" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, August 14, 2007

BIAR PUN SAKIT

Pengalaman menarik yang boleh saya kongsi bersama dengan sahabat seperjuangan apabila saya mengambil kesempatan untuk menziarahi Tuan Hj. Mohd Sabu di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan baru - baru ini .

Apabila saya sampai , Abg Mat kelihatan cuba bangun dan menghulurkan tangan kepada saya untuk bersalam dalam serba kepayahan dan kelihatan Abg Mat masih kebingungan yang saya kira mungkin berpunca dari hentakkan kuat di bahagian kepalanya.

" Ni Tok guru datang nih ! " itu kalimah pertama keluar keluar dari bibirnya biar pun tidak berapa jelas kerana lidahnya masih dalam rawatan .

" Tantawi , kalau ustaz bawak microfon ni , boleh lagi saya ceramah nih ! .." begitulah antara celoteh beliau dalam keadaan kawan - kawan menasihatkan beliau supaya berehat dan jangan bercakap .

Doktor pesan , sekurang - kurangnya Abg Mat kena berehat 2 minggu daripada aktiviti ceramah kerana bimbang luka di lidah belum pulih sepenuhnya .

Abg sempat jawab balik , " Tak kan sampai 2 minggu , 4 hari dah laaaa " saya hanya tersenyum menyaksi gelagat Abg Mat yang nyata masih kental semangat beliau dalam keadaan begitu .

Abg Mat sebenarnya tidak sedarkan diri sekitar 15 minit sewaktu dikejarkan ke hospital , namun alhamdulillah setelah mendapat rawatan kecemasan , beliau dipindahkan ke wad 5 dan keadaannya semakin stabil dan pulih.

Beberapa minit kemudian , di saat saya menenangkan Abg Mat agar berehat dan jangan banyak bercakap , tiba - tiba dia bingkas bangun ..... " Tantawi .. nak solat ni ! dalam keadaan macam ni saya ambil wuduk ikut kemampuan saya lah noh ! .... saya spontan jawab , " Ya.. ambil setakat mampu sahaja ."

Abg Mat terus dipimpin oleh beberapa orang sahabat ke bilik air untuk berwudhuk dan kembali untuk rukuk dan sujud kepada Allah tuhan yang Maha Esa.

Semoga Abg Mat segera sembuh dan kembali bertenaga dan bersemangat untuk berjuang terutama bagi mobilisasi gerakan menuntut demokrasi bersih dan telus , malah 1001 tugas menanti beliau sebagai seorang pemimpin dan pejuang.

4 Comments:

Blogger ahmadiy hannaniy said...

assalamualaikum,
alangkah indahnya seorang pejuang agama yg masih sakit tapi masih lagi semangat untuk memperjuangkan agamanya.

alangkah ikhlasnya amal beliau ketika sakit masih mampu untuk ingat kepada penciptanya.

semoga allah membalas kebaikan dan pengorbanan beliau dalam menegakkan islam di muka bumi ini. semoga dengan keikhlasan beliau dalam memperjuangkan agama, diberi kemenangan besar dalam pilihanraya akan dtg ini... takbir!!!!!!!!!!

11:12 AM

 
Blogger zahrah said...

sebagai seorg pejuang segala onak dan duri menjadi mainan kaki dan teman....semoga Allah memberkati kerana syurga Allah itu manis maka perlu 'mendapatkannya'dgn 'kepahitan'....takbiiirrrr!!!!hidup ISLAM

3:10 PM

 
Blogger re said...

SYIAH?

4:25 PM

 
Blogger abu munzir said...

Sakit adalah ujian Allah kepada hambanya...jikalau kita bersabar dan dapat menerima ujian ini dengan sebaiknya 'pahala besar' menanti kita. sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar. semoga Allah sembuh Hj Md Sabu secepat mungkin.amin. http://mahasiswaislam.blogspot.com

4:24 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home