" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Tuesday, July 31, 2007

KENYATAAN MEDIA
TIMBALAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT.

DEBAT : MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM

Parti Islam se Malaysia ( PAS ) sejak awal penubuhannya telah menjelaskan visi perjuangan suci untuk menjadikan Negara ini sebagai sebuah Negara Islam . Malangnya visi suci ini mendapat tentangan sengit dari kompenan parti Barisan Nasional terutamanya UMNO.

Setelah hampir 50 tahun Negara merdeka , barulah kedengaran suara dari UMNO mutaakhir ini menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam. Memang agak aneh namun itulah reality .

Bermula dengan Tun Dr. Mahathir Mohammad mengisytiharkan Malaysia adalah sebuah Negara Islam seketika dulu , kini Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abd Razak sekali lagi mengulangi pengisytiharan tersebut.

Merujuk kepada kenyataan Berita Minggu tanggal 22 Julai 2007 , Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO kelihatan pantas mengambil kesempatan mempertegaskan pengisytiharan itu dengan nada yang lebih serius dan kelihatan agak agerasif apabila beliau mencabar secara terbuka kepada siapa sahaja yang ingin berdebat bagi beliau mempertahankan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam.

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk menyahut cabaran Naib Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Khairy Jamaludin untuk memperdebatkan isu Malaysia sebagai Sebuah Negara Islam.

Andai Pergerakan Pemuda UMNO ikhlas ingin meletakkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam , ianya sangat dialu – alukan dan Dewan Pemuda PAS menyambut baik perkembangan ini , namun dalam masa yang sama Dewan Pemuda PAS tidak mahu UMNO berpura – pura dengan pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam sedang UMNO tidak bersedia kearah itu.

Justeru pembentukan sebuah Negara Islam pasti sahaja tidak terhenti dengan majlis pengisytiharan atau pemasyhurannya semata – mata. Sebaliknya ia mesti didahului dengan perlaksanaan dan penghayatan rukun dan prinsip bagi sebuah Negara Islam.

Bahkan UMNO dan Pergerakan Pemudanya mestilah bertanggungjawab terhadap langkah yang mereka ambil melalui pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam.

Mereka mesti berani untuk turun bermuzakarah bagi menjelaskan kandungan atau substance kepada Negara Islam yang telah mereka isytiharkan serta berani pula untuk turun berdebat bagi membuktikan bahawa mereka bersedia atau telah melaksanakan objektif dan prinsip Negara Islam.

Dewan Pemuda PAS tidak mahu ia ( pengisytiharan tersebut ) sekali lagi menjadi gimik dan gula – gula pilihanraya sebagaimana Islam Hadhari yang akhirnya kosong dan menghampakan.

Insyaallah , saya akan menghantar surat rasmi melalui sektariat Dewan Pemuda PAS Pusat ke pejabat Khairy Jamaludin untuk menyatakan kesediaan saya memperdebatkan isu ini ( Malaysia sebuah Negara Islam ) guna mencari keredhoan Ilahi dan menyerlahkan kebenaran agama Islam yang agong .

Saya harap Khairy Jamaludin turut bersedia untuk turun dengan maksud yang sama sebagaimana kesediaan yang beliau tegaskan sebelum ini.

Yang Benar.


………………………………………………….
Hj.Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

4 Comments:

Blogger Dr Dre said...

khairy mana berani ustaz!...retorik je lebih!..beza negara islam&negara teokrasi pun xtau....pada ana,si khairy ni TEMBERANG je boleh la.....ana rasa dia xkan berani debat la.....putar-belit pandai la.kan itu taktik UMNO!...

5:30 AM

 
Blogger pejuang kebenaran said...

Insyaalah saya yakin sebelum pilihanraya ust bakal mengeluarkan buku yang complete malaysia bukan negara islam insyaallah.Allahuakbar..

4:33 PM

 
Anonymous Anonymous said...

PAS jagan harap akan keluarkan buku negara islam hampeh dah dekat 50 tahun perjuagan hanya kat mulut sahaja.Saya sedih sangat mungkin dah mati baru nak keluar kot.Tengoklah bila mahathir istihar malaysia negara islam terkebil2 kita macam cicak berak kapur,semua nak tunjuk hero tetapi takda apa2.Ingat lagi saya Ust Fadzil Noor samapi sakit jantung beliau sepatutnya kita dah ada blue print negara islam.Nanti bila orang lain buat buku atau video barulah padan muka kita.Bangkitlah buat vcd atau buku bukan risalah kecil2 buku teballah sikit .ini nak cerita negara bukan nak tayamum.Fikirlah jangan nak ek je tengok mahathir sampai la ini masih pertahankan malaysia negara islam buat buku clear beb termasuk vcd syarahkan.Saya tunggu bila nak buat!

5:29 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Orang Lama
Assalamulaikum
nak tahu negara islam pi kat utube hang klik negara islam macam2 penceramah ust tantawi yang pertama,insyaallah buat permulaan.Saya harap ada yg akan upload lagi tentang negara islam kat utube.

11:38 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home