" Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini "

Monday, July 16, 2007

NAHAS HELIKOPTER NURI
GERAKKAN SOLAT HAJAT PEMUDA
DISEMUA PERINGKAT

Dewan Pemuda PAS mengharapkan semua anggota pemuda dipelbagai peringkat agar mengadakan solat hajat memohon petunjuk dan pertolongan Allah swt. semoga enam krew helikopter Nuri yang masih hilang ( saat kenyataan ini ditulis ) dalam nahas yang berlaku jumaat lalu segera ditemui dalam keadaan selamat .

Dewan Pemuda PAS mengucapkan takziah dan berharap agar pihak keluarga yang terlibat bersabar dan bertawakkal kepada Allah swt.

Ucapan dan doa semoga berjaya kepada semua usaha mencari dan menjejaki mangsa yang mungkin masih selamat dan terperangkap dalam hutan tebal sekitar Genting Highland.

Terutama kepada pihak tentera , polis dan PGA , malah penduduk sekitar kampung Janda Baik dan Bukit Tinggi yang menunjukkan komitmen membantu pihak berkuasa untuk mencari mangsa nahas.

Syabas jua diucapkan kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang sudi meminjamkan helikopternya untuk turut membantu misi getir ini. Semoga berkat kesungguhan semua pihak , misteri ini dapat dirungkai secepat mungkin dengan semuanya selamat insyaallah.

Dewan Pemuda PAS ingin menegaskan agar peristiwa ini menjadi pengajaran kepada kerajaan agar mengkaji semula secara serius penggunaan Helikopter Nuri yang terlalu kerap mengalami kemalangan yang membawa maut kepada krewnya.

Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home