" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Wednesday, August 08, 2007

Perjuangan PAS :
Tarbiyyah , Dakwah dan Siasah

Masih ada mereka yang tidak memahami , bagaimana PAS berjuang sehingga masih kedengaran suara yang mengatakan perjuangan PAS salah , bida'ah , sesat , tidak mengikut sunnah , bercanggah dengan syariat , hanya mementingkan politik dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS .

Terlebih dahulu saya akui bahawa PAS tidak sunyi dari kelemahan dan kesilapan sebagai sebuah organisasi yang dipimpin oleh manusia. Namun kesilapan dan kelemahan itu tidaklah membawa PAS terbabas ke 'gaung dalam' yang membunuh aqidah dan mencederakan syakhsiyyah sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan Islam .
[1]

Sebaliknya kelemahan dan kesilapan yang berlaku , bukan sahaja masih boleh diperbaiki dan disempurnakan tetapi nyata PAS mempunyai cara dan kaedah yang cukup baik untuk terus memantau perjalanan organisasinya agar menepati objektif dan ghayahnya ( matlamat )
[2] .

Organisasi PAS juga mempunyai pelbagai medium untuk memastikan segala misi dan visi perjuangannya berjalan berasaskan syara' .

Kepimpinan Ulama' , Jawatan Kuasa Disiplin Parti , Muktamar Tahunan , Mesyuarat Dewan Harian , Mesyuarat Bulanan , Mesyuarat Khas , Liqa' Fikri , Tamrin , Mukhayyam , Kuliah Haraki , Usrah Mingguan , Konvensyen PAS Negeri , Ijtimak Pilihanraya , Kuliah Agama dan banyak lagi cara dan kaedah untuk PAS mengawal organisasinya berjalan melandasi syariat Ilahi dan sunnah an Nabawi .

Jika terdapat perbedaan dalam approach atau method perjuangan PAS berbanding kumpulan Islam yang lain , ini tidak bermakna PAS salah dan bercanggah dengan syariat dan sunnah.

Secara umumnya , wajar saya tegaskan bahawa PAS bergerak dalam ruang orientasi yang saya pecahkan secara kasar kepada 3 ruang utama iaitu :

Tarbiyyah dan Pengkaderan ( pembinaan dan pembentukan )
Dakwah ( penerangan )
Siasah ( politik )

Tarbiyyah dan Pengkaderan .

Aset penting yang meletakkan PAS terus istiqamah dan komited dengan perjuangan ialah agenda tarbiyyah dan pengkaderan yang menjadi nadi kepada pergerakkan PAS .

Tarbiyyah digerak dan diaktifkan untuk membina :

· Aqidah yang benar berasaskan manhaj Ahlis sunnah wal Jamaah
· Fikrah yang syumul sebagaimana syumulnya ajaran Islam itu sendiri
· Syakhsiyyah yang solehah berasaskan akhlak mahmudah bimbingan Rasulullah saw.

Sementara pengkaderan pula berfungsi untuk membina :

Kepimpinan yang berkarisma dan berwibawa .
Organisasi yang mantap dan hebat.
Tindakan yang strategic dan berkesan .

Memastikan perkara ini berlaku dalam PAS , Lajnah Tarbiyyah dibentuk pada semua peringkat organisasi PAS , bermula dari peringkat Pusat , Negeri , Kawasan bahkan cawangan. Begitu juga di peringkat dewan – dewan seperti Dewan Ulama' , Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat turut meletakkan Lajnah Tarbiyyah antara Lajnah kanan yang diberi tumpuan utama.

Aktiviti asas bagi melaksanakan cita – cita tarbiyyah banyak tertumpu kepada pembentukkan usrah dipelbagai peringkat ( kepimpinan atau ahli ) , tamrin , liqa fikri dan pelbagai program atau aktiviti semasa yang dilihat perlu dari masa ke semasa dengan berbagai wajah yang menghormati kepentingan kepelbagaian approach .

Kini PAS melalui Dewan Pemudanya pula menubuhkan Akademi Kepimpinan Pemuda yang akan berfungsi bersama pelbagai modulnya untuk mengkaderkan kepimpinan pelapis yang berwibawa menepati karisma seorang pemimpin Islam yang soleh.

Dakwah Ilallah ( Penerangan )

Berlandaskan perintah Allah yang mewajibkan setiap individu muslim menyampai dan menyebarkan Islam , dakwah telah menjadi aktiviti asas yang sangat principal sifatnya.
[3]

Biarpun PAS menghadapi aneka halangan dan ancaman dari pelbagai pihak termasuk polis/FRU yang sering digunakan oleh musuh – musuh Islam yang menghalang kemaraan dakwah Islam ke tengah masyarakat , dakwah untuk menginsafkan ummah agar kembali kepangkuan Islam serta berjuang mendaulatkannya tetap diteruskan .

Ada dikalangan pemimpin PAS yang dibunuh , dipenjara , dibuang daerah dan dikenakan pelbagai tindakan kerana dakwah mereka . Namun segalanya tidak menghalang PAS dari terus melaksanakan amanah besar ini sebagai sebuah Gerakan Islam yang pastinya bertanggungjawab terhadap masa depan ummah.

Tugas dakwah ini digalas oleh semua , dari Presiden hinggalah ahli biasa dengan peranan masing – masing berasaskan keupayaan atau kemahiran mereka malah turut menghormati tahap keupayaan masing - masing.

Maudhu' ( kandungan ) dakwah PAS sangat jelas
[4] , menepati apa yang diajar oleh Allah swt. PAS mendekati semua lapisan masyarakat . Bermula dengan masyarakat yang tertindas hinggalah pemimpin yang menindas dan ummat yang lesu hinggalah ulama' yang bisu .

Pelbagai pendekatan diketengahkan dalam membawa mesej perjuangan. Dewan Pemuda PAS membawa pendekatan Pemuda sebagai Duta Kasih Sayang dan Penyelamat .

Pendekatan dakwah PAS melengkapi 2 kategori utama :

1 : Dakwah Ammah ( umum )

Kuliah Agama , Forum , Seminar
Ceramah Umum , Muzakarah , Debat
Motivasi , Demonstrasi
Penerbitan Buku , Penerbitan akhbar ,
Edaran VCD , Edaran Risalah ,
Talk Show , Dialog dll

2 : Dakwah Fardiyyah . ( khas )

Pertemuan Tertutup
Ziarah dan Dakwah
Aktiviti Amal Kebajikan

Dakwah PAS tidak bermusim dan tidak juga tertakluk kepada kepentingan pengaruh individu dan politik . Biarpun sehari selepas tamatnya pilihanraya , PAS telah memulakan aktiviti dakwahnya kepada masyarakat , demikian juga sehari selepas dibebaskan dari penjara pimpinan PAS terus melangsungkan dakwahnya.

Sekalipun dakwah yang dibawa oleh PAS tidak popular malah menerima tentangan sengit dari pelbagai pihak seperti hukuman hudud , PAS tetap menunaikan tanggungjawab dakwahnya dengan memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai peri pentingnya Negara kita melaksanakan undang – undang dan peraturan Islam itu.

Biarlah kita kehilangan undi popular dan sokongan ramai yang membawa kita kalah dalam pilihanraya , namun dakwah untuk membawa Islam kesetiap pintu hati manusia tetap diteruskan.

Siasah ( politik )

Islam adalah agama yang syumul , merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuklah politik. Mengasingkan politik dari perjuangan Islam ertinya mengurangkan sukatan perjuangan Islam yang telah diperjuangkan oleh Nabi saw.
[5]

PAS meletakkan politik sebahagian dari tanggungjawab perjuangan yang mesti diperjuangkan.

Kini kuasa politik berada ditangan UMNO dan BN yang enggan melaksanakan syariat meskipun berbuih mulut mereka mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam . Malah UMNO dan BN telah menyuburkan bumi Malaysia ini dengan pelbagai maksiat dan mungkar yang telah dihalalkan melalui mazhab Islam Hadharinya.

PAS berkewajipan mengambil tampuk kuasa politik dari golongan yang enggan melaksanakan syariat Islam dan PAS telah berijtihad untuk menggunakan pendekatan aman dan damai tanpa peperangan dan pertumpahan darah , dalam usaha PAS mahu mengambil alih kuasa politik tersebut.

Realiti ini membawa PAS mendaftarkan organisasinya di bawah Pendaftar Pertubuhan dan ianya sah untuk bergerak di sisi undang – undang Negara waktu ini. Semua orang boleh mengakui bahawa Islam tidak boleh dilaksana tanpa kuasa politik. Justeru itu , penglibatan dibidang politik ( siasah ) adalah kewajipan besar untuk kembali mengangkat Islam ini ke tempat yang selayaknya sebagai agama suci .

KESIMPULAN

Saya tidak nampak alasan yang munasabah bagi pihak yang menolak perjuangan PAS. Mereka barangkali boleh untuk tidak menyertai PAS , tetapi untuk mereka menolak dan menafikan perjuangan PAS adalah suatu yang sangat tidak adil.

Kelemahan dan kesilapan boleh diperbaiki jika ada. Menolak dan menafikan perjuangan sucinya yang diasaskan sejak tahun 51 yang lalu memerlukan alasan yang konkrit dan dalil yang pasti , bukan beralaskan emosi dan sentiment perbedaan kumpulan.

Saya selalu menegaskan kepada umum , jika terdapat suatu yang dilakukan oleh PAS bercanggah dengan syariat dan sunnah , sila nyatakan ! Jika ianya berbentuk dakwaan , sila kemukan bukti !

Kita mencari kebenaran . Andai benar atau ada , PAS melakukan perkara yang bercanggah dengan syariat , saya dan seluruh ahli PAS yang ikhlas terhadap perjuangan pasti akan menyanggahinya. Namun begitu , janganlah tuduhan melulu tanpa lampiran bukti , dakwaan palsu tanpa kepastian dalil dan emosi berprasangka tanpa berlaku adil.

[1] Fasal 3 . Perlembagaan PAS : Dasar PAS ialah Islam .
Fasal 4 . Perlembagaan PAS : Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR .

[2] Fasal 5 . Perlembagaan PAS : Tujuan PAS ialah :

1 : Memperjuangkan wujudnya di dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai – nilai hidup Islam dan hokum – hukumnya menuju keredhaan Allah .

2 : Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara .

[3] ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير و يأمرون بالمعروف و ينهون عن المنكر و أولئك هم المفلحون
" dan hendaklah ada dikalangan kamu ummat yang berdakwah kearah kebaikan , menegakkan syariat dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kemenangan."

Surah ali – imraan : 104

[4] Fasal 6 . Perlembagaan PAS : Usaha – usaha :

1 . Menyeru ummat Manusia kepada syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan , tulisan dan amalan .

2 . Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai – nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan disegenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran , ekonomi dan social serta pelajaran dan pendidikan .

[5] فما لا أصل له فمهدوم و ما لا حارس له فضائع الدين أصل و السلطان جارس
" Agama adalah tapak dan pemerintah ( kedaulatan ) adalah pengawal , suatu yang tiada tapak pasti runtuh dan suatu yang tiada pengawal pasti hilang ." – al Imam Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin

12 Comments:

Anonymous Anonymous said...

PAS bercanggah dengan syariat dan sunnah , sila nyatakan ! Jika ianya berbentuk dakwaan , sila kemukan bukti !

Nak tanya...kenapa Pas sanggup bertaruh dengan wang dlm pilihanraya sedangkan ader unsur2 judi pilihanraya tersebut..Allah mengharamkan judi

2:09 PM

Anonymous Anonymous said...

salahuddin al ayubi
Perjuagan PAS hanya ingin menumbangkan UMNO sahaja.UMNO dianggap thogut atau setan didalam karangan dan kuliah2 mereka.Sekiranya umno tiada maka tiada lah isunya bacalah apa sahaja penerbitan mereka itulah isunya.Maka justeru itu jgnlah mengharapkan sangat PAS nak meningkat kefahaman islam,Malah wuduk pimpinanya pun berbeda antara satu sama lain.Tolong Perhatikan sekiranya tidak percaya?

8:14 PM

Anonymous Anonymous said...

Adakah apabila kita nk meningkatkan pemahaman Islam maka wudhu' perlu sama? Bukankah kita ade 4 mazhab? Bukankah setiap Imam telah berijtihad sedaya upaya mereka? Adakah apabila Islam tertegak maka semua orang kene berwudhu' menggunakan hukum fiqh yg sama?

Kekuatan PAS digarap oleh kapasitinya untuk menyerap pejuang Islam dr semua mazhab, baik salafi mahupun traditional yang cintakan Islam dan mahu Islam memerintah.

4:06 PM

Anonymous Anonymous said...

Maksud pertaruhan dalam pilihanraya ni yang saya faham ialah deposit yang perlu dibayar supaya semua calon serius untuk bertanding. Deposit tersebut akan hilang bukan disebabkan oleh kekalahan calon, tetapi disebabkan kegagalan calon mengikut peraturan pilihanraya. Selepas semua proses selesai, deposit tersebut akan dipulangkan. Jadi ini tidak termasuk dalam perjudian seperti yang saudara faham.

Untuk saudara salahuddin al ayubi, nampaknya saudara belum benar-benar mengenali perjuangan PAS. Sekiranya saudara baca artikel di atas, saudara dapat mengesan bila masa PAS mengajar tentang kemasyarakatan dan ada masanya PAS menekankan kepada fardhu Ain. Sekiranya topik perbincangan sesuatu aktiviti itu adalah kemasyarakatan, tidak dapat dielakkan daripada menyebut tentang UMNO yang tidak mahu menegakkan serta menghalang perundangan islam daripada dilaksanakan di Malaysia ini. Umno sekadar menjadi contoh gerakan anti islam. itu sahaja. Cuba saudara mengikuti kelas Fardhu ain PAS, langsung tiada disebut perkataan umno atau pas.

Saya sarankan saudara mengenali dengan lebih rapat majlis-majlis PAS, bukan sahaja ceramah umum tetapi juga tazkirah-tazkirah yang dilaksanakan.

1:50 PM

Anonymous Anonymous said...

Betulkan saya skiranya saya silap...

Bg saya, PAS bukan berjuang untuk menentang UMNO mahupun BN. Tapi menentang kemungkaran dan kezaliman yg dilakukan. Saya teringat kata2 TG Nik Aziz, kalu UMNO tu perjuangkn ISLAM, n benar2 nak dulatkan ISLAM, PAS akan dibubarkn, dan kita akan turut bersatu dengan mereka demi ingin melihat ISLAM terdaulat dan didaulatkan.
Tapi apa yang berlaku, hingga ke hari ini, bukan sahaja perkara mungkar tidak diperangi, tapi KEMUNGKARAN N KEZALIMAN MAKIN PARAH DAN MEMBARAH!

7:43 AM

Anonymous labulabisayung said...

Tuan yang dihormati, dari pengamatan saya Tuan ini adalah seperti orang inggeris kata "full of himself". Riak dan takbur tidak hanya terjadi apabila seseorang bercakap besar dan menepuk dada. Muka ala2 alim dan zuhud Tuan sebenarnya menutup sifat Tuan yang berfikian sempit dan ingat seolah2 Tuan amat pandai, alim dan bijaksana. Oarang lain semuanya bodoh belaka. Sila fikirkan dengan akal perkara2 berikut:

1. Allah pun mencarut
2. Sanggup bersekutu dengan Syaitan untuk jatuhkan UMNO
3. Mat Sabu...
4. Serban lebih selamat dari topi keledar (helmet)
5. Undi bukan Islam berdosa, tapi...

Memang benar UMNO banyak kepincangan tapi PAS yang yang memperjuangkan Islam mestilah bersih. Dulu Mat Sabu gelar Anwar dengan kata nista, tapi sekarang? Bertaubatlah Tuan, bertaubatlah sebelum pintu taubat ditutup.

10:03 AM

Blogger sejukkpanass said...

bagaimana yg dikatakan Aqidah sebenar?!
boleh ustaz terangkan?
ingin saya mengetahui serba sedikit Aqidah sebenar yg diperkatakan....

11:05 PM

Anonymous Anonymous said...

ya ustaz.... ana just nak bawa kita fikir sama2 masa depan Umat ISLAM..

PAS mmg wadah perjuangan umat ISLAM.

ana just nak kita sama2 tgk sirah & perkembangan PAS.

adakah ia mengikut sirah.. bertahap dlm perkembangan...

dari fasa ke fasa... apabila satu fasa terpenuhi kriteria/ ISOnya barulah ia boleh beranjak ke fasa seterusnya...

kita kena pandang PAS satu gerakn yg perlu berkembang, dan menjadi parti pemerintah suatu saat nnt...

bukan sekadar menjadi daulah islam 5-10 tahun...
tp utk jadi ustazil alam (al-banna)

kalu pada awal permulaan sesuatu gerakan itu tidak solid, pasti akan pincang saat ia berkembang besar...

analogi ana mudah:

kalu dari kecik lg, pokok yg kita tanam tu bermasalah. contohlah ada virus. mungkin awal2 virus itu x serius sgt tp saat pokok itu berkembang besar, virus pun turut berkembang. akhirnya menyebabkan pokok itu tumbang.

kalu gerakan itu x solid kadernya dari awal, x menepati muwasofat tarbiyyah. nnt akan jd caca merba apabila ia menjadi pemimpin organisasi.

ana amik contoh, PK sejahtera di indonesia....

mari sama2 kita kaji sejarah/ proses membesarnya...

bukan kaji kejayaan politiknya saja.

dalam sesuatu harakah berkembang ia perlu mengikut perkembangan yg ditunjukkan rasulullah.

sesuatu harakah perlu melalui bbrp mihwar (fasa dakwah)

1. tanzimi (kukuhkan internal)
2. syaabi (masyarakat)
3. muasasi (professional)
4. dauli (politik, negara)

kalu kita tgk di indonesia... mereka melangkah dari satu step ke satu step dgn tepat & hati2, tidak lompat fasa.

kalu kita mengabaikannya nnt suatu saat pasti, jatuh trus

contoh yg gagal: TALIBAN.
walaupun niat mereka baik... tp selepas mereka mendapat AFGHANISTAN
penerapan undang2, kekerasan, ubah secara drastik...

akhirnya mereka dijatuhkan amerika dan disokong rakyat...

niat mereka baik mau tegakkkan islam tp trus melonjak hendak memegang negara.

dalam PAS sendiri, tak tau kat fasa mana.

setiap fasa ada pembuktiannya...

tanzimi, buktinya rekrutmen PAS sepatutnya kukuh bukannya harap pd ceramah semata2

rekrutmen yg solid dari kampus2 setiap kader semakin bertambah dgn "kualiti"

saya mention lg produce "kader yg berkualiti".

brp juz quran sehari, amalan harian brp....

ni kebanyakan kader campur baur

ada yg politik melulu
ada kena virus pink

tp yg penting lahirkan "iman" dulu

wasalam

11:19 PM

Blogger wan.fatimah64 said...

Assalamualaikum!

Demokrasi adalah agama manusia yang syirik dan kufur kerana ianya adalah terdiri daripada Aqidah, Syariat dan Akhlaknya yang tersendiri yang syirik dan kufur :

1. AQIDAH DEMOKRASI adalah ciptaan manusia yang selain daripada Allah yang terdiri daripada RUBUBIYAH DAN ULUHIYAH MANUSIA :

i. Rububiyah Manusia bererti para pemerintah itu adalah TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana mereka mempunyai HAK dan KUASA ke atas Kedaulatan, Otoriti dan Undang-undang dan mereka mempunyai HAK untuk MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA KUASA MANUSIA;

ii. Uluhiyah Manusia bererti para pemerintah itu adalah TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana segala kedaulatan, otoriti dan undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh para pemerintah itu adalah DITAATI dan DIPATUHI oleh golongan manusia yang diperintah;

2. SYARIAT DEMOKRASI yang terdiri daripada segala PERATURAN dan UNDANG-UNDANG yang dibuat dan diluluskan oleh parlimen (fasal 44 Perlembagaan Negara) adalah ciptaan manusia yang syirik dan kufur;

3. AHLAK DEMOKRASI yang wujud dan berkembang di bawah kekuasaan dan undang-undang manusia adalah mengikut neraca-neraca dan nilai-nilai manusia yang dikuatkuasakan oleh peraturan dan undang-undang manusia.

Kerajaan demokrasi Malaysia kita ini adalah kerajaan manusia yang syirik dan kufur. Sikap Islam terhadap agama demokrasi dan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini adalah dalam bentuk pengingkaran, penentangan, permusuhan dan kebencian sehingga ianya mengalami keruntuhan dan kehancuran untuk digantikan dengan kerajaan Islam dan peraturan dan undang-undang Islam (Quran : 4:60; 60:4).

Amalan agama demokrasi membatalkan syahadah kerana :

1. Kita telah menyetujui dan meredhai agama yang syirik dan kufur;

2. Kita telah melantik para pemimpin kita sebagai Tuhan-tuhan Manusia yang berkuasa dan berdaulat ke atas kita, yang membuat peraturan dan undang-undang manusia, yang mengabdikan kita kepada kuasa mereka dan yang disembah oleh kita;

3. Kita telah menyetujui dan meredhai peraturan dan undang-undang manusia yang syirik dan kufur ;

4. Kita telah menjadi para hamba kepada manusia dan tidak kepada Allah apabila peraturan dan undang-undang manusia itu dikuat kuasakan ke atas kita;

5. Kita telah menyembah manusia dan tidak menyembah Allah apabila kita mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang manusia ;

Firman Allah : al-Hajj 40
Sekiranya Allah tidak menjatuhkan segolongan manusia dengan segolongan yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan sinagog-sinagog dan juga masjid-masjid yang sentiasa disebut nama Allah dengan banyak padanya.

Allah memerintahkan kita supaya melancarkan Jihad , Perang dan Revolusi dalam bentuk yang OFENSIF terhadap kerajaan demokrasi kita yang SYIRIK dan KUFUR serta yang MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA KEKUASAAN MANUSIA sehingga ianya mengalami keruntuhan dan kehancuran yang total untuk kemudiannya digantikan dengan kerajaan Allah yang akan menjalankan undang-undang Allah dan yang mengabdikan manusia kepada kuasa Allah yang menyempurnakan pegangan dan amalan Laailaahaillallah.

Sekian, terima kasih.

Wan Solehah al-Halbani

12:44 PM

Blogger wan.fatimah64 said...

Para penyokong PAS di Malaysia kita kini telah disesatkan dengan kesesatan yang amat jauh oleh Ahlil Kitab sehingga kita tidak menyedari bahawa :

1. Demokrasi ini adalah satu agama ciptaan manusia yang syirik dan kufur kerana ianya adalah terdiri daripada konsep-konsep Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang menafi, menolak, mengingkari dan menentang konsep-konsep Uluhiyah dan Rububiyah Allah yang terkandung di dalam kalimah Laailaahaillallah;

2. Para penyokong PAS telah melantik para pemimpin mereka yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun sebagai Tuhan-tuhan Manusia yang kafir, zalim dan fasik;

3. Para pemimpin PAS yang terdiri daripada ahli-ahli PARLIMEN dan DUN adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA yang kafir, zalim dan fasik kerana :

a. Mereka adalah berkuasa dan berdaulat untuk membuat peraturan dan undang-undang;

b. Mereka mengabdikan manusia kepada kuasa manusia apabila mereka menjalan dan menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang manusia ke atas manusia;

c. Mereka adalah disembah oleh manusia apabila segala peraturan dan undang-undang manusia itu ditaati dan dipatuhi manusia;

Jalan dan cara bagi PAS untuk menyelamatkan dirinya dan para pengikutnya daripada terlibat secara langsung dengan kesyirikan dan kekufuran :

1. Memahami dan menyedari, serta mengakui dan meyakini bahawa demokrasi ini adalah agama manusia yang syirik dan kufur;

2. Tidak mengambil bahagian dan mengamalkan sistem politik demokrasi;

3. Menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi ;

Firman Allah : Fatir 10
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah naiknya segala madah yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkat-Nya naik ( sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). dan sebaliknya; orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesanpun) akan rosak binasa.

PAS yang mengamalkan agama demokrasi untuk tujuan dan matlamat yang baik dan suci murni disifatkan Allah sebagai orang-orang yang merancang untuk melakukan kejahatan yang akan dihumban ke dalam neraka!

Firman Allah : al-Hajj 40
Sekiranya Allah tidak menjatuhkan segolongan manusia dengan segolongan yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan sinagog-sinagog dan juga masjid-masjid yang sentiasa disebut nama Allah dengan banyak padanya.

Allah memerintahkan kita supaya melancarkan Jihad , Perang dan Revolusi dalam bentuk yang OFENSIF terhadap kerajaan demokrasi kita yang SYIRIK dan KUFUR serta yang MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA KEKUASAAN MANUSIA sehingga ianya mengalami keruntuhan dan kehancuran yang total untuk kemudiannya digantikan dengan kerajaan Allah yang akan menjalankan undang-undang Allah dan yang mengabdikan manusia kepada kuasa Allah yang menyempurnakan pegangan dan amalan Laailaahaillallah.

Sekian, terima kasih.

Yang Tulus Ikhlas

Wan Solehah al-Halbani

12:48 PM

3. Mengisytiharkan kekufuran kerajaan demokrasi dan perintah Allah untuk menghancurkannya untuk kemudiannya digantikan dengan sebuah Negara Islam;

4. Menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi ;

5. Memusuhi dan membenci demokrasi dan kerajaan demokrasi;

6. Mengamalkan sikap tanpa kompromi dan berkonfrantasi dengan kerajaan demokrasi sehingga ia mengalami keruntuhan dan kehancuran yang total;

Firman Allah : Fatir 10
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah naiknya segala madah yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkat-Nya naik ( sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). dan sebaliknya; orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesanpun) akan rosak binasa.

PAS yang mengamalkan agama demokrasi untuk tujuan dan matlamat yang baik dan suci murni disifatkan Allah sebagai orang-orang yang merancang untuk melakukan kejahatan yang akan dihumban ke dalam neraka!

Firman Allah : al-Hajj 40
Sekiranya Allah tidak menjatuhkan segolongan manusia dengan segolongan yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan sinagog-sinagog dan juga masjid-masjid yang sentiasa disebut nama Allah dengan banyak padanya.

Allah memerintahkan kita supaya melancarkan Jihad , Perang dan Revolusi dalam bentuk yang OFENSIF terhadap kerajaan demokrasi kita yang SYIRIK dan KUFUR serta yang MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA KEKUASAAN MANUSIA sehingga ianya mengalami keruntuhan dan kehancuran yang total untuk kemudiannya digantikan dengan kerajaan Allah yang akan menjalankan undang-undang Allah dan yang mengabdikan manusia kepada kuasa Allah yang menyempurnakan pegangan dan amalan Laailaahaillallah.

Sekian, terima kasih.

Yang Tulus Ikhlas

Wan Solehah al-Halbani

12:52 PM

Blogger wan.fatimah64 said...

Assalamualaikum!

Demokrasi adalah agama manusia yang syirik dan kufur kerana ianya adalah terdiri daripada Aqidah, Syariat dan Akhlaknya yang tersendiri yang syirik dan kufur :

1. AQIDAH DEMOKRASI adalah ciptaan manusia yang selain daripada Allah yang terdiri daripada RUBUBIYAH DAN ULUHIYAH MANUSIA :

i. Rububiyah Manusia bererti para pemerintah itu adalah TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana mereka mempunyai HAK dan KUASA ke atas Kedaulatan, Otoriti dan Undang-undang dan mereka mempunyai HAK untuk MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA KUASA MANUSIA;

ii. Uluhiyah Manusia bererti para pemerintah itu adalah TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana segala kedaulatan, otoriti dan undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh para pemerintah itu adalah DITAATI dan DIPATUHI oleh golongan manusia yang diperintah;

2. SYARIAT DEMOKRASI yang terdiri daripada segala PERATURAN dan UNDANG-UNDANG yang dibuat dan diluluskan oleh parlimen (fasal 44 Perlembagaan Negara) adalah ciptaan manusia yang syirik dan kufur;

3. AHLAK DEMOKRASI yang wujud dan berkembang di bawah kekuasaan dan undang-undang manusia adalah mengikut neraca-neraca dan nilai-nilai manusia yang dikuatkuasakan oleh peraturan dan undang-undang manusia.

Kerajaan demokrasi Malaysia kita ini adalah kerajaan manusia yang syirik dan kufur. Sikap Islam terhadap agama demokrasi dan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini adalah dalam bentuk pengingkaran, penentangan, permusuhan dan kebencian sehingga ianya mengalami keruntuhan dan kehancuran untuk digantikan dengan kerajaan Islam dan peraturan dan undang-undang Islam (Quran : 4:60; 60:4).

Amalan agama demokrasi membatalkan syahadah kerana :

1. Kita telah menyetujui dan meredhai agama yang syirik dan kufur;

2. Kita telah melantik para pemimpin kita sebagai Tuhan-tuhan Manusia yang berkuasa dan berdaulat ke atas kita, yang membuat peraturan dan undang-undang manusia, yang mengabdikan kita kepada kuasa mereka dan yang disembah oleh kita;

3. Kita telah menyetujui dan meredhai peraturan dan undang-undang manusia yang syirik dan kufur ;

4. Kita telah menjadi para hamba kepada manusia dan tidak kepada Allah apabila peraturan dan undang-undang manusia itu dikuat kuasakan ke atas kita;

5. Kita telah menyembah manusia dan tidak menyembah Allah apabila kita mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang manusia ;

Firman Allah : al-Hajj 40
Sekiranya Allah tidak menjatuhkan segolongan manusia dengan segolongan yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan sinagog-sinagog dan juga masjid-masjid yang sentiasa disebut nama Allah dengan banyak padanya.

Allah memerintahkan kita supaya melancarkan Jihad , Perang dan Revolusi dalam bentuk yang OFENSIF terhadap kerajaan demokrasi kita yang SYIRIK dan KUFUR serta yang MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA KEKUASAAN MANUSIA sehingga ianya mengalami keruntuhan dan kehancuran yang total untuk kemudiannya digantikan dengan kerajaan Allah yang akan menjalankan undang-undang Allah dan yang mengabdikan manusia kepada kuasa Allah yang menyempurnakan pegangan dan amalan Laailaahaillallah.

Sekian, terima kasih.

Wan Solehah al-Halbani

1:53 PM

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home