru ini. Malah Tuan Hj. Mahfuz juga akan fotostat satu salinan untuk diberikan kepada saya agar sama - sama dapat diteliti .

Kalau tidak berbeza versi e-mail yang saya terima dengan versi yang Hj. Mahfuz terima , saya ingin merakamkan sekalung tahniah buat al-ahkam.net dan seluruh warganya yang ikhlas mahu melihat Islam ini tegak merentasi sempadan perbedaan pendapat dikalangan kita.

Bernas , Berani dan Jujur

Sepintas lalu saya membaca kandungan cadangan dan pandangan tersebut , saya sifatkan ianya bernas , berani dan jujur.

Insyaallah , biarpun tiada versi rasmi yang dihantar untuk Dewan Pemuda PAS Pusat , saya atas sifat Timbalan Ketua DPPP akan panjangkan ke bilik mesyuarat DPPP akan datang untuk diteliti dan muhasabah bersama. Saya melihatnya secara positif biarpun disana ada ditimbulkan satu dua perkara yang perlu kepada perincian dari pihak yang mencadang agar maksudnya jelas dan mudah - mudahan kelak perlaksanaannya juga baik .

Ekoran dari perkembangan ini , saya bercadang untuk bertemu dengan pihak al - ahkam.net dalam satu majlis muzakarah atau perbincangan meja bulat , agar segala cadangan tersebut dapat diperhalusi dan dimanafaatkan semaksimum mungkin .

Perkembangan ini sangat baik untuk masa depan perjuangan Islam yang kian getir dan sengit berdepan cabaran dari segenap arah . Mungkin sebelum ini sikap sebahagian warga al ahkam.net agak keras dan kontra terhadap PAS dan method perjuangan PAS . Alhamdulillah , dengan hadhirnya cadangan dan pandangan ini , saya kira ia adalah satu nokhtah bermula yang positif ke arah pemerkasaan Islam dan perjuangannya di atas Tanahair ini.

Sebagai sebuah parti atau Gerakan Islam , kita sangat mengalu - alukan segala pandangan dan cadangan jua kita positif dengan segala teguran dan kritikan yang membina biar siapa pun yang memberi . Bak kata saidina Ali Karramallahuwajhah :

أنظر إلى ما قال و لا تنظر إلى من قال

Lihat kepada apa yang ia kata dan janganlah engkau lihat kepada orang yang berkata .

dengan maksud , kita lihatlah kepada kandungan ucapan dan pandangan yang baik meskipun ia datang dari mereka yang mempunyai perbedaan pendapat , method dan manhaj dengan kita.

Terima Kasih

Apa yang boleh saya ucapkan , selain Jazakumullah Khairan Jazaa' atau usaha kalian . Namun untuk melaksanakannya , kami sangat memerlukan kekuatan dan petunjuk Ilahi kerana pasti sahaja ia tidak semudah mengungkap cadang dan mendongak pandang.

Inilah yang kami alu - alukan . Saya selalu menyebut , daripada kita mengarang kesilapan dan kelemahan parti ini yang pastinya boleh kita karang berjilid - jilid tebalnya , justeru kelemahan pasti wujud dan banyak , alangkah baiknya kita mengarang sehelai kertas kajang cuma , tetapi sarat dengan cadangan dan pandangan untuk mengatasi kelemahan - kelemahan yang dialami .

Sebahagian dari kandungan cadangan tersebut telah pun dirancang dan dilaksanakan oleh PAS dan ada juga yang sememangnya menjadi dasar dan prinsip perjuangan PAS . Pun begitu , kertas tersebut boleh menjadi bahan muhasabah terhadap apa yang telah dilaksanakan , sementara yang belum akan dikaji dan diteliti.

Saya mengambil kaedah sebagaimana yang diajar oleh syara' :

الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنة
أولئك الذين هداهم الله و أولئك هم أولوا الالباب

orang - orang yang mendengar pandangan ( menerima cadangan ) maka ia mengikut ( melaksana ) apa yang terbaik . Merekalah orang - orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah swt. dan mereka lah golongan intelektual ( ulil albab )

Surah az Zumar : Ayat 18

Kalau semuanya baik , kenapa tidak boleh kita melaksanakan semua . Allahua'lam bissowab

Akhirnya , saya yakin sahabat - sahabat perjuangan dalam Pemuda PAS sangat matang dan positif dalam persoalan seperti ini , malah mereka juga mampu berfikir dengan apa yang disebut sebagai berfikir di luar kotak , tambah - tambah dari dalam kotak .

8 Comments:

Anonymous Anonymous said...

assalammualaikum ustaz nasrudin tantawi,

forumers al-ahkam telah berdiskusi dgn baik dan membina utk memperbaiki jemaah yg kita cintai iaitu PAS di thread ini:

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=32767

:)

11:38 PM

 
Anonymous Anonymous said...

as-Salaamu 'alaikum, cadangan tambahan saya di sini, adalah dengan penuh harapan... PAS dapat membuka ruang bagi mendidik para rakyat (dan para ahli khasnya) dengan didikan aqidah yang sahih dan benar. Kebutaan kebanyakan rakyat dan perpecahan para pejuang2 Islam di seluruh dunia kebanyakannya adalah bermula dari dasar aqidah dan manhaj pengambilan al-qur'an dan hadis.

Janganlah kita hanya menumpukan kepada hasrat membawa rakyat yang penuh ketidak-tahuan serta serba kekurangan dalam informasi dan ilmu ke lembah pemberontakan kepada pemerintah. Ia hanya akan membawa pelbagai kesan yang buruk lagi kepada pencinta-pencinta Islam yang gigih mnyebarkan ilmu di luar sana.

Tindakan tergesa-gesa melancarkan kritikan terbuka kepada pemerintah bukanlah adab sebagai seorang ahlus sunnah. Ia adalah suatu bentuk tindakan yang telah jelas membuktikan membawa lebih mafsadah berbanding maslahah. ia bukanlah jalannya para ahlus sunnah sejak berzaman.

marilah kita kembali kepada manhaj ilmu dan pendidikan. penekanan kepada manhaj ilmu-lah kelak, yang bakal membawa dan membuka minda rakyat ke arah kebijaksanaan.

Dengan ilmu-lah kita mengenal baik dan buruk. Dengan aqidah yang benar lah, kita membezakan mana syirik dan mana kesejahteraan. Tujuan kita bukan semata-mata daulah. Tidak keterlaluan andai saya katakan... Daulah Islamiyah atau negara Islam adalah hasil dari didikan ilmu dan aqidah yang jelas sahih dan haq. Dari ilmu dan manhaj aqidah-lah kita bakal di-anugerahi penguasaan. Dengan ilmu-lah dapat kita menilai kesahihan amalan sendiri. Dengan ilmulah bakal kita membentuk jati diri dan langkah pemerdekaan. Dengan ilmu, kita membawa panji para nabi ke arah mengesakan Allah menegakkan syari'at-Nya.

Tujuan kita adalah kesejahteraan di sana kelak. Itu keutamaan kita. Maka, hanya asas aqidah yang benarlah yang bakal memberi kita tempat yang baik. Dengan aqidah lah kita dibezakan antara manhaj sesat dan selamat. malah, membezakan kita antara kafir dan iman. Syirik dan suci.

Marilah kita bermula dengan manhaj ilmu. Membuka mata masyarakat dengan dalil dan nas. bukan dengan emosi mahupun kemarahan...

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman (ber-aqidah sahih) di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh (amal yang didasari ilmu) bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (an-Nuur 24: 55)

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

an-Nawawi'2007

5:04 AM

 
Anonymous Anonymous said...

sdr an-nawawi patut berfikir di luar kotak.. itulah nasihat saya..

p/s: apakah awak nick nawawi al-madkhali di al-ahkam?

8:08 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Kerana beliau berfikir di luar kotak lah, maka beliau memberi cadangan kepada PAS. barangkali...

2:10 PM

 
Anonymous Anonymous said...

masaalahnya dia berfikir dalam kotak bahawa manhaj aqidah yg dia yakini saja yang betul, yang lain menyeleweng.. itulah masaalahnya..
sila baca komentarnya di ahkam dan di blogspotnya berkaitan permasaalahan yg biasa menjadi khilaf di antara ulama salaf khalaf dan sesama salaf sendiri.

10:55 PM

 
Anonymous Anonymous said...

kan akidah tu yg benar hanya satu... mana ada khilaf dalam aqidah?

3:50 PM

 
Anonymous Anonymous said...

khilaf dalam manhaj aqidah wahai kawan... itu mmg diketahui berlaku khilaf...

3:26 PM

 
Anonymous Anonymous said...

[b]All of these girls are online now! just click on your favourite to go to their cam![/b]

[url=http://bit.ly/7niqKn][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/1.jpg[/img][/url] [url=http://bit.ly/7niqKn][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/2.jpg[/img][/url]
[url=http://bit.ly/7niqKn][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/3.jpg[/img][/url] [url=http://bit.ly/7niqKn][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/4.jpg[/img][/url]
[url=http://bit.ly/7niqKn][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/5.jpg[/img][/url] [url=http://bit.ly/7niqKn][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/6.jpg[/img][/url]
[url=http://bit.ly/7niqKn][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/7.jpg[/img][/url] [url=http://bit.ly/7niqKn][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/8.jpg[/img][/url]
[url=http://bit.ly/7niqKn][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/9.jpg[/img][/url] [url=http://bit.ly/7niqKn][img]http://www.hourlynetnews.com/mtree/10.jpg[/img][/url]

this will keep updating with the latest girls!

12:29 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home