" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, July 02, 2007

JAWAPAN TERHADAP SERUAN HIZBU TAHRIR :
WAHAI PENDUDUK PALESTIN

Oleh : Haji Muhyiddin bin Haji Hasyim

Pendahuluan :

Pertumpahan darah yang berlaku di antara pejuang Hamas dan Fatah sememangnya merupakan suatu perkara yang sangat mengejutkan dunia Islam. Dalam berhadapan dengan musuh yang sebenar iaitu Amerika dan Israel, tiba-tiba kita dikhabarkan dengan peristiwa ini yang berakhir dengan penguasaan Hamas terhadap Genting Gaza.

Pelbagai komen dan pandangan terhadap pertumpahan darah tersebut. Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang mengkritik sebagaimana yang dilakukan oleh Hizbu Tahrir dalam risalahnya.

Hizbu Tahrir dalam risalahnya menyatakan kekesalan dengan apa yang berlaku dan menganggap bahawa peperangan dan pertumpahan darah sesama umat Islam di Palestin tidak syarie dan berlanggar dengan lunas-lunas Islam.

Hizbu Tahrir menganggap pertumpahan darah ini membantu kepentingan Amerika, Eropah dan Yahudi di Palestin. Mereka juga menganggap bahawa pertumpahan darah yang berlaku ini adalah kerana ingin merebut kuasa untuk menjadi menteri dan ahli parlimen walaupun kuasa yang ada tidak lebih hanya berada di bawah pengaruh Yahudi. Keterbatasan kuasa ini dianggap sebagai perkara yang terlalu kecil sehingga boleh menyebabkan persengketaan ini.

Disamping itu Hizbu Tahrir mengkritik apa yang dilakukan oleh Hamas dan Fatah apabila mereka melakukan gencatan senjata dan berunding dengan Yahudi kerana menganggap gencatan senjata dan rundingan tersebut adalah suatu pengiktirafan terhadap kependudukan Yahudi di bumi Palestin.

Jika difikirkan secara sepintas lalu, tidak dapat dinafikan bahawa pandangan dan kritikan Hizbu Tahrir ini mempunyai kebenarannya tetapi bagi sesiapa yang melihat secara mendalam dan berfakta apa yang berlaku pastinya tidak dapat menerima kritikan tersebut khususnya tuduhan yang dilemparkan kepada pejuang Hamas.

Latar belakang sejarah persengketaan Hamas dan Fatah :

Persengketaan yang berlaku di antara Hamas dan Fatah adalah bukan perkara baru bagi umat Islam secara umumnya dan penduduk Palestin secara khususnya. Perbezaan ideologi dan pendekatan menjadi sebab kepada persengketaan ini.

Umum mengetahui bahawa Hamas sejak ditubuhkan oleh Syeikh Ahmad Yasin meletakkan Islam sebagai rujukan dalam setiap aspek tindakan yang ingin diambil dalam berhadapan dengan Israel dan Amerika. Pengaruh Ikhwanul Muslimin Mesir sangat kuat di dalam pertubuhan ini. Mereka menolak pengiktirafan terhadap negara entiti haram Israel dan mengambil pendekatan bersenjata dalam menghalau Israel dari bumi Palestin.

Ada pun Fatah, mereka meletakkan ideologi kebangsaan sebagai landasan perjuangan dan bersedia untuk mengiktiraf negara Israel. Mereka sanggup untuk berdamai dan berbincang dengan Israel walaupun diketahui bahawa Israel tidak pernah setia terhadap perjanjian dan perdamaian yang dimeteraikan tersebut. Umat Islam di Palestin terus dibunuh dan disembelih, rumah-rumah mereka diroboh dan mereka dihalau dari tanah air mereka sendiri.

Perbezaan ideologi dan pendekatan inilah yang menyebabkan persengketaan terus berlaku. Ketika Fatah menguasai kerajaan Palestin suatu ketika dahulu, banyak tindakan yang diambil memihak kepada Amerika dan Israel. Antaranya mereka menangkap pejuang-pejuang Hamas yang berjuang menentang Israel atas nama menjaga perjanjian yang dimeterai di antara mereka.

Pertelingkahan di antara Hamas dan Fatah semakin meruncing apabila Hamas berjaya membentuk kerajaan mengalahkan Fatah di dalam pilihanraya umum negara tersebut pada bulan Januari 2006. Kemenangan ini sememangnya tidak dapat diterima oleh Fatah apatah lagi Yahudi dan sekutunya Amerika.

Pelbagai sekatan dan usaha untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat tersebut. Pemberhentian bantuan kewangan oleh Eropah dan Amerika tidak melemahkan semangat Hamas untuk terus menerajui kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Hamas menyedari bahawa usaha untuk menghalau Israel dari bumi Palestin tidak akan berjaya sekiranya pejuang-pejuang pembebasan bertelingkah sesama sendiri. Justeru, Hamas yang berjaya membentuk kerajaan telah mengajak pertubuhan-pertubuhan lain termasuk Fatah untuk bersama-sama di dalam kerajaan perpaduan dan akhirnya termeterailah perjanjian Makkah yang menjadi sejarah kepada penduduk Palestin.

Perjanjian Makkah ini menjawab tohmahan yang menyatakan bahawa Hamas tidak berusaha untuk mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat Palestin dalam usaha menghadapi musuhnya yang sebenar iaitu Israel. Pun begitu, masih timbul lagi persoalan bagaimana masih boleh berlaku pertumpahan darah walaupun perjanjian Makkah telah dimeterai di antara kedua-dua pihak.

Pertumpahan darah di antara Hamas dan Fatah :

Walaupun kerajaan perpaduan telah terbentuk, masih terdapat usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu di dalam Fatah untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Hamas. Mereka mendapat bantuan kewangan dan senjata daripada Israel mahupun Amerika di dalam usaha tersebut.

Perlu ditegaskan bahawa usaha untuk menggulingkan kerajaan Hamas ini dirancang oleh sebahagian sahaja dari kalangan pimpinan Fatah seperti Penasihat Keselamatan Palestin, Mohammad Dahlan dan lain-lain lagi.

Perkara ini dikuatkan lagi dengan kenyataan oleh salah seorang pemimpin Fatah sendiri iaitu Farouk Qadumi, Setiausaha Sulit Fatah yang tidak bersetuju dengan perlantikan Mohammad Dahlan sebagai penasihat keselamatan dan menolak usaha untuk menggulingkan kerajaan Hamas. Beliau menyebut bahawa sebahagian besar daripada pengikut Fatah inginkan kesatuan dan ingin bekerjasama dengan Hamas.

Walaupun demikian, peperangan demi peperangan berlaku di antara kedua-dua pihak hasil daripada usaha jahat yang dilakukan beberapa pimpinan Fatah yang ingin menggulingkan kerajaan Hamas.

Antara usaha yang dilakukan oleh mereka ialah usaha untuk membunuh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyyah yang ketika itu dalam perjalanan pulang dari lawatan rasmi yang pertama ke luar negara pada bulan Februari yang lepas. Mereka menyerang rombongan perdana menteri tersebut tetapi telah dipatahkan oleh pejuang-pejuang Hamas yang terus mempertahankan kerajaan Islam Hamas.

Pertumpahan darah yang berlaku ini akhirnya membawa kepada penguasaan sepenuhnya Hamas terhadap Genting Gaza baru-baru ini. Pejabat keselamatan Palestin di bawah Fatah telah ditawan oleh Hamas dan beberapa orang pimpinan Fatah telah dibunuh.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Hamas, tindakan mereka menguasai pejabat keselamatan Palestin di bawah Fatah adalah untuk menghapuskan anasir jahat di dalam pertubuhan itu yang ingin menggulingkan kerajaan Hamas.

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyyah dalam kenyataannya menyebut bahawa tindakan tersebut adalah untuk mempetahankan kerajaannya. Ini terbukti apabila pejuang Hamas telah menjumpai dokumen-dokumen sulit di pejabat keselamatan Palestin tersebut senarai nama pimpinan Fatah yang bekerja untuk membunuh tokoh-tokoh tertentu di kalangan pimpinan Palestin termasuk bekerjasama dengan pihak Mosad Israel.

Turut dijumpai juga dokumen rahsia tentang pembunuhan Presiden Palestin yang pertama iaitu Yasir Arafat oleh Mohammad Dahlan, cubaan membunuh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyyah dan serangan terhadap rombongan keselamatan Mesir di Genting Gaza.

Walaupun Hamas telah berjaya menguasai Genting Gaza, mereka tidak menutup pintu rundingan dengan Fatah bagi meneruskan kerajaan perpaduan yang telah dibina melalui Perjanjian Makkah.

Pertumpahan darah antara Hamas dan Fatah dari sudut pandangan Islam :

Jika dilihat kepada pertumpahan darah yang berlaku di antara Hamas dan Fatah ini, sebenarnya ia adalah peperangan yang melibatkan di antara sebuah kerajaan dengan pemberontak yang ingin menggulingkannya. Di dalam Islam ia disebut sebagai golongan bughoh.

Di dalam fiqh Islam, seorang yang dianggap bughoh boleh diperangi oleh kerajaan Islam yang memerintah ketika itu. Perkara ini berlaku ketika zaman Saidina Ali bin Abu Talib yang telah dilantik menjadi khalifah menggantikan Saidina Othman bin Affan.

Saidina Ali telah berijtihad mengganggap bahawa Saidina Muawiyyah adalah termasuk dari kalangan ahli bughoh apabila tidak ingin memberi baiah kepadanya sebagai khalifah. Rentetan daripada itu, Saidina Ali telah menyiapkan bala tentera untuk memerangi Saidina Muawiyyah yang ketika itu menjadi gabenor di Syam. Maka berlakulah pertumpahan darah di antara tentera Saidina Ali dan Saidina Muawiyyah di Siffin pada tahun 36 Hijriah.

Jika diperhatikan peristiwa yang berlaku di antara Saidina Ali dan Saidina Muawiyyah ini, pastinya kita akan merasakan bahawa ia tidak sepatutnya terjadi apatah lagi kedua-duanya adalah sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Apa pun keadaannya, tindakan Saidina Ali tersebut dianggap bertepatan dengan hukum Islam yang membolehkan kerajaan Islam memerangi ahli bughoh.

Jika diperhatikan kepada pertumpahan darah yang berlaku di antara pejuang Hamas dan Fatah pula, maka kita akan dapati bahawa tindakan Hamas memerangi Fatah yang ingin menggulingkan kerajaannya adalah bertepatan dengan hukum Islam.

Fatah boleh dianggap sebagai ahli bughoh yang halal darahnya kerana ingin menggulingkan kerajaan yang dipimpin oleh Hamas. Walaupun pada zahirnya tindakan ini dilihat agak keterlaluan tetapi secara tersiratnya adalah untuk menghapuskan musuh dalam selimut dan memperkukuhkan kesatuan yang telah terbina. Oleh kerana itulah, walaupun Hamas berjaya menguasai Genting Gaza, mereka bersedia untuk berunding semula dengan Fatah dan menolak untuk mendirikan kerajaan yang berasingan di Genting Gaza.

Dakwaan Hizbu Tahrir bahawa pertumpahan darah yang berlaku di antara Hamas dan Fatah kerana berebut kuasa dengan melupakan musuh yang sebenarnya iaitu Israel dan Amerika adalah lari daripada fakta yang jelas.

Ini adalah kerana Hamas mengetahui siapa sebenarnya musuh mereka dan juga mengetahui siapa pula musuh dalam selimut yang boleh melemahkan perjuangan rakyat Palestin untuk menghalau Israel dari bumi mereka. Menghapuskan musuh dalam selimut adalah perkara yang penting bagi berhadapan dengan musuh yang sebenar.

Di samping itu, kita bersetuju dengan Hizbu Tahrir yang menganggap Fatah mengiktiraf negara haram Israel apabila mereka berunding dengan Israel tetapi kita tidak bersetuju jika dikatakan bahawa Hamas turut mengiktiraf negara haram Israel apabila mengadakan gencatan senjata memerangi Israel.

Tindakan mengadakan gencatan senjata ini tidak bermakna mengiktiraf negara entiti haram Israel tersebut sebagaimana dakwaan Hizbu Tahrir. Ini adalah kerana Hamas begitu bertegas dalam masalah pengiktirafan ini walaupun kerajaan yang dipimpinnya dipulau dan dikepung oleh Eropah dan Amerika disebabkan ketegasannya tersebut.

Gencatan senjata yang dilakukan hanyalah untuk sementara waktu sahaja bagi mengumpulkan kekuatan serta mengatur strategi berhadapan dengan Israel pada masa akan datang.
Kesimpulan :

Kesimpulannya, pertumpahan darah yang berlaku antara Hamas dan Fatah adalah merupakan suatu fitnah yang sangat besar di dalam perjuangan untuk membebaskan Palestin dari cengkaman Yahudi. Pun begitu, pertumpahan darah ini berlaku dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh syariat Islam apabila kerajaan yang dibentuk oleh Hamas dengan sewenang-wenangnya ingin digulingkan oleh anasir jahat di dalam Fatah.

29 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Inilah kesilapan yg sering HT lakukan, memberi pandangan tanpa mengetahui keadaan hakiki ibarat menilai isi dalamam rumah dgn hanya melihat dari luar rumah.BERI PANDANGAN SUSAH APA...air liur basi bukan ada harga.

Selamat memberi pandangan dlm segala hal....tieori apa susah.

8:30 AM

 
Anonymous man-syabab HT said...

Assalamualaikum,

Nampaknya sdra Muhyiddin ;
1. Tidak dapat memahami @ menghayati apa yg diserukan oleh HT.
2. Tidak memahami politik & fakta yang berlaku di Palestin.
3. Tidak memahami konsep bughoh yang dimaksudkan oleh syariat Islam.

HT mengatakan ;
1. Hamas menjadi harapan rakyat Palestin untuk menentang Yahudi dan membebaskan bumi Palestin.
2. Hamas berbeza dgn fatah yg begitu gilakan kuasa.
3. Berbunuhan sesama muslim adalah dilarang.
3. Hamas terperangkap dalam percaturan politik yg gagal difahami oleh Hamas.

Wahai muhyidin, tidakkah berbunuhan sesama muslim adalah suatu dosa. Tidakkah setetes darah umat Islam lebih mulia dari kaabah ?

mUHYIDIN, FAHAMI FAKTA DI BAWAH :

1. Pada 1988, perjanjian PLO-Yahudi, intipatinya mengiktiraf negara Israel apabila dasar penting dalam perjanjian tsbt adalah : TIADA PERBINCANGAN LAGI TENTANG TANAH YG DITAKLUKI ISRAEL PD 1948.

2. Masalahnya, hanya puak sekuler yg iktiraf perjanjian ini @ iktiraf Israel.

Bagaimana nak heret puak Islam agar turut iktiraf Israel. Lalu dibuatlah senario berikut ;

1. Pujuk Hamas ikut pilihanraya.
2. Beri kemenangan kpd Hamas.
3. Walaupun menang, Hamas tidak ada power penuh. Fatah, melalui kuasa presiden, ada kuasa yg setara.
4. Terjadi perebutan kuasa.
5. Dibuat provokasi konflik berdarah Hamas-Fatah.
6. Dibuat perjanjian Mekah. Org menyangka tujuannya utk mendamaikan hamas-fatah, tetapi bila diteliti butir-butir perjanjian tsbt, ianya adalah dupliket perjanjian 1988.
7. Pada mata rakyat Palestin, Hamas akhirnya akan dilihat tiada beza dgn fatah yg gilakan kuasa.

HT ingin dua puak yg bertelagah ini tidak berkelahi, tidakkah ini seruan yg mulia?

HT ingin setiap peluru Fatah dan Hamas hanya ditujukan kpd tentera Yahudi, tidakkah ini seruan Allah dan Rasul ?

Muhyidin, hayatilah setiap seruan Hizbut Tahrir dgn fikiran yg terbuka dan hati yg ikhlas.

Hizbut Tahrir menyeru anda, PAS dan seluruh kaum muslimin bersama-sama hizbut tahrir berjuang menegakkan khilafah agar hukum dapat diterapkan 100%.

Ayo....berganding bahu dgn rakan dan saudara kamu yg sebenar.....bukan DAP atau mana-mana parti politik ygmemperjuangkan ideologi kufur. Sedarlah....sedarlah....sedarlah.....

9:00 AM

 
Anonymous man-syabab HT said...

Wahai sipengomen pertama, pasal tak bubuh nama. Takut dikenali ? Tak yakin diri ?

Saya cuma ingin katakan kpd kamu satu perkara ;BAHAWA MENYERU MANUSIA KE JALAN ALLAH ADALAH PEKERJAAN YANG MULIA DI SISI AGAMA.

1. Firman Allah, " Dan siapakah yg lebih baik perkataannya selain daripada menyeru kepada Allah...."

2. Firman Allah, " Fazakkir innama antamuzakkir..." Maksudnya...Berilah peringatan....".

Dan banyak lagi seruan Allah dan Rasul yg memerintahkan org mukmin agar selalu memberi peringatan.

Rasulullah saw sendiri sepanjang 13 tahun pertama kenabian baginda, iaitu ketika di Mekah, hanya sibuk memberi nasihat dan peringatan.

Ini juga kerja para nabi dan Rasul. Hanya orang yg ikhlas dan bersih hatinya dapat menilai setiap nasihat kepada agama Allah suatu yg berguna.

Bagaimana dgn org yg nmenganggap nasihat kepada agama Allah sebagai : AIR LIUR BASI YG TIADA HARGA ?

SEMOGA ALLAH MEMBERI PETUNJUK KEPADA KITA SEMUA.

11:19 AM

 
Blogger adik_ustaz said...

Assalamualaikum wrbt. Kepada Saudara Muhyiddin. Mengenai isu Hamas dan Fatah, telah jelas siapa yang mengkhianati dan siapa yang dikhianati. Fatah yang selama ini diharapkan dapat menjadi adik kembar kepada Hamas nampaknya telah menjadi 'kambing hitam' barat dan yahudi. Umpama UMNO yang bertopengkan Islam tetapi habuk pun tarak!

Hamas sekarang ini berjuang seolah-olah hanya mereka sahaja yang mahukan Palestin merdeka dari serangan Israel/Yahudi laknatullah. Fatah bukan sahaja mengkhianati bangsanya malah mengkhianat Islam kerana bersekongkol dengan orang-orang kafir laknatullah menghancurkan Islam. Tiada bezanya suasana ini di Malaysia. PAS dan UMNO adalah ditunjangkan oleh orang Melayu dan beragama Islam. Tetapi metodologi dan cita-cita adalah berbeza sama sekali.

Hizbut Tahrir, menjadi satu gerakan yang berperanan menyampaikan kebenaran dan menyeru kepada jihad fisabilillah menegakkan syiar Islam kembali di muka bumi ini. Saudara Muhyiddin pastinya memandang serong terhadap pergerakan Islam seperti mereka. Cuba hayati setiap keluaran Hizbut Tahrir - Suara Kebangkitan. Semuanya menyeru dan membakar semangat agar kita bangun membela Islam. Selama ini kita banyak tidur dan hanyut dengan propaganda kaum kafir, bila tersedar cepatlah kita bangun menentang kembali penjajahan-penjajahan yang telah dilakukan oleh Amerika dan sekutunya.

Sistem Khilafah yang telah berabad hilang dari pemerintahan negara Islam harus dikembalikan. Islam dan sistem pemerintahan khilafah tidak dapat dipisahkan selamanya. Bukan demokrasi, bukan liberal, bukan kominis, bukan republik, bukan sekular...tetapi yang kita mahukan adalah SISTEM KHILAFAH.

Hizbut Tahrir akan terus unggul memimpin ummah ke arah fisabilillah. Allahuakbar!!!

12:14 PM

 
Anonymous UMR SYABAB HTM said...

Assalamualaikum,

Diharap Hj Muhyiddin memahami seruan yang dikeluarkan oleh HT Pusat itu dengan PEMIKIRAN YANG RASIONAL bukan semata-mata hanya dengan PERASAAN semoga anta dapat memahami mesej yang ingin disampaikan oleh HT. Ketahuilah bahawa kewujudan HT sebagai salah sebuah parti politik Islam adalah bertujuan untuk mengembalikan kehidupan Islam ditengah-tengah umat dengan thoriqah menegakkan kembali Daulah Khilafah. Sejarah telah membuktikan bahawa Palestin telah dibuka oleh KHALIFAH UMAR AL KHATAB, AMIRUL JIHAD KHILAFAH ISLAM SALAHUDDIN AL AYUBI berjaya membebaskan kembali Palestin dari tentera salib, keberanian SULTAN ABDUL HAMID II mempertahankan wilayah PALESTIN dari diserahkan kepada Yahudi laknatullah....dan kini umat Islam memerlukan kembali KHILAFAH untuk mengambil kembali Palestin dari Yahudi laknatullah itu. Maka kerana itulah HT mengingatkan pihak yang bertelagah samaada Hamas mahupun Fatah untuk melihat kembali tindakan mereka itu samada ianya benar ataupun tidak. Apa erti kita mendapat kuasa tetapi sistem Islam itu tidap dapat diterapkan 100% malahan kuasa yang kita dapat itu sebenarnya suatu perangkap untuk gerakan Islam tunduk kepada makar musuh-musuh Islam. TIADA KEMULIAAN TANPA ISLAM DAN TIADA ISLAM TANPA SYARIAT DAN TIADA SYARIAT TANPA KHILAFAH.....

9:47 AM

 
Anonymous Anonymous said...

kira kira ada 2 laa parti politik islam kat mesia laa ni kaa? ka lagu mana? kurang arif pulak

man sg petani

11:49 AM

 
Anonymous man-syabab HT said...

Assalamualaikum,

Kira-kira begitulah pak man. Tapi dua ka, tiga ka, empat ka, yang penting ikut hukum syarak. Banyak parti Islam baguih, yg tak baguih tu bila banyak parti syaitan, maksudnya parti yg berdiri atas ideologi kufur. Tak begitu pak man sg petani ?

Si Muhyidin ni saya harap hang pi belajar balik bab bughoh ya. Lepas tu baru discus. Tolong cek juga apakah yg dimaksudkan dgn daulah Islam menurut hukum syarak.

Tima kasih.

12:01 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Pak man nak so'ai man ht sikit eh!
Kalau 2 pemerintah,bunuh yg kedua ..begitu ka depa cakap?
Kalau 2 parti?
Kalau kat mesia HT lawan PAS
Kalau kat pestin Hamas lawan Fatah

.......apa beza?

Pak man tak suka gadoh gadoh aih

2:04 PM

 
Blogger Ibnu Ali said...

Nak buat ape lagi dengan para munafiqin dalam FATAH?

Duk terang2 nak khianati ummat Islam. Negara depan mata kena tawan pun nak ajak berunding? Tembak jer senang!!

Yang HT ni, sibuk ngan propaganda! Baguih la, tapi pi laa sembuk kat BN yang memerintah ni. Kalau PAS belum cukup Islam lagi, pi la sembuq kat kerajaan Kelantan.

Pertembungan HT ngan GErakan Islam sekarang ialah DEMOKRASI.

Itu sahaja. HT palestin mana ntah?

10:55 AM

 
Anonymous Anonymous said...

yang tanya mana HT palestin sila rujuk link dibawah.


http://www.youtube.com/watch?v=C0e6lo9xDVA

2:53 PM

 
Anonymous man said...

Assalamualaikum Pak Man

Sesama Islam kita tok sah lah saling melawan. Apalagi bila sama-sama nak perjuang Islam. Kila boleh berbeza pandangan, saling memberi nasihat dan berdiskusi dsbgnya, tapi tak perlu sampai bermusuhan apalagi berbunuh-bunuhan.

Nabi kata tak halal org mukmin berkelahi sampai 3 hari. Nabi juga kata bila 2 org Islam berkelahi sehingga ada yg mati, yg membunuh dan yg terbunuh semuanya masuk neraka.

Umat Islam , ada yg baik pemahamannya dan bertaqwa, namun ada yg jauh pemahamannya dari pemahaman Islam dan tertipu dgn politik kuasa penjajah seperti mana para penyokong parti-parti sekuler. Namun, mereka semua ini adalah saudara seiman.

Manakala musuh kita adalah kuasa imperialisme (org kafir. Mereka ini telah memperdaya saudara-saudara kita utk memerangi saudara-saudaranya sendiri yg ikhlas berjuang utk Islam.

Demikian pandangan peribadi saya. Mohon maaf jika ada terkasar bahasa.

8:27 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum

Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas komen yang telah diberikan ke atas artikel yang saya tulis.

Kepada Man Syabab HT … Jika dilihat komen yang anda utarakan, anda hanya sekadar membuat andaian dan dakwaan puak Islam (Hamas) diheret supaya mengiktiraf Israel. Anda telah mendatangkan senario yang tidak disokong oleh bukti.

Saya ingin mempertegaskan sekali lagi bahawa Hamas melalui kenyataan pemimpin-pemimpinnya seperti Ismail Haniyyah dan Khalid Masya'al tidak sekali-kali diheret mahupun akan mengiktiraf Israel dan negaranya. Buktinya Hamas terus ditekan, dipulau, disekat kewangannya kerana ketegasannya tidak mengiktiraf Israel.

Senario 1 : (pujuk Hamas supaya menyertai Pilihanraya) –senario ini adalah tidak benar kerana tidak ada bukti yang menunjukkannya. Hamas menyertai pilihanraya berdasarkan keputusan pimpinannya dan bukan dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Pilihanraya itu sendiri adalah syarie walaupu HT menganggap sebaliknya.

Senario 2: (Beri kemenangan kepada Hamas). -Kemenangan yang diperolehi ini bukan diberi oleh sesiapa tetapi hasil usaha Hamas sendiri. Fatah, Israel dan Barat sendiri melalui kenyataan pemimpin2 mereka tidak menyangka kemenangan Hamas dan mengharapkan kekalahan Hamas. Oleh kerana itu Barat mengambil tindakan memulau kerajaan Hamas.

Senario 3 : (Walaupun menang, Hamas tidak ada power penuh. Fatah, melalui kuasa presiden, ada kuasa yg setara.) Kuasa yang ada pada Hamas sudah cukup untuknya memerintah Palestin mengikut syariat Islam. Hamas sentiasa mengajak presiden untuk bersatu menentang Israel. Maka sebab itu timbul kerajaan perpaduan walaupun Hamas berhak untuk memerintah secara bersendirian.

Senario 4: (Terjadi perebutan kuasa). Tidak timbul terjadinya perebutan kuasa disini kerana Hamas telah diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Palestin. Apa yang terjadi hanyalah golongan bughoh dalam fatah yang ingin menggulingkan kerajaan Islam Hamas.

Senario 5: (Dibuat provokasi konflik berdarah Hamas-Fatah). Konflik berdarah ini dimulakan oleh satu puak di dalam Fatah (bughoh) utk menggulingkan kerajaan Hamas. Hamas bertindak di atas dasar mempertahankan kerajaannya yang dibenarkan oleh Syariat.

Senario 6 :(Dibuat perjanjian Mekah). Bagaimana boleh dikatakan ia 'dibuat' seolah-olah Hamas diheret untuk mengadakan perjanjian tersebut sedangkan Hamaslah yang mengajak untk mengadakan perjanjian tersebut supaya kesatuan dapat dibina bagi menentang Israel melalui kerajaan perpaduan. Hamas telah mengajak Fatah untuk berunding sejak awal kemenangannya lagi untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.

Senario 7: (Pada mata rakyat Palestin, Hamas akhirnya akan dilihat tiada beza dgn fatah yg gilakan kuasa). Rakyat Palestin tidak akan melihat Hamas gilakan kuasa kerana apa yang dilakukan oleh Hamas adalah untuk kepentingan mereka, bersatu dibawah satu kuasa untuk memerangi Israel. Konflik berdarah Hamas dan Fatah hanyalah untuk menghapuskan musuh dalam selimut. Hanya orang yang buta tentang perjuangan Hamas sahaja yang menganggap demikian.

Tentang persoalan Bughoh, saya ingin meminta saudara mengemukakan pandangan ulama tentang Bughoh jika mengatakan saya tidak memahami konsep Bughoh. Apa yang jelas, anda seolah2 sendiri yang tidak memahaminya, kerana itu tidak berani untuk memberi pandangan berkenaan dengan bughoh yang sebenarnya pada pandangan Islam. Artikel saya yang saya tulis sebelum ini yang menyentuh persoalan bughoh adalah berdasarkan pandangan ulama feqah seperti Dr. Wahbah az-Zuhaili di dalam kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu.

Apa yang nyata, Hamas telah berjaya menubuhkan sebuah kerajaan Islam dan terdapat bukti yang jelas bahawa satu puak dalam Fatah ingin menggulingkannya sebagaimana bukti yang saya kemukakan dalam artikel yang lepas. Puak yang ingin menggulingkan kerajaan Islam Hamas ini pastinya adalah golongan bughoh yang halal darahnya. Tidak timbul persoalan dosa kerana bunuh membunuh sesama umat Islam. Ini adalah kerana sebuah kerajaan Islam diberikan hak untuk memerangi dan membunuh golongan bughoh sebagaimana yang dibenarkan oleh hukum syarak dan feqah. Jika dakwaan anda bahawa ia suatu dosa, adakah saidina Ali berdosa kerana memerangi Saidina Muawiyah kerana menganggap Muawiyah adalah bughoh. Apakah Saidina Ali juga berdosa kerana memerangi golongan khawarij kerana menganggap mereka bughoh. Pastinya tidak berdosa kerana Saidina Ali melakukannya kerana dibenarkan oleh syarak. Maka begitulah juga Hamas dengan golongan bughoh dalam Fatah.

Buat akhirnya untuk man syabab, jika anda mengajak saya supaya membuka fikiran dan ikhlas hati, saya ingin juga mengajak anda supaya membuka fikiran dengan melihat bukti dan fakta yang telah saya tunjukkan. Jangan terlalu taksub kepada kelompok sendiri sehingga kita tidak dapat membezakan diantara kebenaran dan kebatilan. Artikel yang saya tulis adalah berdasarkan kenyataan-kenyataan pemimpin Hamas yang boleh kita rujuk melalui media massa yang tidak pro barat.

Oleh : Haji Muhyiddin

10:55 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum

Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas komen yang telah diberikan ke atas artikel yang saya tulis.

Kepada Man Syabab HT … Jika dilihat komen yang anda utarakan, anda hanya sekadar membuat andaian dan dakwaan puak Islam (Hamas) diheret supaya mengiktiraf Israel. Anda telah mendatangkan senario yang tidak disokong oleh bukti.

Saya ingin mempertegaskan sekali lagi bahawa Hamas melalui kenyataan pemimpin-pemimpinnya seperti Ismail Haniyyah dan Khalid Masya'al tidak sekali-kali diheret mahupun akan mengiktiraf Israel dan negaranya. Buktinya Hamas terus ditekan, dipulau, disekat kewangannya kerana ketegasannya tidak mengiktiraf Israel.

Senario 1 : (pujuk Hamas supaya menyertai Pilihanraya) –senario ini adalah tidak benar kerana tidak ada bukti yang menunjukkannya. Hamas menyertai pilihanraya berdasarkan keputusan pimpinannya dan bukan dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Pilihanraya itu sendiri adalah syarie walaupu HT menganggap sebaliknya.

Senario 2: (Beri kemenangan kepada Hamas). -Kemenangan yang diperolehi ini bukan diberi oleh sesiapa tetapi hasil usaha Hamas sendiri. Fatah, Israel dan Barat sendiri melalui kenyataan pemimpin2 mereka tidak menyangka kemenangan Hamas dan mengharapkan kekalahan Hamas. Oleh kerana itu Barat mengambil tindakan memulau kerajaan Hamas.

Senario 3 : (Walaupun menang, Hamas tidak ada power penuh. Fatah, melalui kuasa presiden, ada kuasa yg setara.) Kuasa yang ada pada Hamas sudah cukup untuknya memerintah Palestin mengikut syariat Islam. Hamas sentiasa mengajak presiden untuk bersatu menentang Israel. Maka sebab itu timbul kerajaan perpaduan walaupun Hamas berhak untuk memerintah secara bersendirian.

Senario 4: (Terjadi perebutan kuasa). Tidak timbul terjadinya perebutan kuasa disini kerana Hamas telah diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Palestin. Apa yang terjadi hanyalah golongan bughoh dalam fatah yang ingin menggulingkan kerajaan Islam Hamas.

Senario 5: (Dibuat provokasi konflik berdarah Hamas-Fatah). Konflik berdarah ini dimulakan oleh satu puak di dalam Fatah (bughoh) utk menggulingkan kerajaan Hamas. Hamas bertindak di atas dasar mempertahankan kerajaannya yang dibenarkan oleh Syariat.

Senario 6 :(Dibuat perjanjian Mekah). Bagaimana boleh dikatakan ia 'dibuat' seolah-olah Hamas diheret untuk mengadakan perjanjian tersebut sedangkan Hamaslah yang mengajak untk mengadakan perjanjian tersebut supaya kesatuan dapat dibina bagi menentang Israel melalui kerajaan perpaduan. Hamas telah mengajak Fatah untuk berunding sejak awal kemenangannya lagi untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.

Senario 7: (Pada mata rakyat Palestin, Hamas akhirnya akan dilihat tiada beza dgn fatah yg gilakan kuasa). Rakyat Palestin tidak akan melihat Hamas gilakan kuasa kerana apa yang dilakukan oleh Hamas adalah untuk kepentingan mereka, bersatu dibawah satu kuasa untuk memerangi Israel. Konflik berdarah Hamas dan Fatah hanyalah untuk menghapuskan musuh dalam selimut. Hanya orang yang buta tentang perjuangan Hamas sahaja yang menganggap demikian.

Tentang persoalan Bughoh, saya ingin meminta saudara mengemukakan pandangan ulama tentang Bughoh jika mengatakan saya tidak memahami konsep Bughoh. Apa yang jelas, anda seolah2 sendiri yang tidak memahaminya, kerana itu tidak berani untuk memberi pandangan berkenaan dengan bughoh yang sebenarnya pada pandangan Islam. Artikel saya yang saya tulis sebelum ini yang menyentuh persoalan bughoh adalah berdasarkan pandangan ulama feqah seperti Dr. Wahbah az-Zuhaili di dalam kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu.

Apa yang nyata, Hamas telah berjaya menubuhkan sebuah kerajaan Islam dan terdapat bukti yang jelas bahawa satu puak dalam Fatah ingin menggulingkannya sebagaimana bukti yang saya kemukakan dalam artikel yang lepas. Puak yang ingin menggulingkan kerajaan Islam Hamas ini pastinya adalah golongan bughoh yang halal darahnya. Tidak timbul persoalan dosa kerana bunuh membunuh sesama umat Islam. Ini adalah kerana sebuah kerajaan Islam diberikan hak untuk memerangi dan membunuh golongan bughoh sebagaimana yang dibenarkan oleh hukum syarak dan feqah. Jika dakwaan anda bahawa ia suatu dosa, adakah saidina Ali berdosa kerana memerangi Saidina Muawiyah kerana menganggap Muawiyah adalah bughoh. Apakah Saidina Ali juga berdosa kerana memerangi golongan khawarij kerana menganggap mereka bughoh. Pastinya tidak berdosa kerana Saidina Ali melakukannya kerana dibenarkan oleh syarak. Maka begitulah juga Hamas dengan golongan bughoh dalam Fatah.

Buat akhirnya untuk man syabab, jika anda mengajak saya supaya membuka fikiran dan ikhlas hati, saya ingin juga mengajak anda supaya membuka fikiran dengan melihat bukti dan fakta yang telah saya tunjukkan. Jangan terlalu taksub kepada kelompok sendiri sehingga kita tidak dapat membezakan diantara kebenaran dan kebatilan. Artikel yang saya tulis adalah berdasarkan kenyataan-kenyataan pemimpin Hamas yang boleh kita rujuk melalui media massa yang tidak pro barat.

Oleh : Haji Muhyiddin

10:56 AM

 
Anonymous man said...

ASSALAMUALAIKUM TN. HJ MUHYIDDIN

PERTAMA, MOHON MAAF JIKA TERSALAH PERKATAAN DAN TERKASAR BAHASA.

KEDUA, SAYA HORMATI & HARGAI PANDANGAN TN. HJ.

3:33 PM

 
Blogger ibnuMajid said...

haa..macam itu la..kan lbh baik saling menghormati..kalau still nk menegakkan benang yg basah susah laa..

10:50 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Saya merasakan HT sudah tersalah alamat dlm menghantar surat ini!!!

Kalu nak seru Palestin dan Hamas bukan alamatnya di Msia.

Cuba tengok kesannya bila tersalah alamat. PAS vs HT (SAMA GERAKAN ISLAM)....Siapa untung???

Tak semua orang perlu tau semua perkara.........

Bagi saya tindakan yg kurang cerdik.

.......zamri

8:32 AM

 
Anonymous Anonymous said...

A'kum

Saya melihat dari jauh pertembungan 2 aliran pemikiran haraki ini, satu HT dengan idealisme perjuangan tersendiri, namun dari segi harakinya tidaklah sehebat PAS. PAS yang saya lihat dari segi idealime perjuangan sedikit kurang berbanding denga HT, tetapi dari segi harakiahnya memang tidak dapat dinafikan kehebatannya tambahanan pula semenjak pemecatan DSAI.

Saya sering juga mengikuti seminar-seminar HT, walaupun rakan-rakan perjuangan cuba 'menghalang' saya ke sana. Saya selalu mengikuti perkembangan seminar HT, contoh seminar Kemerdekaan, isu yang dilontarkan oleh HT tentang cerita Left Adenan dan Bkt Kepong, banyak membuka minda saya tetang penipuan British dan kuncu-kuncunya.

Jadi adalah tidak adil untuk kita menghukum HT tanpa kita mengenali mereka, mereka tidak mengangkat bendera perang terhadap PAS. Saya juga bertanya dan berbual beberapa orang tetang isu Bughat Al-Fatah terhadap HAMAS. Ada dari kalangan ahli UMNO yang menyampuk, PASpun sama dengan Fatah, contoh kes Memali, PAS adalah penderhaka yang ingin menggulingkan kerajaan yang sah. Saya merenung sejenak, pada pendapat saya Memali adalah bukan perang Bughat tapi perang fitnah yang disebarkan oleh UMNO, di bawah arahan Musa Hitam.

Saya membaca balik tulisan HTM dan Tuan Haji Muhyiddin, saya kaji dan saya baca berkali-kali. Apa yang HTM serukan adalah jangan terlibat dengan perang fitnah, kemudian Hj Muhyiddin membalas itu perang melawan Bughat.

Saya tidak ingin menghukum mana2 pihak seperti tulisan Hj Muhyiddin terhadap HTM, cuma saya ingin mengajak rakan seperjuangan, bagaimana jika rakyat Palestin mengatakan bahawa peristiwa Memali adalah salah dari sisi parti PAS kerana memberontak kerajaan yang sah (sedangkan kita tahu itu fitnah dari kerajaan yang sah.

'ala kulli hal
Saya berat sangka bahawa perang Hamas dan Al-Fatah adalah perang fitnah yang didalangi oleh Yahudi, sebagaimana Abd bin Sabak mendalangi perang Jamal. Siapa yang salah? Ali atau 'Aisyah? Syiah kata 'Aisyah salah dan Ahli Sunnah bela 'Aisyah dan mengatakan perang itu perang fitnah. TITIK.

Wassalam.

3:48 PM

 
Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum ...

Terlalu jauh kalu nak dibandingkan diantara PAS dan Fatah, di antara peristiwa berdarah Memali dan Palestin.

Bughoh berlaku apabila berlakunya pemberontakan terhadap kerajaan Islam. Kerajaan yang sah tidak semestinya kerajaan Islam.

Peristiwa memali adalah pertembungan antara PAS dengan kerajaan yang sah tetapi tidak Islam. Adapun peristiwa berdarah Palestin adalah pertembungan antara Fatah dengan kerajaan Islam Hamas.

PAS adalah gerakan Islam tetapi Fatah adalah gerakan kebangsaan.

11:15 AM

 
Anonymous tt said...

Assalamualaikum wbt..
saya membaca Sauntun Nahdhah tersebut sebelum ini, boleh dipuji penulisan tersebut. tetapi selepas membaca penulisan Hj Muhyidin, sy baca kembali SN tersebut dan tulisan HJ Muhyidin.
yang saya lihat, HJ Muhyidin tidak setuju apabila HT menegur Hamas. Dalam SN tersebut, initipatinya HT menerangkan tidak sepatutnya Hamas dan Fatah berperang sedangkan musuh mereka Israel sedang menunggu untuk terus membaham mereka. sama seperti kita sedih melihat syiah dan sunni berbunuhan, Iran dan Iraq berperang.
kita juga sedih apabila Hamas dan Fatah berebut semenanjung Gaza dan tebing barat, sedangkan wilayah lain terus dicengkam israel.
dalam kes fatah dan hamas ini, fatah bukanlah bughat, kerana Hamas belum lagi menjadi pemerintah yang sah secara syarie tetapi baru sahaja menang pilihanraya sedangkan kekuasaan dan keamanan bukan ditangan hamas, hatta dana pun masih bergantung pada eropah dan israel.
saya menyarankan wakil HT dan Hj.
Muhyidin begitu juga ust nasrudin wajar bertemu dan berbincang. PAS punya ramai penyokong di Malaysia dan HT punya fikrah islam yang mendalam. jika bekerjasama insyaallah islam lebih mudah bangkit di malaysia.
kita memperjuangkan islam bukan assobiyah kepartian, amin.

t/t: pergi dedua program PAS dan HT

2:06 PM

 
Blogger an-nawawi as-Salafy wal-Atsary said...

HUKUM MENCELA DAN MENGHINAKAN PEMERINTAH (PENGUASA)

Para umara dan ulama sewajarnya dominan dalam aktiviti kehidupan dengan mentasfiyah hati rakyat supaya mereka sentiasa berkeyakinan bahawa menentang penguasa Islam adalah perbuatan haram sebagaimana amaran dari hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

“Disuatu saat nanti akan muncul seorang sultan (penguasa/pemimpin). Sesiapa sahaja yang hendak menghinakannya, bererti dia telah menikam agama Islam dan tiada pintu taubat baginya kecuali dia mahu memperbaikinya, tetapi dia berdaya memperbaikinya sampai Hari Kiamat”. (as-Sunnah, 2/490-492. Ibnu Abi ‘Asim)

“Sultan (penguasa/pemimpin) adalah naungan Allah yang ada di bumi, barangsiapa menghormatinya, Allah akan menghormatinya, dan barangsiapa yang menghinakannya, maka Allah akan menghinakan dirinya”. (Hadis ini diriwayatkan dalam berbagai-bagai hadis dari Rasulullah dan diriwayatkan oleh Abu Bakar, Umar, Ibnu Umar, Abu Bakrah, Anas dan Abu Hurairah. Berkata Ibnu Abi Zamanain: ”Ini adalah perkataan ahli sunnah”. Lihat: Usulus-Sunnah. Hlm. 105-106. Ibnu Abi. Cetakan al-Khanji, Mesir. Lihat: Al-Maqasidul Hasanah, Juz Raf’u Asy-Syukuki fi Mafakhiri al-Muluk. 2/492. As-Sakhawi. Lihat: As-Sunnah, Fasal ketujuh berkenaan larangan mencela umara (pemimpin). Ibnu Abi Asim)

Perkataan ضِلُّ اللهِ “Naungan Allah” (daripada hadis di atas) bermaksud:

“Allah menghilangkan hal-hal yang membahayakan manusia dengan perantaraan penguasa, sebagaimana naungan yang melindungi manusia dari terik sinar matahari”.

Hadis ini juga merupakan amaran kepada manusia bahawa naungan Allah berbeza dengan yang lainnya, kerana naungan Allah lebih tinggi dan luhur serta paling luas kebaikannya dan manfaatnya. Sehingga Anas radiallahu ‘anhu berkata: “Para pembesar sahabat menasihati kami: Janganlah kamu mencerca para umara”.

At-Tabrizi meriwayatkan dari Ka’ab al-Ahbar, beliau berkata:

“Penguasa adalah naungan Allah yang ada di permukaan bumi, apabila dia melakukan ketaatan kepada Allah, dia akan mendapat pahala dan kamu harus bersyukur. Apabila dia melakukan kemaksiatan kepada Allah, maka dia akan mendapat dosa dan kamu harus bersabar. Janganlah cinta kepada penguasa membuat kamu terjerumus ke dalam kemaksiatan, dan kebencian kepadanya membuat kamu keluar dari ketaatan kepadanya”. (Nasihah li-Raii war-Raiiyah. Hlm. 65)

Al-Manawi rahimahullah berkata:

“Allah menjadikan penguasa sebagai penolong bagi sekalian makhluk hidup di bumi, maka kedudukannya dijaga dari celaan dan penghinaan agar penghormatan tetap kepada penguasa dan menjadi sebab kemudahan dan bertambahnya bantuan serta pertolongan Allah bagi hambaNya”. (Faidhul Qadir 4/134)

Sahl bin Abdullah at-Tusturi rahimahullah berkata:

“Manusia sentiasa dalam kebaikan jika masih menghormati penguasa/pemerintah dan ulama. Jika mereka masih menghormati dua komponen umat Islam ini, maka Allah akan memperbaiki urusan dunia dan akhirat mereka. Seandainya mereka meremehkan dua komponen ini, akan rosaklah kepentingan dunia dan akhirat mereka”. (Tafsir Qurtubi 5/260-261)

Kewajipan para ulama adalah menasihati para pemimpin mereka, bukan mencela mereka secara emosi dan hawa nafsu jika terdapat pemimpin mereka melakukan kesalahan. Oleh kerana penting persoalan ini, maka Ibn Abi Asim mengkhususkan satu bab dalam kitabnya dengan judul:

“Perintah Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa-Sallam Agar Bersabar Ketika Mendapati Tingkah Laku Penguasa Yang Tidak Baik”. (as-Sunnah 2/523. Ibnu Abi Asim)

Imam Nasaii rahimahullah juga memperuntukkan bab di dalam kitabnya yang berjudul:

“Perintah Bersabar Ketika Menghadapi Kezaliman Penguasa, Kerakusan Dan Perbuatan Monopoli Pemerintah”. (Syarah Muslim. 12/235. An-Nawawi)

Dari Ziyad bin Kusaib al-Adawi dia berkata: Aku pernah berada di bawah mimbar Ibnu Amir bersama Abi Bakrah, ketika itu dia berkhutbah dengan mengenakan pakaian yang sangat tipis, dengan sepontan Abu Bilal berkata: Lihatlah penguasa kita memakai pakaian orang fasik. Maka Abu Bakrah berkata: Diamlah engkau! Saya telah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Barangsiapa menghina penguasa Allah di bumi, nescaya Allah akan menghinakannya”. (Hadis Riwayat Riwayat Tirmizi)

Para sahabat juga telah memelihara merialisasikan asuhan dan didikan Nabi dalam mensikapi pemerintah dan mengamalkannya setelah baginda wafat sebagaimana athar di bawah ini:

“Ibnu Abi Asim menyatakan, telah menceritakan kepada kami Hadiyyah bin Abdil Wahab, telah menceritakan kepada kami al-Fadl bin Musa, beliau menceritakan kepada kami dari Husain bin Waqid, dari Qais bin Wahab dari Anas bin Malik dia berkata: Para pembesar (penguasa) kami dari kalangan sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah melarang kami tentang beberapa hal: (1) Jangan kamu mencela (menghina) pemerintah (penguasa). (2) Jangan berbohong dengannya dan (3) Jangan menentangnya tapi bersabarlah, serta takutlah kamu kepada Allah, maka sesungguhnya perkara Nya itu dekat. (as-Sunnah 2/488. (Sanadnya baik, semua perawinya tsiqah))

Para sahabat tidak mengizinkan mencegah kemaksiatan penguasa jika boleh menimbulkan fitnah. Tetapi tetap tidak boleh mentaatinya kalau penguasa menyuruh kepada maksiat, malah harus mencegahnya.

“Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah bahawa Muawiyah menceritakan kepada kami bahawa sufyan telah menceritakan kepada kami, dari Ma’mar dari Ibnu Thawus, dari Ayahnya, dia berkata kepada Ibnu Abbas: Bolehkah saya menegah pemimpinku dari berbuat maksiat? Ibnu Abbas berkata: Jangan! Kerana akan menimbulkan fitnah. Kemudian dia berkata lagi: Bagaimana jika dia menyuruhku untuk berbuat maksiat? Ibnu Abbas menjawab: Ketika seperti itu, cegahlah dia”. (al-Musannaf 15/74. Ibnu Abi Syaibah)

Para ulama Salaf as-Soleh keseluruhannya mengharamkan umat Islam dari menghina, mencela dan memburuk-burukkan para pemimpin, pemerintah atau penguasa Islam:

“Dari jalur Yahya bin Yaman, Sufyan telah menceritakan kepada kami dari Qais bin Wahab dari Anas bin Malik radiallahu ‘anhu dia berkata: Para pembesar dari kalangan sahabat Rasulullah telah melarang kami mencela/menghina penguasa (pemerintah)”. (Hadis Riwayat Ibnu Abdil Barr 21/287. At-Tamhid)

“Sesiapa yang memuliakan (atas nama) Allah penguasa (di bumi), maka Allah akan memuliakannya di Hari Kiamat, dan barangsiapa menghina penguasa, maka Allah pun akan menghinakan dirinya”. (Hadis Riwayat Abi Bakrah. Lihat: As-Sunnah hlm. 275. Ibnu Abi Asim)

Para ulama Salaf as-Soleh menuntut umat Islam agar mendoakan para pemimpin mereka, bukan mencela, tidak boleh menghina malah ditegah dari menjatuhkan mereka kerana antara tanda-tanda munafik dan kemaksiatan adalah mencela, menghina dan menjatuhkan maruah para pemimpin Islam:

“Dari as-Sahmi berkata: Aku mendatangi Abu Ummah, lantas dia berkata: Janganlah kamu mencela/mengutuk/menghina al-Hajjaj, kerana dia adalah penguasamu dan bukan penguasaku. (Perkataan beliau: Dia bukan penguasaku, kerana Abu Ummah tinggal di Syam sedangkan al-Hajjaj Gabenor di wilayah Iraq”. (Hadis Riwayat Bukhari. Rujuk at-Tarikhul Kabir 7/18)

Dari Umamah dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam baginda bersabda:

“Janganlah kamu mencela penguasa/pemimpin kamu, doakanlah dengan kebaikan bagi mereka. Sesungguhnya baiknya pemimpin juga merupakan kebaikan bagi kamu”. (Hadis Riwayat At-Tabrani dalam Al-Ausath. Al-Haitsami berkata dalam Al-Majma’ 5/249)

Dari Abi Darda’ radiallahu ‘anhu berkata:

“Sesungguhnya awal kemunafikan seseorang adalah ketika dia mencela pemimpinnya”. (at-Tamhid 21/287.. Ibnu Abdil Barr)

Dari Abil Yaman al-Hauzani dari Abi Darda’ radiallahu ‘anhu berkata:

“Janganlah kamu melaknat (memaki hamun) pemimpin /penguasa, kerana melaknat mereka dapat memangkas agama, dan membenci mereka dapat melukainya. Lalu beliau ditanya: Hai Abi Darda! Apa yang harus kami lakukan jika kami melihat sesuatu yang tidak kami sukai pada diri mereka? Beliau menjawab: Bersabarlah kamu! Kerana sesungguhnya Allah melihat yang demikian pada diri mereka, nescaya Allah akan menahan mereka dengan kematian”. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Asim dalam As-Sunnah 2/488. Ibnu Hibban dalam Ats-Tsiqah 5/188. Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: Dia (perawi hadis ini) dapat diterima: Lihat dalam At-Tahzib 5/75. Athar ini tercantum dalam kitab Al-Amwal 1/79 oleh Ibnu Zanjuwaih dari jalan yang sama)

Menghina, mencela dan mengutuk pemimpin Islam disamakan dengan Hamba Syaitan sebagaimana athar yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari rahimahullah. Ini menunjukkan haramnya perbuatan menghina pemimpin Islam. Hayatilah athar sahih di bawah ini, iaitu dari Abi Jamrah Ad-Dhubaii berkata:

“Ketika sampai kepadaku khabar tentang dibakarnya Ka’abah, aku segera pergi ke Mekkah dan singgah ke tempat Ibnu Abbas. Lalu aku mencaci al-Hajjaj di hadapannya. Beliau pun menegurku: Janganlah engkau menjadi Hamba Syaitan!”. (Hadis Riwayat Bukhari dalam At-Tarikhul Kabir 8/104)

Mencela, menghina, mengutuk, membangkang dan menyebarkan keburukan serta cacat cela pemimpin Islam sama seperti menjatuhkan dan menumbangkannya:

Dari Abi Majlaz dia berkata:

“Mencela penguasa bererti memotongnya. Saya tidak mengatakan memotong rambutnya, tetapi memotong agamanya”. (Diriwayatkan oleh Ibnu Zanjuwaih di dalam Al-Amwal 1/78 dengan sanad yang baik. Juga diriwayatkan dari Abi Idris al-Khaulani dengan sanad yang sama beliau berkata: “Berhati-hatilah kamu dari sikap mencela penguasa, sesungguhnya mencela penguasa adalah perbuatan memotong agama, bukan memotong rambut. Ketahuilah sesungguhnya pencela para penguasa adalah orang-orang yang paling rugi dan seburuk-buruk manusia yang jahat”)

Tidak boleh mencela pemerintah Islam, tetapi dibolehkan mencela orang yang mencela pemerintah yang telah menjadi hamba syaitan. Dari Zaidah bin Qudamah dia berkata:

“Saya telah bertanya kepada Mansyur bin Muktamar: Apabila saya berpuasa, bolehkah saya menghina/mencela pemimpin/penguasa? Beliau menjawab: Tidak! Saya bertanya lagi: Kalau begitu, bolehkah saya mencela/menghina hamba hawa nafsu (orang yang menghina/mencela pemerintah)? Beliau menjawab: Ya! Boleh”. (Hadis Riwayat dari Ibnu Abi Dunya dalam Ash-Shamt wa-Adab al-Lisan. Hlm. 145. Lihat: Al-Hilya 5/41-42. Abu Nu’im)

Tolong menolong (bekerjasama) untuk menjatuhkan pemerintah atau membunuhnya adalah perbuatan yang keji sebagaimana dijelaskan dalam athar di bawah ini:

Dari Muhammad bin Abi Ayyub, dari Hilal bin Abi Humaid dia mendengar Abdullah bin Ukaim berkata:

“Aku tidak ikut terlibat dalam menumpahkan darah Khalifah selama-lamanya setelah insiden Uthman. Dia pun ditanya: Wahai Abu Ma’bad! Benarkah engkau ikut terlibat dalam menumpahkan darah Khalifah? Maka dia menjawab: Sungguh aku telah berkali-kali menyatakan kejinya tolong-menolong dalam rangka mengalirkan darah pemimpin”. (Hadis Riwayat Ibnu Sa’ad dalam At-Tabaqat 6/115. Lihat: al-Ma’rifah wat-Tarikh 1/231-232. Menurut Ibnu Sa’ad sanad hadis ini sahih)

Para Salaf as-Soleh setelah menyedari berdosanya menghina pemimpin, mereka segara bertaubat:

“Abdullah telah menceritakan kepada kami dari Zabriqan dia berkata: Aku pernah berada di tempat Abu Wail Syaqiq bin Salamah, mulailah aku mencaci al-Hajjaj dan menyebut segala keburukannya. Abu Wail Syaqiq bin Salamah berkata: Janganlah engkau mencacinya! Tahukah engkau, mungkin dia berdoa: Ya Allah ampunilah aku! Kemudian Allah memberi keampunan kepadanya”. (az-Zuhud 2/464. Ibnu al-Mubarak)

Mereka yang tidak segera bertaubat setelah menghina, mencela atau memburuk-burukkan pemimpin Islam, maka dihalalkan darahnya:

Khalid bin Abdullah al-Qasri pernah memberi ucapannya di Mekkah dimasa beliau berkuasa. Dia berkata:

“Demi Allah! Jika ada seseorang yang dihadapkan kepadaku kerana perbuatannya mencela penguasa/pemimpin, pasti akan aku bunuh dengan cara disalib dan dipancung di hadapan Masjid al-Haram”. (al-Muntazhim fi Tarikh al-Muluk wal-Umam 6/299. Ibnu Jauzi)

Tidak akan dapat apa-apa pun kebaikan orang-orang Islam yang menghina dan mencela pemimpin mereka yang beragama Islam. Abi Ishak as-Sabaii telah menjelaskan:

“Tidaklah suatu kaum mencela/menghina dan menentang pemimpinnya, melainkan mereka akan terhalang dari kebaikan”. (Riwayat Ibnu Abdil Barr dalam At-Tamhid 21/287)

Orang-orang yang telah terlanjur menghina, mencela, memfitnah dan memburuk-burukkan pemimpin hendaklah bertaubat, dengan bertaubat Allah menggantikan pemimpin yang lebih baik sebagaimana dijelaskan dalam hadis kudsi:

“Maka janganlah kamu sibuk dengan mencela para penguasa, tetapi bertaubatlah kepadaKu, maka (dengan taubat kamu) mereka akan Ku jadikan penguasa yang lemah-lembut kepada kamu”. (Minhajus Sunnah 3/133. Ibn Taimiyah. Menurut Ibn Taimiyah athar ini masyhur (terkenal))

Allah mewajibkan setiap orang beriman agar menjaga maruah dan kemuliaan saudaranya dalam Islam terutamanya penguasa atau pemimpin. Haram menyebarkan aib, membuka pekung dan menceritakan kesalahan pemerintah di atas mimbar, di depan publik dan di foram-foram terbuka, kerana orang awam akan menaruh dendam dan perasaan benci kepada pemerintah. Akibatnya rakyat akan menjadi dalang kepada penyebar kebencian dan fitnah. Rakyat akan berpecah-belah, berbenci-bencian dan bercakaran dengan golongan yang mencintai pemerintah. Allah menegah perbuatan menyebarkan keaiban orang lain kerana perbuatan itu amat keji dan terkutuk. Firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang yang gemar menyebar perbuatan yang amat keji di kalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". (an-Nur, 24:19)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Barangsiapa yang memuliakan peguasa (pemimpin) Allah Subhanahu wa-Ta’ala di dunia, Allah akan memuliakannya pada Hari Kiamat. Barangsiapa yang menghina penguasa Allah Tabaraka wa-Ta’ala di dunia, Allah akan menghinakannya pada Hari Kiamat”. (H/R Ahmad dalam Al-Musnad 5/42)

Hayatilah perkataan Fudhail bin Iyad rahimahullah tentang penguasa:

“Andaikata aku mempunyai suatu doa, pasti akan ku pergunakan doa tersebut untuk mendoakan penguasa/pemimpin. Malah kita diperintah untuk mendoakan kebaikan bagi penguasa dan dilarang untuk mendoakan kejahatan/kehancuran bagi mereka, walaupun mereka berbuat sewenang-wenang dan zalim, kerana kesewenang-wenangan dan kezalimannya menimpa diri mereka sendiri dan kaum Muslimin, begitu juga kebaiknya”. (Thabaqat al-Hanabilah 2/36)

Imam al-Husin bin Ali al-Barbahari berkata:

“Apabila kamu melihat seorang mendoakan kecelakaan untuk penguasanya, maka ketahuilah bahawa dia adalah penyembah hawa nafsu. Dan apabila kamu mendengar seseorang berdoa untuk kebaikan penguasanya, maka ketahuilah bahawa dia adalah pengikut sunnah, insya Allah Ta’ala”. (Syarah As-Sunnah. Hlm. 60. Al-Barbahari)

Syeikh Salih bin Uthaimin rahimahullah berkata:

“Menentang pemerintah dalam perkara yang tidak membahayakan agama, kemudian ia (melahirkan) penentangannya di dalam perayaan-perayaan, di masjid-masjid, di surat khbar dan media lainnya, itu semua bukan termasuk menasihatinya. Maka janganlah kamu tertipu oleh yang melakukan hal seperti itu walalupn dia berniat baik, kerana perbuatan tersebut menyalahi cara-cara Salaf as-Soleh yang menjadi tauladan”. (Maqasidul Islam. Hlm. 393)

"Wahai Aba Dzar! Apakah engkau mencelanya dengan (cara) mencela ibunya? Sesungguhnya pada dirimu ada sifat jahiliyah. Saudara-saudaramu (dalam Islam) adalah kehormatanmu".

Haram mengkafirkan seseorang Islam yang masih terbukti sebagai ahli kiblah, tanda-tanda ahli kiblah ialah mengucap dua kalimah syahadah, bersolat, berpuasa, mengeluarkan zakat dan berniat mengerjakan haji, tidak kira siapa orang tersebut, sama ada pemerintah, pemimpin atau orang awam. Menuduh seseorang yang masih Islam itu sebagai orang kafir, maka tuduhan tersebut akan terpantul kepada Si penuduh sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:

"Apabila seseorang berkata (menuduh) kepada saudaranya: Wahai Si kafir! Maka sesungguhnya perkataan itu akan kembali kepada salah seorang dari keduanya. Sekiranya orang itu tidak layak disebut kafir maka perkataan itu akan kembali kepada dirinya sendiri". (Hadis Riwayat Bukhari (5639) al-Adab. Muslim (91) al-Adab. Tirmizi (2561) al-Iman. Ahmad (4408))

"Sesiapa yang memanggil seseorang dengan perkataan (tuduhan) kafir atau berkata: Engkau musuh Allah sedangkan dia tidak berhak dengan tuduhan tersebut, maka perkataan tersebut akan kembali kepada Si penuduh". (Hadis Riwayat Bukhari (3246) al-Manaqib. Muslim (93) al-Iman. Ahmad (20492))

"Janganlah seorang itu menuduh seorang yang lain dengan tuduhan kafir atau fasik, maka perkataan itu akan kembali kepadanya sekiranya orang yang dituduh itu bukan seperti itu (bukan golongan kafir atau fasik)". (Hadis Riwayat Bukhari No (6045) dan (5585) al-Adab. Muslim (93) al-Iman)

Dari nas-nas berupa hadis-hadis sahih di atas, para ulama Salaf as-Soleh telah menetapkan suatu kaedah iaitu:

"Barangsiapa mengkafirkan seseorang muslim maka dialah yang kafir".

Nasruddin al-Albani rahimahullah pula mengatakan:

"Sesiapa yang membid'ahkan seseorang muslim maka dia sendirilah pembuat bid'ah".

Haram melaknat orang Islam, tidak kira siapa dan apa darjat dan kedudukannya. Melaknat orang Islam samalah seperti membunuhnya. Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:

"Melaknat orang mukmin samalah seperti membunuhnya" (H/R Imam Ahmad 4/33. Bukhari 4/99 No. 5640. Al-Adab. Muslim 1/104. Abu Daud 3257. Tirmizi 1527. Nasaii 7/619 dan Ibn Majah 2098)

"Sesiapa yang mengutuk (melaknat) seseorang sedang ia tidak layak mendapat kutukan itu, pasti kutukan itu akan kembali ke atas dirinya sendiri". (Hadis Riwayat Abu Daud (426) al-Adab. Tirmizi (1901) al-Bir)

“Orang mukmin bukanlah orang yang suka mencela dan melaknat, bukan pula orang yang bercakap keji dan menjijikkan”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad 2/416 dan Bukhari)

Tanda orang fasik yang keji akhlaknya, ialah mereka yang suka mencari-cari kesalahan orang Islam sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:

"Memaki-hamun seseorang muslim itu adalah fasik dan membunuhnya adalah kufur". (Hadis Riwayat Bukhari 1/32 No. 46 al-Iman. Muslim 1/81 No.97 al-Iman. Tirmizi 1983 dan1906 al-Bir wa as-Silah. Dan Nasaii 7/121-122. Dari jalur Zubaid al-Yami dari Abu Wail dari Ibnu Masoud)

"Sudah memadai seseorang itu dianggap keji apabila dia menghina (menjatuhkan air muka) saudaranya yang muslim". (Hadis Riwayat Muslim (4650) al-Bir wa as-Silah wal-Adab)

"Maka barangsiapa di antara kamu yang takut pada neraka walaupun dengan sepotong kurma, maka lakukanlah! Jika tidak mampu, maka lakukanlah dengan perkataan yang baik". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pemerintah diwajibkan memenuhi tanggungjawabnya kepada rakyat. Rakyat pula diwajibkan berbuat baik kepada pemerintah dengan melakukan sesuatu yang bermanfaat dan sentiasa bersikap lemah-lembut apabila memperkatakan sesuatu tentangnya, bukan sebaliknya:

"Tidaklah ada kelembutan dalam sesuatu, kecuali akan memperindahkan sesuatu, dan tidaklah kekerasan dalam sesuatu kecuali akan memperburukkannya".

HUKUM TAKFIR (KAFIR-MENGKAFIRKAN)

Ayat yang sering dijadikan alat oleh golongan Mu’tazilah untuk menjaga kepentingan dan mencapai tujuan mereka serta individu dan kumpulan yang terikut-ikut dengan sikap Mu’tazilah kerana jahil dan tidak meneliti kitab-kitab tafsir muktabar, atau tidak mahu kembali kepada penafsiran para ulama Salaf as-Soleh, maka mereka dengan mudah menyalah-gunakan ayat tersebut sehingga mengkafirkan pemerintah atau mengkafirkan antara satu dengan yang lain. Ayat yang dimaksudkan ialah:

وَمَنْ لَمْ يَحْكُم بِمَا اَنْزَلَ اللهُ فَاُوْلَئِكَ هُمُ الْكَافِرُوْنَ.

"Dan sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan Allah maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir". Al-Maidah, 5:44.

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا اَنْزَلَ اللهُ فَاُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُوْنَ.

"Barangsiapa yang tidak memutuskan perkara (berhukum) menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim". Al-Maidah, 5:45.

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا اَنْزَلَ اللهُ فَاُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُوْنَ.

"Barangsiapa yang tidak memutuskan perkara (tidak berhukum) menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik". Al-Maidah, 5:4

Menurut penafsiran ulama Salaf as-Soleh tentang ayat di atas, antaranya ialah Ibn Taus rahimahullah bahawa:

"Kufur (kafir) di ayat ini ialah tidak seperti orang yang kufur kepada para malaikat Allah, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya". (Tafsir Ibn Kathir, jld. 2. hlm. 85)

Menurut At-Thauri dari Ibn Juraij:

"Kufur yang tidak membawa kepada kekafiran". (Tafsir Ibn Kathir, jld. 2. hlm. 85)

Diriwayatkan oleh Ibn Jarir, bahawa berkata Waki' dari Sye'id al-Makki dari Taus:

"Bukanlah kafir yang boleh terkeluar dari millah (agama Islam)". (Dan Lihat: جامع البيان عن تاويل آي القرآن 4/348. Ibn Jarir At-Tabari.)

Berkata juga Taus dan 'Ata':

"Kafir yang bukan kafir sebenar, zalim yang bukan zalim yang sebenar dan fasik yang bukan fasik yang sebenar". (Dan Lihat: جامع البيان عن تاويل آي القرآن 4/348. Ibn Jarir At-Tabari.)

Pada ayat yang seterusnya (sesudah menyebut kafir) disudahi dangan kalimah "Zalim" dan "Fasik". Ayat-ayat tersebut kesemuanya berupa penafsiran kepada ayat sebelumnya. Jika ditujukan kepada orang Islam maka ia memberi maksud: “Orang Islam yang zalim atau fasik”, tidak boleh dimaksudkan kepada kekafiran yang mutlak. Jika ditujukan kepada orang-orang kafir, maka barulah ia bermaksud benar-benar kafir.

Telah ditetapkan tentang yang demikian di hadis riwayat Muslim dari hadis Al-Baraa, (الجامع لاحكام القرآن 6/190. Al-Qurtubi) kerana orang Islam tidak boleh jadi kafir walaupun melakukan dosa yang besar. (الجامع لاحكام القرآن 6/190. Al-Qurtubi) Oleh sebab itu Imam At-Tabari menjelaskan:

"Yang paling benar dari semua qaul-qaul ini menurutku ialah qaul yang mengatakan: "Ayat ini diturunkan kepada kuffar (orang-orang kafir) dari kalangan ahli al-Kitab". (جامع البيان عن تاويل آي القرآن 4/349. Ibn Jarir at-Tabari)

Telah dijelaskan oleh para ulama tafsir bahawa dalam ayat ini terdapat dhamir (ganti nama) iaitu: "Sesiapa". ( الجامع لاحكام القرآن. Jld. 6. hlm. 190. Al-Qurtubi) Yang bermaksud:

"Sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan Allah kerana menolak (tidak beriman dengan) al-Quran dan menentang sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam maka dia adalah kafir". ( الجامع لاحكام القرآن. Jld. 6. hlm. 190. Al-Qurtubi)

Tetapi jika masih mengimaninya akan wajibnya berhukum dengan hukum Allah, maka orang seperti ini dianggap 'asi (عاصي) "Berdosa (pembuat dosa) atau Pelaku Maksiat". Dalam syara, pelaku maksiat tidak dihukum kafir. Keterangan ini dapat difahami melalui penjelasan Ibn Masoud dan al-Hasan:

"Ayat ini am (umum) iaitu diturunkan kepada semua yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, sama ada dari kalangan muslimin, Yahudi atau kuffar. Adapun (orang Islam) yang mempercayai (mengimani kewajipannya) dan kemudian ia menghalalkan (tidak melaksanakannya) dari berhukum dengan hukum Allah, maka sesiapa yang melakukan seperti itu sedangkan dia percaya dirinya telah melakukan yang haram, maka dia adalah tergolong dari golongan muslim yang fasik (bukan kafir), maka urusannya dikembalikan kepada Allah, jika dikehendaki diazab dan jika dikehendaki diampunkan". (الجامع لاحكام القرآن. Jld. 6. hlm. 190. Al-Qurtubi)

Golongan Khawarij, Mu’tazilah dan Hizbiyun menyalah-gunakan ayat ini. Mereka menghukum kafir, zalim, fasik dan tidak masuk syurga pemerintah atau sesiapa sahaja yang bersama (menyokong) pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Allah.

Hadis ini menjelaskan bahawa petanda Islam yang terakhir bukan menjalankan hukum hudud, tetapi yang paling besar ialah solat. Hadis ini lebih mudah difahami apabila dikaitkan dengan hadis riwayat Muslim:

"Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam pernah menyerang musuh di waktu fajar apabila hampir terbit siang, sambil mendengar-dengar suara azan, maka jika baginda mendengar azan, baginda tidak menyerangnya tetapi jika tidak mendengarnya baginda menyerangnya".

Imam Nawawi rahimahullah mensyarahkan hadis ini:

"Dalam hadis ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa suara azan (tanda bersolat) boleh menahan serangan kepada para penduduknya kerana itu tanda keIslaman pada pemerintah mereka" (صحيح مسلم شرح النووى Jld. 4 Hlm. 84)

Penjelasannya Imam an-Nawawi rahimahullah menunjukkan tidak boleh diaibkan, dikutuk, dicela, diserang, dikafirkan atau dijatuhkan sebuah negara selagi pemerintahnya masih Islam. Antara tanda pemerintah itu seorang Islam ialah solatnya. Jika berlaku kemungkaran maka yang wajib dilakukan oleh ulama ialah menasihati para pemimpin negara tersebut, kerana Rasulullah bersabda:

“Agama itu nasihat. Kami bertanya: Untuk siapa ya Rasulullah? Baginda menjawab: Untuk Allah, untuk KitabNya, untuk RasulNya, untuk pemimpin muslimin dan kaum muslimin yang umum (awam)”. (Hadis Riwayat Muslim Jld. 1. Hlm.237)

Menurut ulama Salaf as-Soleh yang bersandarkan kepada dalil-dalil syara, bahawa orang yang suka menghukum masuk neraka dan mengkafirkan pemerintah, mengkafirkan penyokong pemerintah tersebut dan mengkafirkan orang-orang yang melakukan dosa besar, kerana mereka (yang mudah mengkafirkan seperti itu) adalah golongan Khawarij atau Muktazilah.

Para ulama Salaf as-Soleh tidak mengizinkan menentang atau mengkafirkan pemerintah Islam. Mereka berwasiat, jika terdapat pemerintah Islam melakukan kezaliman, sewajarnya dinasihati bukan dihancurkan, ditumbangkan, dicerca, difitnah atau dihukum fasik, zalim atau kafir. Kerana Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah bersabda:

"Tiga perkara yang tidak akan membuat hati kaum muslimin merasa dengki: Ikhlas beramal kerana Allah. Saling memberi nasihat kepada pemimpin negara (yang muslim), sentiasa bersatu dengan jamaah (yang dipimpin oleh para pemimpin Islam) kerana sesungguhnya doa-doa mereka meliputi siapa sahaja di belakang mereka". (Hadis Riwayat Bukhari)

"Janganlah kamu memaki hamun para pemimpin kamu, janganlah kamu dengki kepada mereka dan janganlah kamu membenci para pemimpin kamu. Bertakwalah kamu kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya perkaranya (bertakwa dan bersabar) adalah dekat". (Hadis diriwayatkan oleh Ibn Abi 'Asim. Disahihkan oleh Nasruddin al- Albani)

"Selepas (peninggalanku) ini kamu akan diperintah oleh pemerintah demi pemerintah. Ada pemerintah yang baik maka dia akan memerintah dengan kebaikan yang ada padanya. Ada pemerintah yang zalim (fajir) maka dia memerintah dengan keburukan/kezaliman yang ada padanya. Patuhilah kepada mereka dan taatilah mereka pada perintah/perkara yang bersesuaian dengan kebenaran. Jika mereka melakukan kebaikan maka faedahnya untuk kamu dan juga mereka melakukan keburukan maka kamu mendapat pahala (kerana tindakan mereka) dan mereka mendapat dosa di atas perbuatan mereka". (al-Ahkam Sultaniyah, hlm. 3. Mawardi)

“Sesungguhnya kamu sekalian akan menyaksikan setelahku penghambaan dan berbagai permasalahan yang kamu ingkari (tidak senangi). Mereka (para sahabat) bertanya: Maka apa yang engkau perintahkan kepada kami wahai Rasulullah!? Baginda bersabda: Tunaikan kepada para penguasa (pemerintah/pemimpin) hak-hak mereka dan mintalah hak-hak kamu kepada Allah". (H/R Ahmad 1/384,386. Bukhari 2/280. Muslim 3/1472. Tirmizi 2190 dari jalur al-A’masy dari Zaid bin Wahab dari Ibnu Masoud)

Para fukaha (para ulama fekeh) Baghdad yang berada di bawah kekuasaan al-Wasiq, berkumpul bersama Abi Abdillah (Imam Ahmad bin Hambal), mereka menceritakan kepadanya tentang fitnah yang ditimbulkan pemerintah bahawa al-Quran adalah makhluk**. Keadaanya telah serious dan tersebar dengan luas sekali, maka mereka berkata: Kami tidak redha terhadap kekuasaan dan kepimpinan al-Wasiq. Imam Ahmad setelah berbincang terus mengatakan:

“Wajib bagi kamu untuk mengingkarinya dengan hati, janganlah keluar dari ketaatan kepadanya, jangan memecah-belah barisan Muslimin, dan jangan menumpahkan darah kamu dan darah kaum Muslimin. Fikirkanlah akhir dari perkara ini, bersabarlah sehingga orang yang baik boleh tenang dan orang-orang jahat berhenti melakukan hal itu. Beliau menambah: Bahawa keluar dari ketaatan adalah tidak benar dan menyalahi sunnah”. (al-Adab Asy-Syari’yah. 1/195-196. Ibnu Muflih. Lihat: As-Sunnah hlm. 133. Riwayat al-Khalal)

** (Menurut kesepakatan para ulama Salaf as-Soleh, bahawa al-Quran itu Kalamullah (kalam Allah), bukan makhluk)

“Setiap Muslim wajib mendengar dan taat dalam perkara yang disukai maupun dibenci. Tetapi apabila diperintahkan dalam hal kemaksiatan, maka tidak boleh mendengar dan taat”. (Hadis Riwayat Muslim 3/1468. Tirmizi 1707 dan Ibnu Majah 2864 dari jalur Laits bin Sa’ad dari Ubaidillah al-Umari dari Nafi’ dari Ibnu Umar)

Dengan penjelasan ini, nyatalah bahawa perbuatan menghina, memfitnah dan mengkafirkan ketua-ketua negara Islam seperti Raja-Raja, Perdana Menteri dan para pemimpin yang beragama Islam sebagai perbuatan keji, mungkar, haram dan bid'ah.

5:42 PM

 
Blogger an-nawawi as-Salafy wal-Atsary said...

PERSOALAN MELANTIK PEMIMPIN, BERHIZBI (PARTI), MEMBERONTAK, BERKOMPLOT, DAN BERKONSPIRASI

Hadis di atas (hadis-hadis yang lalu) telah mewajibkan umat patuh kepada pemimpin Islam. Syara tidak menghalalkan adanya dua parti dan dua pemimpin dalam sebuah negara Islam. Larangan ini terdapat dalam beberapa hadis yang sahih:

"Apabila dilantik dua orang khalifah** (pemimpin dalam sebuah negara Islam) maka bunuhlah orang yang terakhir antara kedua (perlantikan yang kedua)". (Hadis Riwayat Muslim 3/1480. Dan Ahmad 3/95)

** (Khalifah yang dimaksudkan oleh hadis-hadis seperti ini ialah pemimpin atau ketua negara)

"Sesiapa telah mengangkat (telah bersetuju melantik) seorang pemimpin kemudian memberikan padanya uluran tangannya dan buah hatinya (sebagai tanda persetujuan), maka hendaklah ia (orang yang mengangkatnya) mentaatinya sedaya mungkin. Maka jika datang orang lain yang menentangnya, hendaklah mereka membunuh yang terakhir (penentang), aku (Abdulrahman bin Abdul Rabbi'l Kabah) bertanya: Apakah kamu mendengar ini dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam? Ia (Abdullah bin Amr) menjawab: Aku mendengar (hadis ini) dengan kedua telingaku dan difahami oleh hatiku". (Hadis Riwayat Muslim 3/1472. Abu Daud 4/97. Dan Ibn Majah 2/1306)

"Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Barangsiapa yang memilih seorang untuk menguruskan urusan kaum muslimin, lalu mengangkat orang tersebut (sebagai pemimpin) kemudiannya dia mengangkat (pula) orang lain yang lebih layak dan sesuai daripada orang yang telah diangkatnya, maka dia telah berkhianat kepada Allah dan RasulNya".

TIDAK AMANAH DAN KHIANAT

Menghalalkan membalas pengkhianatan pemerintah dengan berkhianat menjatuhkannya. Maka perbuatan seperti ini ditegah oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam sebagaimana sabda baginda:

"Sempurnakan amanah kepada orang yang memberi amanah kepada kamu, dan janganlah berkhianat kepada orang yang mengkhianatimu". (Hadis Riwayat Abu Daud)

Hanya Allah Azza wa-Jalla penentu perkara-perkara yang berkaitan dengan ketaatan. Setiap rakyat diwajibkan mendengar dan taat kepada pemerintah. Rakyat tidak perlu menyibukkan dirinya mencampuri hal-hal pemerintahan yang bukan menjadi tanggungjawabnya jika boleh menimbulkan kekeruhan, perpecahan atau kebencian rakyat terhadap pemerintah. Pemerintah pula wajib memikul tanggungjawabnya sebagai amanah dari Allah. Pemerintah mendapat ganjaran di atas segala kebaikan dan amanah yang ditunaikan. Namun ia tidak akan terlepas dari balasan Allah jika ia melakukan kezaliman atau tidak melaksanakan amanahnya kepada rakyat. Sebagaimana keterangan dari hadis sahih di bawah ini:

"Dengarlah dan taatilah (pemimpin yang beragama Islam). Diwajibkan ke atas kamu bersikap terang-terang dan hati-hatilah kamu dari konspirasi (terhadap pemimpin)". (Hadis Riwayat Ibn Abi 'Asim. Disahihkan oleh al-Albani dalam ad-Dhilal.)

Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah berkata:

“Sesungguhnya Nabi Muhammad memerintahkan kita mentaati pemimpin yang ada dan telah diakui kekuasanan dan kedaulatannya untuk mengatur rakyat. Tidak menyuruh kita untuk mentaati pemimpin yang tidak jelas dan tidak diketahui keadaannya, juga tidak mempunyai kekuasaan dan kemampuan sedikitpun”. (Minhajus Sunnah an-Nabawiyah 1/115. Cetakan Rasyad Salim)

PERSOALAN HIZBI (BERPARTI)

Islam tidak menghalalkan orang-orang Islam berhizib-hizib (berparti-parti) dalam sebuah negara yang diperintah oleh pemimpin Islam. Kerana selain ia perbuatan golongan Khawarij dan Mu’tazilah, ia juga merupakan golongan fanatik kelompok yang telah dijelaskan oleh ayat:

“Tiap-tiap golongan (hizib/parti) merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masisng)”.( al-Mu’minun, 23:5.)

Antara kraiteria pemimpin atau penguasa Islam yang digariskan oleh hadis-hadis sahih ialah ia masih bersolat (sebagaimana yang telah dijelaskan melalui nas-nas dan keterangan yang lalu), sama ada pemimpin itu baik atau jahat. Wujudnya beberapa parti di sebuah negara Islam sehingga menentang pemimpin yang telah dilantik secara sah, maka parti-parti (hizib-hizib) tersebut menjadi penyebab terjadinya perbalahan dan perpecahan. Perpecahan di kalangan umat Islam telah diharamkan oleh syara, kerana akan menambah-lahirkan lagi beberapa golongan dan Jamaah. Larangan ini terdapat di dalam al-Quran dan hadis-hadis sahih:

"Dan berpeganglah kamu semua kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai (berpecah-belah)". (Ali Imran, 3:103)

Syara mengharamkan pemberontakan, pertumpahan darah, menentang, memfitnah, demonstrasi, reformasi dan revolusi yang bertujuan untuk menjatuhkan pemerintah (pemimpin) muslim, kerana perbuatan tersebut akan menjadikan umat berpuak-puak (berpecah), porak-peranda dan lemah. Semuanya itu akan berlaku kerana adanya berbagai-bagai hizib. Sedangkan umat Islam adalah umat yang diwajibkan agar bersatu, mempertahankan keutuhan pemerintah yang sah dan memelihara kesatuan ummah. Firman Allah:

"Sesungguhnya inilah umatmu, umat yang satu dan Akulah Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyembahKu". Al-Anbia, 21:92.

"Dan sesungguhnya inilah umatmu, umat yang satu dan Akulah Tuhanmu, maka hendaklah kamu bertakwa kepadaKu". (al-Mukmin, 23:52)

Untuk memelihara kesatuan dan perpaduan Islam, setiap mukmin wajib mentaati pemimpin Islam selagi pemimpin itu bersolat. Inilah sikap Ahli Sunnah wal-Jamaah terhadap pemerintahnya. Rasulullah bersabda:

"Dari Miqdad bin al-Aswad berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Sesungguhnya kebahagiaan (adalah bagi) orang yang menjauhi fitnah dan (bagi) orang yang mendapat ujian kemudian ia bersabar. Ini amat mengkagumkan". (Hadis Riwayat Abu Daud. Menurut al-Albani (hadis sahih))

"Ketahuilah! Sesiapa yang diperintah oleh seorang pemimpin kemudian dia mendapati pemimpinnya bermaksiat kepada Allah, maka hendaklah dia membenci kemaksiatannya kepada Allah (yang dikerjakannya) tetapi tidak dihalalkan melepaskan tangan dari mentaatinya (tidak boleh membenci dan tidak boleh memberontak terhadapnya)". (Hadis Riwayat Muslim)

Telah berkata Ibn Hajar rahimahullah tentang ijmaknya ulama dalam masalah ketaatan kepada pemimpin:

“Para fuqaha sepakat tetang wajibnya taat setia kepada penguasa yang berkuasa dan berjihad di bawah panji-panjinya. Taat setia itu lebih baik daripada menentang (memberontak) kepada pemimpin kerana di dalam pemberontakan akan terjadi pertumpahan darah”. (Fathul Bari 13/7)

Untuk memelihara ketaatan dan keutuhan pemerintah, maka diharamkan melakukan perkara-perkara yang tersebut di dalam hadis di bawah ini:

"Janganlah kamu mencerca (maki hamun) para pemimpin kamu, janganlah kamu dengki (berkhianat) terhadap mereka dan janganlah membuat mereka marah, bertakwalah kamu kepada Allah dan bersabarlah (terhadap pemimpin), sesungguhnya perkara ini adalah dekat (hanya sementara)". (As-Sunnah (2/499). Ibn Abi 'Asim)

"Pemimpin (yang beragama Islam) adalah naungan Allah di muka bumi, sesiapa yang menghinanya maka Allah akan menghinakan dia (yang menghina pemimpin Islam) dan sesiapa yang memuliakannya, nescaya Allah akan memuliakan dia". (H/R Ahmad, Tirmizi, dan Ibn Hibban. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Ad-Dhilal No. 1017 dan lihat: As-Sahihah, 2297)

PERIHAL MEMBANGKANG, MENENTANG & MEMBERONTAK

Umat Islam wajib mengenal musuh-musuh mereka, terutamanya golongan Khawarij agar dapat menjauhi dan melepaskan diri dari perangkap mereka, kerana Khawarij mudah berselindung melalui berbagai-bagai jenama jamaah atau menunggangi parti, mungkin diberi nama Parti Islam, Parti Iman, Parti Ikhwan Muslimin dan sebagainya.

Khawarij adalah golongan mubtadi’, buktinya ialah aktif menghasut rakyat menjatuhkan pemimpin Islam. Mereka tahu bahawa perpaduan terletak pada keteguhan pemerintah dan perasaan cinta rakyat kepadanya, oleh itu golongan Khawarij memfitnahkan pemimpin dan menyeru masyarakat menghancurkan pemerintahan agar perpaduan ummah hancur berkecai.

Khawarij suka mencari-cari kesalahan pemimpin, jika tidak ditemui, mereka mengada-adakan isu menyalahkan pemimpin serta orang-orang yang bersamanya. Cara mereka melakukan kerja-kerja haram ini ialah dengan memburuk-burukkan kerajaan Islam, menghina dan memalukan pemimpin serta rakyat yang menyokongnya.

Khawarij menggunakan berbagai-bagai cara dan perantara untuk mengajak rakyat membelot. Inilah perbuatan haram yang ditegah oleh ulama salaf. Al-Imam Abu Ja’far At-Tahawi rahimahullah berkata:

“Tidak boleh keluar (membelot) dari para pemimpin Islam serta penanggungjawaban urusan kita (penguasa Islam), sekalipun mereka itu aniaya. Kita tidak boleh mendoakan keburukan bagi pemimpin dan tidak boleh juga melepas tangan dari ketaatan kepada mereka. Kita menganggap taat kepada penguasa muslim adalah ketaatan juga kepada Allah yang memang diwajibkan atas kita, kecuali mereka memerintahkan kemaksiatan. Kita juga mendoakan mereka dengan kebaikan dan kesejahteraan”. (al-‘Aqidah Ath-Thahawiyah. Hlm. 73. Pengulas As-Syeikh Abdul Aziz bin Baaz. Edisi terjemahan. Cetakan pertama 2001. Jahabersa)

TANDA-TANDA ATAU CIRI-CIRI KHAWARIJ

Sifat Khawarij yang paling keji ialah mudah mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak bersama kelompoknya. Khawarij gemar mencabar secara egois, emosional dan menyerang pemerintah (kerajaan) Islam serta penyokongnya dengan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis lemah dan palsu serta memberi fatwa yang keliru untuk mengelabui fikiran masyarakat. Mereka pakar memutar-belit, mentakwil, merubah maksud atau menyelewengkan tafsiran al-Quran mengikut hawa nafsu mereka demi mencapai matlamat iaitu untuk memenuhi kepentingan golongan mereka. Mungkin mereka tidak mengetahui bahawa perbuatan mereka yang buruk dan keji itu telah dikhabarkan oleh Rasulullah:

"Adapun sesudah itu: Sesungguhnya kamu akan melihat sikap (ahli bid'ah) yang suka menyalahkan orang lain, maka bersabarlah sampai kamu berjumpa dengan aku". (Hadis sahih dalam As-Sunan Ibn Abi 'Asim. No. 1102)

Khawarij mudah menimbulkan kekecuhan, malah suka kepada pemberontakan. Ingatlah! Pemberontakan terhadap pemimpin Islam adalah ditegah oleh para Salaf as-Soleh. Abu al-Haris Ahmad bin Muhammad as-Saigh berkata:

“Aku melihat Abu Abdullah (Imam Ahmad bin Hambal) mengingkari memberontak kepada pemimpin. Beliau berkata: Aku tidak menyetujui pertumpahan darah (pemberontakan) dan tidak memerintahknnya”. (as-Sunnah, hlm. 89. H/R Abu Bakar al-Khallal dengan sanadnya yang sahih)

Muhammad Soleh Fauzan al-Fauzan hafizahullah berkata:

“Orang-orang Khawarij menghukum pelaku dosa besar sebagai kafir yang keluar dari Islam, dan apabila mati dalam keadaan tidak bertaubat, maka ia kekal dalam neraka”. (Zahiratu Tabdi’ wa-Tafsik wa-Takfir wa-Zawbituha. Bab 7)

Atas dasar inilah golongan Khawarij menghukum kafir pemerintah Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud. Kerana menurut fahaman mereka: “Tidak berhukam dengan hukum Allah adalah dosa besar, berdosa besar kekal dalam neraka”. Oleh kerana yang demikian, dianggap kafir oleh golongan ini sesiapa saja yang berdosa besar. Dan Khawarij menghalalkan pemberontakan terhadap penguasa yang melakukan dosa besar.

BERKOMPLOT DAN BERKONSPIRASI

Pendirian Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh, mereka menyeru sekalian umat supaya saling mencintai saudaranya seagama, tidak dipertikai siapa dan apa kedudukannya. Mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan, kemakmuran dan keselamatan saudara-saudaranya seagama, senegara dan para pemimpinnya. Menasihati para pemimpin jika didapati silap, kerana kebaikan pemimpin memberi manfaat kepada seluruh rakyat. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

“Agama itu adalah nasihat, kami berkata: Bagi siapa wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Untuk Allah, KitabNya, RasulNya, para pemimpin, kaum muslimin dan orang-orang awam”. (Hadis Riwayat Muslim, beliau menyendiri dalam lafaz hadis ini. Hadis dari Tamim ad-Dari)

Melalui hadis ini dapat difahami bahawa menasihati pemimpin itu amat dituntut, namun Ahli Bid'ah pula sebaliknya, mereka bersifat dan berciri penderhaka kepada negara. Berkomplot untuk menumbangkan kerajaan Islam. Mengikis rasa cinta dan persaudaraan seagama. Mengkafirkan saudara-saudaranya seagama dan kerajaannya jika mereka tidak mengikut ideologi alirannya. Dan berusaha dengan berbagai cara supaya rakyat membenci pemimpin Islam.

Ahli Bid’ah dari kalangan Khawarij mudah bertopengkan ibadah untuk mempengaruhi hati rakyat, bersolat hajat dan berdoa beramai-ramai agar ditimpakan kecelakaan, kehancuran, kemusnahan atau kejatuhan ke atas pemerintah Islam dengan beralasan bahawa pemerintah tidak berhukum dengan hukum Allah, kafir, zalim, fasik dan sebagainya.

Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam telah menceritakan tentang sikap manusia seperti ini, lalu mengancam mereka dengan ancaman yang menakutkan:

"Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Apabila seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang akan binasa". (Hadis Riwayat Muslim)

Imam Al-Barbahari berkata:

"Jika kamu mendengar seseorang suka mendoakan kecelakaan terhadap penguasa (pemimpin), maka ketahuilah bahawa dia adalah pengikut hawa nafsu (pembuat/aktivis bid'ah)". (al-Ibanah. Jld. 2. Hlm. 116. No.136)

"Akan muncul selepas peninggalanku seorang pemimpin, maka muliakanlah dia, dan barangsiapa mencari-cari kehinaannya (kesalahannya dan keaibannya) bererti dia telah melubangi satu sendi dalam Islam dan tidak akan diterima taubatnya sampailah dia (mengembalikan keadaan sebagaimana sediakala)". (as-Sunnah (2/513). Dari Ibn Abi 'Asim. Sanad hadis ini sahih)

Berkata Imam As-Syaukani Rahimahullah:

"Sebaiknya bagi orang yang menyedari kesalahan pemerintah (penguasa yang beragama Islam) dalam beberapa permasalahan untuk menasihatinya dengan tidak menyebarkan maki hamun kepadanya di khalayak umum". (السيل الجرار Jld. 4. Hlm. 556)

Ibn Qayyim menjelaskan bagaimana sewajarnya sikap para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah dan orang-orang awam yang beriman terhadap para pemimpin yang masih beragama Islam:

Apabila mengikuti (mentaati) hadis Nabi (tentang negara atau pemerintah yang beragama Islam): Semestinya menasihati pemimpin-pemimpin kaum muslimin, hadis ini (yang memerintahkan agar mendekati dan menasihati pemimpin Islam) mengandungi maksud agar menghilangkan sifat iri hati dan dengki, kerana nasihat tidak mungkin bersatu dengan kedengkian, sebaliknya ia melawan rasa kedengkian. Oleh kerana itu sesiapa yang menegakkan nasihat kepada para pemimpin Islam dan rakyat biasa, bermakna dia telah terlepas dari sifat dengki". (مفتاح دار السعادة Jld. 1. Hlm. 72)

Seterusnya Ibn Qayyim rahimahullah berkata lagi:

“Hal ini jauh berbeza dengan keadaan orang yang suka menentang pemerintah dan menghabiskan masanya dengan memaki-hamun (mencela, mencerca dan memburuk-burukkan para pemimpin Islam, pent.). Mereka suka mengaibkan dan menghina, maka ini samalah dengan tindakan kaum-kaum Rafidah, Khawarij, Muktazilah dan golongan yang seumpama mereka, kerana hati mereka sudah dipenuhi rasa iri hati dan kedengkian". (مفتاح دار السعادة Jld. 1. Hlm. 72)

Menurut Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab:

"Sesungguhnya termasuk dalam kesepakatan ulama (kaum muslimin) agar mendengar kemudian taat kepada siapa sahaja yang memerintah kita walaupun dia adalah seorang hamba Habsyi (selagi ia beragama Islam. Pent)". (اصول الستة Muhammad bin Abdul Wahab)

Berkata Imam Tahawi rahimahullah:

"Kita tidak pernah diizinkan untuk memberontak kepada imam-imam dan pemimpin negara kita (pemimpin muslim), sekalipun mereka zalim. Kita tidak boleh mendoakan mereka (supaya jatuh), tidak boleh menarik ketaatan kepada mereka kerana ketaatan kita kepada mereka termasuk ketaatan kepada Allah, hal ini adalah wajib selagi kita tidak dipaksa mentaati yang maksiat dan kita sewajarnya mendoakan mereka dengan kebaikan dan ampunan (bukan sebaliknya, pent.)".

Nas-nas al-Quran, hadis-hadis sahih dan fatwa-fatwa para ulama Salaf as-Soleh yang tertera di atas, telah menjelaskan bahawa menentang, memfitnah, menghina dan berjuang untuk menjatuhkan pemerintahan Islam dan pemimpinnya, adalah perbuatan bid'ah dan haram.

Dalam sejarah, Al-Hajjaj bin Yusuf as-Saqafi terkenal dengan kezalimannya, bengis dan kejam dalam menumpahkan darah, menodai hal-hal yang diharamkan Allah, membunuh tokoh-tokoh utama umat Islam seperti Sa’id bin Zubir. Menghalalkan apa-apa yang haram. Mengepung Ibnu Zubir yang telah berlindung di Ka’abah dan kemudian membunuhnya walaupun Ibnu Zubir telah ditaati dan dibaiat oleh penduduk Mekkah, Madinah, Yaman dan sebahagian wilayah Iraq.

Al-Hajjaj adalah wakil Marwan, sekaligus wakil anaknya Abdul Malik. Tidak ada seorang khalifah pun yang menjanjikan Marwan (menjadi penguasa) dan tidak dibaiat oleh Ahlul Halli wal Aqdi. Ibnu Umar dan ramai lagi para sahabat hidup dan mengharungi zaman kekuasaan al-Hajjaj, namun mereka tidak mencabut ketaatan kepada al-Hajjaj, mereka tidak melarang sesiapa untuk taat kepadanya dalam perkara-perkara yang boleh mempertahankan agama dan hak-hak rakyat.

Bani Abbasiyah ketika menguasai dan memerintah kaum Muslimin. Mereka terkenal keras, kejam dan ketajaman pedangnya. Banyak membunuh manusia dari berbagai-bagai kalangan, terutama dari kalangan pemimpin dan tokoh Bani Umaiyah. Antara yang dibunuh adalah Ibnu Hubairah penguasa Iraq dan juga Khalifah Marwan.

As-Saffah penguasa Bani Abbasiyah membunuh lapan puluh orang dari Bani Umayah dalam sehari. Walaupun sudah demikian parahnya, para imam kaum Muslimin seperti al-Auzaii, Malik, Al-Laits bin Sa’ad, Atha’ bin Abi Rabah dan yang lainnya tetap bersikap taat dan mendengar. Kebenaran seperti ini hanya dapat difahami oleh sesiapa sahaja yang mempunyai ilmu yang mendalam.

Adalah haram hukumnya bagi sesiapa yang berniat mahu menjatuhkan penguasa, para pemimpin yang berkuasa, pemerintah dan mereka yang memerintah, kerana menjatuhkan penguasa sama dengan merampas kekuasaan yang ada di tangan mereka yang pasti akan mengakibatkan perpecahan, perbalahan, huru-hara, kacau-bilau dan boleh menyebabkan kemusnahan kepada agama, harta benda, negara dan umat Islam.

Di zaman para Imam muktabar seperti Imam Ahmad bin Hambal, Muhammad bin Ismail, Muhammad bin Idris (as-Syafie), Ahmad bin Nuh, Ishak bin Rahawih dan ramai lagi, mereka menghadapi suatu masa di mana para penguasanya banyak melakukan perbuatan zalim dan bid’ah yang sangat serious. Penguasa dimasa itu mengingkari sifat-sifat Allah. Para ulama dipaksa untuk menyokong kesesatan tersebut, tetapi para ulama tidak berganjak dengan perinsip-perinsip kebenaran. Para ulama diuji dengan berbagai-bagai siksaan. Ramai yang telah dibunuh, antara mereka ialah Ahmad bin Hashr. Walaupun keadaan ini sudah demikian sadisnya, namun tidak mendorong para ulama untuk keluar dari ketaatan dan tidak melakukan pemberontakan, tidak mencerca dan tidak memburuk-burukkan penguasa (pemimpin mereka). (Ad-Durar as-Sunniyah fil Ajwibah an-Najdiyah 7/177-178)

Kewajipan para ulama ialah mendidik rakyat, menyebarkan segala kebaikan pemerintah, mengenang budi dan jasa di atas kebaikan dan pembangunan yang telah diusahakan, bersyukur kepada Allah, berterima kasih, menjauhkan rakyat dari menyebarkan keburukan pemerintah, para pemimpin dan ketua negara mereka kerana mereka beragama Islam.

Memburuk-burukkan kerajaan, penguasa atau pemimpin adalah perbuatan bid'ah, bertentangan dengan etika, amalan, sikap dan manhaj Salaf as-Soleh. Memaki-hamun, kutuk-mengutuk, caci, sumpah-seranah, menabur fitnah, menyebar keburukan pemerintah dan menanam perasaan benci terhadap penguasa atau pemimpin Islam adalah perbuatan yang diharamkan oleh al-Quran, hadis-hadis sahih dan fatwa para ulama Salaf as-Soleh. Firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui". (an-Nur, 24:19)

"Dan janganlah kamu maki (kutuk/maki-hamun) para pemimpin kamu, janganlah mengkhianati mereka dan janganlah menjadikan mereka marah. Bertakwalah kamu kepada Allah dan bersabarlah kerana urusan itu adalah dekat". (as-Sunnah. 2/499. Ibn Abi 'Asim)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

“Ada lima perkara barangsiapa melaksanakan salah satu darinya di bawah jaminan Allah Subhanahu wa-Ta’ala: Iaitu melawat orang yang sakit, berjihad di medan perang dan menemui penguasa (pemimpin) dengan niat untuk menghormati dan memuliakannya atau duduk di rumah (berdiam diri) sehingga orang aman darinya (sehingga aman manusia)”. (As-Sunnah 2/490-492. Ibnu Abi ‘Asim. Ahmad dalam Musnad 5/241. Zilalul Jannah fi Takhrij as-Sunnah 2/490-491. Al-Albani. Ibnu Zanjawiyah dalam Al-Amwal 1/87)

BERBANTAH-BANTAHAN ADALAH PERBUATAN HARAM DAN BID'AH

Imam Ibn Kathir rahimahullah mengklasifikasikan berbantah-bantahan sehingga berlaku perpecahan sebagai perbuatan bid'ah. Keterangan beliau terdapat dalam penafsirannya pada ayat:

يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوْهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوْهٌ

"Pada hari yang di waktu itu ada muka yang putih berseri dan ada pula muka yang hitam muram".

Ayat ini ditafsirkan oleh al-Hafiz Ibnu Kathir rahimahullah bahawa:

"Muka yang hitam muram adalah muka orang yang melakukan bid'ah dan perpecahan". ( مختصر ابن كثيرJld. 1 hlm. 306-307)

Al-Quran mengharamkan berbantah-bantahan kerana ia menghilangkan kekuatan (menjadi lemah) di dunia dan akan menerima azab yang berat di akhirat kelak. Firman Allah Azza wa-Jalla:

“Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka, mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat". (Ali Imran, 3:105)

"Dan janganlah kamu sekalian berbantah-bantahan (berbalahan) yang akan menyebabkan kamu menjadi keciwa dan kehilangan kekuatan". (al-Anfal, 8:46)

"Sehingga apabila sampai saat(nya) kamu lemah kerana berselisih/berbalah/berbantah-bantahan dalam urusan (pemerintah), maka (akhirnya) kamu akan menderhaka (kepada pemerintah yang ada)". ( Ali Imran, 3:152)

"Janganlah kamu saling berbantah-bantahan (berbalah/berikhtilaf), sebab orang-orang sebelum kamu telah berbantah-bantahan lalu mereka binasa". (H/R Bukhari 5/70 (2410).)

Perpecahan, perbalahan dan saling berbencian adalah penyebab utama umat Islam lemah, hilang kekuatan dan terhina di dunia. Jika tidak bertaubat ia boleh menghantar pelakunya ke neraka. Hakikat inilah yang telah dijelaskan oleh Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam:

“Akan berpecah umat ini kepada tujuh puluh tiga golongan, semuanya ke neraka kecuali satu. Dalam lafaz lain: Tujuh puluh millah. Dalam riwayat mereka berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah golongan yang berjaya? Baginda menjawab: Sesiapa yang seperti aku dan yang ada pada para sahabatku. Dalam satu riwayat baginda bersabda: Mereka ialah jamaah, tangan Allah bersama jamaah". (H/R Abu Daud (398). Turmizi (2564) al-Iman. Ibn Majah (3981) al-Fitan dan Ahmad (8046) Baqi Musnad al-Mukathirin. Menurut Ibn Taimiyah: Hadis ini adalah sahih dan masyhur pada sunan dan sanad-sanadnya)

Antara pengertian jamaah ialah:

"Umat Islam yang bersatu di bawah seorang pemimpin Islam". (الاعتصام Jld. 2. Hlm. 263. As-Syatibi)

Jamaah juga bermaksud:

"Mengumpulkan (menyatu-padukan) mereka yang berpecah-belah (bercerai-berai)". ((1) منهج اهل السنة والجماعة ومنهج الاشاعرة فى توحيد الله تعالى 1/21. Khalid bin Abdul Latif bin Muhammad Nor. (2). القاموس المحيط . مادة : (جمع) Hlm. 917. Al-Fairuz Abadi) Atau "Bersatu yang lawannya berpecah-belah" atau juga "Perkumpulan manusia yang bersatu untuk satu tujuan yang sama". (مجموع فتاوى Jld. 3. Hlm. 157)

NAS-NAS YANG MENGHARAMKAN PERPECAHAN

Islam mewajibkan berjamaah di bawah satu pemerintah, penguasa atau pemimpin Islam dan mengharamkan perpecahan. Tidak akan wujud dan kekal jamaah kecuali dengan wujud dan kekalnya pemimpin. Terdapat banyak nas al-Quran dan hadis-hadis sahih mengarahkan agar mentaati pemimpin, bersatu di bawah pemerintahannya dan ditegah menimbulkan perselisihan, huru-hara, penentangan dan pemberontakan terhadap pemimpin Islam. Antara nas mengharamkan perpecahan dan mewajibkan taat kepada pemimpin ialah:

“Hai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemimpin di antara kamu. Maka jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul(Nya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhir”. (an-Nisa', 4:59)

Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam berkali-kali berwasiat tentang wajibnya taat kepada pemimpin:

"Bahkan hendaklah kamu mendengar dan taat, sekalipun mereka (pemimpin) memakan (merampas) hartamu dan memukul punggungmu". (العقيدة الطحاوية Hlm. 381)

Dalam kitab al-Akidah at-Thahawiyah telah disyarahkan maksud hadis di atas, iaitu:

"Mentaati para pemimpin adalah wajib walaupun mereka zalim atau fajir (kurang elok sikapnya/jahat). Kerana keluar dari ketaatan kepada pemimpin akan berakibat berlakunya kerosakan yang lebih parah (besar) dibanding dengan akibat yang ditimbulkan oleh kezaliman mereka, bahkan bersikap sabar dalam menghadapi kejahatan mereka akan menghapuskan dosa-dosa dan melipat-gandakan pahala". (العقيدة الطحاوية Hlm. 381)

"Tangan Allah di atas al-Jamaah". (H/R Ahmad, At-Tabrani dan Al-Hakim. Hadis sahih)

“Sesiapa menginginkan syurga maka hendaklah mengekalkan (dirinya bersatu dalam) berjamaah. Sesungguhnya syaitan itu bersama yang keseorangan dan dia dari orang yang berdua adalah lebih jauh". (Hadis Riwayat Ahmad dan Turmizi. Hadis sahih)

"Dari Jabir Bin Samurah radiallahu 'anhu berkata: Umar pernah berkhutbah di hadapan manusia. (Beliau berkata): Sesiapa di antara kamu menginginkan kenikmatan syurga, maka hendaklah ia sentiasa beriltizam dengan jamaah". (Musnad Ahmad, tahqiq oleh Syakir, 1/230-231)

"Tidak ada Islam kecuali dengan berjamaah (bersatu), tidak ada kesatuan kecuali dengan adanya seorang pemimpin dan tidak ada pemimpin kecuali dengan ketaatan". (H/R Ad-Darimi. (Mauquf). 1/79)

"Barangsiapa yang datang kepadamu, sementara urusanmu (hanya mentaati) seorang pemimpin, sedangkan orang itu ingin keluar dari jamaah dan memecah-belahkan jamaah maka bunuhlah dia". (Hadis Riwayat Muslim)

Nas-nas di atas menjelaskan bahawa Islam mewajibkan para penganutnya bersatu di bawah seorang pemimpin, mematuhinya selagi tidak menyuruh kepada maksiat dan mengharamkan perpecahan sama ada dengan menjatuhkan pemimpin, menubuhkan parti baru atau keluar dari kepimpinan pemerintah Islam yang telah sedia ada.

SIKAP PARA MUKMIN TERHADAP PEMERINTAH DAN PEMIMPIN ISLAM

Islam mengharamkan umatnya menghina, memaki-hamun, mencerca, memfitnah, memburuk-burukkan, mengumpat, mengadu-domba, menggunakan kalimah kesat, keji, mencarut dan kalimah kotor terhadap orang Islam terutama pemimpin mereka. Pengharaman ini diulang berkali-kali oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis sahih yang begitu banyak.

Allah mengajar para nabiNya dan para hamba yang soleh agar sentiasa menggunakan kalimah yang baik dan lemah-lembut walaupun kepada Firaun yang terkenal sebagai taghut, keji, zalim dan kafir. Firman Allah:

"Pergilah kamu berdua menemui Firaun kerana ia adalah seorang Taghut. Berbahasalah kamu berdua kepadanya dengan bahasa yang lembah-lembut mudah-mudahan dia boleh ingat dan takut". (Taha, 20:44)

Allah tidak mengajarkan hambaNya yang beriman melakukan keganasan, membunuh atau menumbangkan pemerintah Islam. Nabi Musa dan Harun melayani Firaun dengan baik walaupun Firaun terkenal dengan kezalimannya. Mereka bertingkah sopan dan berbahasa yang lemah-lembut, pastinya kepada seorang pemimpin Islam dituntut agar menggunakan kalimah yang, manis, sopan dan baik.

Menurut penafsiran Imam al-Qurtubi rahimahullah tentang ayat di atas (Taha, 44):

"Dengan yang demikian, ia menunjukkan perlunya menggunakan kata-kata yang lemah-lembut kepada sesiapa yang berkuasa". (الجامع لأحكام القرآن - القرطبى Jld. 11. Hlm. 199)

Allah Subhanahu wa-Ta’ala memerintahkan kepada setiap orang Islam, sama ada menggunakan kalimah yang baik terhadap manusia atau lebih baik diam:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam". (H/R Bukhari (10/445) Al-Fath. Muslim (1/68))

Nas di atas merupakan pendidikan bagi setiap orang beriman terutamanya para ulama. Kerana Allah menyeru agar sentiasa berbudi-bahasa, bersopan-santun, menggunakan perkataan baik, lembut dan manis kepada sekalian manusia, tidak kira pangkat, darjat, martabat dan kedudukannya. Firman Allah:

"Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia". Al-Baqarah, 2:83.

Menurut tafsiran Ibn Kathir, yang dimaksudkan:

"Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia" ialah: "Berkatalah kepada manusia dengan kata-kata yang sopan dan dengan lemah-lembut (bukan dengan kasar, maki-hamun, mencarut atau menghina. Pent.). Dan termasuklah dalam hal ini menyuruh melakukan kebaikan dan menegah dari kemungkaran". (Tafsir Ibn Kathir, Jld. 1. Hlm. 169)

Berkata Al-Hasan Al-Basri rahimahullah dalam menafsirkan ayat ini:

"Yang dimaksudkan "Perkataan yang baik" ialah menyuruh kepada yang baik dan menegah dari kejahatan, berlemah-lembut, pemaaf dan berjabat tangan". (Tafsir Ibn Kathir, Jld. 1. Hlm. 169) Beliau berkata lagi:

“Mereka menguasai kita dalam lima perkara: Solat Jumaat, jamaah (persatuan), hari raya, pertahanan dan undang-undang (hukum termasuk hukum hudud. Pent.), Demi Allah! Agama ini tidak akan lurus kecuali dengan eksistensi mereka, walhal mereka berbuat sewenang-wenangnya dan zalim. Demi Allah! Allah membuat kebaikan dengan perantara mereka lebih banyak daripada kerosakan yang mereka timbulkan. Taat kepada mereka adalah sesuatu yang terpuji dan memisahkan diri dari mereka adalah kekufuran”. (Adab al-Hasan al-Basri. Hlm. 121. Ibnu al-Jauzi. Jami al-Ulum wal-Hikam. Hlm. 2/117. Ibn Rejab. Cetakan ar-Risalah)

Abu Hatim rahimahullah berkata:

"Salah satu tanda ahli bid'ah (pengikut hawa nafsu) ialah apabila ia suka mencerca ulama Ahli Sunnah dan manhaj Salaf as-Soleh, sama ada di negeri ini atau di negeri yang lain, maka ketahuilah bahawa dia adalah benar-benar pengikut hawa nafsu".

Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam apabila ditanya siapakah orang yang mulia akhlak dan sikapnya? Baginda bersabda:

"(Orang Islam yang mulia ialah) barangsiapa yang menjadikan orang lain selamat dari lidah dan tangannya". (Hadis Riwayat Bukhari. (1/54) al-Fath dan Muslim (1/65))

Menurut Imam Ahmad Bin Hanbal rahimahullah, di dalam kitabnya, Ushulus Sunnah:

Prinsip ahlus sunnah (di dalam prinsip ke-28) - Mendengar dan taat kepada para imam (penguasa pemerintahan), khalifah, amirul mukminin, yang baik mahupun sebaliknya. Begitu juga (mendengar dan taat kepada) orang yang memegang tampuk pemerintahan (kekhalifahan yang telah disepakati dan diredhai oleh umat manusia). Demikian pula (mendengar dan taat kepada) orang yang dapat mengalahkan manusia dengan pedang hingga menjadi khalifah, penguasa, atau amirul mukminin.

Kekuasaan itu boleh terjadi melalui tiga kemungkinan:

Pertama:

Dengan ketetapan dan wasiat dari imam (penguasa) terdahulu. Demikian ini sebagaimana terjadi pada Abu Bakar ketika mewasiatkan supaya Umar menjadi khalifah.

Kedua:

Dengan pemilihan yang dilakukan oleh ahlul Halli wal aqdi. Mereka memilih khalifah dan imam, sebagaimana yang terjadi pada pengangkatan Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah. Para sahabat Nabi s.a.w.bersepakat membai’at Ali sebagai khalifah. Begitu juga bersepakatnya para sahabat membai’at Mu’awiyah selepas Ali.

Ketiga:

Dengan kekuatan dan pemaksaan (kekerasan – tidak melalui jalan yang aman - penterjemah). Iaitu bila mana seseorang mengalahkan orang yang banyak atau kumpulan tentera yang lain, sehingga dengan kekerasan dan kekuatannya, ia menjadi penguasa. Pada cara yang ketiga ini, sesorang menang dan berkuasa dengan cara kekerasaan. Walaupun banyak syarat tidak dipenuhi, namun di dalamnya mengandungi hikmah, iaitu apabila seseorang menang dengan kekerasannya, menunjukkan bahawa ia mempunyai kekuatan. Jika ia diperangi lagi, tentu ia akan menimbulkan konflik dan fitnah yang berterusan. Bahkan mampu menimbulkan suasana saling berbunuhan dan perperangan yang lebih besar di kalangan umat muslimin. Dalam keadaan yang seperti ini, maka, maslahah dan keutamaannya adalah, agar pemimpin yang memperoleh kekuasaan dengan cara ketiga ini tetap harus didengari (ditaati). Inilah pegangan para ulama. Sebahagian ulama yang lain menyatakan, ia lebih kuat untuk berjihad, kerana jika ia memiliki tentera yang dapat menguasai kaum muslimin di suatu negeri dan memiliki kekuatan, bererti membuktikan bahawa ia merupakan orang terkuat untuk melakukan jihad dan perang. Yang mana, dengan kekuatannya itulah dia menjadi pemimpin.

al-Hafizd Ibnu Hajar berkata:

Para fuqaha bersepakat atas wajibnya taat kepada imam yang mutaghalib (berkuasa melalui peperangan mahupun kekerasan). (Fathul Bari (13/7), Maktabah Riyadh Haditsah).

5:42 PM

 
Anonymous Anonymous said...

askm

saya telah membaca kesemua komen yang ditulis terhadap artikel haji Muhyiddin. selepas saya teliti, saya rasakan bahawa artikel Haji Muhyiddin lebih mempunyai asas dan kekuatan jika dibandingkan dengan komen2 yang diberikan.

Jika dilihat tulisan Haji Muhyiddin, saya rasakan Haji Muhyiddin juga melihat pertumpahan darah yang berlaku adalah perkara yang sepatutnya tidak berlaku. Tetapi kerana maslahat kepada kerajaan Hamas, akhirnya ia tidak dapat dielakkan. Sebagaimana kita tidak ingin pertembungan antara Saidina ALi dan Muawiyyah berlaku, tetapi atas maslahat kerajaan Saidina ALi, maka ia terpaksa berlaku. Kita merasa sedih atas pertembungan ini tetapi golongan bughot mesti dihapuskan untuk membina kekuatan kerajaan Islam.

Bagaimana kita boleh katakan bahawa Hamas bukan pemerintah yang sah dan syarie dengan hanya alasan kuasa dan keamanan berada dibawah israel. Kita kena faham negara Israel adalah negara harbi yang sedang berperang dengan negara palestin. Dalam keadaan sekarang sememangnya nampak Israel dilihat lebih berkuasa tetapi tidak boleh menafikan kerajaan yang dibentuk oleh Hamas ynag dipilih oleh rakyat. Mungkin Hamas lemah dari sudut ketenteraan tetapi kita tidak boleh menafikan Hamas sebagai sebuah kerajaan Islam yang mungkin mempunyai kuasa yang terhad.

Sebagaimana kelantan, walaupun mempunyai kuasa yang terhad jika dibandingkan dengan kerajaan UMNO pusat, tetapi kita tidak boleh menafikan bahawa kerajaan kelantan adalah kerajaan Islam.

Yang meneliti ...

12:01 AM

 
Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum,

Dalam banyak2 komen komen dari mat salafi Nawawi paling bingung sekali, saya tidak tahu apa yang dia nak sampaikan dengan artikel copy & pastenya.

Mungkin dia sendiri tak faham isu yang dibincangkan tapi nak tunjuk ilmu dengan artikel berjela-jela yang tidak kena kontak perbincangan,

Kelemahan pemikiran salafi macam ini, mereka banyak bertaklid dari berfikir.

8:30 PM

 
Anonymous man said...

Hujjah "mat salafi" tu betul, tiada siapa nafikan, namun konteksnya adalah salah.

Realiti hadis tsbt berkaitan dgn pemimpin / pemerintah Daulah Islam. Oleh itu perkara pertama yg perlu difikirkan oleh sdra nawawi sebelum membincangkan hujjah yg beliau kemukakan adlh : Adakah daulah / kerajaan malaysia daulah / pemerintahan Islam.

Kalau Sdra Nawawi kata malaysia dan lain-lain negara umat Islam spt Arab Saudi, Indonesia, Pakistan dan 50 buah lagi, adalah daulah islam dan pemimpinnya adlh khalifah, masalah timbul iaitu siapa yg perlu ditaati ? Sdra Nawawi ada menyebut, tidak boleh ada 2 khalifah, yg ke2 perlu dibunuh, siapa antara banyak-banyak tu yg kena hukum tsbt spt mana fahaman sdra Nawawi ?

Yg benar adalah malaysia bukan daulah islamiyah dan umat Islam wajib berjuang menegakkannya.

11:36 AM

 
Anonymous Anonymous said...

walaikumussalam,

Saya lihat budak-budak salafi macam Nawawi ini padai copy & paste sahaja, ada kontak perbincangan jauh menyeleweng dari poin asal.

Ada salafi yang haramkan demokrasi dan ada salafi yang suruh undi UMNO. Bengong juga cara berfikir salafi ini.

8:29 PM

 
Anonymous Anonymous said...

jangan layan sangat budak salafi ni memang bodoh

11:57 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum Saudara Nasaruddin Tantawi....

kalau cam tu kesimpulan anda...
bermakna anda membenarkan umat islam (Fatah dan Hamas) berbunuhan antara satu sama lain???

bukannya untuk mendamaikan mereka??

kalau macam tu...
aku sokong pendapat Hizbut-Tahrir Malaysia lahhh....

kerana Hizbut-tahrir malaysia mengajak Fatah dan Hamas bersatu menentang Amerika dan Israel...

Tatapi hang ni Nasaruddin Tantawi..
(Pemuda PAS Pusat) tidak mengeluarkan kenyataan untuk menyatukan umat islam... tetapi membenarkan lagi pembunihan sesama muslim (merujuk kepada Fatah dan Hamas)....

apa nama ustaz hang ni???
aku pun tak faham apa kaedah yang hang gunakan!!!! ishhh...ishhh...

6:21 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Sahkan pemimpin Hamas dari segi syarak? Adakah mereka dibaiah dengan cara yang dituntut oleh Syarak wahai Ustaz Nasaruddin?

4:39 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum WBT.

Tak kenal maka tak cinta....
Itu peribahasa orang melayu... bukan peribahasa orang Islam... tetapi berapa ramai orang Melayu yang mendekati sesuatu unutk mengenai sesuatu...

Orang PAS sendiri yang tidak mahu menerima HTM. Tegur sikit nak melenting. Tidak di nafikan kebanyakan ahli PAS dan penyokong karat pas... lebih kepada fanatik PARTI bukan kepada Islam...

Pemimpin kena tegur sikit dan melenting... tapi hakikatnya... pemimpin menerima teguran dengan terbuka cuma ahli dan penyokong yang lebih-lebih.

Saya adalah penyokong PAS (BUKAN AHLI) satu ketika dulu dan saya kini beralih kepada Hizbut Tahrir tetapi masih lagi menyokong perjuangan PAS untuk menegakkan Undang-Undang Islam tetapi saya tidak setuju dengan demokrasi.
Kerana demokrasi adalah undang-undang kufur. (MEMBENTUK UNDANG-UNDANG MELALUI PARLIMEN)
Sedangkan Muslim sendiri sudah mempunyai undang-undang.

Bagaimana nak bina Daulah... itu kerja Allah. Kita hanya berusaha menuju ke arah Daulah Khilafah.

Masih tak faham...
Kita beli kiuh nak makan, baru jer nak suap dalam mulut, kuih jatuh...
Maknanya bukan rezeki kita... tetapi kita sudah berusaha unutk mendapatkannya... INSYAALLAH...

HTM hanya melakukan yang terbaik bagi UMMAH yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah, bukan untuk PAS.

Jadi tanya bertekak di sini jika tak kenali HTM.

Saya kenal PAS dan saya kenal syabab HTM.
Perjuangan sama tetapi cara tak sama. Jadi apa masalahnya wahai saudaraku ???

Klu nak cerita keburukan syabab PAS (ahli PAS sendiri) kat sini. Bukan jauh hanya satu kampung.

Jemput makan jamuan pun tak datang. Kira dah Ilmu tinggi dah (bukan semua). 3 kali telefon jemput, kata nak datang sampai sudah tidak datang.

Ok titik... tak payah cerita panjang-panjang.

Kalau pergi surau semata-mata nak tunjuk warak, lebih baik sembahyang di rumah saja.
Ini bukan fitnah tetapi jadi kepada syabab PAS sendiri.

" tidak masuk syurga bagi mereka yang memutuskan silatulrahim" (hadis hasan soheh riwayat Iman At-Tirmizi)

Jadi fikir-fikirkanlah wahai syabab yang fanatik Parti.

Lebih indah jika fanatik kepada Al-Quran dan Sunnah.

Ok habis.

Wassalam....

* Kita akan di hitung oleh Allah di akhirat kelak perbuatan yang kita lakukan....

2:14 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home